❤︎𝓣𝓲𝓰𝓪

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sohee membuka matanya dan ketika itu,matanya betul-betul bertentangan dengan mata Felix.Dia masih lagi terkedu selepas terjatuh ke dalam sawah tadi.Selang beberapa saat,Sohee cepat-cepat bangun dari situ begitu juga dengan Felix.

"Felix!!"

"Noona!!",jerit Hyunjin dan Jeongin serentak lalu berlari kecil menuju ke arah Felix dan Sohee.

Felix membetulkan bajunya yang sedikit terselak itu lalu memandang Sohee.

"Awak okay? Saya mintak maaf sebab tarik awak sekali.",Felix membuka suara.Rasa bersalah pula melihat gadis itu dalam keadaan yang comot.

"Saya okay,terima kasih...",ucap Sohee.

"Felix!! Kenapa kau perlu terjun dalam sawah ni?",soal Hyunjin beria.

"Habis tu,kau nak suruh aku kena sondol secara berjemaah dengan biri-biri kau tu?",marah Felix semula dan Hyunjin hanya menggaru kepalanya.

"Iyen...jomlah balik,nanti Eomma risau pulak tak balik lagi.",ajak Sohee dan Jeongin yang masih tercengang itu hanya mengangguk.

"Awak...sekali lagi,saya mintak maaf.",ucap Felix dan Sohee hanya mengukirkan senyuman.

"Haah lah...dah nak gelap ni,Lix jom balik...nanti aku marah biri-biri aku sebab kejar kau.",kata Hyunjin.

"Konon marah...kau cakap pun kena palau.",balas Felix lalu memutarkan bola matanya.

"Alah...janganlah ungkit,jomlah balik.",ajak Hyunjin lantas menarik tangan Felix.

"Argh..",Felix mengaduh sakit.

Mendengarkan itu,mata Hyunjin segera membulat lalu melihat tangan Felix.

"Tangan kau patah ke wey? Macam mana aku nak jawab dengan Jackson Hyung ni...",Hyunjin menggigit jarinya kerana cemas manakala Felix,orang yang kesakitan hanya memandang Hyunjin kosong.

"Terseliuh je,Hyun...kau tak payah nak berdrama kat sini.",ujar Felix.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Jinyoung menunggu adiknya di depan pintu sambil membetulkan kaca matanya.Jam di dinding rumah dilihat dan menunjukkan pukul 7 petang.Sementara menunggu,Jinyoung ternampak Sohee dan Jeongin yang baru saja pulang.

"Dia berkubang ke sampai penuh dengan lumpur macam tu? Ish Ish Ish....budak sekarang ni pelik-pelik betul perangai.",Jinyoung membuat andaian sendiri.

"Haih...mana Hyunjin ni? Ke dia terkurung dalam kandang sekali?",bebel Jinyoung.

Dan pada masa itu juga dia terfikirkan rumah Jackson memandangkan Hyunjin berkawan dengan Felix.Selipar disarungkan lalu langkahnya diteruskan menuju ke rumah Jackson.

Rumah Jackson,

"Annyeonghasayeo...",Jinyoung memberi salam dan Jackson pun membuka pintu.

"Hmm...Kenapa kau datang sini?",soal Jackson sambil memeluk tubuhnya.

"Hyunjin ada kat sini? Sebab dia tak balik lagi dari tadi..",tanya Jinyoung.

"Ouh...Hyunjin tadi dia keluar dengan--- Diorang tak balik lagi?!",suara Jackson meninggi.

Jinyoung yang berdiri di depan pagar juga tersentak kerana suara lelaki itu.

"Wey... Hyunjin keluar dengan Felix tadi! Ke diorang kena culik?! Jom pergi balai polis sekarang!",Jackson sudah hilang arah memikirkan keadaan adiknya.

"Dah kenapa mamat ni...",Jinyoung berkata perlahan.

"Hyung..."

Jackson dan Jinyoung menoleh serentak.Jinyoung terkejut melihat Hyunjin sementara itu,Jackson pula lebih terkejut kerana melihat Felix yang dalam keadaan comot itu.

"Felix....kenapa ni? Kau ada kena buli dengan sesiapa ke?",soal Jackson.

Hyunjin pula sudah menikus di tempatnya,bersedia untuk dimarahi Jackson atas apa yang berlaku pada Felix.

"Lix jatuh dalam sawah tadi..",jelas Felix.

"Macam mana boleh jatuh?",tanya Jackson namun matanya memandang ke arah Hyunjin.

"Er...F..Felix kena kejar dengan... biri-biri.",beritahu Hyunjin.

"Biri-biri? Binatang tu tak pernah menyenangkan aku...hari tu dia berak kat depan rumah aku,hari ni dia kejar adik aku pulak? Esok aku nak report pada jabatan haiwan ternakan,biar diorang tangkap semua biri-biri kau.",marah Jackson.

"Amboi...sesedap kau je nak report...bukan adik kau luka teruk pun sampai nak buat macam tu...",Jinyoung bersuara.

"Hyunjin...kita bincang kat rumah.",Jinyoung memberi jelingan tajam sebelum meninggalkan rumah Jackson.

"Dah lah Hyung....Lix yang salah.",ujar Felix.

"Ada luka mana-mana tak?",tanya Jackson lagi.

"Terseliuh sikit je...Lix okay.",jawab Felix.

"Terseliuh?! Woi...Jinyoung! Tangan adik aku---",Jackson tidak sempat menghabiskan katanya bila Felix menutup mulut abangnya.

"Sudah,Hyung...jom masuk rumah.",ajak Felix selamba.

Penat nak melayan drama abangnya di petang hari.Kadang-kadang ada juga dia terfikir yang dia tertukar abang dengan Hyunjin disebabkan drama yang tidak berhabisan.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Keesokannya,

"Sohee...pergi hantar sup rumpai laut ni kat rumah belakang....pastu tanya budak tu,tangan dia dah sembuh ke belum.",Puan Hong memberi arahan.

Sohee mengeluh kecil.Malunya masih terasa disebabkan kejadian petang semalam,hari ini ibunya suruh bertanya khabar pula.Tentang tangan Felix pula,Sohee sempat mendengar perbualan dua orang itu sebelum pulang ke rumah petang semalam.Ibunya mendapat tahu pun disebabkan Jeongin yang menceritakan tentang itu.

"Sohee malulah,Eomma...suruhlah Iyen.",Sohee membantah.

"Kenapa Iyen pulak? Noona yang buat tangan dia terseliuh,okay.",ujar Iyen.

"Jangan nak bergaduh...Sohee,Eomma suruh kamu kan...pergi lah.",Puan Hong mencelah.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Sohee menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil memegang plastik bekas makanan tadi.

"Macam mana aku nak cakap dengan dia...",Sohee masih belum menemukan cara.

"Eh...awak jiran belakang rumah kan? Yang hantar kek beras hari tu..",tanya Jackson meminta kepastian.

Terkejut Sohee bila Jackson tiba-tiba membuka pintu rumah dan dia hanya mengangguk kecil,mengiyakan soalan Jackson.

"Eomma suruh bagi sup ni dekat adik Oppa...dia ada?",Sohee menyusun kata.

"Adik...ouh Felix? Awak nak jumpa Felix ke...jap ea...Oppa pergi panggil dia.",Jackson terus masuk ke dalam rumah.Tidak lama kemudian,Felix menampakkan dirinya.

"Kenapa awak nak jumpa saya?",soal Felix.

Sohee sempat memandang tangan Felix yang berbalut itu dan serta merta rasa bersalah datang.

"Eomma suruh bagi sup ni kat awak...ermm,tangan awak macam mana?", jelas Sohee sekaligus bertanya tentang keadaan tangan Felix.

Mendengar soalan Sohee,Felix memegang tangannya lalu tersenyum kecil.

"Tangan saya okay...tak ada apalah.",Felix menjawab.

Plastik bekas makanan itu bertukar tangan dan Sohee cepat-cepat menundukkan kepalanya sebelum mengangkat kaki.

"Terima kasih...nama awak apa?",sempat Felix bertanya.

"Sohee...Yang Sohee.",beritahu Sohee.

"Ouh...terima kasih,Sohee.",ucap Felix sekali lagi.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Eun menunggu kehadiran teman lelakinya di tempat sepertimana yang dijanjikan.Sudah 10 minit dia berada di situ tetapi Hyunjin belum menampakkan batang hidung.

"Mana Hyunjin ni...takkan dia lupa pulak..",rungut Eun.

"Eun-aaa!!!"

Eun tidak menoleh kerana sudah tahu siapa pemilik suara itu.Tidak lain dan tidak bukan,Hwang Hyunjin.

"Kenapa lambat? Penat Anja tunggu tau!",Eun menyilangkan tangannya sambil memandang ke arah lain.

"Alah...sorry lah...janganlah merajuk Anja... Baby sakit perut tadi.q",pujuk Hyunjin dengan nada manja sambil mencuit bahu Eun.

Hyunjin tidak memberitahu kenapa dia lambat oleh kerana dia dikurung di dalam rumah oleh Jinyoung.Itupun Hyunjin keluar secara senyap-senyap melalui tingkap biliknya.

Eun yang memang mudah dipujuk itu tersenyum simpul bila Hyunjin memujuknya.

"Janji lepas ni tak lambat...",Eun menunjukkan jari kelingkingnya.

"Iya...janji.",Hyunjin menyauk jari kelingkingnya sebagai tanda perjanjian walaupun sebelum ini sudah banyak kali mereka berjanji perkara yang sama.

"Okay...sebagai tanda minta maaf, Anja nak apa? Biar baby belanja.",tanya Hyunjin.

Eun meraut dagunya,memikirkan apa yang ingin dimintanya.

"Anja nak aiskrim..", beritahunya manja.

"Okay, Anja...",Hyunjin menepuk perlahan kepala teman wanitanya.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

"Cikgu!! Ada hantu!!",adu Siwoo,anak murid Jinyoung.

Suasana tadika kelam kabut apabila seorang murid tadika mengeluarkan patung mainannya.Jinyoung yang mengajar itu sudah pening dengan perangai masing-masing.

"Changmin! Kenapa bawak anak patung tu kat sekolah? Kan kat sekolah nak belajar.",Jinyoung terpaksa meninggikan suaranya kerana kebisingan anak muridnya.

"Nanti dia nangis...",jawab Changmin sambil memeluk anak patungnya yang dikenali sebagai Chucky itu.

"Ha ye...simpan dulu,nanti kalau dia menangis,baru Changmin pujuk dia ye....biar dia tidur dulu.",Jinyoung cuba mengumpan anak muridnya dan usahanya berjaya bila Changmin membaringkan patung itu di bawah mejanya.

Dia yang dewasa itu juga meremang melihat anak patung itu apatah lagi rakan sebaya Changmin.

"Okay murid-murid...ni huruf apa?",tanya Jinyoung untuk mengalih perhatian anak muridnya dari anak patung Changmin tadi.

"A!!",jawab seorang murid perempuan.

"Bukanlah...tu huruf D!!",marah salah seorang daripada murid Jinyoung.

"Huruf A lah...kan,cikgu?",tanya yang seorang lagi pula.

"Haah,huruf A...pandai,Nayeon...",puji Jinyoung.

"Yugyeom...dah berapa bulan Yugyeom sekolah...tak kenal huruf lagi?",tanya Jinyoung lembut.

"Cikgu tak ajar betul-betul...macam mana Yugyeom nak kenal.",jawab Yugyeom selamba.

Jinyoung hanya mengukirkan senyuman pahit.Nasib baiklah Yugyeom baru berusia 6 tahun,kalau tidak,sudah lama dicili mulut budak itu.Sudahlah selalu membuli kawan sebayanya di situ.

"Cikgu mintak maaf ye...semoga lepas ni,Yugyeom jadi budak pandai dan sopan tutur kata.",ucap Jinyoung sambil menepuk bahu anak muridnya.

Belum sempat Jinyoung menyambung semula kelasnya,anak muridnya tiba-tiba menjerit.

"Cikgu,cikgu! Isteri cikgu datang!",jerit Nayeon.

Mendengarkan itu,maka kecohlah suasana tadika itu untuk kali kedua.Jinyoung segera bangun dari tempatnya untuk melihat 'isteri' yang dimaksudkan anak muridnya tadi.

"Alah...cikgu Jinyoung dah kahwin? Sana baru ingat nak kahwin dengan cikgu bila besar nanti...",ungkap Sana dengan nada kecewa manakala Nayeon memujuk kawan baiknya itu.

Jinyoung menyarungkan sandalnya lalu matanya melilau mencari gerangan yang disebutkan Nayeon  tadi namun tidak pula dia melihat sesiapa di situ.

"Surprised, Jinyoung-ie...".

Jinyoung membulatkan matanya sebaik saja mendengar suara perempuan yang menyapanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro