MMS | 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mereka bertiga lari lintang pukang keluar dari tandas itu dan bertembung semula dengan rakan-rakannya yang terpisah beberapa minit yang lepas.

"Hantu!!" jerit Changbin.

"Hah?!"

"Dekat sana pun ada hantu juga." kata Jisung.

Mereka berlapan saling mendekati antara satu sama lain. Minho memukul kuat lengan Hyunjin membuatkan lelaki itu merintih kesakitan.

"Aduh! Sakitlah hyung."

"Ini semua salah kau. Kau sendiri yang minta dia terjah kita tadi kan. Kau tengok sekarang apa yang dah jadi." marah Minho.

"Betul tu. Melepas peluang aku nak makan nasi lemak yang eomma aku masak.", sambung Han pula.

"Patutlah badan kau berlemak.", kata Felix.

"Diamlah kau. Asalkan perut aku kenyang."

Bangchan yang dari tadi hanya mendiamkan diri tiba-tiba saja jatuh rebah. Dia menggelupur di atas lantai membuatkan kawan-kawannya mulai risau.

"Chan hyung! Kenapa ni?" soal Jeongin risau.

"Erghh ngerghh..."

Tiada jawapan yang keluar dari mulutnya.

"Aku rasa dia kena rasuk." tebak Hyunjin.

Laju saja mereka semua menjauhi Bangchan kecuali Jeongin yang masih setia di sisinya.

"Hyung, kenapa ni? Jawablah."

"Ngeerghh erghhh..."

Jeongin mendekatkan telinganya ke arah Bangchan lalu cuba untuk mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki ini.

"Apa dia?"

Jeongin makin mendekatkan telinganya kepada Bangchan dan mendengar dengan teliti apa yang cuba Bangchan sampaikan.

"Tak fahamlah."

Selepas satu minit, Jeongin kembali mengangkat kepalanya sambil memandang ke arah mereka semua dengan riak wajah yang gelabah.

"Chan hyung kena sawan."

"Aduh, macam mana boleh kena sawan pula ni." rungut Felix sambil mengusutkan rambutnya.

"Eomma aku kata kalau orang kena sawan, kita kena letak sesuatu yang keras ke dalam mulut dia supaya dia tak gigit lidah sendiri." kata Minho.

"Aku tahu nak masukkan apa." celah Changbin.

Dia menyeluk masuk tangan ke dalam poket seluar lalu mengeluarkan telefon pintarnya. Tanpa berkata apa-apa, Changbin laju menyumbat masuk telefon tersebut ke dalam mulut Bangchan.

"Kau memang tak sayang phone kau ke Changbin? Samsung pula tu." kata Minho.

"Hah??"

Changbin terus memandang ke arah telefonnya lalu menjerit terkejut. Niatnya mahu menyumbat masuk telefon nokia tapi telefon samsung pula yang menjadi mangsa.

Dia lantas ingin menarik keluar telefonnya namun malang sekali tidak boleh. Gigitan Bangchan lebih kuat daripada sangkaannya.

Jisung yang sudah penat melihat adegan itu akhirnya duduk bersandar ke dinding. Tidak sampai seminit dia bersandar, laju saja dia berdiri semula sambil menjerit ketakutan apabila ternampak..

"HA-HANTUUU!"

Mereka semua terus menoleh ke belakang dan ternyata memang benar. Hantu itu sedang berdiri sambil memandang ke arah mereka dengan tatapan yang tajam sekali.

Ketujuh-tujuh mereka serentak menjerit lalu bersiap sedia untuk berlari. Changbin yang sedang gelabah mula menarik telefonnya dengan sekuat tenaga yang dia ada.

"Chan hyung! Lepaskan telefon aku! Dah nak pecah skrinnya!" laung Changbin sambil berusaha lagi menarik telefon samsung nya.

"Erghh erghh!!"

Hantu itu semakin menghampiri ke arah Changbin manakala mereka yang lain pula sudah berlari naik ke tingkat atas meninggalkan Changbin bersama Bangchan.

"Argh! Sudahlah! Hyung jaga handphone aku baik-baik tau! Aku lari dulu! Mianhae hyung." kata Changbin lalu dia pun berlari meninggalkan Bangchan berseorangan.

Changbin mengejar rakan-rakannya yang lain tanpa sedikit rasa bersalah kerana telah meninggalkan Bangchan bersendirian.

Mereka yang lain pula bersungguh-sungguh lari sehinggalah Felix mengarahkan mereka semua untuk berhenti. Rasa penat dilepaskan seketika.

"Korang! Chan hyung.. Macam mana dengan Chan hyung?" tanya Felix.

"Changbin hyung kan ada dekat sana." jawab Seungmin.

"Warghhh!!"

Changbin berlari menghampiri ke arah mereka semua membuatkan Felix semakin risau tentang Bangchan.

"Jom lah kita semua turun balik. Kita kena bawa Chan hyung sekali." ajak Felix.

"Tak nak! Kitorang takut!" jawab mereka serentak.

Tanpa banyak bercakap lagi, Felix terus menarik tangan Jeongin dan mengajaknya untuk mengambil Bangchan di bawah.

Jeongin hanya akur saja lalu mereka berdua pun kembali turun ke tingkat bawah manakala yang lain pula sambung berlari ke tempat lain.

• • •

"Saya rasa diorang semua ada berdekatan di kawasan sini." kata Sorn.

Bambam mengangguk kepala tanda setuju. Suara jeritan pelajar itu juga semakin kuat kedengaran.

"Kita kena berpecah. Awak naik atas dan saya turun ke bawah." cadang Sorn.

"Awak boleh ke seorang-seorang saja?" tanya Bambam risau.

"Saya okay saja." balas Sorn.

"Baiklah kalau macam tu. Hati-hati ya." pesan Bambam.

"Awak juga."

• • •

[Situasi Bangchan]

Susuk tubuhnya masih meronta-ronta di situ dengan telefon samsung milik Changbin yang masih kekal di dalam mulutnya.

"Tak guna diorang semua tinggalkan aku!" maki Bangchan dalam hati.

Dia cuba mengangkat kepalanya untuk melihat keadaan sekeliling sehinggalah dia ternampak sekujur tubuh seorang guru wanita yang sedang berdiri di hadapannya.

Bangchan kelihatan gembira sekali apabila dia dapat bertemu dengan guru tersebut. Dia memejam mata sambil mengucap syukur. Ini bermakna dia akan selamat.

Apabila dia kembali mengangkat kepala untuk memandang ke arah cikgu itu semula, riak wajahnya kelihatan terkejut sekali apabila didapati tiada sesiapa pun yang berdiri di situ.

"Eh?! Ke mana pula cikgu tu menghilang?" bisik hati Bangchan. Dia terus mengerang dengan kuat untuk meminta pertolongan.

• • •

[Situasi Jeonglix]

Mereka berdua kembali turun ke tingkat bawah dengan perlahan-lahan sambil menggenggam erat tangan antara satu sama lain.

Takut saja kalau-kalau mereka kena terjah dengan hantu. Tidak pasal-pasal kena serangan jantung pula mereka berdua dekat situ nanti.

Sesampai saja di tingkat bawah, kening mereka bertaut pelik. Ke mana pula Chan hyung pergi?

"Aku je ke yang tak nampak Chan hyung dekat sini?" soal Felix kepada Jeongin.

Yalah, mana tahu pandangannya telah dijampi sehingga tidak boleh nampak susuk tubuh Bangchan disitu.

"Ayen pun tak nampak juga lah." balas Jeongin.

Mereka berdua terus duduk bercangkung disitu sambil meraba-raba lantai itu.

"Memang tak ada." kata Jeongin lagi.

"Mana pula Chan hyung pergi ni?"

"Jomlah kita cari dia dekat kawasan sini dulu. Kalau tak ada, kita turun bawah cari dia dekat sana pula." kata Jeongin lalu mereka berdua pun mula mencari Bangchan.

+TBC

a/n : pergh makin hambar siot cerita ni. actually cerita ni dah nak siap tau aku type. cuma tak konpiden nak publish sebab ada banyak kesalahan tatabahasa disitu ermm. btw thanks tau yang datang singgah cerita ni, aku is terharu. nah love ❤ double update for today!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro