Bab 42

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

π‘³π’–π’Œπ’‚ π’…π’Š π’‰π’‚π’•π’Š, π’‚π’Œπ’‚π’ π’Œπ’– π’ƒπ’‚π’˜π’‚ π’”π’‚π’Žπ’‘π’‚π’Š π’Žπ’‚π’•π’Š





"JANGAN risau, saya akan bawa dia pulang ke Venice seminggu dari sekarang."

Julai, 2011

"Abang rasa macam tak percaya. Akhirnya kita akan keluar dari tempat ni, Feng." ujar si Abang.

Si adik yang baru berusia 6 tahun mengangguk laju, dia merasakan perasaan yang sama seperti Brian. Teruja mendapatkan ahli keluarga baru. Kain baju yang sudah dilipat di susun ke dalam beg, si adik turut membantu walaupun susunan baju tidak teratur.

Brian lihat saja tangan kecilnya bergerak, tidak pula dia memarahi mahupun menghalangi perbuatan adiknya. Kerana bagi Brian, hanya Jia Feng seorang saja yang dia ada. Kejadian hitam yang berlaku beberapa tahun lepas telah mengorbankan nyawa kedua ibu bapa mereka semasa menghantar makanan.

Saudara mara terdekat pula menolak untuk menjaga dua beradik itu, disebabkan kos sara hidup semakin meningkat. Sudahnya, mereka memutuskan untuk menghantar dua beradik itu ke rumah anak yatim piatu.

"Hurm, untunglah ada orang nakkan Yan dengan Feng. Kalau saya, belum tentu ada." luah Alif sambil mencebik. Dia mengambil tempat duduk disebelah Jia Feng yang masih sibuk menyusun kain lipatan ke dalam beg.

"Alah, janganlah sedih-sedih. Nanti, adalah orang yang nakkan Alif." Jia Feng cuba memujuk. Tangan kecilnya berhenti bergerak.

"Erm... apa kata kita main sorok-sorok." Cadang Jia Feng.

Fahim, Zarith, dan Luqman yang baru saja memasuki bilik itu mengangguk laju. Tanda setuju dengan cadangan dari Feng. Sudah lama mereka tidak bermain sorok-sorok, kali terakhir pun pada dua minggu lepas. Tanpa menunggu lama, Jia Feng bingkas bangun dari tempat duduk. Sempat dia mengerling kearah Brian yang masih melipat pakaian.

"Abang tak nak ikut sekali?" soal Jia Feng. Hanya gelengan kecil yang dibalas oleh Brian.

"Tak apa, Feng pergilah. Ingat, jangan main jauh-jauh sangat. Luqman, kau tolong tengokkan adik aku. Boleh tak?" pinta si Abang. Luqman pantas menurut.

"Aip aip aip kapten!"

Brian tergelak melihat sahutan penuh bersemangat dari Luqman.

Selang beberapa minit kemudian, sebuah kereta berwarna hitam berhenti di hadapan rumah anak-anak yatim Al-Fateh. Pintu pagar yang sentiasa terkunci dibuka bagi memberi laluan masuk ke dalam. Encik Izzul, selaku pengasas rumah kebajikan Al-Fateh melangkah keluar sambil melontarkan senyuman seribu makna. Beg bimbit yang dipegang oleh orang suruhan Encik Eddy menarik perhatian nya.

Lelaki ini... berpegang setia pada janjinya.

"Dia dekat mana?" soal Encik Eddy, sebaik dia berjabat tangan dengan Encik Izzul.

"Ada je dekat dalam. Kau yakin kau tak nak bawa adik dia sekali?" Soalan berbalas soalan. Eddy tidak pasti sama ada ia perlu dijawab mahupun dibiar seperti angin berlalu.

Eddy menggaru keningnya. Terbit rasa kasihan di hati, bagaimana dia mahu memisahkan si adik dari si Abang? Jia Feng pula hanya mempunyai Brian sebagai ahli keluarganya, begitu juga dengan Brian. Mereka saling bergantung antara satu sama lain. Memisahkan mereka? Ia bukanlah perkara yang mudah seperti menghapuskan musuh-musuh 'Red Mafia'.

"Itu aku tak pasti."

Encik Izzul mengangguk faham. "Bagi aku duit tu cepat."

Beg bimbit bertukar tangan. Brian yang mendengar perbualan mereka disebalik celah pintu mula menjatuhkan air mata ke pipi. Mana mungkin dia mahu meninggalkan Jia Feng.

Siapa yang akan menjaga, dan melayan karenah adiknya itu kalau dia tiada? Siapa yang akan membaca cerita dongeng sebelum Jia Feng tidur? Siapa yang akan menyayangi adiknya, sepertimana Brian menyayangi Jia Feng?

Kepala digeleng berkali-kali. Tidak!

Tiada sesiapa yang dapat memisahkan dia dan adiknya melainkan maut. Brian berdiri di hadapan pintu masuk ke dalam rumah. Air mata diseka kasar, perlahan-lahan dia melangkah ke arah Eddy dan Encik Izzul.

"Saya takkan pergi dari sini kalau Encik tak bawa adik saya sekali." Keras dia berkata.

Encik Izzul menggeleng. Sudah ditawarkan peluang keemasan, dan di jamin kehidupan mewah. Itupun mahu menolak lagi? Manusia jenis apa ini yang tidak gilakan harta?

"Brian..." Eddy cuba memujuk.

"Saya. Takkan. Pergi. Dari. Sini." Sepatah-patah dia berkata. Cukup memberi amaran bahawa Brian Lee tidak mudah mengalah.

"Brian, please..dengar cakap Uncle. I will do anything untuk Brian, cakap aje apa Brian nak." Tawar Eddy, cuba memancing. Brian menggeleng.

"Saya tak minta apa-apa, tapi tolong..jangan pisahkan saya dengan Jia Feng."

Encik Izzul mendengus geram. Sudah dipujuk, masih berkeras kepala. Encik Izzul tunduk bagi menyamai kedudukan mereka sementara jari telunjuk Encik Izzul ditala ke muka Brian. Nafas busuk yang menampar pipi Brian sekadar dibiar. Huh, tak gosok gigi langsung! Sempat Brian mengutuk.

"Baik kau terima tawaran itu. Jangan fikir panjang, kira dah ok sangat ada orang baik hati sudi kutip sampah macam kau." Sindir Encik Izzul, kemudian dia tegakkan badan semula.

Kening Brian terjongket sebelah. "Sampah?"

"Saya. Takkan. Pergi. Dari. Sini."

Ulang Brian, sekali lagi Brian membalas sepatah demi sepatah. Eddy tiada pilihan. Dia perlu merayu dan jatuhkan egonya sendiri demi memujuk Brian. Mati jawabnya kalau dia pulang ke Venice dengan tangan kosong. Eddy melutut di hadapan Brian, air mata palsu laju saja membasahi pipinya. Dia perlu berlakon berpura-pura baik. Dia perlu menjiwai watak!

"Tolonglah... terima tawaran Uncle. Uncle berjanji, Uncle akan jaga, dan anggap Jia Feng macam anak Uncle sendiri."

Brian terkedu. Benarkah apa yang baru di dengari nya ini? Sejauh mana dia berpegang pada janjinya? Ataupun, ia cuma permainan kata yang bertujuan memancing dirinya?

"Betul? Kalau macam tu..."

"Saya perlukan jaminan. Jaminan bagi memastikan apa yang Encik cakap itu betul."

Eddy terdiam. Bijak sungguh dia menangkap muslihat yang hampir-hampir memperdayakan Brian.

"Jaminan?"

"Oh, kalau macam itu sampai di sini saja." balas Brian. Tidak mahu memanjangkan topik perbualan.

"Brian." panggil Eddy. Brian pusingkan tubuh menghadap Eddy semula.

"Lee Jiahui." sambung Eddy.

Brian berdiam diri tanpa sebarang balasan. Dia pamerkan senyuman palsu yang tampak mati dan kosong. Renungan matanya tajam bagaikan ingin menikam mangsa. Tangan kiri mengepal penumbuk kuat-kuat. Tiada sesiapa yang dapat memisahkan dia dan adiknya. Kalau ada pun, langkah mayatnya dulu kalau mahu memisahkan mereka.

"Saya dah cakap saya takkan...."

Prang!!!

Sepantas kilat, besi besbol mendarat tepat di belakang kepala Brian. Pandangan mata yang kian mengabur sempat menangkap lelaki di hadapan nya tadi sudah tergelak puas seperti baru saja memenangi nombor ekor. Perlahan-lahan, tangannya di angkat naik menyentuh belakang kepala.

"Darah."

"Jia Feng..."

"Maaf."

"Ab... abang..."

Gelap.

Tubuh yang hampir rebah ke atas tanah disambut dengan pantas oleh Eddy. Eddy dekatkan wajahnya ke telinga Brian, bibir bergerak menutur kata-kata pedas. Kata-kata yang bakal tersemat di kotak fikiran Brian.

"Mulai hari ini..."

"Jia Hui dah mati. Jia Feng pula kena baham dengan harimau dalam hutan." bisik Eddy.

"Sekarang, bawa dia pergi."

Usai menjatuhkan arahan, pengawal peribadi Eddy datang mendekat dan mencengkam lengan Brian. Pintu kereta dibuka luas-luas, tubuh kecil Brian ditolak masuk ke dalam. Sehelai sapu tangan dibawa keluar dari kocek seluar, Eddy mula mengelap cecair merah yang terkena pada bajunya ketika dia menyambut Brian.

"Disgusting."

"So... kira dah settle la kan? Kau dapat Jia Hui, aku pula dapat duit aku." ujar Encik Izzul.

Eddy senyum mengherot. Berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri. Selepas ini, tak perlulah dia dimarahi dan menadah telinga mendengar bebelan dari Boss besar untuk mencari pengganti anak lelakinya itu. Dia sudah dapat apa yang Alden mahukan. Sementara si Adik pula? Dia tak penting. Cuma seekor binatang perosak.

Seketika kemudian, kereta tersebut meluncur pergi.

Di sebalik celah sebatang pokok, Jia Feng menyaksikan setiap apa yang berlaku. Air mata diseka dengan perlahan. Dia tidak dapat berbuat apa-apa, mahupun menghalangi kepergian Brian. Dia gagal sepenuhnya!

"Ke... kenapa Abang tinggalkan adik?"

Adakah ia berpunca dari segi kesihatan? Sehingga mereka memutuskan untuk membawa Brian pergi, berbanding dia? Di mana salah dan silap seorang budak lelaki yang baru berusia 6 tahun? Dia tidak pernah merungut dilahirkan di dalam tubuh badan yang lemah, dan sering jatuh sakit. Malah, dia berbangga kerana mempunyai seorang abang yang selalu mengambil berat, dan sudi menjaga Jia Feng. Tetapi sekarang, bagaimana dia mahu teruskan hidup kalau Brian sudah dibawa pergi oleh mereka?

----------------


Beberapa hari lepas Maya kehilangan Zuki, sekarang ini pula Zumba. Ke mana perginya dua ekor kucing dewasa berbaka parsi dan siam milik Maya? Bila difikir semula, tak mungkin Ean mengambil Zuki dan Zumba. Jawapan yang dia terima belum cukup memuaskan hati. Setiap kali dia tanya melalui panggilan telefon pasti Ean mengelak. Apabila Maya berdiri di hadapan rumah Ean, dan mengetuk pintu berulang kali, Ean bertindak memarahi Maya. Dan, buat kesekian kalinya Maya menerima jawapan yang sama.

Telefon dibuka. Galeri disentuh oleh Maya. Gambar Zuki dan Zumba yang di simpan di dalam folder menyentuh hati Maya. Buat seketika, Maya tersenyum.

Ting!

014**********

Sent you a photo

Tanpa berlengah, laju saja jari Maya menekan pesanan tersebut. Kening Maya terjongket sebelah. Cukup berpuas hati dengan gambar yang baru dia peroleh. Tunggu dan lihat saja, rumah tangga jejaka idaman Maya pasti berjaya dihancurkan.

Kunci kereta dan beg tangan dicapai dari atas meja sebelum Maya meloloskan diri dari dalam pejabat.

---------------

Genap seminggu Izyan duduk seorang diri di dalam rumah. Pesanan ringkas, dan panggilan, tidak dijawab mahupun di balas. Kali terakhir Izyan menerima pesanan dari Fay pada Sabtu lalu, itupun sekadar memberitahu bahawa Fay sedang menjalankan misi.

Ting tong!

Kepala diangkat ke arah pintu utama sebaik loceng ditekan berulang kali. Siapa pula yang datang menjenguk Izyan? Sudah lah dia tinggal berseorangan diri sekarang.

Ting tong!

Tanpa menunggu lama, Izyan bangun dari tempat duduk dan bergerak ke arah door viewer. Seorang wanita berambut panjang paras pinggang, dan memakai dress berwarna merah berdiri di hadapan pintu. Entah apa yang dia mahukan dari Izyan. Setelah mengisi kod keselamatan yang bertujuan melindungi diri Izyan ketika Fay tiada di rumah. Pintu dibuka dari dalam, Izyan pamerkan senyuman semesra alam. Padahal, dia di sapa dengan perasaan kurang senang.

"Aku nak kau lepaskan Fayyadh." kata Maya. Perlahan, tetapi menikam ke dalam hati.

Senyap.

Tiada jawapan untuk itu.











Bersambung:0
Harap kau orang suka dengan update kali ini.
Sebarang kesilapan mohon di maafkan.

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro