❤︎𝓢𝓮𝓶𝓫𝓲𝓵𝓪𝓷 𝓫𝓮𝓵𝓪𝓼

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Suzy berjalan menuju ke arah anak biri-biri kesayangannya,Sam sambil membawa berus dan syampu yang bersaiz kecil.

Selepas tersesat di kampung sebelah semalam,Sam pulang dalam keadaan comot kerana terjatuh ke dalam lopak air.Jackson yang sedang membersihkan halaman kandang,dipanggil Suzy.

"Awak...jomlah teman saya mandikan Sam...",ajak Suzy.

"Okay...kejap saya simpan pencakar ni dulu.",jawab Jackson sebelum pergi ke stor kecil yang memang dibina untuk meletakkan alat-alat membersih di situ.

"Bek...bek..",Sam berbunyi sebaik saja air mengenai bulu tebal pada badannya.Telinganya juga digerakkan kerana teruja.

Suzy hanya tertawa girang sambil memberus bulu anak biri-biri yang kecoklatan itu.Jackson hanya mencangkung di sebelah Suzy,melihat gadis itu bergembira.Tanpa disedari,senyuman perlahan-lahan terukir di bibirnya.

"Jackson...awak nak cuba?",tanya Suzy sambil menunjukkan berus pada tangannya.

"Boleh jugak...",jawab Jackson lalu berus tadi bertukar tangan.

Syampu diletakkan pada berus itu dan Jackson mula memberus bulu Sam. Namun kerana tidak pandai mengagak,Jackson memberus badan anak biri-biri itu dengan kuat yang mana membuatkan Sam mengembek kuat.

Berus pada tangan Jackson tercampak dek terkejut dengan Sam. Suzy pula sudah tergelak besar melihat gelagat Jackson itu.

"Awak berus kuat sangat...Sam marah.",jelas Suzy dan barulah Jackson faham kenapa tiba-tiba Sam mengembek dengan kuat.

"Maaf ye,Sam...bukan sengaja pun.",kata Jackson lalu menundukkan kepalanya.

Mereka berdua meneruskan mandikan anak biri-biri itu.Kadang-kadang terdengar suara Suzy dan Jackson tertawa kerana geli hati dengan kerenah Sam.

Encik Hwang yang berada di situ hanya tersenyum kecil melihat anak gadisnya bersenang hati.Hyunjin yang baru saja meletakkan guni dedak biri-biri,memandang ayahnya yang tersenyum sendiri itu.

"Kenapa Appa senyum sorang-sorang?",tanya Hyunjin.

"Tengoklah Noona kamu tu,bukan main gembira lagi...teringat pulak mendiang Eomma kamu masa dulu.",ujar Encik Hwang dan matanya masih memandang ke arah dua orang anak muda tadi.

"Appa tak nak cari pengganti Eomma ke? Appa kan hensem lagi...mesti ada orang nak punya.",tanya Hyunjin dan Encik Hwang tersenyum namun bukanlah tersenyum seperti tadi tetapi senyum malu.

"Kan...tak apalah.Nanti Appa cari.",jawab Encik Hwang dan Hyunjin tersenyum nakal.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Felix termenung sendirian di kaunter kedai runcit Jackson.Memandangkan Jackson pergi ke kandang biri-biri awal,lelaki itu menyuruh Felix untuk menjaga kedai runcitnya.

"Ish...dahlah bosan.",Felix merungut sendirian.

Kemudian dia bangun dari tempatnya menuju ke peti yang dikhaskan untuk aiskrim.Sebatang aiskrim Magnum diambilnya lalu dibuka untuk dimakan.Sejak awal dia menjaga kedai,itu sudah kali kelima dia mengambil aiskrim Magnum.

"Biar dia bankrup...padan muka.",bebel Felix.

Sedang menikmati aiskrim,Yugyeom masuk ke dalam kedai itu lalu menuju ke arah rak gula-gula.Balang yang berisi gula-gula getah itu dicapainya.

"Nak bayar,Hyung...",ujar Yugyeom lalu dia meletakkan dua jenis gula-gula getah di atas kaunter.

"Aik...dua je? Tadi bukan ambik banyak ke? Kenapa tinggal dua je?",soal Felix hairan.

Mana tidaknya,dia memerhati Yugyeom dari awal lagi dan dia juga nampak yang Yugyeom mengambil lebih daripada dua jenis.Felix mula tersenyum sinis bila satu idea muncul di kepalanya.

"Tak apalah...tak payah bayar.Ambiklah banyak lagi gula-gula tu.",arah Felix dan Yugyeom terkebil-kebil mendengarkan itu.

Nampaknya,abang yang menjaga kedai hari ini jauh berbeza dengan abang yang menjaga di situ.Dengan senyuman lebar,Yugyeom mengambil lagi makanan ringan lain.

"Terima kasih,Hyung!",ucap Yugyeom ceria dan Felix hanya membalas dengan senyuman.

"Haish...comel betul.",gumam Felix.

"Amboi...senyum lebar nampak?",tegur Sohee yang singgah di kedai itu.

"Eh...Sohee! Awak buat apa kat sini? Nak teman saya eaa..",teka Felix dan Sohee tersenyum.

"Mengarutlah...saya nak beli tepung.Eomma tu tiba-tiba nak buat kek pulak.",beritahu Sohee dan Felix mengangguk kecil.

"Tepung kat rak belakang tu...jom teman saya ambik.",kata Felix dan Sohee hanya akur.

Felix cuba untuk mencapai tepung yang tersusun di bahagian atas sekali.Namun kerana ketinggiannya yang tidak cukup tinggi,Felix terpaksa menjengket untuk mengambil tepung itu.

"Boleh tak? Macam tak sampai je?",soal Sohee.

"Bo...leh..",Felix menjawab dalam kepayahan.

Dia mula tersengih bila tangannya sudah dapat mencapai bahagian hujung tepung itu.

"Dah dapat!",beritahu Felix ceria lantas menarik plastik tepung itu.

Sohee menutup mulutnya bila melihat Felix sudah pun dipenuhi dengan tepung.Plastik tepung yang ditarik Felix tadi terkoyak yang mana membuatkan tepung itu bertaburan.

"Sohee...dahlah satu ni je yang tinggal..",adu Felix lalu menggosok hidungnya yang dimasuki tepung.

"Hahahaha...macam mana ni? Habis kedai bersepah dengan tepung.",tanya Sohee lalu membersihkan tepung yang bertaburan di atas kepala Felix.

"Tinggal jelah...biar Hyung yang kemas esok.",jawab Felix selamba.Ini semua salah Jackson kerana menyuruhnya menjaga kedai.

"Hey! Tak baiklah macam tu...tak apa,biar saya tolong awak kemas.",marah Sohee bila Felix tidak berasa bersalah dengan apa yang terjadi.

"Okay...kejap ye,saya ambik penyapu.",kata Felix dan Sohee hanya mengangguk kecil.

Selepas beberapa minit menyapu lebihan tepung tadi,Sohee meminta diri kerana ingin ke kedai yang terletak di hujung kampung pula oleh kerana tepung di kedai Jackson sudah kehabisan stok.

"Sohee...esok kita keluar jalan-jalan nak?",tanya Felix.

"Boleh...tapi petanglah sebab sebelum tu saya nak keluar bandar,beli barang Iyen...dia kan nak masuk kolej dah bulan depan.",beritahu Sohee.

"Okay...esok saya datang rumah awak...Annyeong!",ucap Felix dan Sohee hanya tergelak melihat Felix sebelum meninggalkan kedai.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Malam itu,

Felix keluar dari biliknya untuk minum air.Dia mencari kelibat Jackson yang tidak kelihatan di ruang tamu.

"Mana Hyung?",tanya Felix sendirian.

Kemudian dia terdengar suara Jackson sedang bercakap dan Felix pun menghampiri abangnya.

"On call dengan awek lah tu...",ejek Felix dan Jackson memberi jelingan kepada adiknya.

Felix tertawa jahat sebelum menuju ke dapur.Selepas meneguk air beberapa kali,Felix masuk semula ke dalam biliknya.

Pintu almari dibuka dan Felix mengeluarkan satu beg kertas dari dalam almarinya.

Gaun labuh yang berwarna merah hati dikeluarkan dan Felix tersenyum lebar.Gaun itu dibelinya ketika keluar ke bandar bersama Sohee tempoh hari.Dia membelinya tanpa pengetahuan Sohee untuk dijadikan kejutan hari lahir gadis itu pada minggu depan.

"Mesti cantik kalau Sohee pakai gaun ni...auch...",Felix menutup mukanya bila terbayangkan Sohee memakai gaun pemberiannya.

Jackson meletakkan telefonnya di atas meja selepas hampir sejam berbual dengan Suzy.Baru saja dia ingin melangkah,telefonnya berdering semula.

"Appa?",soal Jackson sebelum menjawab panggilan tadi.

"Annyeonghasayeo,Appa! Appa sihat?",soal Jackson ceria.Sudah lama dia tidak mendengar suara ayahnya yang sibuk menguruskan kerja di Australia.

Riak wajah gembira Jackson tiba-tiba bertukar dan telefonnya hampir saja terjatuh.

"Okay,Appa..",ujar Jackson sebelum meletakkan panggilan.

Tanpa melengahkan masa,Jackson terus menuju ke bilik Felix.

"Felix!",panggil Jackson.

Felix yang sedang membayangi masa depannya,terkejut bila Jackson membuka pintu biliknya secara mengejut.

"Hyung ni! Kan Lix dah cakap ketuk pintu dulu..kalau Lix tengah pakai seluar macam mana?",marah Felix.

"Kemas baju...",arah Jackson dan Felix mengerutkan dahinya.

"Kemas baju? Kenapa?",tanya Felix dan daripada air muka Jackson ketika itu,dia tahu yang abangnya tidak bergurau.

"Kita kena balik Australia pagi esok,Eomma...Eomma accident.",beritahu Jackson.

Felix yang berdiri tadi terus terduduk mendengar berita buruk itu.Airmatanya serta merta bergenang mengenangkan ibunya.

"Eomma macam mana? Hyung...Eomma okay kan?",tanya Felix sambil memegang tangan Jackson.

"Appa bagitahu yang Eomma belum sedar lagi.", beritahu Jackson.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Sohee menyanyi kecil sambil membasuh pinggan di dapur.Entah kenapa dia gembira malam itu.Mungkin kerana dia sudah berjanji untuk keluar bersama Felix esok.

Nyanyiannya terhenti sebaik saja telefonnya berdering.Tangan yang basah tadi,dilap pada kain kering yang tersidai sebelum mengambil telefonnya.

Felix🙈

Baru saja Sohee ingin menjawab panggilan itu,telefonnya terjatuh ke dalam sinki akibat terkejut dengan sergahan Jeongin.

"Yah!! Telefon aku!",marah Sohee dan Jeongin tercengang.

"Maaflah...Iyen mana tahu Noona tengah pegang telefon.",ujar Jeongin dengan rasa bersalah.

Melihat wajah kakaknya yang kemarahan itu,Jeongin melarikan dirinya ke ruang tamu.

"Macam mana ni...kenapa Felix call aku?",rungut Sohee bila telefonnya serta merta terpadam kerana terjatuh ke dalam air.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Felix mendail sekali lagi nombor Sohee namun setiap kali itu jugalah tiada jawapan selain operator yang bertugas.

"Sohee...jawablah..",Felix merayu.

Selepas beberapa kali,Felix akhirnya mengalah lalu membaling telefonnya ke atas katil untuk melampiaskan rasa marah.

Felix memandang gaun merah yang dibelinya dan tangisan perlahan mula kedengaran.

Badan disandarkan pada dinding dan Felix memeluk lututnya untuk melepaskan tangisan yang ditahan sejak tadi.Perasaannya bercampur baur ketika itu.Sedih kerana mendapat tahu tentang ibunya dan kecewa kerana Sohee tidak menjawab panggilannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro