❤︎𝓛𝓪𝓹𝓪𝓷 𝓫𝓮𝓵𝓪𝓼

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jackson tersenyum sendiri di kaunter kedainya.Memandangkan tiada sesiapa di kedai,membolehkan Jackson meneruskan lamunannya.

"Sebenarnya saya...suka awak."

"Dan kalau awak nak tahu,awaklah orang yang pertama saya suka...entahlah mungkin sebab usaha awak,buat saya tertarik dengan peribadi awak...saya malu nak cakap pasal ni,tapi mungkin ni masa yang betul."

Jackson menongkat wajah dengan kedua tangannya di atas kaunter.Tidak lama kemudian,dia bangun menuju ke rak makanan ringan untuk mengambil dua bungkus Twisties berperisa tomato dengan niat untuk dikongsi bersama Suzy petang nanti.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Felix meletakkan brownies di dalam bekas bubur yang dibawa Sohee semalam.Demamnya sudah kebah berbanding semalam dan dengan sebab itu dia membakar brownies kerana tidak mahu memulangkan bekas bubur itu dengan kosong.

"Nasib baik jadi...boleh lah ni aku buat bisnes.",kata Felix sambil menyusun brownies.

Rumah Sohee,

Felix melambai kecil bila melihat Sohee keluar dari rumahnya.Bekas makanan yang berisi brownies tadi dipeluknya.

"Apa awak buat kat sini? Kenapa tak rehat je?",soal Sohee lalu memandang Felix atas bawah.

"Saya nak pulang bekas awak semalam...nah.Ada brownies tau dalam tu,saya yang buat.",beritahu Felix tanpa disuruh.

Sohee tersenyum lalu mengambil bekas itu daripada Felix.Ada saja alasan Felix untuk keluar dari rumah.

Felix terpandang dua basikal yang terletak di tepi pagar dan satu idea muncul di kepalanya.

"Sohee...tu basikal siapa?",soal Felix sebelum memuncungkan mulutnya ke arah basikal tadi.

"Basikal saya dengan Iyen...kenapa?",jawab Sohee seraya bertanya semula.

"Jom keluar jalan-jalan naik basikal? Kita pusing-pusing kampung.",ajak Felix lalu membuat mimik muka comel.

Sohee tidak menjawab sebaliknya meletakkan belakang tangannya di dahi Felix untuk memeriksa suhu badan lelaki itu.

"Cepat betul sihat...",ujar Sohee.

"Makan bubur awak semalam lah...awak jampi apa dalam bubur semalam?",seloroh Felix dan Sohee membuat gaya mahu cubit.

"Jomlah... jalan-jalan..",ajak Felix lagi tanpa berputus asa.

"Okaylah...kejap saya letak brownies dalam rumah dulu.",kata Sohee namun tangannya terlebih dulu ditahan Felix.

"Bawak brownies tu sekali...kita makan sama-sama.",cadang Felix dan Sohee hanya setuju dengan cadangan lelaki itu tanpa banyak soal.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Encik Hwang membaca surat khabar dengan senyuman lebar di bibir.Mana tidaknya,bukan senang untuk anak gadisnya itu hendak mengurut kakinya tanpa disuruh.

Suzy pula menunggu masa yang sesuai untuk bertanya sesuatu kepada ayahnya dan dengan cara mengurut kaki ayahnya.

"Hmm..Appa...",panggil Suzy manja dan Encik Hwang menurunkan sedikit surat khabar tadi untuk melihat anak gadisnya.

"Ye,kenapa?",soal Encik Hwang pula.

"Appa rasa...Jackson tu macam mana?",tanya Suzy.

Kali ini Encik Hwang meletakkan surat khabar tadi di atas meja untuk lebih fokus dengan apa yang dibincangkan Suzy.

"Hmm...Jackson..",Encik Hwang mengurut dagunya sambil memikirkan ciri-ciri yang ada pada Jackson.

"Jackson tu Appa tengok,dia baik...kedua dia bersungguh dalam buat kerja...ketiga pulak,dia tak pandai sorok sesuatu sebab tengok air muka dia pun dah tahu.",jawab Encik Hwang.

Suzy mula tersipu malu bila ayahnya memuji Jackson.Dia tidak menyangka yang ayahnya juga melihat Jackson seperti mana dirinya melihat lelaki itu.

Jinyoung yang baru saja pulang dari tadika,terus mengambil tempat di sofa yang terletak bersebelahan sofa Encik Hwang.

Dia terkejut bila melihat Suzy sedang duduk bersimpuh di bawah manakala ayahnya di atas sofa.

"Sesi minta maaf ke ni? Nak cakap raya,lambat lagi.",soal Jinyoung dan Suzy menjeling.

"Sibuklah kau,aku tengah borak dengan Appa ni.",marah Suzy.

"Eleh...borak pasal Jackson lah tu..",ejek Jinyoung dan Suzy memandang ke arah kembarnya dengan perasaan terkejut.

"Macam mana kau tahu?",soal Suzy.

Encik Hwang yang berada di tengah itu hanya tertawa kecil melihat riak wajah Suzy yang cuak ketika itu.

"Naluri seorang kembar...lagipun pasal Jackson jelah yang ada topik nak berborak...takkan kau nak berborak dengan Appa pasal biri-biri pulak,kan?",ujar Jinyoung dengan bangga.

"Ha...kenapa Suzy tanya pasal Jackson,berkenan ke?",usik Encik Hwang pula.

Suzy tidak menjawab sebaliknya tersenyum malu.Jinyoung yang melihat adik kembarnya berkelakuan begitu,memberikan pandangan menyampah.

"Pandai ye orang tu jatuh cinta,dulu setiap kali lelaki datang nak mengorat,setiap kali tu jugak kau tolak mentah-mentah.",perli Jinyoung.

"Biarlah dia...kamu tu,bila nak cari calon? Layan budak pandai dah,tapi calon sorang pun tak ada.",Encik Hwang mencelah sekaligus membela anak gadisnya itu.

Suzy mengangguk laju lalu menjelirkan lidahnya ke arah Jinyoung yang sudah menarik muka di tempatnya.Itulah main perli-perli lagi,dah terkena batang hidung sendiri.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

"Baby!!! Sini!!!",panggil Eun lalu melambaikan tangannya ke arah Hyunjin.

Hyunjin sudah tersenyum lebar lalu berlari ke arah Eun sambil mendepakan tangannya.

"Baby tak nampak Anja ke? Rasanya Anja sorang je kat sini...",tanya Eun yang masih lagi dalam pelukan Hyunjin.

"Tak nampak...silau sangat tadi.",ujar Hyunjin dan Eun mengerutkan dahinya.

"Silau? Bukan dah petang ke?",kata Eun lalu memandang langit yang sudah pun bertukar warna.

"Sebab Anja cantik sangat...silaulah.Nasib baik Anja panggil tadi,kalau tak...mesti Baby tak perasan.",jelas Hyunjin lalu tersenyum nakal kerana dapat mengusik Eun.

"Eeee...Baby niii....",marah Eun manja sebelum memukul lengan Hyunjin berkali-kali.

Berkerut muka Hyunjin menahan perit.Kerana tidak tahan,Hyunjin menarik tangan Eun ke dalam pelukannya dan gadis itu tercengang.

"Sakit tau tak?",ujar Hyunjin sambil mencubit pipi Eun hingga kemerahan.

"Anja nak pergi mana?",soal Hyunjin.

"Pantai....lepastu Anja nak makan sate ikan yang jual dekat tepi pantai tu...boleh?",tanya Eun dan Hyunjin mengangguk.

Setakat sate ikan,berapa sen lah sangat daripada gadis itu minta belikan chicken chop,tidak ke haru jadinya.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Sohee tergelak besar kerana dapat meninggalkan Felix di belakangnya.Felix pula tidak berputus asa sebaliknya cuba mengayuh selaju mungkin untuk mengalahkan Sohee.

"Sohee!! Tunggulah saya!!",jerit Felix dalam keadaan lelah.

"Kejarlah!",balas Sohee lalu tergelak semula.Geli hatinya melihat wajah Felix yang sudah pun kepenatan kerana mengayuh.

Gedebuk!

Mendengarkan bunyi jatuhan itu,Sohee memberhentikan basikalnya lalu menoleh ke belakang.Kelihatan Felix terbaring di sebelah basikal yang sudah pun terbengkalai di tepinya.

Sohee serta merta meninggalkan basikalnya lalu berlari menuju ke arah Felix yang sudah terbaring itu.

"Felix!! Awak okay?!",soal Sohee dan dia sudah cemas bila Felix tidak menjawab.

"Lix?",Sohee menampar lembut pipi Felix dan masih lagi tiada sebarang jawapan daripada lelaki itu.

"Lix...bang---",

Sohee terdiam bila Felix tiba-tiba bangun dari pembaringannya dan kini mata mereka bertemu antara satu sama lain.Selepas beberapa saat membeku,Sohee menolak badan Felix.

"Tak baiklah buat saya macam ni!",marah Sohee dan Felix ketawa mengekek.

"Siapa suruh tak nak tunggu...tau takut.",jawab Felix.

Sohee bangun dari tempatnya lalu menepuk seluar yang sedikit berdebu akibat melutut tadi.

"Dia yang lambat kayuh...dah,nak baliklah macam ni.",ujar Sohee seakan-akan merajuk dengan tindakan Felix.

Melihat Sohee bermasam muka,rasa serba salah mula menyerbu diri Felix.Lelaki itu cepat-cepat bangun dari tempatnya untuk menghalang Sohee.

"Sohee...janganlah merajuk!",jerit Felix.

Sohee tidak mengendahkan Felix sebaiknya mengangkat basikalnya yang ditinggalkan tadi.Dia memandang ke arah Felix yang semakin hampir dengannya.

"Siapa lambat sampai dia kalah!!",ujar Sohee secara tiba-tiba lalu mula mengayuh.

Felix yang tersedar dirinya dipermainkan Sohee,segera berlari ke arah basikal yang dibawanya tadi untuk mengejar gadis itu.

Sohee hanya tertawa girang kerana dapat mempermainkan Felix oleh kerana lelaki itu yang memulakan semua itu.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Di pantai,

Sohee dan Felix jalan di persisiran pantai sambil berpegangan tangan.Selepas sesi kejar mengejar tadi,menikmati angin pantai sekurang-kurangnya dapat mengurangkan keletihan.

"Mana brownies tadi?",tanya Felix sebaik saja mereka berdua mengambil tempat di atas pasir pantai.

"Tadaa!! Awak ingat saya lupa ke?",ujar Sohee lalu membuka bekas brownies tadi.

Wajahnya yang ceria tadi perlahan-lahan tersenyum kelat sebelum memandang Felix.

"Kenapa? Huh? Apakah ini?",soal Felix sambil membeliakkan matanya melihat keadaan brownies yang sudah pun hancur.

Sohee mengucapkan maaf kerana disebabkan dirinya mengayuh basikal terlalu laju,brownies itu menjadi mangsa.

"Tak apa...masuk perut hancur jugak...makanlah.",ujar Felix selamba.Kepingan brownies itu disuapkan ke dalam mulutnya.

"Hehe...maaf tau.",ucap Sohee sekali lagi dan tangannya mengambil brownies.

Sambil menikmati pemandangan laut,Sohee terpandang ke arah pasangan yang sedang berkejaran tidak jauh dari mereka berdua.

"Lix...tu bukan Hyunjin dengan Eun ke?",tanya Sohee lalu menunjukkan ke arah pasangan tadi.

Felix menoleh ke arah yang ditunjukkan dan betul lah apa yang dikatakan Sohee.

"Nak ajak diorang duduk sekali?",tanya Sohee dan Felix menggeleng.

"Saya nak duduk dengan awak.",jelas Felix dan Sohee tersenyum malu.

Felix memandang Sohee lama dan Sohee yang sedar dengan tindakan Felix memandang hairan.

"Kenapa? Saya makan comot ke?",tanya Sohee sebelum mengelap tepi bibirnya risau ada sisa brownies.

"Bukan...nak main kejar-kejar jugak..",ajak Lix lalu memuncungkan mulutnya.

"Tak naklah...malu orang tengok.",Sohee menolak dan Felix sudah menghentak-hentak kaki di situ.

"Nak main! Nak main!",rengek Felix dan Sohee memandang dengan pandangan tidak percaya.

"Ya Tuhan...Lix! Kenapa macam ni..",Sohee sudah tertawa melihat Felix.

"Awak jadi...kejarlahh..",Felix sudah berlari meninggalkan Sohee.

Walaupun rasa malu yang menebal,mereka berdua pun mula berlari berkejaran di situ.

Saya harap perasaan ni kekal sampai bila-bila dan tiada penghalang antara kita berdua...

Tamat














Gurau je...HAHAHAHAHHA

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro