❤︎𝓓𝓾𝓪 𝓹𝓾𝓵𝓾𝓱

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pagi itu,Jackson dan Felix menumpang kereta Encik Hwang untuk ke lapangan terbang atas pelawaan Encik Hwang sendiri.Kerana ingin menjaga hati,Jackson hanya bersetuju dengan pelawaan Encik Hwang.

Felix pula tidak banyak bersuara.Ditanya sepatah,dijawab sepatah.Hyunjin menghampiri Felix untuk menenangkan hati kawan baiknya.

"Lix...janganlah sedih macam ni.",pujuk Hyunjin dan Felix tersenyum lemah.

Kadang-kadang dia melihat rumah Sohee yang tiada penghuni itu.Felix sangka yang dia sempat untuk bertemu Sohee sebelum bertolak namun semuanya hampa bila Sohee sudah tiada di rumah itu.Bila ditelefon,Sohee tidak menjawab sama seperti semalam.

"Aku tak nak Sohee fikir yang aku mungkirkan janji...",Felix meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Hyunjin menepuk bahu Felix sebelum bersuara semula.

"Sohee tak akan buat macam tu...aku yakin yang dia akan faham.Kau pun tak expect benda ni boleh jadi.",Hyunjin memberi semangat.

Jari kecil Felix mula mengelap airmatanya yang mula mengalir perlahan di pipi.Hyunjin yang melihat juga turut berasa sebak.

"Okay...semua dah settle kan? Eloklah kita bertolak sekarang.",ujar Encik Hwang.

Hyunjin dan Suzy turut menemani perjalanan itu manakala Jinyoung tidak dapat mengikut kerana bekerja.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Sohee memasukkan simkad ke dalam telefon barunya dan nombor pertama yang dia simpan ialah nombor Eun kerana itu satu-satunya nombor yang dia ingat.

Eun💙

Eun...ni nombor baru aku

Sohee menunggu kawan baiknya itu membalas mesejnya.Nombor Felix pula dia akan meminta semula pada lelaki itu semasa keluar petang nanti.

Ting!

Eun💙

Eun...ni nombor baru aku

Sohee!!!

Kau pergi mana?!

Hyunjin bagitau aku tadi

Felix nak balik Australia

Sohee tergamam membaca mesej yang dihantar Eun.Tanpa membalas semula mesej Eun,Sohee terus mencari ibunya yang bersama Jeongin di bahagian seluar.

"Eomma...Sohee nak balik dulu boleh?",tanya Sohee dalam lelahnya.

Puan Hong memandang hairan anak gadisnya itu.Jeongin yang baru saja keluar dari bilik persalinan,hanya mendiamkan diri.

"Kenapa? Bukan tadi kamu yang bersemangat nak pilihkan baju untuk Iyen?",soal Puan Hong.

"Sohee ada emergency...maafkan Sohee tau tapi Sohee kena pergi sekarang.",beritahu Sohee.

Belum sempat Puan Hong bersuara,Sohee sudah pun meninggalkan kedai itu.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Felix menyambut minuman yang dihulurkan Hyunjin.Sementara menunggu pesawatnya,Felix dan Hyunjin berbual kosong.

"Kau doakan yang terbaik untuk Ahjumma...janganlah terlalu fikir yang bukan-bukan.",nasihat Hyunjin.

"Ye...Appa aku pun dah bagitahu yang Eomma dah melepasi tahap kritikal...cuma belum sedar.",beritahu Felix.

Hyunjin tersenyum kelat.Sebenarnya dia juga terasa berat untuk melihat kawan baiknya yang sudah bersamanya 10 tahun itu, meninggalkannya.Felix terkejut bila Hyunjin tiba-tiba memeluk badannya.

"Kau janji jangan pergi lama-lama...nanti aku rindukan kau...",pesan Hyunjin dalam tangisnya.

Mendengarkan tangisan Hyunjin,Felix tidak lagi dapat menahan sebaknya dan airmata mengalir perlahan.

"Aku janji...kau jangan lupakan aku.",Felix bersuara pula dan Hyunjin hanya membalas dengan anggukan.

Penumpang pesawat Korea Airlines KA159 yang menuju ke Australia,sila menunggu di pintu H7.

Mendengarkan pengumuman itu,Jackson dan Felix bersiap sedia untuk menuju ke tempat yang diarahkan.

"Take care...",ucap Suzy sebelum memeluk Jackson lama.

"Awak pun...kirim salam dekat Sam tau.",seloroh Jackson dan Suzy tertawa perlahan.

Selepas meleraikan pelukan dengan Suzy,Jackson memeluk Encik Hwang pula dan mengucapkan terima kasih atas kesudian menghantarnya ke lapangan terbang.

"Hyun...nanti tolong kirimkan hadiah ni untuk Sohee...cakap kat dia yang aku mintak maaf sebab tak dapat nak bagi sendiri.",ujar Felix lalu menghulurkan sebuah beg kertas.

Hyunjin mengambil beg kertas itu sebelum mengangguk faham.

"Tolong jagakan Sohee untuk aku...aku percayakan kau.",pesan Felix lalu memeluk Hyunjin.

"Okay...aku akan tunggu kau balik,Lix.",jawab Hyunjin.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Sohee berlari kecil sebaik saja tiba di lapangan terbang.Dia segera melihat jadual penerbangan yang ditunjukkan pada skrin besar.

Sebaik saja melihat jadual penerbangan yang menuju ke Australia hanya berbaki 5 minit sebelum berlepas,Sohee mempercepatkan langkahnya.

"Lix...saya nak jumpa awak..",Sohee berkata sendirian.

Sohee sudah sampai namun semuanya terlambat bila pesawat yang dinaiki Felix sudah pun berlepas.Tanpa disedarinya,dia mula menangis perlahan kerana tidak dapat bertemu dengan Felix untuk kali terakhir.

"Sohee?"

Hyunjin menghampiri Sohee yang bersendirian di situ.Suzy dan Encik Hwang juga terkejut sebaik saja melihat Sohee berada di situ.

"Hyun...Felix?",tanya Sohee dan Hyunjin menundukkan kepalanya.

"Dia dah berlepas...macam mana awak tahu tentang ni?",tanya Hyunjin.

Sohee tidak menjawab sebaliknya hanya berdiam diri.Sebak,kecewa dan rasa bersalah mula singgah di hatinya.Sekarang dia sudah tahu kenapa lelaki itu menelefonnya malam semalam.

"Sohee...kita balik sama-sama ye?",pelawa Suzy dan Sohee hanya mengangguk perlahan.Hendak menyesal pun tidak guna kerana semuanya sudah berlalu.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Sebelum Sohee masuk ke dalam rumah,Hyunjin menghulurkan beg kertas yang diberi Felix sebelum bertolak tadi.Sohee mengambil beg kertas itu.

"Felix cakap yang ni sebenarnya hadiah birthday awak...dan dia mintak maaf sebab tak dapat nak bagi sendiri hadiah ni pada awak.",Hyunjin menyampaikan pesanan Felix.

Sohee hanya mengukirkan senyuman kelat lalu mengucapkan terima kasih.Dia terus melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Pintu bilik dibuka dan Sohee melepaskan tangisannya di dalam biliknya.Dia cuba untuk kuatkan dirinya namun dia akur yang dia tewas dengan perasaannya sendiri.

"Maafkan saya,Lix...",rintih Sohee.Beg kertas tadi masih lagi erat dalam pegangannya.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Sohee mengambil angin sendirian di buaian yang pernah menjadi tempat kunjungannya bersama Felix dulu.Kaki mengayun perlahan buaian itu dan kenangannya bersama Felix bermain semula di fikirannya.

Telefon dikeluarkan dan Sohee melihat semula gambarnya bersama Felix.Nasib baiklah kad memorinya tidak rosak dan masih boleh digunakan.

"Saya rindukan awak...",keluh Sohee sambil melihat gambar Felix yang tersenyum manis.

Sudah seminggu sejak pemergian Felix dan Sohee hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk keluarga Felix begitu juga dirinya sendiri supaya dapat menerima semua ini.

Sekurang-kurangnya,Hyunjin dan Eun ada menemani dirinya jadi tidaklah dia berasa sunyi.

Ketika jarak ini terasa melelahkan,saya tak mampu berharap banyak.Semoga awak dapat menjaga hati awak hanya untuk saya.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

4 tahun kemudian,

Suasana malam itu agak sunyi kerana kebanyakan rumah sudah pun gelap.Sebuah teksi masuk ke kawasan kampung itu dan memberhentikan kenderaannya betul-betul di hadapan rumah Jackson.

Ibu mereka mengambil masa yang lama untuk sedar dari koma yang mana membuatkan dua beradik itu menetap di Australia lebih lama.Selepas ibu mereka sudah sihat sepenuhnya,barulah Jackson dan Felix membuat keputusan untuk pulang semula ke Korea.

Felix membantu Jackson mengeluarkan beg bagasi dari bahagian belakang teksi itu.Selepas membuat pembayaran,teksi itu mula meninggalkan perkarangan rumah.

"Hyung tak bagitahu sesiapa ke kita nak balik hari ni?",tanya Felix.

"Tak...aku mana ada nombor sesiapa.Lepas tukar simkad,semua nombor hilang.",jelas Jackson.

Felix mengambil tempat di sebelah abangnya.Selepas 18 jam penerbangan,kakinya mula terasa kejang.

"Okaylah,aku nak mandi lepastu tidur...penat.",ujar Jackson dan Felix hanya membiarkan abangnya.

Sebaik saja Jackson bangun,Felix terus merebahkan dirinya di atas sofa panjang itu sambil memikirkan sesuatu.

"Sohee macam mana sekarang...",gumam Felix sambil merenung siling rumahnya.

Lama kelamaan,Felix terlelap di tempatnya tanpa membersihkan dirinya terlebih dulu.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Felix mengambil angin pagi di tepi sawah.Sudah lama dia tidak menghirup udara segar di kampung halamannya.Sedikit pun tiada perubahan yang berlaku di kampung itu walaupun sudah empat tahun berlalu.

Felix mula tersenyum sendirian sebaik saja melihat buaian yang masih berada di situ.Kakinya terus melangkah menuju ke arah buaian itu.

Dalam perjalanan menuju ke sana,Felix memberhentikan langkahnya bila seseorang melanggar badannya dari arah belakang.

"Adik...adik okay?",soal Felix bila seorang budak perempuan terduduk akibat terjatuh.

Felix tersenyum kecil melihat kecomelan budak perempuan itu.Daripada yang dilihatnya,budak itu berusia lebih kurang 3-4 tahun.Felix membantu membuang debu yang melekat di gaun budak itu.

"Hwang Inhyung!",satu suara kedengaran dan budak perempuan tadi terus berlari menuju ke arah suara yang memanggilnya.

Felix terpaku melihat gerangan yang memanggil nama budak tadi ialah Sohee.Tidak lama kemudian,Hyunjin menghampiri Sohee dan budak yang melanggarnya tadi.

"Sohee...ni awak lupa beg Inhyung.",ujar Hyunjin lalu menghulurkan beg galas kecil yang dipercayai milik budak perempuan yang bernama Inhyung itu.

Hyunjin merendahkan badannya supaya selaras dengan ketinggian Inhyung.

"Appa dah pesan kan jangan main lari-lari...nak kena cubit ke?",Hyunjin marah manja.

Felix yang mendengar semua itu terkaku di tempatnya.Hwang Inhyung? Appa? Apa maksud semua itu?

Sohee yang tersenyum melihat gelagat Inhyung dimarahi,terus tercengang sebaik saja melihat lelaki yang dicintainya dulu berdiri tidak jauh dari mereka.

"Hyun...",panggil Sohee.

Hyunjin yang mendukung Inhyung ketika itu memandang ke arah Felix dan senyuman juga menghilang.

"Lix?",soal Hyunjin tidak percaya.

Belum sempat Hyunjin menghampirinya,Felix sudah melarikan dirinya.Cukuplah dengan apa yang disaksikannya tanpa perlu dijelaskan lagi.

"Sohee...awak bawak Inhyung main buaian dulu,biar saya kejar Felix.",ujar Hyunjin dan Sohee hanya menurut.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

"Felix! Felix!",panggil Hyunjin namun Felix memekakkan telinganya.

Tidak sangka lelaki yang dipercayainya dulu sanggup mengkhianati dirinya.Bahu Felix ditarik dan membuatkan Felix berpaling ke belakang.

"Lix...aku rindukan kau!",Hyunjin terus memeluk badan Felix namun lain pula bagi Felix bila dia cepat-cepat menolak badan Hyunjin.

"Aku tak kenal pengkhianat macam kau.",ujar Felix tegas dan Hyunjin terdiam.

"Apa maksud kau? Pengkhianat?",soal Hyunjin hairan.

"Kau tak payah jelaskan lagi...aku doakan kau bahagia dengan Sohee termasuklah anak kau.",perli Felix dan Hyunjin mula tertawa.

Felix memandang Hyunjin tidak puas hati bila lelaki itu mentertawakan dirinya seolah-olah mempersendakannya.

"Apa benda kau ni? Tu adik kiteorang lah!",jelas Hyunjin dan Felix membulatkan matanya.

Adik? What the heck?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro