35 ; jealous

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jimin pov

Sedang sibuk michan mengemas pakaian milikku untuk dimasukkan ke dalam beg pakaian manakala aku pula hanya menjadi pemerhati . Walaupun luarannya tampak sahaja seperti aku bermain tab namun dasarnya aku duduk memerhatikan setiap gerak-gerinya .

Hari ini merupakan hari terakhir aku berada di tempat yang menyesakkan  ini setelah hampir dua minggu terperap di sini . Sejurus michan menoleh ke arahku lantas aku pura-pura bermain tab .

" chim, awak main apa yang leka sangat tu ? "

Soal michan seraya bercekak pinggang . Jimin pun satu hal tahulah baru lepas sihat namun begitu dia langsung tidak membantu isterinya itu . Jimin cuma tayang senyuman lebar hingga menampakkan eyes smile miliknya .

" tak buat apa-apa pun ehe "

selesai mengemas apa yang patut Michan mula melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Jimin . Leher dipanjangkan ingin melihat apa yang tertera di skrin tab tersebut .

Semakin michan datang mendekat semakin jauh aku menjarakkan diri . Bertaut kening gadis itu menahan geram .

" yah Park jimin, awak tengok porn ke ?! "

Menjegil anat mata aku jadinya apabila dituduh sebegitu . Jururawat yang bertugas di situ memandang kami tak berkelip .

" B-bwo aniyo ! "

Kepala aku geleng laju menidakkan tuduhannya yang jauh sekali tersasar . Takda maknanya aku nak tengok porn dalam waktu macam ni ish gila ke ? Michan menatap tajam seraya mengecilkan bebola matanya .

" ish mana ada lah ! "

" habis tu yang nak sorok sangat kenapa ?"

Baru sahaja aku ingin menutup tab tersebut laju sahaja tangannya merampas tab tersebut dan ditiliknya bersungguh . Pandangan berangnya sudah bertukar sayu apabila membaca apa yang tertera disitu . 

" c-chim .. Kenapa awak baca benda ni ?"

Kepala aku tundukkan seraya bermain dengan jari jemari . Apa yang tertera pada skrin tab tersebut ialah artikal mengenai Taehyung dan Michan yang dikhabarkan menjalinkan hubungan dalam diam .

Hm aku tak tahu nak bagi reaksi apa . Kecewa ? Sedih ? Marah ? Aku cuma mampu tersenyum hambar . Tentulah aku percayakan michan dan tak mungkin sama sekali mereka menjalinkan hubungan dalam diam .. Cumanya aku rasa sedikit cemburu hm atau mungkin banyak ?

Michan meraih lembut telapak tanganku dan disatukan dengannya . Anak mata yang bewarna hazel itu merenung redup ke dalam anak mataku . Pandangan yang dipenuhi cinta .

" awak sedih ke ? "

" aniy .. Cemburu em sikit "

Jawabku tidak jujur . Tipulah kalau dia tak cemburu wanita yang dicintainya dipadankan dengan kawan baiknya sendiri malah ramai pula tu yang menyokong hubungan mereka . Katanya sama padan tch !

" tipu . Kenapa awak langsung tak pandang mata saya ? "

Jimin menghela nafas berat sebelum bertentang mata dengan isterinya . Matanya mula berkaca-kaca namun begitu dia tetap mengukirkan senyuman walaupun yang tertayang hanyalah senyuman palsu .

" itu artikal lama lah lagipun semua tu dah dilupakan, yang saya risau sekarang ni cuma awak .. Berita tentang awak masuk hospital disebabkan sasaeng fans dah tersebar luas tau tak ? "

Tegas michan . Memang berita tersebut sedang menjadi tumpuan ramai . Atas jasa manager BTS telah memutar belitkan kenyataan jadinya kesemua pihak percaya dengan berita bahawa Jimin diserang oleh sasaeng fans dan langsung tidak dikaitkan tentang masalah rumah tangganya .

Jikalau tidak tentu lagi teruk jadinya apabila mengaitkan tentang penglibatan michan sebagai salah seorang mangsa . Bertambah rumit nanti jadinya .

_____

" awak baru je keluar hospital takkan lah nak kerja balik "

Berkerut habis wajah gadis itu apabila mengetahui bahawa Jimin akan memulakan harinya seperti biasa sebagai idola . Jadual yang padat dan juga hari yang memenatkan.

Aku cuma mampu tersenyum tipis bagi menunjukkan bahawa aku okey dengan semua ini . Memang ini pilihannya sejak dia bermula sebagai trainee . Ini juga adalah jalan impiannya .

" chim dah biasalah ehe jangan risau nae ?"

Telapak tangan milik Michan diraih dan disatukan dengannya manakala sebelah lagi tangannya kekal di stereng kereta . Mereka jarang sekali diberikan masa untuk bersama disebabkan jadual masing-masing yang padat .

Namun begitu, dia cukup bersyukur kerana dapat mengekalkan hubungan ini . Walaupun kadang kala perasaan sedih dan rindu sering bertandang namun ia seperti menjadi penguat bagi hubungan mereka pula .

BUKK

menjegil mata mereka berdua apabila dengan mengejutnya sebuah kereta hitam melintasi mereka dan berhentikan keretanya secara mengejut di hadapan mereka . Lagi dua buah kereta pula berada di sisi.

" chanie-ah gwaenchana ?! "

Soal jimin risau . Boleh tahan kuat juga hentakan kereta mereka apabila berhenti secara mengejut begitu . Michan cuma mengangguk lemah bagi menjawab pertanyaan dariku .

Lantas pintu kereta dibuka dengan kasar . Nak mengamuk jap !

" ada masalah apa ya bawa kereta macam tak tahan nak berak ? "

Beberapa orang yang lengkap bersuit hitam bersama kaca mata yang turut hitam mula mendekati aku . Apa kes pula ni ?!

" maafkan kami encik, kami menerima arahan untuk bawa encik dan isteri encik berjumpa dengan boss kami "

" siapa boss korang ? "

Giliran michan pula untuk bertanyakan soalan . Michan bukan seperti heroin fanfic lain ye . Depan Jimin memang nampak baik sopan santun ayu sweet kiut ciut kentut semualahh tapi kalau dengan orang lain gengster lain macam ye .

" Tuan– "

" aku tanya siapa boss korang kan ?! "

" ya puan kami nak– "

" eh korang ni memang pekak eh ?! "

Masing-masing dah mengeluh . Entah siapa tah yang pekak (・´з'・)

" EH DAH LA PUAN SAYA NAK CAKAP LAH NI ! "

" terkejut lah odo "

Jimin memeluk bahu isterinya daripada tepi bagi menenangkannya . Yang paling hitam tu pun satu ! Dia siapa nak jerit kat isteri orang hak alahhhh

" YAH KORANG TAKDA ADAB KE ?! "

Jimin menjeling mereka tajam . Mereka semua menunduk berkali-kali

" maafkan kami encik .. Tuan Xi ingin berjumpa dengan encik dan isteri encik secara peribadi "

" lahhh cakap lah awal awal ! "

" kami memang nak cakap tapi– "

" syadap yuu ! "

(╯°□°)╯

" Tuan Xi ? Macam pernah dengar pula "

" Presiden kami iaitu ayah kepada So jiyeon "

Kedua mereka memandang antara satu sama lain . Ada apa pula sampai nak berjumpa bagai semua tu ?

" sila ikut kami ya ? "

**🌙️**

Huwaaa maafkn author mu yini hiks .. Ssh betul nk update (╥﹏╥) kalau ikutkn hati rasa nk unpub je ff ni tapi bila ingat dah nak ending emie paksa jugak nk update even dpt writer block ..

Dapat 30 vote emie update
okiess ( ˘ ³˘)♥

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro