❤︎𝓛𝓲𝓶𝓪

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sohee yang sedang baring di atas katilnya mengubah posisi kepada mengiring.Kejadian yang berlaku di sawah kembali bermain di fikirannya.

"Arghh...",Sohee mengusutkan rambutnya lalu menukup wajahnya pada bantal kerana wajah Felix masih lagi berada di fikirannya.

Dan pada masa yang sama,Jeongin membuka pintu bilik kakaknya dan dia hairan bila melihat Sohee tengah melemaskan muka ke bantal.

"Noona...nak bunuh diri ke?",soal Jeongin.

Sohee tidak menjawab sebaliknya hanya memberi gelengan kepada Jeongin.

"Eomma panggil makan...cepatlah,Iyen dah lapar ni.",gesa Jeongin sebelum menutup pintu bilik Sohee.

Sohee menyusun semula bantal yang menjadi tempat dia melemaskan mukanya tadi.Beberapa saat kemudian,Sohee keluar dari biliknya untuk menyertai ibu dan adiknya  makan malam.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Jackson yang baru saja selesai mengira untung kedai runcitnya,menuju ke dapur untuk mencari makanan yang ada.Jackson melihat di atas meja namun tiada makanan lalu dia pun membuka peti ais dan ternampak sebekas makanan.

"Lix! Dalam peti ni makanan bila?",tanya Jackson sambil menghidu makanan tadi.

Felix yang mendengar abangnya memanggil segera pergi ke dapur.

"Apa,Hyung?",tanya Felix semula.

"Ni makanan bila?", soal Jackson semula sambil menunjukkan bekas makanan yang berwarna ungu.

"Ouh...tu kari daging,Sohee bagi tadi.Panaslah...rugi kalau Hyung tak makan...",beritahu Felix lalu meninggalkan Jackson.

"Waa...kari daging. Favourite aku.",Jackson sudah tersenyum gembira dan terus memanaskan makanan itu di dalam ketuhar.

Jackson membawa pinggan nasinya dan mengambil tempat di sebelah adiknya yang sedang menonton bola.

"Weh...sedap gila kari daging ni.Kari kambing ke lembu?",tanya Jackson sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Kari biri-biri.",jawab Felix dan serta merta Jackson tersembur.

"Hyung ni kenapa main sembur-sembur? Gelilah!",marah Felix bila sisa nasi bertaburan di atas lantai.

"Kenapa tak cakap awal-awal? Aku terus terbayang taik biri-biri si Jinyoung tu kau tau tak?!",marah Jackson semula.

Felix yang tadinya bengang dengan Jackson terus tergelak.Dia lupa pula yang abangnya ialah musuh sejati biri-biri ternakan keluarga Hyunjin.

"Hyung tanya makanan bila,bukan makanan apa...macam mana Hyung,sedap kan?",sakat Felix dan Jackson hanya menjeling.

Jackson mengutip sisa nasi yang berterabur tadi lalu diletakkan di dalam pinggan untuk dibawa ke dapur.Selepas selesai membasuh pinggan,Jackson kembali semula ke ruang tamu.

"Eh,cakap pasal biri-biri...Hyunjin ada Noona?",tanya Jackson ingin tahu.

"Ada...Suzy Noona,kembar Jinyoung Hyung.",jelas Felix namun matanya masih tertumpu pada skrin televisyennya.

"Kembar? Seriuslah? Kenapa aku tak pernah tahu yang Jinyoung ada kembar perempuan? Cantik pulak tu,jauh beza dengan Jinyoung.",Jackson seperti meragui kenyataan Felix.

Sejak sekolah menengah lagi dia mengenali Jinyoung dan tidak pernah pula dia tahu yang Jinyoung mempunyai kembar.

"Memanglah tak tahu...Hyung bukan kawan baik Jinyoung Hyung pun,jadi logiklah Hyung tak tahu.",bidas Felix.

Jackson diam seketika.Ada betul juga apa yang dikatakan adiknya itu.Kenapalah dia bermusuh dengan Jinyoung? Kan lebih mudah jika dia berkawan baik dengan Jinyoung sepertimana Felix dan Hyunjin.

"Alah...aku boleh je jadi kawan baik Jinyoung.Kau tunggu je.",ujar Jackson yakin.

Felix hanya mengangguk malas.Sekarang ini,perlawanan bola itu lebih penting daripada celoteh Jackson.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Keesokannya,

Eun berjalan beriringan dengan Sohee.Betapa gembira hatinya bila mendapat tahu yang kawan baik semasa sekolah rendahnya pulang semula ke kampung itu.

"Nasib baik kita selalu chat ...kalau tak,mesti aku tak cam kau.",ujar Eun.

"Apa yang tak cam? Muka aku sama je dari dulu...lainlah kau,cantik.",puji Sohee pula.

Eun hanya tersenyum malu bila Sohee memuji dirinya.

"Wey...kau ingat tak Hyunjin?",soal Eun.

"Hyunjin? Yang selalu menangis sebab tak dapat beli makanan tu ea?",Sohee cuba mengingat semula.Maklumlah,sudah lama dia tidak mengambil tahu tentang kawan sekolah rendahnya dulu.

"Ha ya! Dialah.",Eun sudah teruja bila Sohee masih mengingati Hyunjin.

"Kenapa dengan dia? Menangis lagi ke?",seloroh Sohee dan Eun tergelak.Terbayang pula wajah cemberut Hyunjin ketika itu.

"Bukanlah....aku dengan dia sekarang.",beritahu Eun sambil memintal hujung rambutnya.

"Waa..seriuslah? Hensem tak dia sekarang?",tanya Sohee dan Eun mengangguk.

"Ha....pastu kau ingat tak N---",belum sempat Eun menyambung katanya,telefon Eun berdering.

"Annyeong, Baby...",jawab Eun manja.Sohee yang berada di sebelah Eun pula hanya tertawa kecil.

Anja ada kat mana? Baby winduuu

"Alololo....windu Baby jugak...Baby nak jumpa Anja ke?",tanya Eun.

Sohee hanya menunggu sehingga perbualan Eun tamat.Geli hatinya mendengar gelaran mereka berdua.

Naklah...Jap ea,Baby nak halau Felix balik dulu,baru kita pergi dating sambil makan aiskrim.

"Eh tak payah halau dia...ajak je sekali.Lagipun Anja pun dengan kawan Anja. Jumpa kat sungai okay. Bye,baby!",Eun menamatkan panggilan.

"Nak pergi dating ke? Kalau ya,aku balik dulu.",ujar Sohee.

"Eh tak...kita pergi sungai.Kau ingat kan sungai yang selalu kita mandi waktu sekolah rendah dulu?",Eun sengaja tidak memberitahu rancangannya.

"Ingat! Jomlah...",ajak Sohee.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Felix menongkat dagunya sambil melihat air sungai mengalir tenang.Entah apa yang merasuk fikiran Hyunjin tiba-tiba ajaknya ke sungai.

"Hyun...kau buat apa datang sini? Nak cakap mandi,kau duduk sebelah aku.",tanya Felix.

"Alah...sekejap lah.Aku tak puas lagi main dengan kerengga ni.",balas Hyunjin.Kadang-kadang dia tertawa sendiri kerana melihat gelagat kerengga yang merayap di akar pokok besar.

"Kau dah puas main biri-biri,main dengan kerengga pulak? Kau ni makin tua makin pelik perangai.",bebel Felix yang melihat Hyunjin mengacau kerengga di situ.

Hyunjin memekakkan telinganya dan terus dengan kerjanya yang mengganggu kerengga.

"Baby!!!",panggil Eun dan Hyunjin tersenyum lebar sebaik saja mendengar suara teman wanitanya itu.

"Kau tak cakap pun yang kau ajak--- Sohee?",Felix tidak meneruskan katanya kerana melihat Sohee turut ada di situ.

Hyunjin dan Eun yang sudah berpelukan tadi menoleh selepas mendengar Felix menyebut nama Sohee.

"Kau kenal Sohee?",soal Eun dan Felix mengangguk.

"Baguslah kalau macam tu...Sohee,nilah Hyunjin.",Eun perkenalkan Hyunjin.

"Eh...bunga daisi? Ouh,ni ke Hyunjin... Annyeong.",sapa Sohee.

"Daisi? Kenapa dengan bunga daisi? Baby pernah bagi bunga daisi dekat Sohee ke?",Eun membuat andaian.Hyunjin ketika itu pula cepat-cepat menggeleng.

"Bukanlah,aku pernah terserempak dengan Hyunjin kat kedai sebelum ni.Masa tu,Hyunjin pakai seluar corak bunga daisi.",terang Sohee panjang lebar supaya tidak berlaku kesalahfahaman antara pasangan itu.

"Ooo...macam tu ke? Baby jomlah pergi beli aiskrim.",pinta Eun dan Hyunjin mengangguk.

"Pergi dulu ye,korang berkenalan lah,mana tahu ada jodoh...",usik Hyunjin sebelum beredar dari situ.

Felix memberi pandangan maut pada Hyunjin.Sesuka hati dia saja nak berkata demikian.Pandangannya kini beralih pada Sohee yang berdiri tidak jauh darinya.

"Saya nak balik dulu lah...",Sohee terlebih dahulu membuka suara.

"Awak!",Felix menarik tangan Sohee untuk menghalang gadis itu meninggalkan tempat itu.

Menyedari yang dia sedang memegang tangan gadis itu, cepat-cepat Felix melepaskan tangan Sohee.

"Maaf...",ucap Felix.

"Saya ingat nak ajak awak jalan-jalan kat kampung ni.",Felix memberitahu niatnya.

"Boleh?",sekali lagi Felix bertanya.

"Kalau macam tu,okay.",jawab Sohee dan Felix tersenyum gembira kerana Sohee menerima ajakannya.

Sepanjang perjalanan itu,mereka berdua saling berbual.Sohee juga sudah selesa berbual dengan Felix,tidak seperti sebelum ini.Mungkin itu juga kerana keramahan Felix.

"Sohee...umur awak berapa ye?",tanya Felix.

"Tahun ni saya masuk 21 tahun...awak?",tanya Sohee semula.

"Eh...umur kita sama!",jawab Felix teruja.

"Kenapa awak tanya?",soal Sohee pula.

"Tak adalah...saya ingatkan awak lagi tua dari saya,tu yang saya tanya.",sengaja Felix mengusik.

"Saya nampak tua ke? Maknanya betullah apa yang adik saya cakap.",Sohee pula percaya dengan apa yang dikatakan Felix tanpa mengetahui yang lelaki itu hanya bergurau.

"Saya bergurau jelah...adik awak memanglah cakap macam tu sebab dia lagi muda dari awak.",kata Felix dan Sohee tertawa.

Sohee mengalihkan pandangannya ke arah sawah padi yang menghijau.Angin yang sepoi bahasa pada petang itu terasa sangat menyenangkan.Oleh kerana Sohee memejamkan matanya,dia tidak menyedari yang Felix sedang memandang lama wajahnya.

Melihat Sohee mula membuka matanya,Felix mengalihkan pandangannya lalu berdehem perlahan.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Jackson melepaskan lelah di kaunter kedainya selepas mengangkat beberapa barang.Sambil itu,dia mengira semula barangan yang diambil,risau tidak mencukupi.

"Rumah dia ada tiga orang je...cukuplah kot.", katanya sendirian.

Selepas meneguk air beberapa kali,Jackson meletakkan barang-barang tadi ke dalam bakul motornya untuk dibawa bersama.

Pin! Pin!

Jinyoung yang sedang menanda buku latihan anak muridnya,membuka pintu rumahnya sebaik saja mendengar bunyi hon dari luar.

"Ada orang shopping online ke?",rungut Jinyoung.

Riak wajahnya bertukar mendatar bila melihat Jackson sedang tersenyum di depan pagar rumahnya.

"Ye...kenapa? Biri-biri aku masuk rumah kau pulak ke?",perli Jinyoung.

Sengaja dia berkata demikian kerana selalunya Jackson akan menyerang rumahnya hanya dengan sebab biri-biri ternakan ayahnya.

"Eh taklah...aku nak bagi kau barang dapur sikit ni.",Jackson menjelaskan niatnya datang ke situ.

Jinyoung membulatkan matanya sebaik saja Jackson membawa beberapa plastik yang penuh berisi dengan barang dapur.Contohnya seperti seguni beras,dua paket garam dan gula,tiga botol kicap manis dan seumpamanya.

"Kalau kau nak derma,kau salah rumah ni...rumah anak yatim kat hujung kampung.",ujar Jinyoung yang masih kebingungan.

"Aku memang nak bagi kau...lagipun kedai aku dah tak muat dengan barang ni.", Jackson memberi alasan.

"Jinyoung,kau bercakap dengan siapa?",soal Suzy lalu menghampiri kembarnya.

"Siapa mamat tu?",tanya Suzy lagi sebaik saja melihat Jackson gigih menyusun plastik di depan rumahnya.

Jinyoung mula tersenyum sinis kerana sudah dapat menangkap maksud di sebalik kebaikan Jackson itu.Tidak lain dan tidak bukan, Jackson ingin mendapat restu daripadanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro