𝟏

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku buntu. 


Tidak tahu lagi mahu menghilangkan diri di mana.


Terasa seperti diriku berada di pagar sesat.


Tolonglah Tuhan. Aku tidak tahu mana lagi hendak bersembunyi.


Kakiku terasa lenguh akibat berlari lama. Peluh di dahiku dikesat menggunakan tangan.


Aku cuba untuk bersembunyi di sebalik pokok yang besar di dalam hutan itu. 


"Where are you going, slut? You can't run away from me." Suara lelaki itu bergema di tepi telingaku.


Hembusan nafasnya sahaja sudah mampu untuk membuatkan tulang rusukku bergetar hebat.


"Come to daddy, slut." 


Ya, lelaki itu sudah menemui di mana aku bersembunyi. Sungguh aku terasa ingin menangis sekarang ini.


Lelaki itu menghulurkan tangannya kepadaku. Aku enggan mengikutinya.


Aku begitu takut sehinggakan badanku menggeletar teruk.


Ya Tuhan, aku merayu kepada engkau. Selamatkan aku. Hanya titipan doa yang mampu aku bacakan di dalam hati.


"Slut, degil kau ya?" Lelaki itu mengacukan sepasang pistol ke arah aku.


Nafasku mula tidak teratur. Jantungku berdegup laju bagaikan dram yang diketuk.


"T-tolong lepaskan, aku." Aku merayu kepada lelaki itu. 


"Huh, slut. Aku akan lepaskan kau." Lelaki itu diam sebentar sebelum pistol itu diacukan tepat di dahiku.


"Buat selama-lamanya." Saat telingaku terdengar picu pistol itu ditarik, aku memejamkan mata.


Mungkin ajalku sudah sampai. 


"BAM!" 


Selamat tinggal, dunia.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro