❤︎𝓟𝓻𝓸𝓵𝓸𝓰

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

September 2011

Suasana sebuah sekolah riuh rendah sebaik saja menjelang waktu rehat.Penjual kantin yang berkhidmat tidak menang tangan apabila pelajar-pelajar berebut untuk membeli makanan yang tersedia di situ.Ada juga yang sampai terjatuh akibat tolak menolak antara satu sama lain.

Lain pula bagi seorang pelajar lelaki yang hanya beratur dengan baik walaupun di hadapannya tidak kelihatan sebarang barisan pelajar.Kaca mata yang dipakainya,dibetulkan bila hampir terlucut dari batang hidungnya.Tag nama yang tertulis Lee Felix itu juga dirapikan.

"Korang... beraturlah kalau nak beli makanan.",sopan saja dia menyuruh rakan sebayanya untuk beratur meskipun arahannya tidak diendahkan.Keluhan kecil kedengaran dari budak itu.

Waktu rehat selama 30 minit itu berlalu begitu saja.Felix memuncungkan mulutnya kerana tidak dapat membeli apa-apa makanan selain sebungkus roti berkrim.Pelajar yang lain sudah pun beransur-ansur masuk ke kelas untuk sesi pembelajaran seterusnya.

Baru saja ingin menyuapkan roti ke dalam mulutnya,Felix terdengar suara tangisan di belakang kantin.Kerana rasa ingin tahu,Felix membuat keputusan untuk menghampiri suara itu dan kelihatan seorang budak lelaki sedang menangis di situ.

"Awak....kenapa menangis?",tanya Felix.

"Say...saya lapar...",adu budak lelaki tadi sambil mengesat pipinya walaupun tiada airmata kelihatan.

Mendengarkan itu,Felix menghulurkan roti berkrim yang dibelinya tadi kepada budak itu tanpa ragu-ragu walaupun dirinya sendiri sedang kelaparan.

"Terima..kasih..",ucap budak itu dalam sedu sedannya.

"Kita kong---",kata-kata Felix tergantung sebaik melihat roti yang diberinya tadi hilang dalam sekelip mata.Baru saja dia berniat untuk berkongsi namun niatnya itu terpaksa dibatalkan.

"Nama awak apa? Nama saya Felix.",Felix memperkenalkan dirinya sambil tersenyum.Tangannya juga dihulurkan sebagai tanda perkenalan.

"Nama saya Hyunjin..jom kawan?",ajak Hyunjin ramah.Krim coklat juga masih tersisa di tepi bibirnya.Huluran tangan Felix tadi disambut dengan senyuman gembira.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Februari 2015

Blok bangunan yang disediakan untuk pelajar tingkatan 3 kedengaran riuh rendah meraikan ketiadaan guru yang mengajar kerana bermesyuarat.

Pelajar-pelajar mula meninggalkan kelas untuk membuat kerja mereka dan akan pulang ke kelas apabila guru sudah selesai bermesyuarat.

Hanya tiga orang pelajar perempuan sahaja yang kelihatan di dalam sebuah kelas.Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan bergosip,bersolek dan seumpama dengannya.Di penjuru kelas,kelihatan Felix seorang saja yang masih tekun mengulangkaji pelajaran.

"Wey...kau tak nak cuba nasib ke dengan Felix?",soal Sooyeon,selaku ketua gosip di dalam kelas.

"Tak nak aku...kalau aku couple dengan dia,dating dekat library lah jawabnya...dahlah fesyen macam ayah aku...ayah aku lagi bergaya daripada dia...",sindir Yena,salah seorang kawan Sooyeon dan mereka mula tertawa kecil.Tangan juga diletakkan di mulut kononnya mengawal tawa walaupun pada hakikatnya tidak ubah seperti menahan muntah.

Felix hanya mengabaikan gosip-gosip murahan yang dilemparkan ke arahnya.Lagipula dia sudah lali dengan semua itu.Sebelum ini,dia juga pernah merasa menjadi seorang 'penghantar makanan' yang tidak berbayar kepada rakan sebayanya dan semua itu berakhir dengan bantuan Hyunjin yang selalu ada bersamanya.

Hyunjin yang baru saja pulang dari pejabat guru,memberhentikan langkahnya sebaik mendengar Felix yang diumpat sebegitu rupa.

Tanpa melengahkan masa,Hyunjin terus menapak masuk ke dalam kelas sambil matanya memandang tajam tiga orang gadis yang berbual tadi.

Sooyeon dan juga dua orang kawannya terkedu sebaik saja mereka tersedar yang Hyunjin memandang ke arah mereka bertiga.Mereka mula tersenyum sendiri bila Hyunjin memandang ke arah mereka.

PAP!

Hyunjin mengemam mulutnya menahan sakit pada tapak tangannya kerana memukul meja Sooyeon.Hyunjin berdehem beberapa kali sebelum bersuara.Rasa sakit pada tapak tangannya diabaikan.

"Kena..kenapa awak datang sini?",soal Wonyoung sambil menyelitkan rambutnya di belakang telinga.Senyuman juga tidak lekang dari bibirnya.

"Lepas ni...jangan nak mengumpat Felix...aku tahu yang dia tu noob,nerd semua tu...tapi dia sahabat aku dan tak ada siapa boleh kacau dia...jadi aku tak nak korang cakap buruk pasal dia lagi....faham?",kata Hyunjin dengan nada tegas.

"Faham...korang,teman aku pergi tandas.",ajak Sooyeon.Mendengar kata-kata Hyunjin membuatkan dirinya berdebar.Wonyoung dan Yena mengangguk laju lalu mereka bertiga meninggalkan kelas itu.

Selepas memastikan gadis-gadis itu keluar daripada kelas,Hyunjin memandang Felix lalu menghampiri kawan baiknya yang masih setia dengan buku teksnya.Perwatakannya yang serius tadi serta merta bertukar manja.

"Hey Felix.... What are you doing?",soal Hyunjin sebelum menarik kerusinya.

"Kau tak bagi diorang kutuk aku...tapi kau sendiri jugak yang kutuk.",ujar Felix dengan nada perli.

Hyunjin menggaru kepalanya lalu tersengih.Dia bukan bermaksud hendak mengutuk Felix melainkan membela diri kawan baiknya itu.

"Aku bukan maksudkan pun...tak kan lah itu pun nak terasa.",jawab Hyunjin.

"Lix...kenapa kau tak marah je diorang tu? Aku yang dengar pun panas apatah lagi kau,yang diumpat.",soal Hyunjin hairan.

"Aku dah biasa...kau pun kenalah biasakan...macam kau tak tahu,aku dari sekolah rendah sampai sekarang,dengar benda yang sama je.",terang Felix.

"Kalau macam tu,kita luar biasakan...nak?",tanya Hyunjin sambil mengangkat keningnya.Felix tidak menjawab sebaliknya memberi jelingan tajam.

"Nak tak? Aku nak tolong kau ni...kau ni tak adalah hodoh...hensem apa...nama pun style Amerika gitu...cuma kau yang sia-siakan semua tu.",sambung Hyunjin lagi.

Hyunjin juga naik bosan bila penampilan Felix tidak sedikit pun berubah sejak sekolah rendah.Kaca mata bingkai hitam,rambut dibelah tepi dan jam tangan yang lebih sesuai untuk golongan warga emas.Sekurang-kurangnya,dia ingin juga melihat pelajar di sekolah itu mengagumi kawan baiknya.

"Kau ni sama je macam Hyung aku...tak habis-habis suruh aku ubah penampilan aku...aku sibuklah...tak ada masa.",jawab Felix tidak berminat.

"Hyung kau tu...aku tengok sama je macam aku...tak ada pulak kau nak ubah.",tambah Felix lagi.

"Alahhhh... Hyung aku tak ada kaitan pun dalam hal ni..",Hyunjin mula memprotes di tempatnya bila Felix menolak pelawaannya.

"Kau ingat kau comel ke buat macam tu? Kau ni kalau aku tak fikir kawan,dah lama aku suap pembaris dalam mulut kau.",marah Felix.

"Tak nak kawan...kau jangan cakap dengan aku lagi.",Hyunjin memalingkan wajahnya ke arah lain.

Felix tidak menghiraukan Hyunjin sebaliknya meneruskan mengulang kaji pelajaran yang tergendala sebentar tadi.Kalau dilayan perangai mengada-ngada Hyunjin,boleh gila dibuatnya.

"Felix...kau dah tak nak kawan aku ke? Kalau kau tak nak kawan aku,siapa lagi yang nak kawan dengan aku? Aku tak nak kawan dengan orang lain yang gunakan ketampanan aku untuk tumpang popular...",Hyunjin tidak berputus asa untuk mendapatkan perhatian Felix.

"Aku tak cakap pun yang aku tak nak kawan kau...kau yang cakap macam tu tadi.",Felix bersuara.

"Habis tu...bila kau nak ubah penampilan kau ni?",tanya Hyunjin.

"Nantilah aku fikirkan...",jawab Felix dan Hyunjin memutarkan bola matanya seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal bila Felix tetap dengan pendiriannya.

Tags:

elisagomezz_
iamchanslaptop
zatii0jinnie
greenquaints
hansplaylist
aeryxss
BREATHINS_
KEUNYJEO

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro