[ π‘Ίπ’Šπ’™ ] - π‘©π’†π’“π’‹π’–π’Žπ’‘π’‚

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

β€œπ‘Άπ’π’π’š π’šπ’π’– π’Šπ’ π’Žπ’š 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 π’šπ’π’–β€

αͺ₯αͺ₯αͺ₯

Keesokan hari seperti biasa gadis itu duduk di hadapan. Leen tidak berapa sihat jadi dia berehat di bilik. Pensyarah masuk ke kelas. Semua sudah ada. Elina lihat sekeliling, Ariz tidak hadir lagi. Sudah dua hari lelaki itu tidak hadir. Lelaki yang dia jumpa kali terakhir malam itu terus tidak hadir ke kelas.

"Apa dia sakit ke?" tanya Elina dalam hati.

"Rumah dia tak tahu pulak kat mana." Sambung dia lagi dalam hati.

Pensyarah terus memulakan pembelajaran seperti biasa. Kami membuka buku dan menjawab latihan yang diberi. Kemudian, tugas yang diberi untuk kami siapkan.

Selepas tamat sesi belajar, semuanya mengemas barang-barang mereka. Pensyarah pula mula bertanya ketidakhadiran seorang pelajar.

"Miss nak tanya, Ariz ni kenapa ye tidak hadir? Dia sakit ke? Siapa kenalan dia?"

Semua memadang antara satu sama lain. Tidak pernah seorang pun dapat berkawan pelajar itu kerana lelaki itu yang menolak.

Disebabkan tiada sesiapa yang menjawab. Elina lantas mengangkat tangan. Pensyarah menoleh ke arah gadis itu.

"Saya miss."

"Elina, boleh kamu pergi rumah dia tanya jika dia ada masalah."

"Boleh miss. Nanti saya tanya."

"Ish! Baik aku angkat je tadi. Dapat jumpa parents dia terus." Elina dapat mendengar bisikan Zee di belakang.

"Ok bagus. Nanti apa-apa update beritahu saya sebab tengok data ni dia dah dua hari tidak hadir. Ingat ye semua, jangan abaikan kawan sekelas kamu. Kalau dia ada masalah, kamu patut ambil tahu," jelas Miss Ros (account).

"Baik Miss," jawab semua pelajar.








Elina ke hulur ke hilir di dalam bilik asrama. Resah ada, gelisah pun ada. Bukan apa, kejadian hari itu pasti akan membuat dia kekok bila berhadapan lelaki itu.

Leen masuk ke bilik dengan tuala berkemban. Dia baru lepas mandi. Dahi berkerut melihat gadis itu seperti cacing kepanasan.

"Oi! Kau dah kenapa El?" Leen menutup pintu lalu di letak raga mandian di bawah katil.

Elina yang tersedar menoleh ke arah Leen yang sedang menuju ke almari.

"Aku confuse lah."

"Kenapa kau ni? Pasal assignment ke? Bukan semua benda kau pandai ke? Tak pernah-pernah kau confuse pasal kerja tu," kata Leen seraya memakai pakaiannya.

"Ish! Bukan lah aku... macam mana eh? Ariz dia dah dua hari tidak hadir. Then, Miss Ros tanya siapa kenalan dia. Semua tak jawab aku angkat lah."

"Wait! Dia tak hadir? Wouh! Serious lah? Tahu lah muka dia tu handsome senang pula tak hadir. Ingat pensyarah nak bagi muka ke? Lain lah kalau sakit macam aku."

Hairan Elina dengan cara Leen berkata.

"Kau kenapa? Macam tak puas hati je."

"Ye lah, dia dah langgar aku, pastu tak reti minta maaf, sombong gila El. Tak payah lah kau ambil tahu sangat pasal dia," bohong Leen. Sedangkan dia yang tidak pandang hadapan kerana melihat telefon sambil berjalan.

"Ouh. Kau tak cerita kat aku."

"Aku tak ingat," kata Leen seusai dia berpakaian lengkap dia mengambil beg tasnya.

Elina yang sedar terus bercekak pinggang melihat gadis gedik itu dari atas sampai bawah.

"Ewah! Bergaya nampak. Nak pergi mana cik oi."

"Aku nak keluar dengan Syah jap. Alaa... nanti aku balik. Heheh..." Sengih Leen.

Elina mencebik.

"Kau tu dah lepas sakit tak serik eh nak keluar pulak."

"Bukan aku nak, Syah ajak. Dia kata surprise, so aku pun on je lah."

Surprise? Elina teringat kata-kata Syah kelmarin. Wait! Hari ni ke dia nak bawa jumpa? Dia melopong sambil memegang kedua pipi.

Leen pula hairan.

"Woi! Kau kenapa El? Aku tak senang nak gi tengok kau gini."

"Hah? Tak de apa-apa. Cuba elok-elok pakai sikit jangan ketat sangat," bebel Elina sambil mencari pakaian sesuai untuk Leen di dalam almari.

"Eh kau dah kenapa? Ikut aku lah nak pakai mana. Eh dah-dah aku nak gerak."

Leen menolak lembut Elina untuk jauh dan dia terus menutup pintu almari tersebut. Dia mencapai kasut heels berwarna merah dibeli Syah. Cantik kot, giler tak pakai.

Elina hanya menunjuk wajah cemberut. Leen terus beredar tanpa menghiraukan wajah kawan baiknya.

Setelah Leen keluar, Elina duduk di birai katil. Telefon pintar di buka dan aplikasi di tekan. Nombor telefon Ariz ditatap lama.

Perlahan dia mengetik message pada nombor Ariz. Elina terlihat Ariz yang sedang online. Dia terus menaip menghantar mesej pada Ariz.

Whatsapp

Elina
Assalamualaikum awak.
Saya ni Elina. Miss tanya
kenapa dua hari awak
tidak hadir ke kelas?
Awak okay ke?

Sent.βœ…

Elina melihat online itu terus lenyap. Tiada balasan. Mesej nya tidak dibaca. Sakit pula hati Elina dengan sikap lelaki itu.

"Lantak lah! Betul lah apa Leen kata." Elina serabut.

Sambil-sambil itu, baik dia melihat berita terkini. Tiada perkara menarik perhatian gadis itu. Semua kes sama. Bunuh, rogol, pecah amanah, dadah, culik, scam, gosip artis, keretakan rumah tangga, dan berbagai lagi. Melihat kes begini lagi buat Elina marah.

Elina baring sambil membelek telefon pintar. Dia baring mengiring sambil ibu jari selamba scroll berita itu ke bawah berterusan. Mata hitam gadis itu tiba-tiba terpaku tajuk sebelum. Dia menscroll semula ke atas dan berhenti.

"KEMATIAN LELAKI MISTERI YANG TIDAK DAPAT DIRUNGKAI DAN DIPERCAYAI PEMBUNUH INI BERKAIT DENGAN PEMBUNUH BERSIRI."

"Kes ini masih lagi dalam siasatan. Hal ini dikaitkan pembunuh bersiri kerana perkara sama terjadi pada tahun 2015. Kes yang tidak dapat dirungkai hingga sekarang. Kes ini juga sudah ditutup kerana tidak dapat diselesaikan oleh pihak-pihak terbabit."

Tiada seorang pun dapat mencari pembunuh itu. Misteri. Ia menarik perhatian gadis itu. Sungguh menakutkan jika pembunuh itu masih berkeliaran di luar sana.

Berita ini sudah lama. Tahun 2018. Itu waktu Elina masih berumur 15 tahun. Tahun ni sudah tahun 2022. Elina search kes berkaitan tahun 2015.

"RUMAH ANAK-ANAK YATIM MUSNAH DAN KANAK-KANAK DITEMUI MATI DALAM KEBAKARAN TANPA DIKETAHUI PUNCA NYA. SUSPEK SUDAH DITAHAN UNTUK SIASATAN."

Gadis itu menekup mulut. Ia berkait tahun 2018. Suspek itu dibunuh tahun 2018. Bulu roma gadis itu naik. Jadi.. pembunuh sebenar masih hi-hidup?

Gadis bijak itu memilih tahun 2013. Dia pasti tahun itu mulanya pembunuhan tersebut.

"BINATANG YANG BANYAK MATI DIPERCAYAI DIBUNUH." (2013)

Bingo!

Air mata gadis itu ditahan. Gambar-gambar semua pembunuhan tidak dapat dia melihat lagi. Kanak-kanak dan haiwan-haiwan. Permulaan pembunuh itu adalah haiwan. Kejam. Sungguh. Pembunuh itu kejam.

Gadis itu terus menutup semula telefon pintar, malas hendak berfikir hal itu. Dia menghela nafas panjang. Dia berharap suatu hari nanti pembunuh itu ditangkap polis.

Gadis itu mengalih perhatian dengan kerja yang menimbun. Kerja-kerja dia masih banyak lagi perlu disiapkan. Sibuk pula berfikir kes-kes dahulu.

Elina melihat sekilas jam. Dia bersiap untuk pergi ke rumah Ariz. Lantaklah! Lelaki itu nak marah ke apa. Dia kena beritahu pensyarah esok hari jika lelaki itu tidak hadir sekali lagi. Alamat rumah lelaki itu sudah dia ambil di pejabat pensyarah selepas habis kelas.

αͺ₯αͺ₯αͺ₯

Ariz tersedar dari tidur. Dia bangun sambil menggosok mata. Dia mimpi dan termenung mengingat kembali kata-kata wanita itu tiga tahun dulu.

"Kau jangan ingat kau boleh terlepas. Aku kurung kau sebab kelebihan kau ada. Satu hari nanti kau tahu juga apa yang aku nak dari kau."

Kelebihan? Dahi berkerut tidak mengerti apa selama ini wanita itu mahu sehingga dia tidak dibunuh. Dari dulu lagi dia tidak dapat tangkap maksud wanita itu. Lama dia termenung, tidak sedar Carl masuk ke dalam bilik.

Carl mencampak telefon pintar Ariz ke atas katil.

"Nah! Telefon. Madam tak benarkan kau pergi kelas lagi. So duduk dalam bilik ini," ujar Carl dan berlalu dari situ.

Ariz mengambil telefon pintarnya. Dia memeriksa mesej yang masuk.

Nombor tidak dikenali
Awak? Awak okay ke?
Saya ni Zee.

Ariz mengeluh. Bukan Zee je mesej. Ramai lagi gadis yang mesej dia.

011 xxxxx
Awak sihat? Lama tak
nampak awak.

012xxxx
Ariz awak okay ke? Awak
buat apa tu?

014xxxxxx
Hai Ariz. Saya ni Isya.
Awak buat apa tu?

018xxxxx
Hai Ariz. Saya Aira.
Saya suka awak.

Mata remaja itu terhenti pada nombor gadis dia jumpa hari itu. Dia membuka dan membaca.

011 xxxx xxxx
Assalamualaikum awak.
Saya ni Elina. Miss tanya
kenapa dua hari awak
tidak hadir ke kelas?
Awak okay ke?

Kening Ariz berkerut. Dia membaca mesej itu semula. Berkali-kali dia baca dan terus memeriksa tarikh hari ini. Dia terkejut.

D-Dua hari?!

Dua hari dia tertidur? Dia masuk hari itu 26 haribulan. Sekarang sudah 28 haribulan. Telefon pintar di hempas kuat di atas katil. Dia meraup rambut kasar.

"B**i lah!" Carut Ariz.

Pandangan diangkat ke arah CCTV. Sungguh dia marah.

"Bodoh!!"

"Madam tak benarkan kau pergi kelas lagi. So duduk dalam bilik ini."

Kata-kata Carl tadi terngiang di telinga. Ariz sekali lagi meraup kasar rambut ke belakang. Dia buntu.

Dulu tidak apa dia tidak sedar beberapa hari. Kali ini, dia ada kelas. Sudah tentu semua tertanya-tanya. Patut lah ramai whatsapp nombor dia.

"Aarggh! Aku benci lah!" Ariz menjerit marah.

Pintu dikuak. Bibik masuk membawa makanan bersama bodyguard di belakang. Kelihatan salah seorang ditampal kapas di wajah dan seorang lagi di plaster pada hidung. Ariz senyum sinis melihat mereka yang cedera.

Dia sepatutnya bunuh mereka terus seperti kejadian lepas. Seorang bodyguard mati dibunuh olehnya. Ariz ketawa besar.

"Hahahahah!"

Mereka tidak mengendah.

"Tak payah suka sangat. Makan! Dah dua hari kau tak makan." Carl tiba-tiba muncul selepas mereka. Bibik terus keluar dari bilik kurungan itu.

Ariz memadang tajam pada Carl. Dapat dia lihat kesan luka pada bibir. Dia senyum senget.

"Kalau aku tak nak makan?" Sengaja dia menyentuh isu itu. Tahu lah dia jika tidak makan dia pasti akan mati kelaparan. Dia tidak kesah jika mati, tidak lah wanita tua itu dapat capai apa diinginkan. Memang pernah dulu dia buat sebegitu tetapi mereka sempat menyelamatkannya.

Carl senyum sinis. Dia maju ke hadapan menghampiri Ariz.

"Kalau kau tak makan, aku akan suntik kau sampai kau tak sedar lama."

Dada Ariz laju naik turun. Sungguh dia paling tidak suka diberi ubat penenang itu.

"B**I!" Ariz menjerit marah.

"Patutnya kau dengar je arahan Madam. Takkan jadi begini." Kata Carl ura-ura ingin beredar.

Ariz cepat bangun dia tidak puas hati pada Carl, dua bodyguard itu pantas menahan Ariz.

Carl pusing memandang remaja itu yang dalam kemarahan.

"Kau tak serik lagi ke, Kytor? Aku takkan teragak-agak nak bagi ubat tu lepasni!" Ugut Carl.

Ariz menepis kasar tangan bodyguard itu. Dia duduk di birai katil dan menjeling tajam mereka semua.

"Makan!" Arah Carl sambil berlalu keluar dari bilik dan mengunci pintu itu.

Ariz mengepal-ngepal kedua tangannya. Dia memukul kuat katil itu. Marah.

Pintu dikuak kembali.

"Kytor pergi jumpa kawan kau tu. Cepat sikit," arah Carl.

Ariz tidak mengendah dan baring semula.

"Kytor Now! Ke kau nak aku report kat Madam?"

Ergh!

Ariz serabut. Dia tahu wanita itu pasti akan buat dia terkurung dalam bilik sampai bila-bila. Dia terus bangun.

"Mandi dan turun. Cepat sikit."

Carl terus menutup pintu kembali. Ariz bangun dan mengorak langkah ke bilik air. Dia terhenti dan baru tersedar.

Kawan? Sejak bila aku ada kawan?





Ariz yang sudah bersiap menuruni tangga. Mata meliar mencari kawan yang di sebut Carl.

"Tu." Carl yang membaca surat khabar di sofa lantas menjuih bibir pada pintu hadapan rumah.

Pandangan Ariz terus menoleh arah Carl tunjukkan. Kelihatan susuk tubuh seorang gadis yang sedang berdiri membelakangi nya. Dia melangkah berjalan ke arah gadis itu. Sesekali Carl mengintai Kytor yang sedang berhadapan gadis itu. Risau katakan.

Melihat cara gadis itu berdiri dan warna beg galas letak dibahu, tahu lah dia siapa gadis ini.

"Nak apa?"

Elina terkejut. Dia menoleh menghadap lelaki itu. Sungguh lelaki itu terlalu dekat dengan dirinya. Dia mendongak, memandangkan lelaki itu sungguh tinggi. Setapak dia undur dan melarikan pandangan. Ekor mata dapat melihat Ariz berpakaian biasa tetap sama berhoodie.

"Erm... saya wassap awak tak balas."

Ariz teringat whatsapp gadis itu. Dia menyeluk kocek seluar lalu dikeluarkan telefon pintarnya. Dia membuka aplikasi whatsapp membaca mesej gadis itu.

"Ouh. Aku..." Ariz mencari alasan. Dia tidak mahu berhenti belajar. Urusan dia di sana belum selesai.

"Aku tak sihat," kata Ariz.

Elina memandang wajah lelaki itu. Dahi gadis itu berkerut. Sihat sahaja dia tengok lelaki itu. Tidak pucat. Cuma wajah lelaki itu sahaja nampak seperti tertekan.

"Awak sakit apa?"

"Kenapa?" Soalan dibalas soalan.

Elina melepaskan keluhan kecil.

"Miss tanya."

Ariz senyum senget.

"Bukan kau?"

Jantung Elina berdegup laju. Dia menahan riak wajah. Apasal aku pula? Memang miss nak tahu. Elina tidak menatap mata lelaki itu. Wajah di seriuskan.

"Miss yang tanya bukan saya. Senang kalau awak tidak hadir esok, saya bagitahu miss apa masalah awak."

Raut wajah Ariz kembali kosong.

"Cakap je lah aku demam. Tu je kan?"

Elina memandang wajah lelaki itu. Entah mengapa dia rasa lelaki itu menyembunyikan sesuatu.

"Erm... okay. Esok awak hadir ke?"

"Tak," selamba dia memotong sambil melangkah masuk ke dalam rumah semula meninggalkan gadis itu sendirian.

Elina hanya berdiri di situ, melihat lelaki itu menghilang. Dia mencebikkan bibir, terpaksa menahan sikap menyakitkan lelaki itu. Gadis itu pusing dan berjalan untuk pulang.

"Cik Elina?"

Nama dia tiba-tiba dipanggil dari belakang. Elina menoleh melihat lelaki berambut blonde itu yang sedang berjalan ke arah dia. Lelaki tadi yang memberi dia masuk ke dalam perkarangan rumah.

"Ye?"

"Saya tahu apa jadi. Ni nombor saya, kalau lepasni ada jadi apa-apa kat awak, call saya." Lelaki itu menghulur kad diisi nama dan nombor telefon dia.

Elina mengambil huluran dan meneliti. Dia mengangkat wajah memandang lelaki itu. Lelaki itu senyum. Elina membalas senyuman lelaki itu.

"Erm... boleh saya tanya?"

"Ye?"

"Encik ni abang Ariz ke?"

"Bukan. Saya pembantu ibu k- Ariz." Lelaki itu hampir tersebut nama Kytor. Mujur gadis itu tidak sedar.

"Ouh. Erm saya tidak nampak ibu dia," kata Elina yang sedar kereta tiada di halaman rumah.

"Dia keluar sebentar. Tadi bual apa ye?"

"Erm... saya tanya tentang ketidakhadiran Ariz. Maaf nak tanya, Ariz sakit apa dia tidak hadir kelas?"

"Ouh itu awak jangan risau. Nanti saya hantar surat pada pihak sana."

Elina mengangguk faham. Lega bila dia dengar tetapi ada sedikit curiga pada mereka berdua.

"Susah-susah cik Elina datang."

"Takpe encik.."

Baru Elina ingin menilik nama yang tertera di kad itu. Lelaki itu terlebih dahulu menjawab.

"Carl."

Elina mengangkat pandangan dan senyum.

"Encik Carl, takpe. Memang semua tertanya sebab Ariz tidak hadir. Dia baru masuk hari pertama terus tidak hadir."

"Baru masuk hari pertama?"

"Ye," jawab Elina hairan. Hairan melihat riak wajah lelaki itu. Ada tidak kena ke?

"Maksud awak?" Carl ingin lebih kepastian. Setahu Carl, Ariz sudah dua hari masuk.

Gadis itu baru ingin mengeluarkan suara. Tiba-tiba bibik muncul.

"Encik Carl, encik Carl.." Bibik itu cemas.

Carl menoleh pada pembantu rumah tersebut kemudian menoleh pada gadis itu semula. Dia tahu apa yang sedang berlaku.

"Cik Elina balik lah," kata Carl tersenyum. Elina mengangguk lalu beredar dan menaiki kereta yang dipandu driver sendiri. Carl menghantar pandangan sehingga kereta itu menghilang. Wajah Carl bertukar serius.

Dia pusing sambil meluru ke dalam rumah diikuti bibik itu dari belakang.

"What happen?"

"Ariz dia... hempas barang encik Carl," jawab bibik itu, dia tidak dibenarkan menyebut nama sebenar remaja itu. Itu adalah arahan Madam.

"Mana pengawal?"

"Dia dah ada kat bilik."

Carl terus menaiki tangga menuju bilik kurungan Ariz. Bengang dengan sikap remaja itu. Dari semalam tidak habis lagi perangai dia. Nasib bilik itu kedap suara. Tiada yang mendengar dia menjerit dan membaling barang.

Carl masuk. Remaja itu sedang terduduk di tahan bodyguard itu.

"What's wrong with you, Kytor?"

Ariz memandang tajam lelaki itu.

"Aku nak pergi kelas!" Marah Ariz.

Carl peluk tubuh memperhati tingkah laku remaja itu. Ariz geram bila tidak di respon apa dia inginkan. Perlahan Carl melangkah ke arah remaja itu. Dia menyangkung bertongkatkan sebelah lutut di hadapan Ariz dan merenung mata Ariz sedalam nya.

"Kalau kau nak pergi, kau jujur apa aku tanya. Kalau kau bohong, buruk padahnya Kytor."

Kening Ariz berkerut memandang Carl. Dia menunggu pertanyaan lelaki itu.

"25 haribulan kau masuk kelas ke Kytor? Aku dengar kau masuk 26 haribulan. Hairan."

Carl melihat reaksi remaja itu. Biasa. Dia tahu Ariz menyembunyikan sesuatu.

"Jawab," serius Carl.

"Aku nak tidur. Dah blah! Ikut kau lah aku tak dapat gi kelas ke apa." Ariz bangun lalu baring dan menyelimuti diri dia.

Carl berdiri. Dia merenung lama remaja itu. Ya, dia pasti remaja itu menyembunyikan sesuatu dari nya. Carl ingin beredar melangkah keluar dari bilik bersama dua bodyguard itu.

"When mommy is home?"

Langkah Carl terhenti. Dia menoleh pada remaja itu. Lama Carl diam merenung remaja itu yang sedang menunggu jawapan nya.

"Kejap lagi."

Ariz baring semula menyelimuti diri. Carl keluar dan mengunci pintu itu.




BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro