𝟐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"BAM!"


Selamat tinggal dunia.


Pelik? Mengapa aku tidak rasa sebarang kesakitan? Bukankah aku sudah ditembak?


Aku cuba membuka mataku perlahan-lahan. 


Betapa terkejutnya aku. Mulutku ditekup menggunakan tangan. Tidak disangka, lelaki yang ingin membunuhku tadi mati.


Ditembak pada bahagian kepala. Darah tidak henti-henti memancut keluar dari kepalanya.


Aku menoleh ke kiri dan kanan untuk mencari siapakah gerangan yang menembak lelaki di hadapanku ini.


Tiada siapa.


Dan apabila aku menoleh semula ke hadapan, aku terkejut.


Satu susuk tubuh yang tinggi berdiri tegak memandang ke arahku. 


Kacak. 


Lesung pipit yang terserlah apabila dia tersenyum menambahkan lagi seri di wajahnya.


"Jom, ikut aku."


Aku segera menjauhkan diri apabila lelaki itu ingin memegang tanganku.


Boleh percaya ke lelaki ini? Entah-entah, dia sama sahaja seperti lelaki tadi.


"Kau tak perlu takut, sayang. Aku baik. Percayakan aku." 


Aku terkejut dengan gelaran yang lelaki itu berikan kepadaku.


Sudahlah tidak kenal, dia boleh memanggilku sayang pula.


"Betul ke kau ni baik?" Aku bertanya kepada lelaki itu untuk mendapatkan kepastian.


"Kalau aku jahat, sudah lama aku biarkan kau mati ditembak lelaki durjana tadi." 


Betul juga apa yang dikatakan lelaki itu. Tetapi, aku sudah lali ditipu orang. Aku tidak mahu tertipu lagi.


"Kau yakin kau tidak mahu ikut aku? Setahu aku, di dalam hutan ni banyak binatang buas. Kau mahu jadi santapan mereka, sayang?"


Aku menjadi gerun mendengar kata-kata lelaki itu. Segera aku mengikuti langkah lelaki itu dari belakang.


Keadaan menjadi janggal antara kami berdua. Hanya kedengaran bunyi daun kering yang dipijak sahaja.


"Erm, boleh aku tanya?" Suaraku memecahkan keheningan di hutan itu.


"Kau dah tanya soalan pun, sayang. Jawapannya boleh." Lelaki itu meneruskan perjalanannya tanpa menoleh ke arahku.


"Kau siapa?" 


"Aku manusialah." Jawab lelaki itu sambil mengalih kayu panjang yang menghalang perjalan kami berdua.


"Ish, aku tanya betul-betulkan. Jawablah betul-betul." Aku menjadi geram pula dengan sikap lelaki ini yang acah cold itu.


"Sayang, ada nampak aku macam main-main ke waktu menjawab soalan kau tadi?" Lelaki itu menoleh sekilas ke arahku.


"Huh, jawab sahaja soalan yang aku tanya tadi betul-betul boleh tak?" Naik menyampah pula aku dengan lelaki ini.


"Hahah. Baiklah. Aku ni lelaki yang ditakdirkan untuk menjaga kau, sayang." 


Dia meneruskan langkahnya dan meninggalkan aku yang tercengang keseorangan di situ.


Tapi, yang peliknya.


Mengapa jantung aku berdegup laju?


 






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro