22 ; my love

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Michan pov

Makanan yang disediakan oleh jururawat peribadi cuma direnung kosong . Langsung tak berselera untuk menjamah makanan tersebut

Aku rindu jimin :'(

Kenapa jimin langsung tak datang melawat walaupun sekejap ? Dah sebulan berlalu sejak dia kembali pulih

Lagipun kecederaannya tidak lah teruk mana jadi dia dibenarkan kembali melakukan aktivitinya . Memang aku ambil keputusan untuk jauhkan diri daripada dia ..

Namun semuanya terbalik apabila jimin langsung tidak datang menjenguknya  . Sibuk sangat ke ? Hingga bertanya khabar pun tidak

Tau lah BTS comeback hm ..

" chanie, kenapa tak makan ? "
Tegur appa yang sedari tadi hanya merenung satu-satu anak tunggalnya

Mangkuk bubur ditolak ke tepi menandakan dia tidak mahu memakannya . Aku cuma memandang sayu muka pintu

Berharap seseorang yang di tunggu-tunggu kunjung tiba

" kamu tunggu jimin ye ? "

Pandangan di alihkan pula pada appa yang memandang ke arahnya . Aku cuma menunduk memandang comforter yang tersarung pada kakiku

" em appa .. Chanie bosan lah bila chanie boleh pergi studio semula em mesti banyak kerja yang tertangguh "

Ujar michan memberi alasan . Sejujurnya dia teramatlah bosan . Sepanjang masanya cuma dihabiskan dengan berbaring di atas katil

" kamu betul-betul dah rasa okey ke ?

Aku mengangguk laju . Appa tarik senyum kecil lalu mengangguk

" appa faham tentu kamu bosan .. Dari kecil lagi appa tau anak appa ni memang suka jadi model "

Michan tersenyum tipis

-------

Kerja dimulai seperti biasa . Cuma yang tak biasanya aku rasa lebih sunyi apabila tidak lagi berbadan dua

Terasa kehilangan sangat . Jimin pula tiada di sisi :'(
Setiap hari yang dilaluinya terasa kosong

" Lee michan sshi ? Khaja semua dah tunggu dekat set "
Ujar pengurus peribadiku iaitu Encik Ha sungwoon atau lebih mesra dipanggil Encik Ha

Aku mengangguk pelan . Selesai dimakeup aku terus bergesa pergi ke studio untuk memulakan pengambaran . Dengarnya pengambaran bersama seorang idol

Sementara menunggu kedatangannya sempat aku membelek smartphone . Album photos dituju

Aku tersenyum kecil saat mengingati semula sewaktu gambar ini diambil . Boleh dikatakan candid sebabnya jimin langsung tak perasan semasa aku mengambil gambar tersebut

Gambar ni pula diambil sewaktu makan bersama bangtan . Sempat aku mengambil gambar tersebut sementara jimin melahap makanan yang dihidangkan

Kenangan paling terindah apabila kami menghabiskan waktu bersama di pulau jeju walaupun hanyalah dalam masa yang agak singkat namun cukup menciptakan kenangan terindah .

Tanpa sedar cecair jernih mula jatuh berjujuran membasahi pipi . Sungguh aku rindu dengan gelak tawanya, senyumannya dan segala tentangnya

" Annyeong ! "

Aku dongak pandang ke atas apabila seseorang mula menyapaku . Dahi aku kerutkan cuba mentafsir dengan apa yang baru aku lihat

" taehyung ? "

Dia tersenyum petak sebelum melabuhkan punggungnya bersebelahan denganku

" nangis ? "

Pantas aku seka air mata yang bersisa di wajahku . Dia menghulurkan sehelai sapu tangan ke arahku .

" gumawo .. "
Aku ambil juga pemberiannya . Aku alihkan semula pandangan menghadapnya apabila semakin menggunung persoalan yang bermain di fikiran ku

" kau buat apa dekat sini ? "

Soal aku tanpa berbasa-basi memang itulah persoalan utamanya . Tipu je, sejujurnya aku nak tahu di mana jimin dan apa yang dia buat sekarang ..

" photoshot "
Jawabnya tenang . Semakin berkerut wajah aku jadinya

" kau tak tau ? Kita akan photoshot harini "

Wait what ?!

Aku blur .

" jangan buat muka terkejut sangat lah dah jom .. cepat siap cepat kita boleh makan . Aku lapar "
Tanpa meminta kebenaran lincah sahaja tangannya menarik pergelangan tanganku mengikuti langkahnya

Ish apa ni ?! Aku perlukan penjelasan . Jimin dah makan ke belum ?!!

Oky tkdek kena mengena

" tae stop ! "

Langkahnya dihentikan sebelum berpaling menghadap aku . Kening kirinya dijungkitkan . Hey stob it kau menggoda aku jsjzjsjjz

" aku tak faham kenapa kau dekat sini, mana yang lain ? "

" harini kita ada photoshot sayang . Dan yang lain ada dekat dorm . Faham ? "

Aku tak tahu nak beri reaksi macam mana . Kenapa dia panggil aku sayang ? Cuma jimin yang boleh panggil aku macam tu eyy sukati je !

" ohh . "
aku cuba menarik semula tanganku dari terus digenggam olehnya . Fuh lekat bau perfume

" khaja .. "
Dia mengorak langkah mendahuluiku . Tubuh tegapnya dipandang dari belakang

Aku masih rindukan jimin lah :'(

Pengambaran dimulakan . Tak sangka aku salah seorang Model yang paling bertuah kerana dapat membuat pengambaran terhangat bulan ini iaitu bersama Kim taehyung .

Ianya pengambaran berkonsepkan perkahwinan . Pengambaran pertama dimulai dengan berpakaian hangbok iaitu pakaian tradisional korea

Pengambaran kedua ialah pakaian pengantin zaman moden iaitu lengkap berpakaian dress dan suit putih .

" V letakkan tangan pada pinggang Lee michan dan Lee michan kamu pandang mata v "

Arah pengarah . Tersentak aku jadinya apabila taehyung bertindak dengan meletakkan kedua belah tangannya erat pada pinggangku

Bibirnya didekatkan pada cuping telingaku . Deruan nafasnya benar-benar terasa

" profesional sikit .. "

Aku agak terkaku dengan perbuatannya . Nafas dihela pelan sebelum aku menatap anak matanya tepat dan dia turut membalas seraya tersenyum siring

Ini cuma kerjaya kau Lee michan ! Paitingg

" okey kemudian sentuhkan dahi kamu berdua bersama biar tampak seperti pasangan pengantin "

Arahnya lagi . Haduh banyak songeh lah pulak pengarah ni mentang-mentang dia pengarah !

" okey done ! "

Pengambaran berakhir selepas sesi tersebut mengambil masa hampir 1 jam setengah . Taehyung mula bergerak ke bilik persalinan mungkin untuk menukar pakaian

Bukan bilik persalinan untuk ibu mengandung ye .

" jadual Michan sshi untuk harini dah free . Kerja yang baik "

Aku tersenyum tipis bagi membalas maklumat yang telah Encik ha berikan .

" em tentang kim taehyung .. Kenapa dengan saya ? Maksud saya bukan ke ramai lagi model yang lebih sesuai untuk digandingkan .. "

" ohh tentang tu ? Entahlah dia yang pilih sendiri "

" bwo ! Dia yang pilih ?! "

Encik ha mengangguk pelan . Dia pun tidak tahu menahu kenapa seorang idol dunia macam kim taehyung tu pilih lee michan yang cuma lah seorang model baru di syarikat ini

" em nae terima kasih .. "
aku menunduk hormat kepadanya . Setelah itu aku mengorak langkah ke bilik persalinan bagi menukar pakaian

Kerja pun dah settle so boleh lah balik rumah and layan---
Gajyeowa bring the pain oh yeahh ~

Serta-merta langkah aku terhenti apabila wajah seorang kim taehyung menghiasi ruangan mata

" jom .. gi makan "

Ajakannya membuatkan aku terkelip-kelip . Dia nak ajak aku makan or teman dia makan ? Dan kenapa tiber tiber ?! Dia ni tak sibuk ke ?

" gi ar kau sorang "

tolak michan sopan . Sopan ke ?

" teman lah aku . Aku tau kau tak makan lagi kan ? "

" macam mana kau tau ?! "
menjegil aku memandangnya . Dia tampak macam memikir alasan namun masih tenang

" sekarang kan dah tengah hari mesti lah kau tak makan lagi kan .. "

" sekejap je pun nanti aku hantar lah kau balik "
sambungnya lagi . Aku angguk pelan lalu mengikuti langkahnya

Sepanjang perjalanan dia cuma mendiamkan diri sesekali dia memulaskan stereng untuk membelok . Aku ambil keputusan untuk menanyakan tentang persoalan yang sering menjadi tanda tanya

" jimin sihat ? "

Dia jeling aku sekilas . Aku masih menunggu jawapan darinya dengan setia

" hm "

Eishh odoo diaa ! Shshsh hm je dia jawabb

" korang busy eh ? "

" pasal aku kau taknak tanya pulak ? "
Aku terdiam . Tukar topik lah pulak !

" bawak jelah kereta tu diam diam ! "
Pandangan dibuang ke luar tingkap . Secara mengejutnya dia menekan brek

Akibat terkejut yang teramat sangat aku terjerit nasib tangan sempat menahan dari terhantuk ke hadapan . Muka dah memainkan peranan

Taehyung sudah ketawa melekek-lekek . Gelakkan aku lah tu ! Mesti muka aku huduh giler dengan muka terkejutnya haduh dia ni main-main pulak

" woii kau pahal ?!! "

" saja nak tengok kau bising .. Comel "

Puji ke kutuk ?!! Jsjsjsjsj aku tahu lah muka aku tadi dah macam beruk neran berak eishh

Yang taehyung ni pun satuu. Giler je perangai suka buat aku rasa menyampah--

Macam jimin hm

" dah kenapa sedih pulak ni ? "

Aku menggeleng pelan . Rindu pula nak kena sakat dengan jimin . Kalau tak dulu setiap masa ada je yang dia nak buat aku rasa nak lepuk lepuk orang

" kau nak makan kat mana ? "

" tteok-- em makan jelah pape pun aku ikut je "

Niat nak makan tteokbokki terus hilang . Seperti menjadi kewajipan pula setiap kali aku keluar dengan jimin mesti akan makan tteokbokki bersama

" tteok ape tteok ? Cakap makanan yang kau teringin nak makannya "

Aku toleh ke arahnya yang sedang fokus memandu . Perasan bahawa aku memandangnya dia turut membalas pandangan tersebut

" apa ? Aku hensem sangat ke "

Semua perbuatannya mengingatkan aku pada jimin pula .. Aku sedar di mana kedudukan aku dan apa yang patut aku lakukan tika ini

Lupakan jimin .

" kenapa kau buat semua ni ? "

" eo ? Buat apa "

" tae stop .. "

" dah nak sampai "
jawab taehyung kekal tenang . Apa yang bermain difikiran jejaka ini sebenarnya ?

" berhenti sekarang ! "
Nada suaraku dinaikkan seoktaf . Dia hela nafas berat sebelum memberhentikan kereta di bahu jalan

Kini dia mencerlung tepat ke dalam anak mataku . Aku lawan pandangannya tanpa rasa gentar

" aku tau kau ada muslihat kau sendiri . Bagitahu aku sekarang "

" tch mata kau memang tajam .. "
Taehyung berdecit kecil . Tangannya disilangkan ke dada . Aku masih dalam posisi yang sama tetap merenungnya dalam

" jimin yang suruh aku jaga kau harini .. Bawa kau pergi makan dan happykan kau "

Aku terkaku . Hati aku semakin tak keruan . Jimin fikirkan tentang aku ? Aku ingat ke dia dah tak kisah langsung pasal aku ! Tsk tsk

" a-aku tsk rindukan dia .. "
Aku mula menangis . Bermula dari esakan kecil hinggalah semakin menjadi-jadi aku menangis

Pantas taehyung menarik tubuhku dan didakapnya erat . Berada dalam pelukannya membuatkan hati aku semakin memberontak untuk berjumpa dengan jimin

Namun apakan daya . Aku terpaksa jauhkan diri darinya untuk kepentingan orang yang tersayang . Si jiyeon tu bukan boleh !

bila-bila masa je dia boleh hancurkan keluarga aku ..

Aku menolak dadanya bagi meleraikan pelukan tersebut . Pantas sahaja dia menarik semula tubuhku dan kali ini pelukan tersebut terasa sangat kuat

" aku boleh jaga kau ! Kenapa kau nak sakitkan diri sendiri macam ni ?! "

Aku tersentak . Apa yang dia tahu ? Cuma aku seorang yang menanggung peritnya situasi yang sedang dihadapi

" a-apa kau cakap ni tae ? "

" aku ada dengan kau .. Kau sentiasa ada di hati aku tapi hati kau pula ada pada jimin "

Berkerut kening aku setelah menghadam bait-bait kata yang dilemparkan olehnya . Matanya aku tatap bagi mencari kejujuran

" t-taehyung kau--- "

" aku sukakan kau . "

Degg

Cantasnya sebelum sempat aku menghabiskan soalan yang ingin diajukan

**🌙️**

Annyeong nae sarang ~ hekhek sorry chapter ni takdek jimin hoho . Adakah taehyung hero kedua ? V lagi sweet dari jimin nampaknya uwu ..

Sila lah comment nae ~ ketidakpuashati mahupun persoalan •

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro