❤︎𝓢𝓪𝓽𝓾

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Januari,2021

"Felix! Bangun...tolong Hyung angkat kotak barang yang baru sampai kat kedai!",jerit lelaki yang dikenali sebagai Jackson.

Felix yang sedang lena diulit mimpi tersedar apabila abangnya mengejutkan dirinya dari tidur.Matanya dibuka walaupun rasa mengantuk masih tersisa.

Jackson yang sedang tergesa-gesa keluar dari rumah itu,terkaku sebaik saja kakinya menyarungkan sandal miliknya.Mata dipejam dengan perasaan geram sebaik saja melihat najis biri-biri yang dipijaknya tadi.

"Aku dahlah lambat...binatang ni buat hal kat rumah aku...mesti biri-biri si cikgu tadika belakang rumah..siapa lagi kat kampung ni yang bela binatang tu..",bebel Jackson.

Kaki kiri yang terkena najis itu diangkat untuk dibasuh.Felix yang baru saja keluar dari bilik,mengerutkan dahinya melihat Jackson masih berada di rumah.

"Hyung...tak pergi kedai lagi?",soal Felix.

"Kau pergi ganti Hyung kat kedai....Hyung nak pergi ajar si cikgu tadika belakang rumah tu...kau jangan melencong ke lain.",pesan Jackson sebelum meninggalkan rumah.

Felix hanya mengangguk faham mendengar arahan abangnya itu.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

"Ha kau! Baguslah kau dah ada kat luar...aku ada benda nak cakap dengan kau ni.",ujar Jackson sebaik saja melihat guru tadika itu sedang menyarungkan kasut.

"Ye...ada apa ni Jackson...tak elok tau marah-marah pagi macam ni.",tanya Jinyoung dengan penuh hemah.

"Biri-biri kau tulah...berak atas sandal aku! Kau tau tak aku ada kerja pagi ni? Disebabkan taik binatang tu,kaki aku boleh terkena jangkitan kuman tau?",adu Jackson sambil menunjukkan kaki kirinya.

Jinyoung mengorek telinganya mendengar bebelan Jackson.Jam di tangannya dilihat dan masih berbaki 15 minit sebelum waktu persekolahan bermula.Kalau nak berdebat dengan Jackson,50 minit belum tentu cukup.

"Maaflah kalau macam tu....aku rasa aku dah kandangkan biri-biri petang semalam...kau nak aku bayar ganti rugi ke sebab biri-biri aku buat kotor kat rumah kau?",tanya Jinyoung yang lebih kepada sindiran.

"Tak payah! Aku nak kau cakap kat biri-biri kau tu,jangan masuk kawasan rumah aku lagi...kalau tak,aku sembelih biri-biri kau buat gulai...faham?",Jackson mengakhiri katanya.

Jinyoung mengangguk faham sambil tersenyum.Kepalanya juga ditundukkan beberapa kali.Sebaik saja bayang Jackson menjauh,Jinyoung masuk semula ke dalam rumah.

"Hyunjin! Hyunjin!",panggil Jinyoung.

Masih segar di ingatannya yang petang semalam dia berpesan pada adiknya supaya mengurung biri-biri kerana dia ada mesyuarat di tadika.Selepas apa yang diadukan Jackson,dia yakin yang Hyunjin tidak melakukan seperti yang disuruhnya.

Pintu bilik Hyunjin dibuka dan tidak kelihatan bayang adik lelakinya itu.Jinyoung menarik nafas sedalamnya supaya kemarahannya reda.

"Breathe in....breathe out...",Jinyoung menenangkan dirinya.

"Kau tunggu petang ni,Hyunjin."

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

"Felix!!!"

Felix mengerutkan dahinya bila mendengar namanya dipanggil.Dia menoleh ke kiri dan kanan,namun tiada pula sesiapa di situ.

"Felix!!!"

Sekali lagi Felix menoleh dan kali ini dia mengecilkan matanya kerana melihat bayang seseorang berlari ke arahnya.

"Hyunjin? Sejak bila dia bangun pagi macam ni?",soalnya sendirian.

Kotak yang dipegang tadi,diletakkan dulu di dalam kedai sementara menunggu Hyunjin tiba di depan kedainya.

"Ha...kau kenapa? Berjoging ke?",tanya Felix.

Hyunjin mengambil nafasnya yang hampir hilang kerana berlari ke kedai sebelum menjawab soalan kawan baiknya.

"Hyung....",jawab Hyunjin sambil tercungap-cungap.

"Ye...kenapa dengan Jinyoung Hyung?",soal Felix.

"Aku lari dari Hyung aku...nasib baik sempat..kalau tak,aku dah kena kurung dalam kandang biri-biri Appa aku...tau tak?",cerita Hyunjin.

Felix tergelak mendengar apa yang disampaikan Hyunjin.Pagi-pagi macam itu pun sempat lagi kawan baiknya berloyar buruk.

"Mesti kes kau lupa nak kandang biri-biri semalam kan....itulah,aku dah ingatkan kau tapi kau sibuk pergi dating dengan Eun kat sawah...padan muka kau.",marah Felix.

Hyunjin memuncungkan mulutnya bila Felix tidak membela dirinya seperti yang disangkakan sebaliknya menyalahkan dirinya lagi.

"Yelah....kalau aku tak pergi,nanti Eun merajuk dengan aku...",Hyunjin memberi alasan.

"Boleh pulak kau bangun...bukan kau susah ke nak bangun pagi macam ni?",Felix menukar topik sebelum Hyunjin menceritakan perihal petang semalam.

"Aku tersedar sebab Jackson Hyung datang rumah aku...bukan main marah lagi dia sampai ugut nak sembelih biri-biri Appa aku....Appa pun satu,pergi mesyuarat penternak negara sampai sebulan,pastu aku yang jadi mangsa kena kandangkan biri-biri tu.",adu Hyunjin.

"Patutlah dia cakap nak pergi rumah kau tadi....aku mati-mati ingat dia nak berbaik dengan Jinyoung Hyung.",ujar Felix.

"Lambat lagilah dua orang tu nak berbaik...musuh sejak--- Annyeonghasayeo Hyung!",Hyunjin serta merta menyapa Jackson yang baru tiba di situ.

"Huh!",Jackson menjeling sebelum masuk ke dalam kedai untuk mengemas apa yang patut.Hyunjin tersengih melihat reaksi Jackson.

"Hyung kau marah aku ke? Seram gila..",tanya Hyunjin dan Felix tertawa kecil.

"Tak adalah...kejap lagi dia okay lah tu...",beritahu Felix.

Mereka berdua meneruskan perbualan di luar kedai hinggalah seorang gadis menghampiri mereka berdua yang sedang sibuk menyusun makanan ringan di luar kedai runcit milik Jackson itu.

"Annyeonghasayeo...kedai runcit ni dah buka ke?",tanya gadis itu.

Hyunjin merapikan rambutnya sebelum mengukirkan senyuman ke arah gadis yang bertanya tadi.

"Ye,dah buka.",jawab Felix.

"Wey....aku tak pernah nampak dia pun sebelum ni...baru pindah ke?",tanya Hyunjin dengan bersungguh.

Felix terpaksa menolak muka Hyunjin yang dua inci dari mukanya.Dia tidak mahu difitnah orang kampung sebagai gay.

"Manalah aku tahu...pergilah tanya sendiri.",jawab Felix sambil tangannya membuang plastik bungkusan.

Tidak lama kemudian,gadis itu keluar dari kedai.Sempat juga dia mengukirkan senyuman sebelum pergi dari situ.

"Dia senyum kat aku...kenapalah aku dah taken...", Hyunjin bercakap dengan dirinya sendiri.

"Aku rasa dia berkenan dengan seluar kau kot...",Felix bersuara.

Mendengarkan itu,Hyunjin memandang seluarnya yang bercorak bunga daisi dan barulah dia teringat yang dia tidak sempat mandi menuju ke situ tadi.

"Yah! Kenapa kau tak tegur aku!", marah Hyunjin dan Felix tergelak besar melihat muka Hyunjin yang sudah merah padam itu.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Felix mengambil tempat di sebelah Jackson yang sedang mengira di meja ruang tamu.Secawan kopi juga diletakkan di atas meja untuk abangnya itu.

"Thanks...",ucap Jackson.

"Banyak ke untung hari ni?",Felix memulakan perbualan.Kemudian matanya tertumpu pada kek beras yang berada di atas meja itu.

"Sejak bila ada kek beras ni...Hyung buat ke?",tanya Felix.

"Hyung lebih rela beli dari buat benda alah ni....tu jiran baru yang bagi tadi.",beritahu Jackson.

"Ouh yeke...Felix tak tahu pun.",jawab Felix.Dia juga tidak perasan jika ada lori masuk ke dalam kawasan kampung itu tadi.

"Alah...yang datang kedai tadi tu...dialah.",Jackson mengingatkan Felix.Dia pasti yang adiknya mengecam gadis itu kerana Felix berada di luar ketika gadis itu singgah ke kedainya.

Felix cuba mengingat semula sebelum dia membulatkan matanya.

"Ouhh...dia ke? Patutlah tak pernah nampak."

"Cantik kan budak tu.",kata Jackson secara tiba-tiba.

Felix memandang Jackson hairan.Baru sekali berjumpa,takkan sudah berkenan.

"Entah...Lix tak perasan pulak muka dia.",balas Felix lalu bermain telefonnya.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Hyunjin mengintai ruang tamu rumahnya sebagai langkah berjaga-jaga.Dia pasti yang Jinyoung tidak akan berdiam diri begitu saja selepas apa yang berlaku pagi tadi.

"Ha! Kau nak lari mana?",sergah Jinyoung sebelum memukul belakang badan adiknya dengan pembaris kayu.

Berkerut muka Hyunjin dibuatnya bila pembaris kayu hinggap di belakangnya.

"Hyung...ampun Hyung...Hyunjin bukan sengaja lepaskan biri-biri tu..Hyunjin lupa..",tanpa disuruh,Hyunjin segera melutut sambil mengangkat kedua tangannya sebagai tanda maaf.

"Kau lupa sebab kau pergi dating kan? Kau ingat aku tak tahu?",marah Jinyoung.Pembaris kayu juga masih berada dalam genggamannya.

Macam mana Hyung boleh tahu? Takkan Felix bagitahu dia...

"Ha...Tak jawab,betul lah kan?",desak Jinyoung lagi.

Mendengar soalan abangnya,Hyunjin memeluk kaki Jinyoung minta simpati.Dia tidak sanggup dipukul menggunakan pembaris kayu itu lagi.

"Hyunjin single, Hyung...jangan macam ni Hyung...Hyunjin betul-betul terlupa...maafkan Hyunjin..",rayu Hyunjin lagi walaupun diselitkan penipuan.

"Ye yelah tu...dah bangun.Aku panggil ni pun sebab nak ajak makan je,tapi kau yang pergi ungkit pasal tu...aku layan jelah.",beritahu Jinyoung selamba.

Hyunjin ternganga mendengarkan penjelasan Jinyoung.Punya penat dia berlakon,rupa-rupanya nak ajak makan.

Hyunjin mengesat airmata palsunya sebelum menuju ke arah sinki untuk membasuh tangan.Perutnya juga sudah lapar kerana berlakon tadi.

"Ouh lupa nak tanya....kau kandangkan tak biri-biri petang tadi?",soal Jinyoung lalu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.Mata pula tepat memandang ke arah Hyunjin.

Hyunjin yang baru saja menarik kerusi, memberhentikan tindakannya sebelum menelan air liur.

"Mampus aku.."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro