❤︎𝓓𝓾𝓪

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sohee yang sedang mengemas kotak barangnya,berhenti seketika apabila ibunya memanggil dari luar.Dia memandang biliknya dan masih banyak barang yang perlu dikemas oleh kerana baru berpindah semalam.

"Kenapa,Eomma?",tanya Sohee sebaik saja keluar dari biliknya.

Puan Hong yang kelihatan sedang menyediakan makanan tengahari menoleh ke arah anak sulungnya.

"Jom makan dulu...lepas ni kemaslah semula barang tu.Adik kamu mana?",ujar Puan Hong.

"Main game lah tu...jap pergi tengok kat bilik dia.",jawab Sohee lalu menuju ke bilik adiknya yang bersebelahan dengan biliknya.

"Iyen...Eomma ajak makan.",beritahu Sohee dan tiada respon dari adik lelakinya kerana sibuk bermain permainan video.

"Iyen!! Eomma ajak makan!!!",pekik Sohee dan barulah adiknya menoleh seraya tersengih.

Di meja makan,

"Waaa... Samgyetang!!",Jeongin sudah menepuk tangannya tanda teruja bila melihat makanan kegemarannya terhidang di atas meja.

Baru saja tangannya mahu mengambil lauk itu,Puan Hong cepat-cepat memukul menggunakan senduk.

"Basuh tangan dulu...kamu pegang telefon 24 jam,lepastu nak main makan macam tu je...pergi basuh tangan dulu.",arah Puan Hong.

Sohee yang berada di situ tergelak kecil melihat adik lelakinya dimarahi.Kerusi ditarik dan Sohee sudah bersedia untuk menikmati makan tengahari bersama ibu dan adiknya.

Suasana meja makan agak sunyi kerana masing-masing menikmati hidangan itu sehinggalah Puan Hong bersuara.

"Sohee...lepas siap makan ni,tolong hantar lauk kat rumah cikgu sebelah ye...Eomma dah letakkan dalam bekas tu.",kata Puan Hong sebelum menunjukkan bekas yang dimaksudkannya.

"Cikgu? Macam mana Eomma tahu jiran kita cikgu?",tanya Jeongin pula dalam keadaan mulut sibuk mengunyah makanan.

"Petang semalam kakak kamu tertinggal satu bekas kek beras,jadi Eomma hantar kek beras kat rumah sebelah...lepastu sempatlah bersembang dengan cikgu tu...ramah orangnya.",jelas Puan Hong.

"Kenapa Sohee...Iyen kan ada.Semalam Sohee dah bagi kek beras kat perumahan belakang...Sohee dah lama tak bercakap dengan lelaki...malulah.",bantah Sohee.

Oleh kerana sebelum ini dia bersekolah di sekolah yang khas untuk perempuan,jadi agak kekok untuknya bersemuka dengan lelaki melainkan pergi ke kedai.

"Kalau macam tu bercakaplah dengan lelaki...kamu nak kahwin dengan perempuan ke?",sindir Puan Hong.

"Eee...Noona kahwin dengan perempuan...",ejek Jeongin.

"Diamlah kau...aku suap kaki ayam ni kang...",sempat Sohee mengugut adik lelakinya itu.

"Hmm...yela.",Sohee terpaksa akur dengan arahan ibunya.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Hyunjin berjalan kaki untuk pulang ke rumah selepas selesai memberi makan kepada biri-birinya.Selepas didenda Jinyoung malam semalam,dia sudah bertekad untuk tidak mengabaikan biri-birinya lagi.

Lagi beberapa langkah untuk sampai ke rumahnya,Hyunjin ternampak gadis yang sama singgah di kedai runcit Jackson semalam menuju ke rumahnya.Tanpa melengahkan masa,Hyunjin menyorok di sebalik pokok mempelam yang berhampirannya.

"Dia jiran aku? Oh my God...aku dahlah bau biri-biri sekarang,takkan aku nak hadap dia dengan pakaian macam ni...jatuh imej aku sebagai lelaki hensem dalam kampung nanti.",ujarnya sendirian.

Hyunjin diam memikirkan cara dan sebaik saja mendapat idea,Hyunjin menuju ke rumah Felix yang hanya terletak di belakang rumahnya.

"Felix!!! Felix!! Tolong aku!!",laung Hyunjin walaupun dia belum masuk kawasan rumah kawan baiknya itu.

Felix yang kebetulan sedang menyidai baju,mengintai di pagar sebaik saja terdengar suara Hyunjin memanggil namanya.

"Felix!!",panggil Hyunjin lagi tetapi kali ini dia sudah berada di depan pintu pagar.

"Kenapa kau ni...kena kejar hantu ke?",soal Felix sambil memegang bakul baju yang sudah kosong.

"Kau kena pergi rumah aku sekarang...cepat!!",desak Hyunjin tanpa menjelaskan keadaan sebenar kepada Felix.

"Kenapa pulak aku kena pergi rumah kau...aku ada rumah sendiri.",Felix menolak.

"Cepat....kau masuk ikut pintu belakang rumah aku...pergilah!",Hyunjin menolak badan Felix menuju ke belakang rumahnya.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Sohee masih berdiri di depan pintu rumah jirannya walaupun tiada kedengaran suara di dalam rumah.

"Okay...ni last aku panggil..",Sohee bercakap sendirian.

"Annyeonghasayeo...",panggil Sohee dan masih tiada jawapan.

Baru saja Sohee ingin mengangkat kaki,pintu rumah dibuka dan kelihatan seorang lelaki berdiri di depan pintu sambil memegang bakul baju.

"Annyeonghasayeo...maaf lambat bukak...saya dari rumah belakang tadi.",jelas Felix jujur.

"Rumah...belakang?",soal Sohee hairan.

"Haah...ni rumah kawan saya...ada apa ye?",tanya Felix semula.

"Ni...Eomma ada bagi lauk untuk cikgu yang duduk kat sini...nah.",kata Sohee lalu menghulurkan bekas makanan kepada Felix.

"Ouh...buat susah-susah je...terima kasih.",ucap Felix sambil menundukkan kepalanya sebelum menutup pintu rumah.

Sohee yang sudah keluar dari pagar rumah itu,berhenti seketika.

"Macam pernah nampak...tapi kat mana ye?".

Di dalam rumah,

"Kenapa dia datang rumah aku? Dia nak berkenalan dengan aku ke,Lix?",tanya Hyunjin yang bersembunyi di sebalik pintu.

"Kau ni tak padan dah berpunya...dia datang bagi lauk jelah...",beritahu Felix lalu meletakkan bekas makanan itu di atas meja.

"Kenapa kau tak ambik sendiri? Kau beria suruh aku masuk ikut pintu belakang...kalau jiran tengok ni boleh salah faham tau tak?",marah Felix kerana masih tidak puas hati dengan apa yang dilakukan Hyunjin.

"Kalau ikutkan aku,memang aku nak ambik tapi masalahnya bau aku tak mengizinkan...kalau aku ambik,habislah imej aku.",jelas Hyunjin.

Felix menghela nafas panjang.Kalau nak marah pun tiada guna kerana memang sejak sekolah rendah lagi Hyunjin mementingkan rupanya walaupun dia sendiri pernah mencemarkan imejnya dengan menangis di belakang kantin sekolah.

"Dahlah...aku nak balik.Nanti Hyung aku cari pulak.",ujar Felix.

"Okay...terima kasih tau tolong ambilkan lauk ni...",ucap Hyunjin sambil melambaikan tangannya.

"Tak payah nak lambai sangatlah...aku nak sikit lauk tu sebab aku dah tolong ambik...kau ingat free?",kata Felix sebelum keluar dari rumah Hyunjin melalui pintu belakang.

"Yelah..",jawab Hyunjin pendek.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Petang itu,

Jackson yang sedang makan di dapur pergi menuju ke bahagian depan rumahnya apabila mendengar pintu rumah diketuk.

"Annyeonghasayeo,Hyung...Felix ada?",ramah Hyunjin sambil tersenyum.

"Lah....kau ke...aku ingat perempuan mana tadi datang rumah.Tak panas ke simpan rambut panjang tu?",tanya Jackson.

"Ni trend sekarang,Hyung....Hyung pun boleh cuba...mesti hot.",cadang Hyunjin lalu menunjukkan kedua ibu jarinya.

"Merepeklah...kenapa cari Felix? Dia dalam bilik air,mandi kot.",beritahu Jackson.

Felix yang baru selesai mandi,terus menuju ke pintu sebaik saja melihat Hyunjin sedang berbual dengan abangnya.

"Hyunjin...kau buat apa kat sini? Sampaikan salam Jinyoung Hyung ke?",sakat Felix.

Jackson serta merta menjeling tajam sebaik saja mendengar nama musuh ketatnya sejak sekolah menengah itu.

"Hahahaha...Mana ada,aku nak ajak kau teman aku pergi kandangkan biri-biri aku...Hyung balik lambat lagi hari ni.",ajak Hyunjin sambil membuat muka kasihan.

"Hyung kau tu cikgu tadika ke profesor universiti? Sampai ke petang tak balik lagi...bukan tadika sampai tengahari je ke?",Jackson mencelah.

"Entahlah Hyung...Hyunjin pun tak tahu...",jawab Hyunjin.

Felix hanya bersetuju dengan ajakan Hyunjin dan menyuruh kawan baiknya untuk menunggu sebentar.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

"Wey...Eun tak merajuk ke kau tak jumpa dia hari ni?",soal Felix.

"Mana ada...Eun pun sibuk tolong Eomma dialah...kiteorang dah janji petang esok nak date kat sawah macam biasa.",jelas Hyunjin.

Di kandang biri-biri,

Ternganga mulut Felix bila melihat bilangan biri-biri yang ada.Macam mana nak kandangkan biri-biri sebanyak itu dengan hanya berbekalkan tenaga mereka berdua.

"Hyunjin...kau pernah kandangkan biri-biri ke sebelum ni?",tanya Felix.

"Ini Hyunjinlah...aku masa kecik-kecik dulu selalu ikut Appa datang sini..",kata Hyunjin dengan bangga.

Felix yang ternganga itu hanya mengangguk faham.Kalau begitu,bolehlah Hyunjin ajarkan dia cara-cara nak kandangkan biri-biri.

Setengah jam kemudian,

"Bek...Bek...Bek..."

Felix memandang Hyunjin yang sedang berinteraksi dengan binatang ternakannya itu.

"Kau cakap apa dengan dia,Hyun...aku tengok biri-biri tu tak layan kau pun...",tanya Felix.

"Entahlah...aku pun pelik dia tak bagi respon...selalu aku tengok,dia bercakap je dengan Appa aku.",balas Hyunjin sambil mencangkung di depan biri-biri tadi.

"Tadi kau kata kau pernah kandangkan....ni tak tahu pulak...dah nak malam ni...kau dari tadi mengembek kat sini.",rungut Felix.

"Aku cakap aku pernah ikut je...mana ada aku cakap aku pernah kandang...dahlah kita halau je dia guna ranting kayu,nanti dia masuklah kandang tu.",cadang Hyunjin.

Walaupun cadangan Hyunjin itu kedengaran merepek,Felix hanya mengikut saja memandangkan mereka berdua kesuntukan masa.

Ranting kayu diambil dan Felix cuba menghalau sekumpulan biri-biri itu seperti yang dicadangkan Hyunjin.Namun perkara lain pula yang berlaku apabila biri-biri itu tidak masuk ke kandang sebaliknya mengejar Felix.

"Hyunjin!!!! Tolong aku!!!!",jerit Felix sambil berlari menyelamatkan dirinya.

"Hahahahahaha...lari Felix!",Hyunjin bukan membantu tetapi mentertawakan Felix yang sudah berlari tidak cukup tanah bila dikejar sekumpulan biri-biri tadi.

Felix terus berlari dan dalam pada masa yang sama,Sohee yang baru saja pulang dari kedai bersama Jeongin menggunakan jalan yang sama.

"Lari!! Korang lari!!!",arah Felix sambil memberikan isyarat menggunakan tangannya.

Jeongin sudah pun melarikan dirinya manakala Sohee yang sedang terkejut tidak berganjak sedikit pun.

Felix memandang tempat untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi mangsa biri-biri itu lalu menarik tangan Sohee.Disebabkan itu,mereka berdua terjatuh ke dalam sawah.

Splash!

Jeongin mengelap mukanya yang terkena kotoran sawah itu.Hyunjin yang baru tiba di situ menutup mulutnya melihat Felix sedang berpelukan dengan seorang gadis di dalam sawah.

"Ini lagi sweet dari aku dengan Eun...",ungkapnya perlahan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro