33 ; I'll protect you

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

+ chapter ni amatlah sendu dan menyakitkan hati . diminta fairy ii emie sekalian banyak bersabar dan maki jiyeon AHAHAH

Michan pov

" bunuh lah kalau nak bunuh "

Dengan beraninya aku menatap tajam anak matanya . Dia tampak sedikit tersentak sebelum menjatuhkan gunting tersebut ke sisinya . Na jaemin , walau apa pun terjadi kau tetap Jaemin .

" noona ni .. "

Jaemin mencebik seraya mengambil tempat bersebelahan denganku . Aku kembali tenang dan melakukan perkara yang sama iaitu bersandar pada kepala katil .

" maaf, sebab buat noona menangis "

Aku geleng pelan seraya membetulkan pakaian aku yang agak tak terurus . Mungkin semua orang tak faham apa yang sedang berlaku tetapi aku faham . Aku kenal Jaemin .

" jiyeon buat apa dekat jaemin ? "

Jejaka tersebut menghela nafas berat . Dia kekal menunduk

" jaemin cuma taknak dia kasar dengan noona . Bukan niat jaemin nak takutkan atau cedera kan noona tapi noona tak payah risau jaemin takkan sentuh noona pun "

Aku tarik senyum tipis . Kepalanya aku usap pelan .

" noona okey . Selamanya pun jaemin tetap knight untuk noona "

" noona ingat ? "

Michan mengangguk laju . Sewaktu pertama kali mereka berkenalan iaitu sewaktu mereka berjumpa di French . Dia menceritakan segalanya pada lelaki itu tentang Rowoon dan sewaktu itulah Jaemin berjanji ingin sentiasa menjadi penyokong kepadanya .

Knight yang sentiasa ada dengannya .

" tolong lepaskan noona .. tolong noona kali ni je "

rayu michan, matanya sudah digenangi cecair jernih yang hanya menunggu masa untuk jatuh menitik . Jaemin memandangnya redup .

" jiyeon takkan berhenti selagi tak dapat pisahkan korang "

michan menunduk kesal . Kepalanya berserabut apabila memikirkan jalan penyelesaian yang tidak berkesudahan . Gadis itu seorang yang psycho malah tersangat lah obses terhadap Jimin .

" tapi, ada lagi satu cara yang kita boleh guna untuk hentikan dia "

Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluarnya sebelum mendail nombor seseorang . Seseorang yang boleh menghentikan segala rancangan jiyeon .

______

Dagu milik jimin diangkatnya tinggi . walaupun wajah lelaki itu dipenuhi dengan kesan lebam dan darah kering namun dimatanya ia tetap kelihatan kacak malah menggoda .

" oppa dah penat ke ? jangan lah tidur lagi jiyeon belum mulakan permainan lagi "

gadis itu menghamburkan gelakan sinisnya . wajah Jimin yang tampak sangat lemah dan hampir pengsan membuat hatinya berasa puas . Namun begitu, gadis bergelar Jiyeon ini memang tidak mengenali erti puas bukan ?

sedikit sahaja lagi rancangannya akan tercapai dengan jayanya . Hari ini salah seorang di antara pasangan jichan akan mati di tangannya dan itulah rancangannya .

"c-cuma lepaskan m-michan .. tolong"

rayu jimin suaranya serak dan lemah . Dia sudah kehabisan tenaga dan mentalnya juga benar-benar terganggu . Dalam hatinya cuma berharap bahawa michan akan selamat dan dapat menjalani kehidupannya seperti biasa . sememangnya kesemua yang terjadi ini bermula darinya .

" cium jiyeon dulu ahahah "

Jiyeon tergelak besar dengan lawaknya sendiri . Kalau dia tak dapat memiliki lelaki ini tiada siapa lagi yang dapat memilikinya . Baginya hanya dia yang layak bersama dengan seorang Park Jimin tiada yang lain .

" a-aku takkan maafkan kau . Sampai bila-bila So jiyeon "

tutur Jimin bagai mengangkat sumpah . Dia sendiri pun tak dapat memaafkan dirinya sendiri kerana menjebakkan michan dalam hal gila ini .

" em jiyeon rasa macam nak tukar jalan cerita lah . apa kata bunuh perempuan tu dulu lepastu kita mati sama-sama macam dalam cerita dongeng baru lah macam cinta sejati kan yeayy ~ "

jiyeon bertepuk tangan dengan rancangannya sendiri . Dia akan membunuh michan dengan tangannya sendiri di depan mata Jimin selepas itu bunuh lelaki itu pula dan seterusnya bunuh dirinya sendiri maka terciptalah happy ending afufufu

Di saat itu Jimin langsung tak mampu nak membalas mahupun memandang gadis itu . Dia hanya mampu berserah dan menanti apa yang bakal terjadi .

" Yahh So Jiyeon ! "

Gadis itu menoleh ke arah empunya suara yang melaung namanya . Ternyata Jaemin yang memanggilnya . Jiyeon pandangnya hairan, cepatnya buat kerja ?

" cepatnya dah puas ke ? "

Sinis Jiyeon menyoal . Tanggapannya Jaemin telah melakukan kerja yang diberikan iaitu merosakkan michan dan menyeksa gadis itu namun tak disangka pula sepantas itu dia bertindak .

" aku rasa kita kena berhenti "

Tutur Jaemin tenang sengaja melengahkan masa dengan memancing gadis itu . Wajah Jiyeon bertukar tegang sebelum dia mula mendekati jejaka yang tampak tenang itu .

" jangan buat kerja gila . Fikirkan akibatnya nanti "

" kau pun nak rasa mati dekat tangan aku ke ? Menyusahkan "

Jaemin tidak berputus asa . Dia sudah dapat mengagak gadis itu memang tak akan berpatah balik dengan apa yang telah dilakukannya dan dia malah tidak takut dengan apa yang bakal menimpanya kelak .

" jiyeon-- "

Sebilah pisau diambilnya . Bersama perasaan amarah yang semakin membuak-buak dia bertindak dengan menghentak kuat pisau tersebut pada kerusi yang didudukinya .

" kau buka mulut sekali lagi dan aku akan buat mulut kau tak dapat nak digunakan lagi "

Ujar Jiyeon berbaur amaran dan ugutan . Saat dia ternampak bayang Michan yang tampak elok masih tidak disentuh lagi ia membuatkan dia mula naik berang . Gigi diketap rapat menahan geram .

" kerja senang pun kau tak boleh nak buat ?! Ughh "

Pandangan psiko diberikan kepada Michan seraya dia bermain-main dengan sebilah pisau yang berada di tangannya . Sasarannya hanya satu iaitu menusuk tepat pada jantung biar mudah kerjanya untuk selesai .

Michan bagai terkaku apabila gadis itu mula berlari ke arahnya . Belum sempat dia ingin bertindak Jaemin terlebih dahulu memeluk tubuh Jiyeon dari belakang bagi menghalang perlakuannya . Meronta-ronta Jiyeon ingin dilepaskan .

Dalam masa pergelutan tersebut pantas Michan meluru ke arah suaminya dan membuka ikatan kuat yang meliliti tubuh lelaki itu . Melihatkan keadaan lelaki kesayangannya sebegitu membuatkan air matanya serta merta jatuh .

" lepaskan aku tak guna ! "

Srapp

Mata tajam pisau tersebut menghiris kulit permukaan perut lelaki itu . Darah segar mula mengalir melalui luka tersebut . Pisau tersebut diangkatnya tinggi bersiap sedia ingin melancarkan tusukan padu pada jejaka tersebut . Siapa suruh mencabar seorang So Jiyeon huh ?

Michan sudah kecut perut perasaannya berbelah bahagi antara ingin berlari ke arah Jaemin dan melindunginya yang sedang dalam bahaya ataupun melindungi suaminya yang sudah hampir tak sedarkan diri .


Kepala Jimin yang berada di ribanya diletak pelan di atas simen sebelum dia meluru ke arah gadis gila itu dan ..

Bukk

" kau layak makan kaki aku ! "

Tendangan berkuasa tinggi dilancarkan tepat pada kepala gadis itu membuatkan Jiyeon terdorong ke sisi . Berpusing-pusing gadis itu jadinya .

Tepat pada masanya orang-orang suruhan Tuan Xi iaitu ayah kepada Jiyeon tiba dan mengheretnya keluar dari gudang tersebut .

" Tuan, kami dah jumpa cik muda "

Lapor salah seorang darinya. Lapang sedikit dada Michan setelah gadis gila itu dibawa pergi . Rancangannya bersama Jaemin telah terlaksana dengan memberitahu Tuan Xi tentang keberadaan Jiyeon . Kebetulan orang-orang Tuan Xi juga sudah lama mencarinya di sekitar sini .

" Jaemin-ah gwaenchana ? "

Michan memangku kepala lelaki itu di ribanya seraya jarinya ligat menghubungi panggilan kecemasan . Luka tersebut ditekan kuat bagi menghentikan darah .

Wajah Jaemin dan Jimin dipandang silih berganti . Tak henti-henti dia berdoa agar mereka berdua akan selamat . Teresak-esak michan menghamburkan tangisannya sesungguhnya dia takut dan traumanya kembali melayang di fikiran bagai kaset yang rosak .

" tolong bertahan sayang "

**🌙️**

Jaemin bukan watak antoganis hekhek (*>.<*) Model vs idol akan melabuhkan tirai pada chapter 40 wahh excited tk eheks .. Insha allah dalam masa terdekat ni juga emie akan update okies uwuu ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro