❤︎𝓣𝓾𝓳𝓾𝓱

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selepas selesai makan malam,Felix terus masuk ke dalam bilik.Dia menghempaskan badannya di atas katil lalu termenung memandang siling biliknya.

Plaster yang masih tertampal pada dahi,disentuh perlahan dan senyuman kecil mula terukir di bibir.

"Her eyes...",gumamnya sendirian.

Kerana angau,Felix menutup matanya menggunakan lengan sambil mengimbas kembali detik-detik di kedai bersama Sohee petang tadi.

"Lix...ni plaster lebih.",kata Jackson sebaik saja masuk ke dalam bilik Felix.

Jackson memberhentikan langkahnya bila melihat Felix sedang tersenyum sendirian walaupun matanya dipejam.

"Sah otak dia bergegar teruk...Lix...aku cakap dengan kau ni.",panggil Jackson dan barulah Felix menoleh ke arah Jackson.

"Ha ye,Lix dengar.Hyung letak je kat atas meja.",arah Felix.

Tanpa membantah,Jackson hanya melakukan seperti yang disuruh.

"Kau demam ke? Senyum sorang-sorang macam orang tak betul.",ujar Jackson lalu meletakkan belakang tapak tangannya di dahi Felix untuk memeriksa suhu.

"Mana ada Lix demam...",balas Felix.

"Kau demam...jadi jangan nak banyak cakap.Nampaknya aku kena kerja sorang lagilah esok...hmm..",Jackson mengeluh kecil sebelum keluar dari bilik.

Felix merasakan dahinya semula dan terkejut kerana suhu badannya memang panas.

"Alah...baru nak ajak Sohee keluar esok.",kata Felix dengan nada sedih.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Keesokan pagi,

Encik Hwang sudah bersiap untuk pergi ke kandang biri-birinya selepas menjamu sarapan.Jinyoung pula sudah keluar bekerja jadi tinggallah dua beradik itu di rumah.

"Apalah nasib...ada anak,tapi tak ada sorang pun nak teman Appa.",ujar Encik Hwang dengan nada yang kuat.

Suzy dan Hyunjin yang mendengarkan keluhan ayahnya itu saling berpandangan antara satu sama lain.

Hyun...pergi teman Appa.

Arah Suzy menggunakan isyarat matanya.

Tak nak.

Jawab Hyunjin dengan gelengan kepalanya.

"Dulu isterilah yang selalu teman...sedihnya lah hati ni.",sambung Encik Hwang lagi.

"Tak apa...biar Suzy teman Appa.",akhirnya Suzy mengalah.Kalau nak berdebat dengan Hyunjin,memang sampai ke petang tidak menang.

"Syukur kepada Tuhan...dapat anak perempuan yang baik macam ni.",ucap Encik Hwang lalu tersengih kerana taktik dramanya berkesan.

Selepas membancuh air minuman untuk dibawa bekal,Suzy dan Encik Hwang meninggalkan rumah.

"Yes! Dapat jugak aku dating hari ni.",Hyunjin menari kecil di ruang tamu.

"Anja tunggu Baby datang.",ujar Hyunjin.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

"Sohee,tolong ke kedai boleh? Eomma tak perasan pulak garam dah habis.",kata Puan Hong.

"Eomma suruh Iyen...dia daripada semalam asyik main game. Keluar makan sekejap pastu masuk bilik semula.",Sohee sengaja memetik nama adiknya kerana dia malas hendak keluar pagi itu.

"Kamu ni nyanyuk ke? Hari ni kan Isnin,Iyen pergi sekolah.",ujar Puan Hong dan Sohee tersengih.

"Lupa pulak...beli garam je kan?",tanya Sohee minta kepastian.

Ibunya itu bukan boleh dikira.Suruh pergi ke kedai beli garam nanti bila dah pulang dari kedai,ada pula barang lain yang habis.Sampaikan dalam sehari itu,boleh dikatakan tiga hingga empat kali pergi ke kedai.

"Iya garam je...",jawab Puan Hong.

Baru saja Sohee ingin menapak keluar,kedengaran ibunya memanggil.

"Beli tepung sekali...petang ni Eomma nak buat cucur.",kata Puan Hong dan Sohee mengangguk.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Kedai Runcit Jackson Maju

"Annyeong,Oppa...",sapa Sohee dan Jackson yang sedang menyusun gula-gula di dalam bekas itu tersenyum sebelum menyapa kembali.

"Annyeong,Sohee...awal ke kedai hari ni.",Jackson berbasa basi.

"Eomma suruh beli tepung dengan garam,nak buat cucur.",beritahu Sohee lalu meletakkan tepung dan garam di atas kaunter.

Sohee mencari kelibat Felix di kedai,namun tidak pula kelihatan.

"Oppa sorang je hari ni?",soal Sohee.

"Haah... Felix demam.Mungkin sebab terlanggar tiang semalam.",kata Jackson lalu tertawa kecil kerana teringatkan Felix melanggar tiang selepas menyakitkan hatinya semalam.

"Jadi dia sorang je kat rumah? Tak apa ke?",tanya Sohee lagi.Risau pula bila mendengar yang Felix tidak sihat.

"Dia dah besar... pandai-pandai lah dia hidup kat rumah tu.Sohee nak pergi rumah melawat Felix,pergi jelah.Mesti dia suka.",ujar Jackson berbaur gurauan.

Sohee hanya tersenyum malu mendengarkan Jackson berkata begitu.

"Okaylah,Oppa...Sohee balik dulu, ye.",Sohee meminta diri.

Jackson tersenyum puas kerana dapat mengusik gadis itu.Dia berkata demikian kerana dia ternampak mereka berdua saling bertentangan mata di kedainya semalam.

"Bek....bek....",

Jackson serta merta berdiri di atas kerusi apabila mendengar suara binatang alahannnya itu.

Tidak lama kemudian,seekor biri-biri masuk ke dalam kedai dan membuatkan Jackson menjerit sendirian kerana terkejut dengan 'pelanggan' yang singgah di kedainya.

"Kau buat apa masuk dalam kedai aku?!",marah Jackson.

Batang penyapu yang tersangkut di belakang kaunternya,dicapai dan Jackson sudah bersedia untuk 'mengajar' biri-biri itu.

Baru saja dia mengangkat barang penyapu tadi,Suzy muncul di kedainya dan serta merta Jackson menurunkan penyapu tadi,kononnya dia sedang menyapu.

"Sam! Apa yang kau buat kat dalam kedai ni.Makanan kau bukan kat sini, Sam.",ujar Suzy.

Jackson pula sudah ternganga melihat babak Suzy bersama biri-biri di dalam kedainya.Dia terlupa pula yang Suzy merupakan anak beranak Hwang.

"Maaf.... Sam ni dia liar sikit.",jelas Suzy dan Jackson hanya tersenyum kelat.

Mak ai....nama kambing dia macam penyanyi.

"Eh tak apa...saya suka biri-biri.Dia selalu jugak datang rumah saya...jadi saya dah cam muka dia.", beritahu Jackson dan Suzy tersenyum.

Jackson menggaru belakang kepalanya bila melihat Suzy senyum kepadanya.

"Wah! Kalau macam tu,ada masa datanglah kandang biri-biri saya.",pelawa Suzy dengan menyangkakan yang Jackson itu merupakan pencinta biri-biri.

"Okay...boleh!",jawab Jackson beria.

"Saya pergi dulu ye....maaf sekali lagi sebab Sam masuk kedai awak.",ujar Suzy lalu meninggalkan kedai itu bersama biri-birinya.

"Kalau ada tuan secantik tu,aku pun sanggup jadi biri-biri.",kata Jackson sendirian.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Petang itu,

Sohee membantu Puan Hong membancuh tepung untuk dibuat cucur.Jeongin pula selepas pulang dari sekolah terus membutakan dirinya di dalam bilik.

"Eomma nak goreng semua ke cucur ni?",tanya Sohee kerana melihat bancuhan yang agak banyak jika mahu disantap mereka sekeluarga.

"Goreng jelah...lepastu bagi jiran sikit.",kata Puan Hong.

"Sohee nak bagi Felix sikit boleh?",soal Sohee dan Puan Hong mengerutkan keningnya.

"Felix tu siapa pulak?",tanya Puan Hong.

"Kawan Sohee...dia jiran belakang rumah kita,lagipun dia demam.",beritahu Sohee.

"Ouh...adik tauke kedai runcit tu ke? Eomma tak tahu pulak nama dia Felix...kalau macam tu bagilah lebih sikit.",kata Puan Hong dan Sohee mengangguk setuju.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Felix yang sedang bermain game di telefonnya mengeluh perlahan bila terpaksa menghentikan game kerana mendengar suara orang memberi salam.

Felix mengintai di tingkap dan cepat-cepat dia merapikan dirinya yang tidak terurus itu selepas melihat Sohee sedang berdiri di depan rumahnya.

Pintu dibuka dan Felix tersenyum lebar.Selipar disarungkan lalu dia menuju ke arah Sohee.

"Annyeong,Sohee...",sapa Felix ceria.

"Annyeong...demam awak dah kebah? Tadi Jackson Oppa bagitau yang awak demam.",tanya Sohee.

Dengan apa yang dilihatnya sekarang,Felix seperti dalam keadaan yang sihat.

Felix mula terbatuk kecil selepas Sohee berkata begitu.Kalau dia tahu yang Sohee mengetahui dirinya demam hari itu,sudah pasti dia akan merangkak untuk membuka pintu tadi.

"Eh saya demam...tapi bukan tahap Corona lagi.",seloroh Felix dan Sohee tertawa.

"Merepek...ni,Eomma ada bagi cucur untuk awak.Makanlah lepastu jangan lupa makan ubat tau.",pesan Sohee.

"Okay...terima kasih,Yang.",ucap Felix dan Sohee membulatkan matanya.

"Apa awak panggil saya?",tanya Sohee.

"Nama awaklah,Yang...nama awak Yang Sohee kan?",jawab Felix lalu tersengih.

"Ni mesti belum makan ubat lagi kan...sebab tu macam khayal je saya tengok...saya balik dulu ye.",ujar Sohee.

Felix melihat Sohee meninggalkan perkarangan rumahnya hinggalah bayang gadis itu tidak kelihatan lagi.

"Khayal sebab awaklah...hiks.",getus Felix lalu masuk ke dalam rumah.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

"Baby...Anja nak naik buaian tu..",beritahu Eun sambil menunjukkan ke arah buaian yang diikat antara dua pokok kelapa.

"Okay...jom.Biar Baby yang hayunkan buaian tu untuk Anja.",jawab Hyunjin.

Mereka berdua pun menuju ke arah buaian itu sambil berpegangan tangan.

Eun terus mengambil tempat di atas buaian itu dan Hyunjin mula menghayun buaian itu perlahan.

"Baby...nyanyilah untuk Anja. Dah lama Baby tak nyanyikan untuk Anja.",pinta Eun manja.

"Okay... Anja nak lagu apa?",tanya Hyunjin.

Dia hanya melayan kerenah Eun walaupun baru malam semalam dia menyanyi untuk gadis itu melalui pesanan suara sebelum tidur.

"Anja ikut je...",ujar Eun dan Hyunjin sudah pun berdehem kecil sebelum menyanyi.

"Aku selalu tersenyum~~~ bayangkan kita hidup berdua~~~ berjalan berpegangan tangan takkan kau lepaskan~~~ tiba waktunya nanti~~~ kan ku cerita pada dunia~~~ yang kau telah pun jadi milikku,buat selamanya~~~ "

Eun sudah tersenyum gembira bila Hyunjin mendendangkan lagu itu padanya.Mendengar bait-bait lirik itu sahaja,sudah cukup membahagiakan dirinya.

"Selamat tinggal Sayang~~~ ku ucapkan kepadamu~~~",

"Baby.....Kenapa nyanyi lagu sedih pulak?",marah Eun.

"Eh bukan Baby yang nyanyilah Anja..",jawab Hyunjin.

Eun dan Hyunjin menoleh serentak ke arah suara yang menyanyi itu dan mereka berdua sama-sama terkejut melihat lelaki yang menyanyi tadi.

"Pergi kau dari hidupku~~~ Ku tak ingin disakiti~~~"

"Macam mana? Best dating?",soal Jinyoung sebaik saja menghabiskan nyanyiannya lalu mengangkat kening berkali-kali.

Hyunjin hanya tersenyum sumbing mendengarkan soalan Jinyoung.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro