❤︎𝓔𝓶𝓹𝓪𝓽

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Surprised...Jinyoung-ie",

Jinyoung membulatkan matanya sebaik saja mendengar suara perempuan yang menyapanya.

"Kau buat apa kat sini?",tanya Jinyoung dengan nada terkejut.

"Kau tanya aku buat apa? Aku nak melawat kembar aku tak boleh ke?",marah perempuan tadi.

"Hahaha...aku gurau jelah.Apa khabar kau sekarang,Suji?",Jinyoung tergelak kecil melihat reaksi adik kembarnya.

"No,no,no...not Suji...Suzy...S.U.Z.Y..",Suzy membetulkan namanya.

"Eleh kau...baru belajar luar negeri dah lupa diri...belum pergi luar negara lagi.",perli Jinyoung.

Suji ataupun lebih dikenali sebagai Suzy ialah merupakan adik kembar kepada Jinyoung.Selepas tamat sekolah rendah,Suzy menyambung pengajian di luar negeri dan akan pulang ke kampung setiap kali cuti panjang.Dia juga sengaja merahsiakan kepulangannya pada hari itu.

"Alahh...bukan banyak pun aku ubah.Kau buat apa sekarang?",soal Suzy pula.

"Aku tengah mengajarlah...kau tau tak,kau dah menimbulkan fitnah kat anak murid aku...habis anak murid aku ingat kau isteri aku...",marah Jinyoung dan Suzy hanya tertawa di situ.

"Okaylah...kita sembang kat rumah pulak ye...bye...",Suzy mengakhirkan perbualan lalu melambaikan tangannya.

Jinyoung hanya tersenyum kecil sebelum masuk semula untuk sambung mengajar.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Keesokannya,

Jackson sudah bersiap untuk pergi ke kedainya.Baru saja dia hendak membuka pintu,kedengaran Felix memanggilnya dari arah dapur.

"Hyung...tolong buangkan sampah ni sekali.",kata Felix sambil membawa plastik sampah di tangannya.

"Alah...kau jelah buang,aku dah lambat ni.",Jackson memberi alasan.Dia tidak mahu memegang plastik sampah itu oleh kerana sudah berpakaian kemas.

"Lambat apanya...bukak kedai je kan.Lagipun,tangan Lix kan sakit...tolong ea...terima kasih,Hyung!",Felix menarik tangan Jackson untuk memegang sampah itu lalu berlari kecil menuju ke dapur semula.

"Kau tunggu,Lix...kotak banyak lagi kat kedai tu..tunggu kau.",bebel Jackson tidak puas hati sambil membawa plastik sampah tadi.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Dalam perjalanan menuju ke tong sampah,Jackson yang membawa plastik sampah itu tersenyum kecil bila ternampak Hyunjin dari jauh.

"Aku suruh Hyunjin jelah...dah alang-alang dia pun bawak sampah.",fikir Jackson.

"Hyunjin!! Hyunjin!!",jerit Jackson namun tidak pula didengarnya.

Jackson mendengus geram bila panggilannya tidak disahut.Selalunya laju saja budak itu menoleh setiap kali dia memanggil.

"Hyunjin! Kau--- ",Jackson terkedu bila orang dipanggil itu menoleh.

Kenapa dia lagi pendek dari aku?

"Kau panggil aku ke?",soal Suzy.Dari tadi sebenarnya dia terdengar orang menjerit tapi malas nak menoleh,risau tersalah orang.

"Eh...erm...tak.",Jackson segera berlari menuju ke tong sampah.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

"Noona! Tengok Hyung nak pukul Hyunjin!",adu Hyunjin sebaik saja Suzy masuk ke dalam rumah.

Kelihatan Jinyoung sedang memegang pembaris itu berada tidak jauh dari Hyunjin.

"Kenapa kau nak pukul Hyunjin?",soal Suzy.Hyunjin pula sudah bersembunyi di belakang kakaknya daripada menjadi mangsa pembaris kayu Jinyoung.

"Kau tau tak dia rosakkan tingkap bilik? Bukan engsel je,dengan tingkap sekali tercabutnya...aku geram ni...kau sini!",naik turun dada Jinyoung kerana menahan marah.

"Macam mana boleh tercabut? Kau bergaduh dengan tingkap tu ke,Hyun?",soal Suzy hairan.Kini pandangannya dialihkan pada Hyunjin yang berada di belakangnya.

Daripada kecil dia menetap di rumah itu,tidak pernah pula tingkap itu tercabut bahkan masih kukuh hingga sekarang.

"Dia keluar ikut tingkap semalam! Kau kan,sini!",belum sempat Hyunjin menjawab,Jinyoung sudah pun menarik tangannya.

Suzy mengurut dahinya melihat pergaduhan dua beradiknya itu.Kerana geram,Suzy merampas pembaris kayu tadi lalu memukul Jinyoung dan Hyunjin.

"Yah! Kenapa aku pulak kena?!",marah Jinyoung tidak puas hati.

"Janganlah gaduh-gaduh...pasal tingkap tu,biar Hyunjin selesaikan...kalau dia tak boleh pasang balik,kita kurung dia dalam kandang biri-biri semalaman.",cadang Suzy.

"Tak nak! Noona dengan Hyung sama je!",ujar Hyunjin lalu berlari masuk ke dalam biliknya.

"Dah kenapa budak tu nak menangis pulak...aduh,naik darah aku macam ni.",rungut Jinyoung.

"Kau pun satu...Janganlah garang sangat dengan Hyunjin.Kau masa sebaya Hyunjin dulu lagilah,sampai kandang biri-biri roboh...jadi korang sama je...tak ada beza.",sengaja Suzy mengungkit kenangan lama.

"Pasal kandang tu,Appa yang salah ea,Appa tak cakap pun yang kandang tu belum siap,mana aku tahu.",Jinyoung membela dirinya.

"Yeye lah tu..",ejek Suzy.

"Tingkap tu macam mana?",Jinyoung kembali semula pada topik tadi.

"Nanti aku repair...pergilah sekolah tu,dah pukul berapa ni.",ujar Suzy dan Jinyoung mengangguk.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Felix yang sedang bermalasan di atas sofa,segera menuju ke biliknya sebaik terdengar telefonnya berdering.Dia sudah dapat mengagak siapa yang menelefonnya itu.

"Ha kenapa,Hyun?",tanya Felix.

Felix!! Aku sedih!

Felix terpaksa menjauhkan telefon dari telinganya.Boleh pekak dibuatnya mendengar suara Hyunjin yang sedang meraung itu.

"Kenapa kau ni? Dah macam sembelit pun ada..",

Hyung pukul aku! Noona pulak ugut nak kurung aku dalam kandang biri-biri...semua orang tak sayang aku!

Felix ketawa besar mendengar aduan Hyunjin.Walaupun sudah berusia 21 tahun,namun perangai kawan baiknya itu sama seperti kanak-kanak ribena.

"Kau ni... habis tu kau nak suruh aku buat apa? Marah balik Hyung dengan Noona kau?",usik Felix.

Kau pun tak sayang aku! Huwaaa!

"Aik? Aku pulak yang kena....Hyun? Hyun?",panggilan itu sudah diletak dan Felix hanya ketawa teringatkan gelagat Hyunjin.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Felix membuat keputusan untuk mengambil angin petang memandangkan sudah seharian dia terkurung di dalam rumah.Sedang menikmati pemandangan di sawah,Felix ternampak Sohee yang sedang berjalan sendirian dan membuat keputusan untuk menyapa gadis itu.

"Annyeong,Sohee...awak dari mana?",sapa Felix.

"Annyeong,Felix...saya baru balik dari kedai,beli bahan untuk masak.",beritahu Sohee.Dia sedikit terkejut bila Felix datang menyapanya.

"Waa...nak masak apa?",tanya Felix yang cuba untuk menceriakan keadaan.

"Eomma nak masak kari biri-biri..",jawab Sohee dan ketika itu juga Felix tersedak.

"Bukan biri-biri tu...ni biri-biri Eomma saya beli.",Sohee menjelaskan perkara sebenar sambil tertawa kecil.

"Tahu...cuma saya terkejut.",jelas Felix lalu menggaru hujung keningnya.Sejak kemalangan tempoh hari,dia menjadi sensitif bila berkaitan dengan biri-biri.

Felix yang berada di belakang tadi,kini berjalan bersebelahan Sohee.Felix juga hairan kenapa dia melakukan begitu sedangkan dia hendak pergi ke kedai abangnya.

Sohee mengemam mulutnya bila Felix berjalan sebelahnya.Suasana ketika itu agak kekok memandangkan masing-masing mendiamkan diri.Sohee memandang tangan Felix dan keadaannya masih berbalut sama seperti semalam.

"Sakit lagi ke tangan awak?",tanya Sohee.

"Tak...tapi saya saja pakai pembalut ni sebab malas nak tolong Hyung angkat kotak barang kat kedai..",jelas Felix lalu tertawa begitu juga dengan Sohee.

"Ouh...macam tu.",balas Sohee pendek.

"Awak tak selesa ke bercakap dengan saya...kalau ya,saya mintak maaf.",kata Felix.

Felix perasan yang Sohee kelihatan seperti kekok sejak dia berjalan dengan gadis itu tadi.

"Eh tak...cuma saya tak biasa.Awak jangan salah faham pulak.",cepat-cepat Sohee menidakkan apa yang disangka Felix.

"Sohee...kalau saya nak kawan dengan awak,boleh?",tanya Felix secara spontan.

"Kawan...hmm boleh...",Sohee menjawabnya dengan malu.Sudah lama dia tidak berkawan dengan lelaki dan ini kali pertama selepas sekolah rendahnya,dia bercakap dengan lelaki.

"Terima kasih...kalau awak nak jalan-jalan dekat kampung ni,bagitahu saya.Biar saya yang kenalkan tempat-tempat kat kampung ni pada awak.",pelawa Felix.

"Okay....Felix,Saya masuk dulu ye.",Sohee meminta diri sebaik saja sampai di rumahnya dan Felix mengangguk kecil.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Suzy mengetuk pintu bilik Hyunjin,cuba untuk memujuk adik bongsunya itu.

"Hyun...janganlah merajuk.Noona bergurau je tadi...jom kita repair tingkap sama-sama?",pujuk Suzy.

"Tak nak!",jawab Hyunjin dari dalam biliknya.

"Amboi...kau yang rosakkan tingkap tu,lepastu sesuka hati je cakap tak nak...kau keluar sekarang sebelum aku kapak pintu bilik ni.",marah Suzy.

Mendengarkan ugutan Suzy,Hyunjin cepat-cepat buka pintu biliknya.

"Yalah...",jawab Hyunjin pasrah.

"Lepas kita repair tingkap tu,Noona belanja aiskrim nak? Kau suka aiskrim kon,kan?",pujuk Suzy.Kasihan pula melihat adiknya itu.

"Nak dua...kalau tak,merajuk.",kata Hyunjin.

"Ha ye...nak sekotak pun boleh...jangan merajuk lagi,kau tu dah besar tau tak? Lainlah budak tadika nak merajuk bagai...patutlah si Jinyoung tu nampak tua,stres nak melayan kau rupanya.",bebel Suzy.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Jackson tersengih-sengih seorang diri di kedainya bila teringatkan gadis misteri tadi.Dia tidak pernah melihat gadis secantik itu di kampungnya dan perkara itu membuatkan jantungnya berdegup kencang.

"Dari matamu...matamu..ku mulai jatuh cinta~~",Jackson menyanyi perlahan sambil tersenyum malu.

Tidak lama kemudian,Jackson menukup mukanya di atas kaunter bayaran.Kakinya juga dihentak perlahan.

"Hyung!"

Jackson mengangkat kepalanya dan dia melihat Hyunjin yang masuk ke kedainya sambil tersengih.

"Kenapa,Hyunjin?",soal Jackson namun Hyunjin tidak menjawabnya kerana leka memilih aiskrim yang terletak di dalam peti ais.

"Hyun...dah pilih ke belum?",soal Suzy yang baru tiba di kedai Jackson.

Jackson ternganga melihat Suzy yang sedang memeluk bahu Hyunjin betul-betul di depan matanya.

"Dah Noona...nak aiskrim ni.",ujar Hyunjin lalu menunjukkan aiskrim kon pada Suzy.

"Noo...Noona?",soal Jackson tidak percaya.

Suzy dan Hyunjin pun menuju ke kaunter untuk membayar aiskrim tadi.Jackson pula masih terkaku di tempatnya.

"Hello? Nak bayar ni...ke bagi free?",panggil Suzy sambil memetik jarinya namun Jackson masih terdiam.

"Hyung!! Nak bayar ni!",jerit Hyunjin dan barulah Jackson tersedar dari lamunannya.

"Semua sekali 2,000 Won.",beritahu Jackson sambil memasukkan aiskrim itu ke dalam plastik.

"Dah Hyun...jom balik.",ajak Suzy sambil memeluk bahu adiknya.

Jackson hanya melihat dua beradik itu meninggalkan kedainya lalu tersenyum kelat.

"Nampaknya,lepas ni aku kena berbaik dengan cikgu noob tu.",kata Jackson sendirian.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro