32 ; him

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Michan pov

3 hari yang lepas merupakan hari terakhir aku dan Jimin berjumpa . Boleh dikatakan bermulalah hari yang panjang tanpanya dan tempoh hari juga magazine tersebut baru dilancarkan .

Ingat lagi photoshoot  bertemakan perkahwinan bersama Kim taehyung ? Ia baru dilancarkan 3 hari yang lepas dan itu cukup menggegarkan dunia .

Rata-rata media yang mengeluarkan berita tentang BTS semuanya petik tentang khabar angin tersebut . Heboh mengatakan bahawa kami menjalinkan hubungan dalam diam .

Ughh tolonglah ! Bukan ini yang aku mahu . Macam mana aku nak diamkan diri kalau hampir kesemua komen mengatakan aku perempuan murahan ?! Dan ada juga yang menyokong kami berdua bersama .

Walaupun realiti sebenarnya aku bersama Park jimin dan bukannya Kim taehyung .. Khabar angin tersebut juga seperti membangkitkan sasaeng ARMY . Ramai juga yang mengecamku kerana merampas buah haTae mereka .

Hati aku berasa gelisah memikirkan Jimin yang hanya mendiamkan diri . Berkali-kali sudah aku menghubunginya namun cuma diabaikan seolah-olah dia sengaja mengelak daripada aku ?

Tutt tutt

Senyuman mula menggantikan wajah sendunya . Sangkaannya meleset apabila Taehyung yang menghubunginya dan bukannya Jimin yang dinanti-nantikan .

" yah gwaenchana ? "

Suara garaunya mula menyapa gegendang telinga sebaik sahaja aku mengangkat panggilan daripadanya . Keluhan ringan aku hembuskan sebelum menjawab pertanyaannya .

" em . Jimin macam mana ? "

Kedengaran decitan kuat dihujung talian . Lelaki itu mula mengalihkan telefon pintarnya dari telinga kiri ke telinga kanan .

" dalam situasi sekarang pun kau masih nak tanya pasal Jimin ? kau patut tanya aku okey ke tak sebab sekarang ni media semua kecoh pasal kita ! "

Ingin sahaja Taehyung berkata begitu namun apabila memikirkan tentang perasaan michan dia kuburkan sahaja niat itu .

" molla, kenapa tak tanya sendiri ? "

" d-dia tak jawab "

Nada suaraku yang sedikit bergetar cuba ditahan agar tangisan tidak terhambur  . Nafas dalam-dalam diambil dan dihembus pelan bagi mengawal perasaannya .

" eoh , dia keluar beli rokok lah tu telefon tertinggal kat rumah "

Tutur Taehyung selamba .

" bwo ?! "

" tak lawak ke ? Aku gurau je "

" nonsense ! "

Terbantut niatnya ingin menangis apabila mendengar gurauan daripada Taehyung itu . Tak masuk akal langsung ! Gelakan halus aku lepaskan .

Tersungging senyuman kecil di bibir jejaka kacak itu . Memang niatnya ingin membuat gadis ini gelak . Dia tahu michan tentu sedang bersedih dengan Jimin yang tetiba menghilangkan dirinya .

" kau jangan banyak fikir sangat tentang ni . Tak lama nanti reda lah "

" macam mana kau tahu ? Silap hari aku mati kena bunuh dengan fans kau ."

" berita macam ni dah selalu jadi . Aku tangkap gambar dalam subway pun orang dah fikir aku dating dengan yeoja mana entah padahal aku naik dengan Jimin "

Cerita Taehyung sedikit sebanyak menenangkan dirinya . Memang  benar apa yang dikatakan Taehyung itu . Tentang khabar angin yang dulunya tular hanya disebabkan ada seorang pelakon wanita yang turut menaiki subway dan memuat naik swafoto di media sosial juga turut dijadikan bahan berita .

" lagipun aku tak kisah tentang khabar angin kali ni sebab berita tu dengan kau . Orang yang memang aku suka "

" apa ? "

Soal michan polos . Naik gelabah Taehyung jadinya apabila dia terlepas cakap dan cepat-cepat dia mengutarakan maksud lainnya .

" maksud aku kita kan kawan "

" ohh . Takpa aku boleh handle  lagipun banyak jemputan temu ramah lepas ni hehe "

" jaga diri . "

" eo ? Ah nae kau pun hehe "

Michan mengucapkan kata putus dan panggilan terus dimatikan . Dia perlu siapkan diri untuk pergi ke studio maklum lah kini dia telah menjadi tumpuan media .

_____

Saat aku sibuk menguruskan jadual yang padat deringan telefon bimbit yang berada bersebelahan denganku menarik perhatian . Lantas dibuka pesanan ringkas yang dihantar daripada nombor private itu .

Berkerut habis keningnya apabila pesanan ringkas yang berbaur ugutan itu membuatnya terasa seperti ditusuk sesuatu yang tajam .

Private number
Tak rindu jimin ke . Taknak datang jenguk suami tercinta ? Datang sekarang sebelum aku cacatkan dia dan jangan laporkan pada pihak polis atau bawa sesiapa !
( Location )

Tanpa berfikir panjang lantas aku bergerak ke destinasi tersebut namun dikesempatan itu dia juga membawa gunting disisi bagi mengambil langkah berjaga-jaga .

" aku dah agak tentu ada sesuatu yang terjadi .. "

Semua ni tentu ada kena mengena dengan jiyeon . Bukannya dia tak tahu bahawa gadis itu gila hingga tak boleh nak dibincangkan !

Tiba sahaja di sebuah gudang lama itu  lekas aku mengambil langkah untuk mendekati pintu utama gudang tersebut . Saat aku merasakan ada sesuatu yang menghampiri pantas aku menoleh ke belakang .

" shh diam "

Belum sempat aku ingin menjerit si dia sudah menekup mulutku rapat . Wajahnya aku tilik penuh kerutan . Lelaki ini ada kena mengena dengan jiyeon ke ?

Ya, dia Na jaemin .

" apa noona buat dekat sini ? "

Soalnya sebaik sahaja menjauhkan sedikit dirinya daripadaku .

" a-ada orang bagitahu jimin ada dekat sini "

Jaemin mencerlung tajam ke dalam anak mata milikku membuatkan bulu romaku serta merta menegak akibat gerun dengan pandangannya .

" lembab "

" m-mworago ? "

" jaemin sayangkan noona tau , maaf "

Belum sempat aku siap mencerna kata-katanya dia terlebih dahulu mengetuk tengkuk ku dan serta-merta pandanganku berubah menjadi gelap gelita dan jatuh pengsan .

Jimin yang sedari tadi hanya diikat pada kerusi kayu bersama wajah yang pecah-pecah akibat dikerjakan mula menjatuhkan pandangannya pada michan yang dicempung oleh jaemin masuk ke dalam gudang .

" dah sampai pun heroin kita . Kau boleh berseronok dengan dia dalam bilik hujung sana . Aku siapkan special untuk korang "

Tutur jiyeon bersama senyuman sinis . Sengaja nak menyakitkan hati jimin . Jimin yang hanya menjadi pemerhati berubah bengis seraya sedaya upaya merentap kasar rantai besi yang meliliti dirinya .

" JANGAN SENTUH DIA KALAU TAK AKU BUNUH KORANG SEMUA !! "

Dia gunakan seluruh tenaganya yang ada untuk melepaskan diri namun apakan daya dia sudah diikat disini selama dua hari dan selama itu juga kesemua cara sudah dia gunakan untuk melepaskan diri .

Sakit dan pedih hatinya apabila memikirkan keadaan isterinya yang sedang dalam keadaan bahaya . Meronta-ronta dia cuba melepaskan diri namun semua usahanya cuma digelakkan oleh gadis keji itu .

_____

Jaemin cuma duduk bersandar pada dinsing kosong itu sambil matanya ralit memerhati tubuh michan yang terbaring tidak sedarkan diri . Sengaja menunggu gadis itu sedar .

" tidur lah selagi boleh tidur noonaku sayang "

Ujar jaemin sinis . Tiada siapa dapat menjangka apa rancangan yang bermain dalam dikiran lelaki itu . Jam tangan ditiliknya sebelum melangkah ke arah michan bersama senyuman sinis .

Pipi gadis itu ditepuk berkali-kali hingga dia mula menyedarkan dirinya . Sebaik sahaja matanya dicelikkan wajah sinis jaemin memenuhi ruangan mata .

" j-jaemin ? "

" jaemin nak minta maaf atas semua kesalahan jaemin "

Michan berkerut seribu . Sekelilingnya dipandang hinggalah matanya jatuh pada jejaka itu semula .

" a-apa kau nak hah ?! "

" anggap je lah jaemin buat semua ni sebab terpaksa .. Jaemin tak nak noona bencikan jaemin "

Laju tangannya merentap kasar pakaian yang menutupi tubuh gadis itu . Gunting yang berada dibelakang tubuh gadis itu dirampasnya . Membulat besar michan jadinya apabila diperlaku sebegitu .

" noona nak bunuh jaemin pakai gunting ni ke ? Tak boleh mati lah noona sayang "

Jaemin tergelak sinis seraya mengusap lembut pipi gadis itu menggunakan hujung gunting tersebut . Air mata yang tak tertahan tumpah jua membasahi pipinya .

Chim .. Saya takut

**🌙️**

Special tag ; dreamyboylix

Kalau ada masa boleh singgah acc dreamyboylix ni ff dia siyes bestt ilerr mmg fav emie ! Buat pengetahuan semua juga .. She's the reason why I'm still here (ㄒ^ㄒ) ♡ ilysm

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro