[ π‘­π’Šπ’—π’† ] - 𝑴𝒂𝒔𝒂 π‘Ίπ’Šπ’π’‚π’Ž

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

β€œπ‘Άπ’π’π’š π’šπ’π’– π’Šπ’ π’Žπ’š 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 π’šπ’π’–β€

αͺ₯αͺ₯αͺ₯

Kedua tapak tangan budak berumur 12 tahun itu berlumuran darah. Pisau ditarik dari badan budak lelaki yang terbaring itu. Darah pekat dapat dilihat pada baju putih budak lelaki itu yang tidak sedarkan diri.

Budak 12 tahun itu bangun dan melihat sekeliling nya. Banyak susuk tubuh kecil yang terbaring di atas tanah bersama bongkah batu rumah yang sudah pecah. Asap semakin nipis tanda kebakaran sudah reda.

Pandangan mata budak itu tajam melihat mereka yang tidak bergerak. Noda darah di pipi diseka belakang tangan. Budak itu meninggalkan tempat itu dan berjalan melalui hutan tanpa arah tuju.

Setelah berjalan lama, dia terlihat jalan tar di hadapan. Kemudian menunduk kembali melihat banyak daun kering yang dilalui. Datang sebuah kereta BMW hitam di hadapan budak itu.

Budak itu mengangkat wajah. Dia berhenti. Seorang wanita muda keluar dari kereta bersama dua orang lelaki bersut hitam. Budak itu merenung mereka dengan wajah beriak kosong.

Seorang lagi budak lelaki keluar dari kereta dan mencapai tangan wanita itu lalu memandang budak itu yang punya noda darah di wajah dan tangan. Pisau ditangan budak itu masih dipegang. Kelihatan rantai dipakai budak itu berbentuk bulat silver dan berhuruf R.K. di atas.

"Bring him," kata wanita itu pada dua bodyguard.

Budak itu tidak melawan malah menuruti berjalan sambil dipimpin lelaki bersut itu. Pisau itu diambil bodyguard itu. Wanita itu menunduk sedikit saat budak itu sudah mendekat. Kelihatan budak itu tiada perasaan takut mahupun gentar pada mereka.

Wanita muda itu senyum sambil memegang bahu budak itu.

"I'm your stepmom...

____





----Kytor."

Budak itu hanya memandang wanita itu tanpa sedikit riak wajah pun. Dia menoleh pula pada seorang budak lelaki di sebelah wanita itu. Mata dark brown merenung lama budak sebaya dia.

Wanita itu menoleh arah Kytor pandang. Dia memperkenalkan budak sebaya Kytor itu.

"This is my son, Ariz."

Ariz senyum pada Kytor. Tetapi, Kytor tidak senyum pada dia. Wanita itu bangun dan memimpin Kytor masuk ke dalam kereta bersama Ariz. Sebelum dia masuk, dia menoleh pada dua bodyguard itu.

"Clean fingerprint. Jangan sesiapa tahu."

Mereka mengangguk. Lalu memasuki hutan itu semula menuju mayat-mayat bergelimpangan itu. Wanita itu masuk dan menyuruh pemandu untuk bergerak.

Kereta itu semakin hilang dari pandangan.

αͺ₯αͺ₯αͺ₯

Kini.

Pagi yang cerah terbentang luas begitu indah. Seorang gadis berjalan dengan perasaan gelisah. Dia berharap dia tidak terserempak lagi lelaki itu. Ya, dia benci lelaki berlaku kasar pada wanita.

Lelaki itu sungguh tiada sifat belas pada dia kelmarin. Dalam perjalanan ke kelas, dia semakin resah jika lelaki itu ada di kelas. Leen yang jalan beriringan, perasan raut wajah gelisah Elina.

"Hey, El. Kau okay tak?" Soal Leen melihat keadaan Elina.

"I'm fine. Aku erm..ner-vous nanti soalan takut tak boleh jawab. Aku mana sempat study," kata Elina mengelak Leen tahu keadaan dirinya yang tidak begitu baik sejak kelmarin.

"Ouh..kau ni relax lah. Aku pun tak sempat, ye lah banyak assignment lain kena siap. Entah-entah ramai lagi tak dapat buat."

"Erm betul juga." Elina setuju dengan logik kepala kawan dia itu.

Mereka melangkah masuk ke dalam kelas dan duduk di tempat masing-masing menunggu pensyarah seperti biasa. Gadis itu memandang sekilas tempat duduk lelaki itu. Kosong. Belum sampai lagi ke?

Jantung gadis itu berdegup kencang sambil dia duduk. Kepala ditunduk ke bawah resah tatkala lelaki itu akan masuk ke kelas sebentar lagi. Kalau boleh, dia tidak mahu menatap lelaki itu dan biar dia buat kerja sendiri.

Dia dan Leen membuka buku bersama dan menanti ketibaan pensyarah. Semua pelajar berpusu-pusu masuk sebelum pensyarah masuk ke dalam kelas.

Dalam beberapa minit, pensyarah masuk. Semua pelajar tumpu kepada pembelajaran yang di ajar. Kemudian, diberi separuh masa, berehat seketika. Pensyarah mula memeriksa kehadiran semua pelajar.

"Okay, kelas kita ada 30 orang kan?" Tanya pensyarah untuk memastikan semua kehadiran dicatat di kertas kerjanya.

"Erm... it's 31 miss," laung salah seorang pelajar, Sufian atau Pian (Rep class).

"Ouh siapa lagi sorang?" Tanya Miss Linda (English)

"Ariz Lutfy," jawab Pian.

"Mana dia? Dia baru masuk ke?"

"Ha'ah miss. Semalam masuk. Hari ni tidak hadir pula."

Elina yang mendengar itu terus menoleh ke belakang. Mata meliar mencari lelaki itu. Tiada. Dia hairan. Sebab semalam ke? Sepatutnya dia yang tidak hadir kerana menjadi mangsa. Ini terbalik pula, atau lelaki itu berasa bersalah?

Leen menghampiri Elina di sebelah lalu membisik ke telinga gadis itu.

"Dia baru masuk, terus tak hadir. Dia tak tahu ke kerja berlambak kena buat?"

Elina diam dan hanya mendengar sahaja.

"Hm, takpe-takpe. Tapi guys pun kena ambik tahu kawan-kawan yang mungkin ada masalah. Nanti mention ke dia kerja yang saya bagi. Okay?" Bicara Miss Linda dengan terang.

"Okay." Semua hampir menjawab serentak.

Elina yang mendengar tadi terkedu. Masalah? Lelaki itu ada masalah ke? Dia tidak pernah terfikir hal itu.

Hati kecil dia tertanya-tanya. Teringat kejadian semalam. Gadis itu menepis sangkaan sendiri. Tidak masuk akal jika dia ada masalah. Masalah apa? Kasar dengan diri dia semalam. Lihat lelaki itu sudah tidak betul. Tiba-tiba dia marah pada ku.

Elina mengingatkan kembali pertanyaan lelaki itu.

"Kau tahu sesuatu kan?"

Dia ingat soalan lelaki itu. Gadis itu tidak mengerti maksud lelaki itu lontarkan.

Tahu apa? Dia tidak faham. Elina memegang perlahan bahu yang masih lagi sakit kerana lelaki itu. Bukan sahaja bahu, malah hati juga.

"Tapi assignment aku dengan dia macam mana pula?" Gadis itu buntu bagaimana mahu berhadapan lelaki itu. Kalau boleh, dia tidak mahu berkumpulan dengan lelaki itu.

"El, kau ni berangan ke apa. Nanti kang ko kena jawab soalan Miss Linda pulak," bisik Leen yang sedar Elina termenung.

Elina memandang wajah Leen sambil tersenyum nipis lalu menyebut perkataan 'sorry' tanpa suara. Dia tidak mahu Miss Linda dengar nanti.






Habis sudah tiga kelas hari ni. Boleh lah Elina berehat sebentar. Nak tidur. Dia mahu rest di rumah.

Elina dan Leen berjalan beriringan pulang ke asrama. Gadis itu mengerling jam di tangan, pukul 4 petang. Dia terus mendail dan call Pak cik Halim untuk mengambil dia di asrama nanti. Setelah dimatikan perbualan, Leen memulakan percakapan setelah melihat mesej di skrin telefon pintar.

"El, jom makan luar. Boyfriend aku ajak makan steamboat. Aku rasa nak ajak kau sekali. Aku dah lama craving nak makan steamboat," ajak Leen penuh semangat.

Ni pulak sorang ni memang tidak kenal erti penat. Mahu diajak aku bersama dengan boyfriend dia?

"Aku nak balik lah jap lagi, nak tidur," selamba Elina berkata tidak menghiraukan ajakan kawan karib.

"Laa.. El kau kata haritu nak suruh aku belanja. Balik lewat je lah. Time ni lah aku belanja, hari lain memang tak de dah," balas Leen.

Elina teringat hal janji Leen itu. Dia menoleh ke arah Leen. Mata dikecilkan menatap lama rakan nya.

"Bukan boyfriend kau yang belanja?" Soal Elina. Tidak mungkin keluar dengan lelaki gadis itu yang belanja. Tidak masuk akal.

Leen diam dan terkebil-kebil memandang ke hadapan sambil berjalan. Tatapan rakan nya itu di elak. Sudah boleh di agak oleh si dia.

"Alaa..sekali sekala. By the way, dia memang ajak aku makan sana, takkan kau tak nak ikut. Rugi tau, jangan kata aku tak ajak," Leen membodek Elina dengan cara itu.

Elina mengalah. Of course dia pun teringin nak makan steamboat.

"Yelah, kita makan situ." Elina terus mesej drivernya untuk mengambil lewat sikit.

"Yeay!" Jerit Leen seperti budak-budak sambil memeluk kawannya itu.

Elina hanya melayan sahaja.

"Nak naik apa?"

Pin! Pin!

Mereka tersentak. Pandangan dua gadis itu beralih pada sebuah kereta Mercedes-Benz berwarna merah. Kereta itu berhenti berhampiran mereka berdua. Seorang lelaki berkaca mata hitam keluar dari perut kereta dengan senyuman lebar.

"Baby!" Leen menjerit gembira.

Semua bekas teman lelaki Leen ni pasti sahaja bukan calang-calang orang. Leen ni cerewet dalam memilih teman lelaki. Gadis famous kan.

Mereka mahu berpeluk. Elina menghalang.

"Eh eh. Bukan main! Kita kat kolej ni. Jangan nak ngade-ngade," tegas Elina pada Leen.

Leen cebik bibir. Lelaki itu hanya tersenyum.

"Biy ni kawan I, Elina. Elina ni..."

Leen memandang teman lelakinya sambil memegang tangan lelaki itu.

"Syah, my boyfriend," ucapnya tersenyum.

Elina memandang lelaki itu. Ya, lelaki itu pelajar di sini juga, bila melihat dia memakai kad pelajar tergantung di leher. Wajah dia terlalu naif, tetapi boleh tahan handsome. Lelaki ini seperti masih tidak kenal lagi perangai Leen bagaimana.

"Awak dah lama kenal Leen?"

Syah memandang Elina. Dia senyum.

"Baru je. Enam bulan," kata dia.

"Ouh. Tahu ke dia-"

"Dia dah tahu lah!" Leen mencelah dan menjeling tajam pada Elina. Tahu sangat kawan nya itu ingin mengatakan yang dia punya ramai ex-boyfriend. Namun, dia tidak lah curang. Putus dan jumpa yang lain. Itu lah Leen.

Elina buat-buat gedik seperti Leen.

Gadis gedik itu malas mahu melayan kawannya itu. Kenal sangat perangai rakan sendiri. Dia menoleh pada Syah.

"Biy, I ajak dia sekali takpe kan? Lagipun I teringin nak ajak dia makan sekali," pinta Leen.

Syah hanya tersenyum. Dia tidak kesah pun. Asalkan dapat berjumpa teman wanita nya.

"Boleh sayang, you nak apa pun I okay je."

Elina yang mendengar terasa meluat melihat agenda dua orang makhluk ini. Bagaimana lah dia boleh terselit sekali?

Leen senyum gembira. "Ni sayang biy ni." Leen membuat nada manja.

"Dah dah. Aku pulak meluat tengok korang. Cepat lah aku lapar dah ni." Elina berpeluk tubuh memandang mereka berdua.

"Okay jom. Maaf Elina," balas Syah sambil tersenyum.

Leen hanya mengerling kawan nya itu. Mereka terus masuk ke dalam kereta dan menuju kedai steamboat di luar kolej mereka. Agak jauh juga.







Saat mereka sedang makan. Leen meminta untuk ke tandas. Tinggal lah Elina dan Syah di situ. Mata Elina sekejap memandang ke arah Syah kemudian pada makanan semula. Dia memulakan perbualan.

"Awak course apa?"

Syah mengangkat muka.

"Erm... engineering," jawab lelaki itu.

"Ouh. Awak tak risau ke kalau duit awak habis sebab kawan saya?" Soal Elina. Ye lah, dia kenal perangai Leen suka di belanja mewah ikut gaya nya walaupun Leen itu sudah punya duit sendiri.

"Eh takpe saya dah biasa. Erm.. lagipun ni bukan duit saya," terang Syah.

"Hah? Duit siapa?" Elina sudah terkejut.

"Ibu saya. Lagipun saya masih belajar, belum boleh bekerja lagi," terang Syah berkata.

"Ouh." Ingatkan apa lah tadi. Dia pun guna duit parents juga. Biasa lah.

"Saya risau awak tu layan sangat kawan saya. Nanti ibu awak tak marah ke?"

Syah menggeleng. "Dia dah tahu."

Mata Elina terbeliak mendengar hal itu. Banyak sangat dia tidak tahu tentang hidup Leen ini.

Syah sedar riak wajah gadis itu. Dia ketawa kecil.

"Hahah.. Awak jangan buat muka gitu. Sebenarnya saya dah bagitau dua bulan lepas. Nanti saya nak bawa dia jumpa ibu saya. Saya dah lama tak jumpa ibu saya, ini lah masa sesuai saya nak jumpa dia dan bawa surprise." Syah senyum lebar dengan perasaan teruja.

Dahi Elina berkerut.

"Awak dah lama tak jumpa ibu awak? Dia kat mana?"

Syah menunduk sedikit merenung makanan yang hampir habis.

"Dia sibuk."

Elina dapat rasa apa Syah rasa. Dia pun begitu. Parents dia sibuk di luar negara. Tetapi, tidak pernah mengabaikan dia, sesekali mereka buat video call bertanya khabar.

"Ayah awak?"

Syah lama berdiam.

"Dia... dah tiada."

Elina berasa sebersalah.

"Maaf awak. Saya tak sengaja." Elina sungguh rasa bersalah.

"Tak pe. Dia dah lama tiada."

Syah senyum supaya Elina tidak berasa salah. Bukan salah gadis itu.

Elina hanya senyum nipis.

"Pasal ibu awak tu saya faham. Nanti awak jumpa lah dia," kata Elina menenangkan hati lelaki itu.

"Boleh saya tahu ayah awak meninggal sebab apa?" Sopan Elina bertanya. Ingin tahu kehidupan lelaki itu.

Tidak sempat Syah bersuara, Leen sampai di meja makan. Elina menyepet mata merenung tajam kawan baiknya.

"Kau ni tidur dalam jamban ke? Lama sangat."

Riak wajah Leen tidak senang.

"Aku sakit perut lah."

"Hm makan banyak lagi," sindir Elina.

Syah memandang teman wanita nya di hadapan yang duduk bersebelahan Elina. Dia yang melihat Leen yang ingin menghabiskan makanan terus menahan.

"Dah lah sayang, cukup lah makan. Kita gi klinik eh?" Risau Syah.

Leen mengangguk lemah sambil tertunduk menahan sakit. Bunyi perut gadis itu dapat di dengar.

Syah memaling ke arah Elina.

"Elina, takpe ke kalau lambat hantar ke asrama?"

"Eh takpe. Saya teman Leen kat klinik nanti."

Syah mengangguk lalu memanggil pelayan untuk membayar makanan tersebut. Mereka terus dalam perjalanan pergi ke klinik.

Seusai pergi ke klinik, mereka pulang ke asrama semula. Elina tidak jadi balik ke rumah kerana keadaan kawannya itu. Risau terjadi apa-apa, biarlah dia teman Leen hari ini. Leen dengan muka monyok nya hanya melambai ke arah Syah lalu naik ke bilik. Elina yang masih berada di bawah hanya menggeleng tingkah kawannya itu. Dia kembali menoleh ke arah Syah.

"Syah, awak serius ke nak bawa kawan saya jumpa ibu awak?"

Syah yang sedang berdiri berhampiran kereta memandang gadis itu.

"Serius. Lagipun, saya tidak mahu berahsia dengan ibu saya," kata Syah tenang.

Elina mengangguk, "Baguslah. Tolong ubah sikit perangai kawan saya tu."

Syah ketawa kecil mendengar keluhan Elina. Dia tahu kekasih dia bagaimana. Bebas sana sini. Sudah tentu dia mahu terbaik buat kekasih nya itu.

"Awak jangan bagitau hal ini pada Leen ye," ujar Syah.

"Okay tapi jangan lama sangat. Kalau awak main-main saya halang awak jumpa dia," tegas Elina. Bagi Elina dia sayang kan Leen dan mahu yang terbaik buat gadis itu.

"InsyaAllah tak lama. Saya tak main-main. Saya akan jaga diri saya dan Leen."

Elina senyum lalu menaiki tangga ke bilik nya. Syah menghantar pandangan ke arah gadis itu sehingga dia masuk ke bilik.

Syah menyeluk poket seluar nya lalu mengeluarkan kotak kecil berwarna merah. Lelaki itu tersenyum dan memasukkan semula kotak kecil itu ke dalam poket. Dia berjalan masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumah. Rumah Syah terlalu dekat dari kolej jadi dia tidak duduk di asrama.







Malam menjelang tiba. Elina selesai solat dan merehatkan badan. Lega rasanya. Dia melihat Leen yang tertidur di atas katil. Kesian pula melihat Leen yang sedang menahan sakit. Leen pula sudah solat sebentar tadi dan dia terus tidur di atas katil.

Oh! Dia baru teringat mesej untuk assignment group. Malas betul gadis itu ingin bangun untuk mengambil telefon pintar nya. Dia bangun dan berjalan perlahan ke arah meja belajar lalu diambil telefon membuka aplikasi. Dia menghantar mesej ke dalam group.

Whatsapp

Elina
Guys, ada yang siap part
mana dah?

Dalam beberapa minit.

Ding!

Mesej whatsapp masuk.

Tina
Belum lagi.

Dahi Elina berkerut.

"Eh asal Tina ada dalam group economics aku?"

Elina melihat icon group tertera di papar pada whatsapp. Dia tersalah hantar mesej ke group technology. Tidak mengapalah ni pun assignment kena siap.

Elina pun membalas semula mesej itu.

Whatsapp

Elina
Ok. Nanti dah siap bagitau
kat sini.

Tidak sampai beberapa saat Tina membalas.

Whatsapp

Tina
Ok.

Elina menekan di bahagian atas icon dan terpampang contact members group. Dia menatap lama nombor telefon Ariz.

Senyap. Tidak kelihatan lelaki itu online.

Dia terus menutup telefon dan rehat sebentar di atas katil sebelum mata dia segar semula menyambung assignment yang tertunggak.







Selepas Elina sembahyang Isyak, dia membuat kerja di meja belajar. Elina menoleh ke arah kawannya itu. Leen masih merehatkan diri di katil.

Elina kembali melihat ke skrin telefon. Gadis itu membuka telefon untuk melihat jika Ariz membaca whatsapp di group tersebut.

"Satu tick kelabu je? Tak baca ke dia?" omel Elina sendirian. Jam di skrin telefon menunjukkan 10 malam.

Perasaan bimbang mula hadir dalam hati. Malam semalam
lelaki itu tiba-tiba hilang dari pandangan. Dia okay ke? Elina kembali mengamati lama nombor telefon Ariz.

Dia menutup semula telefon, malas hendak ambil tahu tentang lelaki itu. Kekasaran lelaki itu tidak pernah gadis itu lupa. Ikut dia lah. Gaya seperti tidak mahu ambil tahu tentang assignment.

Dia kembali meneruskan kerja.

"Esok mesti dia datang," kata gadis itu dalam hati.




BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro