❤︎𝓛𝓪𝓹𝓪𝓷

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Encik Hwang dan Suzy pulang ke rumah selepas selesaikan kerja di kandang biri-biri tadi.Lagi beberapa langkah hendak masuk ke dalam pagar,Encik Hwang terpandang Puan Hong yang sedang menyapu halaman rumah ketika itu.

"Hong Jihyun? Dia dah balik kampung semula?",getus Encik Hwang.

Hong Jihyun ialah cinta pertamanya semasa alam persekolahannya dulu.Namun takdir telah menyatukan Encik Hwang dengan mendiang isterinya.Setelah beberapa dekad,dia dipertemukan semula dengan cinta pertamanya,Hong Jihyun.

Suzy yang sudah masuk ke dalam pagar menoleh ke belakang dan pelik melihat ayahnya yang sedang ralit memandang jirannya.

Puan Hong baru saja ingin masuk ke dalam rumah namun terbantut kerana perasan seseorang memandang ke arahnya.

"Annyeonghasayeo....",sapa Puan Hong sambil tersenyum mesra.

"Jihyun...awak tak ingat saya ke?",tanya Encik Hwang.

"Eh...awak Hwang Jinwoo? Seriuslah?",Puan Hong sudah menutup mulutnya kerana terkejut.

Suzy memandang ayahnya dan juga jirannya itu bersilih ganti.Macam mana pula mereka berdua boleh berkenalan? Suzy membuat keputusan untuk menghampiri ayahnya.

"Appa...siapa Ahjumma tu?",tanya Suzy.

"Jihyun...kenalkan,ni anak kedua saya,Hwang Suji...tapi dia dah tukar nama dia jadi Suzy.",ujar Encik Hwang.

Suzy hanya menundukkan kepala tanda hormat sebelum memandang semula ke arah Puan Hong.

"Cantik orangnya...awak ada berapa orang anak?",soal Puan Hong.

"Tiga orang....Suzy ada abang kembar pastu adik lelaki.",jelas Encik Hwang.

"Ouh...yang cikgu tu, abang kembar Suzy lah kiranya? Tak sangka pulak anak-anak awak dah besar.",balas Puan Hong.

Sedang berbual,Jinyoung dan Hyunjin pulang ke rumah.Suzy sempat bertanya dalam bahasa isyarat dan jawapan yang diberikan Jinyoung kelihatan seperti berita gempak.

"Appa...Jinyoung nak bagitahu sesuatu pada Appa.",kata Suzy perlahan.

"Kalau macam tu,tak apalah.Nanti kita berbual lagi ye.Anak-anak dah panggil masuk.",beritahu Encik Hwang dan Puan Hong hanya mengangguk faham.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Keadaan dapur berselerak dengan serbuk koko yang bertaburan di atas lantai.Di atas kabinet dapur pula dipenuhi dengan kulit telur dan serbuk penaik.

Felix mengadun acuan brownies sambil membaca langkah-langkah seterusnya di dalam telefon.

"Lepas tu,bakar brownies dalam ketuhar yang sudah dipanaskan...",baca Felix perlahan.

"Tapi bukan ketuhar tu dah panas ke? Ouh...kena panaskan dulu, aduyai.",Felix memukul kepalanya perlahan.

"160 celcius selama 30-40 minit...maknanya,70 minitlah kan.", Felix menyambung bacaannya sebelum menetapkan suhu di ketuharnya.

Felix tersenyum puas melihat adunan brownies nya di dalam bekas.Walaupun itu ialah kali pertama dirinya membakar brownies namun hasilnya sangat memuaskan hati.

"Siap...tunggu 70 minit,baru datang semula.",kata Felix yakin tanpa mengetahui suhu yang telah ditetapkannya tadi mampu membuat brownies bertukar rupa.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Hyunjin hanya menundukkan kepalanya sementara Jinyoung pula memandang tajam ke arahnya.

"Kenapa,Jinyoung? Hyunjin buat hal apa pulak kali ni?",tanya Suzy.

"Aku dapat tangkap dia tengah dating dekat buaian...siap menyanyi lagi kau tahu?",beritahu Jinyoung dan Suzy hanya tergelak mendengarkan itu.

Kemudian Encik Hwang masuk ke dalam rumah selepas membasuh kakinya.

"Kenapa tenung Hyunjin macam singa lapar tu,Jinyoung?",soal Encik Hwang.

"Appa tau tak? Hyunjin pergi dating dekat buaian.Dahlah satu kerja tak nak buat pastu ada hati nak bercinta.",adu Jinyoung.

Hyunjin pula hanya mendiamkan dirinya saat Jinyoung memberitahu segalanya yang terjadi pada ayahnya.

"Betul ke,Hyunjin?",tanya Encik Hwang dan Hyunjin hanya mengangguk perlahan.

"Biasalah tu,Hyunjin kan dah masuk 21 tahun...tak peliklah kalau dia bercinta.",ujar Encik Hwang.

Suzy dan Jinyoung memandang Encik Hwang serentak.

"Yang pelik sekarang ni,siapa yang bercinta dengan Hyunjin? Dia tahu tak yang perangai si Hyunjin ni macam budak tadika?",sambung Encik Hwang.

"Tahu lah kot...siap Anja Baby lagi.",ujar Jinyoung.Suzy pula sejak tadi lagi hanya mentertawakan adik bongsunya itu.Macam-macam perangai.

Kerana tidak tahan diejek abang dan kakaknya,Hyunjin pun menangis sambil meluahkan perasaannya.

"Sampai hati korang ejek! Tahulah korang single, tak laku tapi salah ke Hyun nak bercinta?!",luah Hyunjin dalam tangisnya.

"Korang bolehlah ejek sebab korang sempat merasa kasih sayang Eomma...lainlah Hyunjin,tak sempat nak merasa semua tu...korang pun tak sayangkan Hyun!",sambung Hyunjin.

Encik Hwang,Jinyoung dengan Suzy tersentak bila perkataan itu keluar dari mulut Hyunjin.Siapa sangka yang anak bongsu itu memendam perasaan sebegitu selama ini.

"Hyun...janganlah macam ni.",pujuk Encik Hwang.Rasa bersalah muncul dalam hatinya.

Hyunjin tidak menjawab sebaliknya hanya menangis teresak-esak.Suzy pula menyiku lengan Jinyoung yang hanya membatu di sebelahnya.

"Okaylah...Hyung mintak maaf.",ujar Jinyoung lembut.Dia mengaku yang kadang-kadang Hyunjin kurang mendapat perhatian daripada mereka.

"Dah...Appa tak marah pun Hyunjin nak bercinta...nak kahwin pun Appa tak kisah.",pujuk Encik Hwang.

"Kahwin? Hyun boleh kahwin ke?",laju saja Hyunjin bersuara.

Jinyoung mendengus geram.Pantang diberi peluang,laju saja diambilnya.

"Boleh...tapi dengan satu syarat.",ujar Encik Hwang.

"Apa?",tanya Hyunjin.

Jinyoung dan Suzy juga sudah tertunggu dengan syarat yang akan diberi pada adik bongsunya itu.

"Jaga biri-biri dengan Appa setiap hari.",beritahu Encik Hwang sambil tersenyum.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Jackson yang baru saja pulang dari kedai,mengembangkan lubang hidungnya apabila terhidu sesuatu.Dia memandang Felix yang sedang bermalasan di atas sofa.

"Lix...kau tak bau benda hangus ke?",tanya Jackson.

Felix yang sedang bermain telefonnya menoleh dan barulah dia teringat akan brownies nya tadi.Dia terus melompat dari sofa menuju ke arah dapur.Melihatkan tindakan Felix,Jackson juga berlari kecil menuju ke dapur.

"Apa benda tu? Habis ketuhar aku,Lix!",marah Jackson sebaik saja melihat asap keluar dari ketuharnya.

"Hyung....aku nak buat brownies....tapi kenapa jadi macam ni?",adu Felix sambil memuncungkan mulutnya.Jackson menghampiri Felix dan melihat rupa brownies buatan adiknya.

"Ini bukan brownies...ini blackies namanya.",ujar Jackson lalu tergelak besar melihat brownies hangus itu.

"Dah kenapa kau buat tabiat nak buat brownies pulak ni?",tanya Jackson.Kalau tidak,setahun sekali baru adiknya nak memegang kuali.

"Lix nak bagi Sohee..",jujur Felix dan Jackson tersenyum mengejek.

"Nak confess ke apa? Lain macam.",teka Jackson.

"Macam mana Hyung tahu? Ketara sangat ke cara ni?",soal Felix polos dan Jackson mengangguk.

"Aku cadangkan kau mintak tips dengan Hyunjin.Dia kan pakar dalam hal ni.",cadang Jackson.

"Ya tak ya jugak...nantilah Lix tanya Hyunjin.",kata Felix.

"Brownies ni macam mana?",tanya Felix sambil menunjukkan dulang yang berisi brownies hangus tadi.

"Buanglah...kau nak makan ke?",arah Jackson dan Felix tersengih.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Keesokan harinya,

Felix menunggu Hyunjin di bangsal yang terletak di bawah pokok kelapa.Mereka sudah berjanji malam semalam untuk berjumpa petang itu.Selepas beberapa minit menunggu,Hyunjin melambaikan tangannya ke arah Felix.

"Hey Felix! I'm happy right now!",beritahu Hyunjin ceria.

"Kenapa happy? Eun ajak kau kahwin?",soal Felix acuh tidak acuh.

"Nantilah aku cerita...panjang ceritanya...semalam kita nak bincang pasal apa ye?",tanya Hyunjin.Lupa pula dengan rancangan asal mereka berjumpa di situ.

"Kau nak ajar aku cara nak confess.",Felix mengingatkan semula.

"Ouh ye...jap.Kau nak confess dekat siapa?",tanya Hyunjin lagi.

"Sohee...hehe.",jawab Felix malu dan Hyunjin sudah pun menunjukkan ibu jarinya kepada Felix.

"Aku bangga dengan kau,Lix.Tak sangka kau dah seberani ni...",ungkap Hyunjin dengan nada terharu.

"Kenapa? Dulu aku penakut ke?",soal Felix hairan.

""Bukan macam tu...cuma dulu kau noob. Sekarang pun noob tapi dah kurang sikit.", jelas Hyunjin dan Felix memandangnya dengan pandangan kosong.

"Dahlah...sekarang ni apa step pertama aku kena buat?",Felix menukar perbualan kepada topik asal.

"Okay....step pertama.Kau kena buat...",lalu Hyunjin pun membisikkan langkah pertama yang perlu diambil Felix.

"Seriuslah kau nak suruh aku buat macam tu?",Felix meminta kepastian.

"Serius...itulah yang aku buat masa nak mengorat Eun dulu.",Hyunjin menjawab dengan yakin.

"Tapi aku mana ada benda yang kau cakap tu.",ujar Felix.

"Tak apa...kau pinjam dengan aku.", kata Hyunjin pula.

"Kalau macam tu,okay.", jawab Felix.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Keesokan paginya,Felix sudah berpakaian kemas untuk melakukan apa yang dirancangnya dengan Hyunjin petang semalam.Selepas memeriksa pakaiannya untuk kali kedua,Felix keluar dari biliknya dengan yakin.

"Kau pakai apa ni,Lix?",tanya Jackson.

"Hyung single...diam.Okaylah,Lix pergi dulu.",ujar Felix lalu meninggalkan Jackson.

Rumah Sohee,

Jeongin yang baru ingin bertolak ke sekolah ternganga melihat Felix.Adakah ibunya mengadakan majlis di rumahnya pagi itu?

"Annyeong,Iyen....Sohee ada?",tanya Felix dan Jeongin hanya mengangguk sebelum memanggil kakaknya.

"Noona...Felix Hyung dekat depan rumah.",beritahu Jeongin dan Sohee mengerutkan dahinya.

"Seriuslah?",tanya Sohee dan Jeongin mengangguk.

Selepas menyusun pinggan di rak,Sohee keluar dari rumahnya dan serta merta matanya membulat melihat Felix yang sedang memetik gitar.

"Can I call you baby? Can you be my friend?  Can you be my lover up untill the very end? Let me show you love,oh I don't pretend~~~

Wajah Sohee sudah merah padam kerana menahan tawanya melihat Felix pagi itu.Berpakaian kemeja lengan panjang yang dimasukkan ke dalam seluar,rambut disikat ke belakang dan tidak ketinggalan juga,kaca mata hitam.

"Lix...apa awak buat ni?",tanya Sohee dalam tawanya.

Felix menghabiskan nyanyiannya lalu meletakkan gitar pinjam itu di tepi. Perlahan-perlahan dia melangkah menuju ke arah Sohee.

"Macam mana? Awak sudi?",tanya Felix sambil tersenyum lebar.Matanya juga disinari harapan tinggi.Dia pasti lagu tadi ialah lagu yang tepat.

"Ha? Sudi apa?",soal Sohee dan Felix memandang Sohee.

"Lagi satu...kenapa...awak pakai macam ni...",tanya Sohee lalu tertawa dengan lebih kuat.

Kau dah malukan aku,Hyunjin...tunggu kau.





Felix sungguh kurang ajar ye di kingdom...Aku cukur rambut kau dalam ff ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro