34 ; euphoria

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Michan pov

Sehari sudah berlalu dan dalam masa itu juga Jimin masih tidak menyedarkan diri . Namun begitu, michan tetap setia menunggu di sisinya .

Bak kata doktor Jimin cuma kurang gula dalam badan serta kepenatan dan mungkin akan sedar tak lama lagi tapi kenapa dia masih tak bangun ?! Rindunya pada jejaka itu hingga tidak terungkap .

" chim.. kadang kadang saya terfikir kenapa takdir kita ni rumit sangat ? "

" kita berjumpa, kenal, dan kahwin, kita saling mencintai dan akhirnya sakit "

" saya pernah t-terfikir nak akhiri hubungan ni dan lupakan awak "

" tapi s-saya langsung tak boleh nak buat macam tu .. Saya nak ada dengan awak sampai bila-bila "

" walaupun semua ni terjadi disebabkan kewujudan saya t-tapi saya tak akan mengalah dalam perjuangkan cinta saya "

" saya takkan sesekali lepaskan tangan awak lagi eo ? "

Puas aku menghamburkan segala yang terbuku di hati . Wajah yang sudah basah lencun dek air mata langsung tak dihiraukan . Tangannya aku genggam erat menantikan si dia untuk membalas pegangan tersebut .

" chanie kamu pucat sayang, kamu balik rumah dan berehat dulu nae ? "

Eomma mengusap lembut rambutku seraya memberi pandangan yang sayu . Dia juga turut berduka dengan apa yang telah terjadi dalam hidup anak dan anak menantunya .

" c-chanie nak teman Jimin "

Tutur michan senada . Raut wajahnya langsung tidak terurus dan tampak lesu . Dia langsung tidak menjamah walau sebutir nasi mahupun siapkan dirinya . Tempoh hari di mana Jimin bergegas dibawa ke hospital sampailah sekarang dia langsung tidak berganjak dari sisi lelaki itu .

" kamu balik lah dulu .. sedih hati eomma tengok kamu macam ni sayang "

Aku menundukkan kepala sambil bermain jari yang kotor dengan darah kering . Nasiblah Jaemin segera dibawa ke hospital dan mendapat rawatan secepatnya . Syukur lelaki itu dalam keadaan baik baik sahaja .

Tok tokk

Mata kami berdua serentak memandang ke arah daun pintu yang berdirinya seorang jejaka kacak tinggi lampai . Dia menatap anak mataku dalam sebelum mengukirkan senyuman tipis .

" aku hantar kau balik , khaja ? "

Keluhan berat aku lepaskan sebelum mengikuti langkah Taehyung . Sempat aku menguncup lembut pipi mulus suamiku dan berpelukan dengan eomma .

" kita kena ikut pintu belakang "

Aku agak tersentak dengan sentuhannya menggenggam pergelangan tanganku namun aku biarkan sahaja . Dia menarik tubuhku ke dalam baju coat yang dipakai olehnya agar kekal merapat mungkin tidak mahu sesiapa mengenali kami .

" gwaenchana ? Em mestilah tak kan tapi aku harap kau akan cakap kau okey "

Kami selamat tiba di perkarangan rumahku . Terkadang aku kepelikkan kenapa jejaka ini sentiasa ada di sisinya bagi menenangkan hatiku di saat aku jatuh . Senyuman kelat aku ukirkan kepadanya.

" eung aku okey "

" penipu "

Taehyung turut mengukirkan senyuman namun lebih kepada senyuman ikhlas seraya menyerabutkan rambutku . Dia sentiasa menjadi penyandar buatku malah menjadi seorang kawan yang selalu ada bersamaku . Aku nampak pengorbanannya dan sudah tentulah aku menghargainya .

" aku ada dengan kau .. Jadi jangan lah kau pendam perasaan tu sorang sorang arrachi ? "

Sejurus itu aku mendakap hangat tubuhnya seraya menyandarkan pipiku pada dada bidangnya . Jejaka itu tersenyum bahagia buat seketika dan langsung membalas pelukan tersebut malah lebih dieratkan .

" gumawo chingu-ah "

Senyuman bahagia itu serta merta memudar dan digantikan pula dengan senyuman tawar . Realitinya dia hanyalah sekadar seorang kawan di hati gadis itu .

______

Malam sudah berganti pagi, bulan juga sudah mula menghilangkan diri dan matahari mulai naik menerangi bumi Korea . Michan dihantar ke hospital oleh pemandu peribadinya .

I want to be your light babe
You should be your light

Nada dering dari telefon pintarku mula berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk . Lantas michan menjawab panggilan daripada Jungkook itu .

" em ada apa kook ? "

" kau dekat mana ? Cepatlah datang "

" dah nak sampai ni, Jimin dah sedar ke ? "

Jeda seketika . Di saat itu jantung aku sudah mula berdegup laju menantikan jawapan daripada lelaki itu namun apa yang didengarinya cukup meruntunkan jiwa . Tangan serta bibir bawahnya bergetar hebat bersama perasaan yang gemuruh .

" a-apa kau cakap ni kook ? "

Sejurus mematikan panggilan dan setibanya di perkarangan hospital lantas aku mengambil larian yang tergesa-gesa untuk ke bilik wad yang menempatkan Jimin . Tersedu-sedan aku mengalirkan air mata apabila memikirkan keadaannya .

" chimm ! "

Serentak semua mata memandang ke arah aku yang merempuh pintu wad tersebut tanpa mengetuknya terlebih dahulu . Ahli BTS dan ibu bapa mertuaku memandang michan dengan terpinga-pinga . Tak lupa juga Jimin yang menatapku redup seraya menjungkitkan sebelah keningnya .

" CHIMM HUWAA ! "

Tak dihiraukan pandangan daripada orang sekeliling laju sahaja aku mendakap erat tubuhnya . Tangisan lebat aku hamburkan seolah-olah anak kecil yang ditinggalkan sendirian .

Kesemua yang berada di dalam wad tersebut telah pun meninggalkan kami berdua sendirian. Walaupun sebak jejaka itu tetap mengukirkan senyuman tipis seraya mengusap belakang badan gadis kesayangannya itu .

" yahh tsk betul ke awak hilang ingatan ?!"

Jimin mengangguk polos . Michan bagai kehilangan kekuatannya semakin teresak-esak dia menangis . Jejaka itu perlahan-lahan mengusap wajah michan yang lencun dek air mata .

" jangan nangis sayang "

Serta-merta tangisannya terhenti . Dia keliru yang teramat sangat dengan situasi yang sedang berlaku ini . Betul ke tak apa yang jungkook beritahu ni ?!

" a-apa ? "

" uljima .. "

" c-chim ? Ish awak ni betul-betul hilang ingatan ke main-main hah ?! "

Sejurus itu aku menghadiahkan pukulan bertubi-tubi di dadanya . Kena prank rupanya kalau tahu aku tak percaya cakap arnab kelapa tu ughh !

" chim hilang ingatan sikit je .. Lupa tentang first kiss kita hehe tolong ingatkan boleh tak ? "

Melihatkan aegyo yang dibuat olehnya cukup membuatkan dada aku berombak sakan . Rindu aku padanya seperti sudah terbalas

" bogo sip-eo "

Aku menatap wajahnya dalam . Renungan penuh kasih terhadapnya tak akan pernah pudar . Selamanya pun hati aku akan tetap padanya .

" nado hearteu ~ "

" neomu bogo sip-eo "

Air mata yang mengalir saat ini bukan lagi air mata kesedihan namun ianya adalah air mata kebahagiaan . Sakit yang datang terubat dengan kegembiraan yang turut hadir .

**🌙️**

Hekhek belum tamat lagi cayunk ~ excited nak tunggu ending tak ? Uwuu emie tak syabar nk publish ff baru lps tamat ff ni eheks .. Sowwy atas kelewatan bangbang con punya pasal lah ( ˘ ³˘)♥

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro