Bab 41

Mร u nแปn
Font chแปฏ
Font size
Chiแปu cao dรฒng

๐‘ณ๐’–๐’Œ๐’‚ ๐’…๐’Š ๐’‰๐’‚๐’•๐’Š, ๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’– ๐’ƒ๐’‚๐’˜๐’‚ ๐’”๐’‚๐’Ž๐’‘๐’‚๐’Š ๐’Ž๐’‚๐’•๐’Š




"His been watching us for so long."

"And maybe one of us."

"One of them has the right answer."






Luke senyum sendiri. Jari dibawa menyentuh bibirnya. Kemudian, dia tergelak. Tak sangka, ia akan sampai ke tahap ini. Ke tahap berani menggali lubang kubur sendiri. Perlahan-lahan, jari telunjuk bergerak pula kearah gambar lelaki bertopeng putih. Gambar hitam putih yang terpampang di papan maklumat. Renungan mata bertukar kosong dan tampak mati, seperti tidak mempunyai sinar harapan lagi.

"You got my interest, huh?"

Telefon yang tersimpan di dalam kocek seluar bergetar menandakan ada panggilan masuk. Tanpa menunggu lama, telefon dibawa keluar, ikon hijau diseret ke atas.

"You played well."

"God bless me." balas Luke bersahaja. Tawa yang berhambur sengaja dibuat-buat bagi menutupi kesenangan hati. Sedangkan, dia sendiri tidak mempercayai Tuhan. Dia dilahirkan berbangsa Cina tetapi tidak beragama. Walaupun dibesarkan oleh keluarga angkat yang beragama Kristian, sedikit pun Luke tidak pernah menyertai acara keagamaan.

"Huh, it's very funny. Sekarang... mari lihat. Apa yang akan berlaku?"

"Tak perlu nak terburu-buru, silap langkah susah nanti." balas Luke. Kemudian, jarinya turun pula ke gambar Izyan. Gambar berlatar belakangkan tirai berwarna biru bersama ukiran senyum, sambil menayang dua batang gigi arnab.

"You will be mine. Forever mine."

------------

Entah bagaimana dia mahu menjelaskan kepada Izyan mengenai video yang tersebar luas ke media sosial. Pastinya, gadis itu telah melihat. Dan mungkin, hilang kepercayaan pada dirinya. Fay buntu hendak berbuat apa. Ya, dia bukan lelaki biasa. Mana mungkin dia menjadi lelaki biasa yang bebas dari membunuh orang. Kerana dia, hilang nyawa Welson Yong. Dan, disebabkan dia juga. Kam Loong mati dibunuh oleh Aaron. Ah! Persetankan semua itu. Sekarang ini, bagaimana dia mahu menghadapi Izyan dan ahli pasukannya? Bagaimana dia mahu menyakinkan mereka bahawa apa yang dia lakukan bersebab? Bagaimana dia mahu menjelaskan perkara sebenar kepada mereka?

Mahu berkata dia membunuh Welson disebabkan patuh pada arahan? Ataupun, bertujuan mencari jawapan dan membalas dendam atas kematian Ibunya? Dan-dan, apa reaksi yang bakal dia terima setelah Izyan mengetahui siapa dirinya sebenar-benarnya?

Diri yang tidak sesuci seperti manusia lain? Tangan yang kotor bermain darah? Bandar Hanoi menjadi saksi pada malam itu. Saksi yang melihat kejadian mengerikan di mana kepala Welson Yong terputus dari leher. Ya, tidak dinafikan. Perbuatannya itu boleh menyebabkan dia dilucutkan jawatan dari Unit Tindak Khas. Atau, lebih teruk dipenjara.

Telefon dibuka semula. Anehnya, video itu hanya dapat dilihat oleh dia saja. Rakaman video dia mengelar leher Welson Yong. Jumlah penonton tidak bertambah, malah kekal dengan angka satu. Iaitu dirinya sendiri. Fay menghembus nafas berat, mata terkatup rapat, membawa diri mengingati memori lalu.

17 tikaman mewakili 17 kali dia memperkosa Puan Nabella. Manakala, Derek. Lelaki tua keparat yang masih hidup dalam dosa menyimbah air panas ke tubuh Ibunya. Raungan yang dia dengari jelas di telinga. Di dalam almari, sepasang mata Hazel menjadi saksi kekejaman dua orang lelaki yang bertindak mengasari Ibunya. Bukan sekali, malah berkali-kali dia melihat kejadian yang sama. Semuanya disebabkan oleh Chew Khin Yi. Lelaki berbangsa cina dan berdarah campur Vietnam. Pada mulanya, Chew Khin Yi pemilik sebuah syarikat Luo Yang Corporation berada di ambang kemusnahan apabila dia gagal melunaskan pinjaman wang berlesen dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Derek Keuw, merangkap kawan baik kepada Chew Khin Yi menawarkan pinjaman duit hasil dari perniagaan haram yang dia lakukan. Mudahnya dia terpedaya dengan muslihat licik, dan bijak bermain kata. Tanpa berfikir panjang, tawaran yang bakal menghancurkan hidup mereka seisi keluarga diterima.

Fay membuka mata. Seketika, dibiar memori hitam menembusi kotak fikiran. Cengkaman pada stereng dikuatkan. Adakah White Mask bermain dengan dirinya sekarang? Suka melihat dirinya terseksa? Rambut ditolak ke belakang.

"Golden Fried Chicken?" Fay bertanya diri sendiri.

Siapa pula yang memesan ayam goreng pada tengah hari ini? Setahu Fay, hanya jabatan jenayah siber sahaja yang selalu memesan ayam goreng. Lain tidak bukan, Eric mahupun RBI unit yang diketuai oleh Detektif Aqheel.

Kepala digeleng, sebelum kereta audi r8 mula bergerak dari Ibu pejabat.

-------------------

KERJA GILA yang pernah dia lakukan ialah menceroboh masuk ke jabatan jenayah siber, Red Blood Investigation Unit. Sebuah pasukan khas yang ditubuhkan untuk menangkap White Hat Killer. Tidak perlu gugup, dia cuma perlu menyamar sebagai penghantar ayam goreng saja. Lagipula, kamera cctv dimatikan selama 15 minit, tiada sesiapa yang akan menyedari kedatangan Izyan ke situ.

Ya, tiada sesiapa. Harapnya begitulah.

Kotak berisi ayam goreng Izyan letak di atas meja. Mujurlah, Eric dan pasukan RBI sedang menjalani operasi penyiasatan kematian dua beranak yang berpunca dari White Hat Killer.

Dia cuma mempunyai 15 minit sahaja!

Dalam masa 15 minit apa yang perlu dia lakukan, ialah cari maklumat peribadi mengenai setiap ahli pasukan Alpha dan pasukan Alfa-H.

Bermula daripada Alpha, dan berakhir dengan Alfa H-Two. Selepas itu, dia perlu menghapuskan rakaman video di Hanoi. Dia perlu memastikan video pendek itu tidak tersebar luas ke media sosial. Dia perlu!

Kerana video itu...

Air mata diseka dengan kasar, sedaya upaya tidak mahu menjatuhkan setitis air mata lagi. Dia berjanji dia akan kuat untuk menghadapi ancaman dari White Mask, dan menerima kebenaran bahawa Fay bukan lah seorang lelaki biasa. Izyan pasti dia mempunyai jawapan yang Izyan cari.

Pendrive dicabut dari komputer Eric. Dengan perlahan, dia bangun dari tempat duduk. Matanya melilau sekeliling kalau-kalau ada yang melihat. Setelah dipastikan keadaan benar-benar selamat, barulah Izyan keluar. Tote bag dirapikan, langkah diatur keluar dari jabatan jenayah siber.

----------------

Warning! Warning! Warning!

Wajahnya di dekatkan ke skrin komputer. Tak pernah-pernah dia mendapat amaran bahawa sistem keselamatannya ingin diceroboh masuk oleh unknown hacker. Luke tergelak hambar, bibir merah menyenget. Jarinya di bawa naik menyentuh bibir. Kemudian, diketap perlahan.

"Jangan berani cabar aku, my happy bunny. "

Tidak perlu meneka siapa yang cuba menceroboh masuk ke dalam sistem keselamatan Luke, dia sudah tahu siapa yang berani menggali lubang kubur sendiri.

Warning! Warning! Warning!

Tidak menunggu lama, renungan mata bertukar tajam seperti seekor helang. Gelakkan sinis jelas kedengaran di segenap ruang bilik rahsia sambil jari-jemarinya bermain di atas papan kekunci. Hanya dia dan Aaron saja yang tahu mengenai keberadaan bilik itu di dalam rumahnya.

He... he... he...

Semakin pantas jarinya menari di atas papan kekunci, semakin kuat juga tawa yang terletus. Ya, dia sedang berperang dengan Happy Bunny.

"My happy bunny, kenapa awak sanggup buat macam ini dekat saya?"

Sesaat kemudian, skrin komputernya kembali seperti biasa. Tiada lagi peperangan kod nombor dan simbol. Jelas-jelas, dia telah memenangi pertarungan itu. Satu berbalas kosong. Luke duduk di atas kerusi sambil kedua tangan di angkat ke belakang kepala.

Buat masa sekarang, dia perlu menyamar sebagai manusia yang memiliki hati paling baik.ย  Hati yang suci seperti tidak pernah melakukan sebarang kesilapan. Mudah saja bukan? Apa yang perlu dia lakukan ialah Perfectionist.

Perfectionist dalam setiap tindakan. Erti kata lain, dia terlalu sempurna untuk disyaki sebagai White Mask.

---------------

"Aduh! Kenapa aku tak boleh access masuk?" gerutu Izyan.

"Kenapa dia guna sistem yang lebih canggih dari aku? Sedangkan aku punya harga pasar malam je. Inikan pula dia?"

Kertas maklumat peribadi di ambil dari atas meja. Dibelek-belek sehingga Izyan berhenti pada bahagian Luke.

"Brian Lee Avil Ruth. Eh, Luke ubah nama dia? Dari Brian pergi Luke? Dah kenapa? Nama Brian cantik apa."

"Pernah memenangi pertandingan science yang diadakan di Amerika. Pemenang bagi pertandingan komputer, dan... hacking? Kenapa aku tak pernah tahu Luke pandai bab hacking? Tapi, kenapa dia pilih untuk masuk Utk? Dengan kebolehan yang dia ada boleh je dia memohon untuk masuk ke jabatan jenayah siber."

Bermacam soalan yang bermain di fikiran Izyan. Salah satunya, mengapa Luke memilih untuk menjadi sebahagian daripada anggota Utk. Ah, siapa dia untuk persoalkan keputusan Luke? Sekarang ini, apa yang perlu dia lakukan ialah menyiasat siapa White Mask. Dan, apa yang dia mahukan dari Izyan.

Perut yang bernyanyi meminta diisi memaksa Izyan bangun dari tempat duduk. Tombol pintu dipulas dengan perlahan. Izyan berdiri tepat di depan bilik Fay. Sudah empat hari, penghuni bilik itu tak pulang-pulang ke rumah. Dan, sudah empat hari Izyan bersendirian di rumah.

"Come back home safely, Abang."

---------------

Langsir putih diselak sedikit, dia disajikan dengan gadis berambut pendek separas bahu sedang menyanyi. Mata terpejam rapat, sudip ikan dijadikan sebagai mikrofon. Suara kecilnya menusuk ke dalam jiwa sang lelaki. Ingin sekali dia mendengar gadis itu meraung, dan menjerit ketakutan. Dia ingin melihat gadis itu merasai kesakitan yang dia rasa. Dia ingin menjadikan gadis itu sebagai tempat untuk dia lepaskan nafsu yang tertahan.

Bawah bibir diketap rapat. Kali itu, dia tidak memakai pelitup muka mahupun topeng. Dia sengaja tidak melindungi mukanya, walaupun masih terlalu awal untuk dedahkan identiti sebenarnya siapa. Luke tergelak tanpa suara. Sepantas kilat, dia menurunkan kepala apabila Izyan menoleh ke arah tingkap berhadapan dengan singki.

"Sia... siapa tu?"

Luke sembunyi senyum. Mahu saja dia ketawa dan menjawab pertanyaan itu.

"Hmm, aku dah datang. Aku nak kau boleh? Be my wife."

Luke mengintai lagi, kali itu Izyan memegang pisau dan di hala ke tingkap.

"Takutnya..." Ejek Luke.

"My happy bunny dah berani lah..." Bisiknya lagi. Perlahan-lahan, dia bangun.

Kruk... Krak...

Dedaun kering yang jatuh berguguran sengaja dipijak olehnya. Semakin dia melangkah, semakin kuat jeritan dan tangisan Izyan. Luke mengangkat kepala memandang langit malam. Langit yang dihiasi sinaran sang rembulan, dan berjuta bintang tidak terkira.

"Maaf, aku tak ada pilihan lain. Kau terlalu cantik Izyan, terlalu cantik di mata aku. Lapan tahun lalu, mustahil kau tak ingat. Our first meet. Tapi..."

Luke sambung melangkah ke hadapan dan bersembunyi di celah sebatang pokok, apabila tetamu tidak diundang baru saja datang ke rumah Izyan.

"Berani kau sentuh dia."

"Dengan tangan kotor kau?"

Kotak gambar Aaron, tengkorak kepala Arnab, mesej ugutan, malah sanggup menghantar orang untuk menyerang Izyan di taman tema, semua itu berpunca darinya. Setiap apa yang berlaku bukanlah suatu kebetulan. Ia dirancang!

Ya, dialah yang mengatur perancangan dengan rapi. Diam-diam menjadi musuh di dalam selimut. Sungguh, dia boleh dinobatkan sebagai pelakon yang berjaya menjiwai watak. Bukan itu saja, malah dia juga mengotori kereta ahli pasukannya dengan najis manusia, darah haiwan, maskot kepala arnab, dan seekor kucing tanpa kepala, serta tampalan nota yang berjaya menarik perhatian mereka. Terlalu bodoh. Manusia itu tolol! Mahu saja dia mencabut otak mereka, dan mengorek jawapan yang ada.

Luke tersenyum. "I got my eyes on you."











Psychopaths are not crazy. They are fully aware of what they do and the consequence of those actions.

Bersambung

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen2U.Pro