MMS | 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"ARGHH!!"

Laju saja mereka bertujuh berlari melepasi pintu pagar tersebut kecuali Changbin yang masih kaku berdiri disitu.

"Changbin hyung?! Tunggu apa lagi dekat situ?!" soal Han dengan gelabah

"Kaki hyung kejang. Tolong lah aku." jawab Changbin dengan kakinya yang sudah terketar-ketar.

Hantu itu semakin menghampiri ke arah Changbin dan lantas mereka semua lari bertempiaran meninggalkannya bersendirian.

"Tunggulah aku! Kata bestfriend forever! Sampai hati korang!" laung Changbin.

Tidak sampai 10 saat dia terkaku disitu, akhirnya dia pun berlari melepasi pagar itu namun kasutnya pula tertanggal.

Feel like cindrella naega byeonhae-

[selitkan lagu cat dog jap]

Changbin pantas mencapai kasut sekolahnya namun hantu itu lebih pantas memijak kasut tersebut.

"Lepaskanlah! Fikir kasut sekolah aku dua seringgit ke?!" marah Changbin.

Dia memukul-mukul kaki hantu itu dengan sekuat hatinya. Sedaya upaya dia cuba untuk menarik kasutnya dan akhirnya dia berjaya.

Dia terus berlari membawa kasutnya dengan mengikut laluan yang dilalui oleh Hyunjin dan Seungmin sambil menjerit ketakutan.

• • •

Minho berlari laju ke hadapan sehingga ke hujung jalan. Kakinya pula laju ingin naik ke tingkat atas namun cepat saja Bangchan menghalang.

"Nak naik atas buat apa? Kita turun bawahlah."

Dia pun turun semula mengikuti mereka ke tingkat bawah namun mereka berlima pula tersangkut disitu apabila terdapat pagar besi yang berkunci.

"Kita memang akan terperangkap dalam sekolah ni lah nampaknya." kata Han seakan pasrah.

"Janganlah cakap macam tu. Jeongin tau hyung tengah takut, tapi positif lah sikit." balas Jeongin.

Yang lain turut mengangguk kepala bersetuju. Mereka berlima duduk di atas tangga untuk menghilangkan rasa penat akibat berlari.

"Macam mana dengan Changbin hyung rasanya? Dia sempat lari tak?" tanya Felix, risau.

"Kita doa je supaya dia selamat." jawab Bangchan.

Jisung menoleh ke kiri dengan mata yang terpejam rapat. Satu keluhan kasar terbit dibibirnya.

Sebaik saja dia membuka mata, alangkah terkejutnya dia apabila ternampak susuk tubuh seseorang yang sedang duduk bercangkung betul-betul disebelahnya.

Senyuman manis dilemparkan kepada Jisung namun itu adalah satu malapetaka. Jisung terus menjerit dengan sekuat hati.

Jeritan daripada Jisung itu telah menarik perhatian rakan-rakannya dan mereka juga turut terkejut dengan kehadiran si dia.

"Senang hati dapat berjumpa dengan korang." katanya.

Mereka berlima berterusan menjerit lalu membuka langkah untuk berlari. Jisung yang masih tidak bergerak dari tempat duduknya terus ditarik oleh Felix dan Jeongin.

Mereka berlari naik ke tingkat atas semula dan entah silap macam mana, Minho jatuh tersungkur.

"Eh tolong aku!" jerit Minho meminta pertolongan.

Felix, Jeongin dan Han yang baru saja tiba disitu terus menghampiri ke arah Minho lalu membantunya untuk bangun.

"Kita lari ke sana semula. Kita kena cari diorang bertiga dulu." arah Felix.

• • •

"Bambam." panggil Sorn.

"Ya saya."

"Awak dengar tak ada suara pelajar menjerit?" soal Sorn.

Bambam terdiam seketika. Memang jelas kedengaran suara sekumpulan pelajar yang sedang menjerit.

"Dengar." jawab Bambam.

"Kenapa masih ada pelajar yang berkeliaran dekat sini? Bukan ke cuti sekolah sudah pun bermula?" soal Sorn lagi.

"Saya akan buat rondaan untuk tengok diorang semua." kata Bambam lalu bangun daripada tempat duduknya.

"Kalau macam tu, biar saya ikut sekali." celah Sorn laju.

"Baiklah. Awak jalan dulu."

Sorn dan Bambam pun keluar dari bilik guru dan mula mencari pelajar-pelajar tersebut.

• • •

Changbin berlari masuk ke dalam tandas di mana tempat Hyunjin dan Seungmin menyorok.

Seungmin dan Hyunjin yang baru saja melepaskan rasa lelah mereka terus menjerit terkejut dengan kehadiran Changbin yang secara tiba-tiba.

"Changbin hyung rupanya." kata Hyunjin sambil memegang dadanya.

"Huh penatnya." ujar Changbin dengan badan yang sudah terbongkok.

"Mana yang lain?" tanya Seungmin.

"Hyung tak tahu." balas Changbin lalu menyarungkan kasutnya yang tertanggal tadi.

Mereka bertiga mula diam. Tiada sesiapa yang bersuara sehinggalah Hyunjin menepuk bahu Changbin perlahan.

"Hyung okey?" tanya Hyunjin.

Mereka bertiga memandang antara satu sama lain lalu tersenyum senget.

"Arghh! Takutnya.." jerit mereka serentak lalu tergelak besar.

"Aduh aku tak sangka hyung memang pandai berlakon, sampai aku ikut sekali tertipu." kata Hyunjin sambil menepuk dinding berkali-kali.

"Biasalah. Ini Seo Changbin. Hyung terkenal dengan nama gelaran budak yang pandai berlakon. Korang apa tahu." balas Changbin dengan hidung yang sudah kembang.

"Kau pula Seungmin. Tak habis-habis menjerit. Tak sakit ke anak tekak kau? Telinga aku yang sakit mendengar kau jerit tau tak." kata Hyunjin lagi.

"Itulah bakat terpendam aku. Jarang aku nak tunjuk bakat aku dekat orang tau. Setakat ni korang je yang tahu." balas Seungmin pula.

Mereka bertiga tergelak lagi sambil bertepuk tampar seperti kaum wanita. Seungmin lantas menepuk bahu Changbin.

"Min nak tanya ni, siapa budak lelaki yang hyung tempah? Kepala dia yang pecah tu nampak macam betul-betul lah." kata Seungmin kepada Changbin.

"Kan kan. Hyung pun terkejut juga bila tengok kepala dia macam tu. Dengan darah mengalir lagi, buatkan muka dia nampak bertambah seram." kata Changbin pula.

"Otak dekat kepala dia pun nampak macam nak terkeluar aku tengok. Pergh, memang seramlah kalau tengok lama-lama." sambung Hyunjin pula.

Sekali lagi mereka tergelak besar lalu bertepuk tampar dan...

"Bukan hyung yang tempah budak tu." kata Changbin dengan wajah yang serius.

Diam tidak berkutik mereka berdua apabila mendengar jawapan dari Changbin sebentar tadi.

Seungmin dan Changbin berpandangan antara satu sama lain lalu mereka berdua serentak memandang ke arah Hyunjin.

"Ini mesti kerja kau kan, Hyunjin. Yalah, kau sendiri yang rancang pasal benda ni waktu tengahari tadi." kata Changbin.

Seungmin mengangguk kepala setuju. Bukan mereka berdua sahaja yang dengar malah Felix, Bangchan dan Jeongin juga turut dengar tentang rancangannya ini.

"Aku cuma rancang je. Tak cakap pun nak buat betul-betul." balas Hyunjin.

Sekali lagi mereka bertiga terdiam. Perasaan tidak senang mula menerjah diri masing-masing.

"Hyunjin, Seungmin dengan aku. Kita bertiga tak tempah dia pun." kata Changbin.

"Jadi siapa yang tempah dia- ARGHHH!!"

Tubuh Seungmin ditarik kasar masuk ke dalam tandas. Changbin dan Hyunjin terus berundur sambil menjerit ketakutan.

Sedaya upaya Seungmin cuba untuk melepaskan dirinya daripada cengkaman seseorang dari belakangnya. Terkejut benar Seungmin apabila orang yang menariknya itu adalah hantu tersebut.

"Seronok tak dapat berjumpa dengan aku?" soal hantu itu.

Seungmin menggelengkan kepalanya laju sambil meraung dengan kuat. Changbin dan Hyunjin berpelukan antara satu sama lain.

"Apa kita nak buat ni, Hyunjin?" soal Changbin.

"Kita kena lari." jawab Hyunjin.

"Kau nak tinggalkan Seungmin macam tu je? Kau ni jahatlah. Kesian dia." kata Changbin.

"Dia sendiri pun tinggalkan hyung juga tadi. Buat apa nak kesiankan dia pula sekarang." balas Hyunjin.

"Tapi hyung tak sampai hati nak tinggalkan dia."

"Kalau macam tu, hyung selamatkan lah dia. Aku lari dulu." kata Hyunjin lalu dia membuka langkah untuk berlari namun Changbin terlebih dahulu yang memecut.

Seungmin yang berada di genggaman hantu itu terus ditolak dan itu membuatkan Changbin dan Seungmin berlanggar antara satu sama lain.

Hyunjin mengambil peluang untuk berlari dengan meninggalkan mereka berdua. Changbin dan Seungmin pun lantas bangun dan turut berlari keluar dari tandas itu.

"Aku nak korang semua keluar dari sini, tapi makin ke dalam pula korang masuk." bisik hatinya.

+TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro