25 ; new cast
Chapter ni amat lah boring tapi korang jangan skip tau nanti korang tak faham storyline die . Btw bukak lagu kat atas tu nae !
+++
Michan pov
Sejak jimin suruh aku move on aku banyak berfikir . Tentu jimin pun dah lama move on kan ..
Tapi kenapa ? Kenapa dia buat aku macam ni . Ke mana janji dia selama ni ?
Aku rasa sakit sangat . Perasaan aku sakit ! Air mata ni sampai dah kering sebab dia
Keputusan telah dibuat .. Aku akan pergi jauh dari sini !
" kamu pasti apa yang kamu buat ni betul ? "
Aku menoleh ke arah appa yang sedang memandang redup ke arah ku .
" chanie pergi pun atas urusan kerja appa jangan risau nae ? "
Segaris senyuman aku ukirkan . Ambil masa 2 hari untuk aku yakinkan appa supaya aku dapat pergi ke French .
" appa kenal anak appa .. French tu bukan dekat jadi kamu jaga diri ye "
Aku mengangguk pelan . Berat hati aku nak meninggalkan appa seorang diri di sini . 3 tahun aku harus berpisah dengan satu-satunya appa yang aku ada .
Memang berat namun aku gagahkan jua . Aku pasti aku dapat melupakan jimin dengan menyibukkan diri dengan cara ni . Lagi pun ini untuk kebaikan juga
Kini aku tiba di lapangan terbang incheon . Menunggu masa untuk waktu perlepasan diumumkan
Telefon bimbit yang sejak tadi berada kemas di dalam genggaman ku direnung kosong . Simcard dikeluarkan lalu dipatahkan sebelum dicampak ke dalam tong sampah
Akan aku cipta kenangan dan cerita baru selepas ini . Paitingg !
-------
Jimin pov
Lama aku merenung chat aku dan chanie yang langsung tidak terbalas . Dia block aku hm ..
Ingin sahaja aku berlari mendapatkan michan dan jelaskan padanya . Aku kenal michan tentu dia tak henti menangis :'(
" yah gwaenchana ? "
Teguran taehyung aku jawab dengan hanya menganggukkan kepala pelan . Fikiran aku menerewang kepada michan sahaja saat ni
" kau ada jumpa chanie ? "
Taehyung mula mengambil tempat di sebelahku . Aku menggeleng pelan bagi menjawab pertanyaannya
" rindu ke ? "
Aku senyum segaris . Bodoh punya soalan anak kim ni bagi ! Dia tahu apa dia bukannya ada sweetheart pun lagi
Dasar single !
" kenapa kau tak pergi jumpa dia terus eo ? Kau boleh pergi je rumah ahjusshi Lee mana tahu chanie setia tunggu kau kat situ "
Kata-kata taehyung buat aku terfikir . Betul ke chanie setia tunggu aku ? Patut ke aku jumpa dia ? Bermacam-macam lagi persoalan bermain di fikiran aku
" aku rasa semua ni berlaku berpunca daripada aku .. Kalau aku tak beria nak kahwin dengan dia takdeknya chanie jadi mangsa keadaan macam ni "
" hm tu lah.. kau gatal sangat nak kahwin cepat-cepat "
Wajah innocent taehyung aku jeling tajam . Debik saja je !
" kau ni bukan nak backup aku ?! "
" aku backup lah tu kan aku sebelah kan kau ! "
Lantas aku meninggalkannya yang terpinga-pinga seorang diri . Sebelum tu sempat aku tonyoh kepala dia sampai puas
Cari namjoon hyung lagi faedah !
" hyunggg ! Namjoon hyung !! "
Bergema satu dorm jadinya . Namjoon yang dapat menangkap suara tersebut pantas menoleh
Erat jimin mendakap tubuh namjoon yang agak tinggi berbandingnya . Dia perlukan seseorang untuk diluah
" jimin-ah gwaenchana ? "
Soal namjoon lembut . Belakang badanku diusapnya bagi menenangkan . Air mata yang tertahan serta merta jatuh
" rindu chanie tsk "
" nak pergi jumpa dia tak ? "
" tapi macam mana kalau jiyeon tau .. Chim taknak dia sakitkan chanie lagi "
" gwaenchana .. Hyung tau kita kena buat apa untuk bagi si jiyeon tu sedar "
Jimin mengangguk polos .
-------
Michan pov
Enam bulan sudah berlalu . Semuanya berjalan seperti biasa dengan adanya rakan sekerja yang ramah dan rakan serumah yang baik .
Walaupun begitu aku langsung tak boleh bebaskan jimin dari ingatan aku . Takdir yang menyakitkan
Takdir yang membuatkan aku menangis dan takdir yang membuatkan aku gembira .
" sunbae ! "
Tergendala seketika aktiviti merenung gambar-gambar jimin apabila seseorang yang amat aku kenali memanggil panggilan tersebut
" eo jaemin-ah wae ? "
" jom jaemin hantar balik , sunbae buat apa ? "
Oh lupa nak cerita pasal hobae baru aku ni hoho . Nama dia Na jaemin, model baru dari Korea yang turut ditugaskan di sini .
" em aniyo khaja ! "
Kehadirannya membuatkan aku berasa tenang dengan mengisi kekosongan bagi yang telah pergi buat selamanya .
Kim Rowoon
Dia tak ubah seperti rowoon sepertinya tuhan menghantar dia bagi mengambil tempat rowoon di sini
" malam ni sunbae pergi makan malam syarikat tak ? "
" takpe lah rasa nak rehat je hari ni .. Jaemin pergi ke ? "
Jaemin menggeleng pelan
" kalau sunbae takdek malas lah pergi .. Rehat secukupnya tau Noona"
Aku tersenyum kecil . Habis waktu bekerja dia memang akan panggil aku noona katanya lebih comel
" jaemin pun .. "
" kalau noona lapar call jaemin tau nanti jaemin hantarkan makanan buat noona tersayang ni servis sampai depan apartment "
Melekek-lekek dia gelak . Lengannya aku cubit membuatkan dia terjerit kecil
" gedik ye dia ? "
" ahahahah dengan noona je "
Ish budak ni ! Suka sangat bergula dengan aku tapi takpe aku tak kisah dengan gurauan dia . Muka comel macam ni rasa bersalah pula nak marah
Degg
Jantung aku bagai berhenti berdetak apabila sepasang anak matanya berlaga dengan anak mataku
" noona ? "
Aku terkaku . Dia berjalan melepasi aku bersama rakan-rakannya selamba . Seolah-olah langsung tidak mengenaliku
Huh .. Jadi jimin dah lupakan aku ?
Walaupun kami masih dalam ikatan suami isteri tapi apa maknanya apabila kami saling tidak bertegur dan hanya membutakan mata
" noona kenapa ni ? Berhubung dengan hantu ke sampai jaemin cakap dengan noona pun kena palau "
Pandanganku beralih semula kepada jaemin . Dia menjungkitkan kening seraya melambaikan tangannya di hadapan ku
" jaemin perasan tak ada orang lalu kat sini tadi ? "
" orang .. Eo ada sekumpulan namja lalu tadi kenapa ? "
Aku pasti itu jimin . Tapi apa dia buat dekat sini ? Selepas 6 bulan mendiamkan diri kenapa baru sekarang dia muncul
Aku langsung tak pernah lupakan dia apatah lagi mencari yang lain . Kata-kata jiyeon membuatkan aku kembali berfikir
Sewaktu hari pertama aku sampai di French dia datang berjumpa denganku untuk menjelaskan segala yang telah berlaku.
" jimin pilih untuk bersama dengan aku dan jangan tertanya-tanya lagi kalau dia tak cari kau lagi "
Akhirnya aku mendapat jawapan kenapa dia buat begitu . Mungkin jiyeon lebih menarik daripada aku ?
Hm
" j-jaemin balik dulu nae ? Nanti noona balik sendiri ! "
" noona-- "
Tanpa menunggu balasan daripada jaemin pantas aku bergesa ke arah yang di lalui mereka sebentar tadi .
Selama 6 bulan aku bodohkan diri aku . Aku nak kan jawapan dari mulut jimin sendiri ! Aku perlukan penjelasan daripadanya
Kepala ditolehkan ke kiri dan ke kanan . Kelibatnya langsung tak kelihatan . Aku pasti kali ini aku tak berhalusinasi
" argh-- "
Aku terjerit kecil apabila secara mengejutnya seseorang menarik lenganku masuk ke dalam sebuah bilik kecil yang berada di situ
Erat dia mendakap tubuhku bagai tiada hari esok . Dapat aku dengar dengan jelas nafasnya yang tidak teratur
Bagai menyimpan rindu yang lama . Ingin sahaja aku balas pelukan tersebut namun ego aku menolaknya
" a-apa awak buat dekat sini ? "
Dia mendiamkan diri buat 3 saat sebelum menatap anak mataku dalam . Jantung aku menjadi semakin tak keruan
6 bulan lamanya aku tak berhadapan dengannya .
Jarak antara kami semakin rapat dan rapat sebelum dengan lembutnya dia melabuhkan ciuman ke atas bibirku . Mutiara jernih akhirnya jatuh jua melalui tubir mataku
" tunggu saya malam ni .. "
Tanpa seungkap ucapan selamat tinggal lantas dia melarikan dirinya dan meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga .
Aku tewas dengan segala kelakuannya . Aku langsung tak dapat menolak melainkan mahukannya lagi
" c-chim tsk "
Puas aku menghamburkan segala tangisan yaang terpendam
" noona ?! "
Membulat besar jaemin jadinya . Aku langsung tidak dapat membalas apa-apa namun hanya menangis dengan esaknya
" namja tadi buat benda tak senonoh dekat noona ke ?! "
**🌙️**
Meow ii hahaha
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro