MMS | 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lima sekawan ini teruskan berjalan sehinggalah tiba di hadapan tangga berpagar.

"Kita kena naik ke atas." kata Hyunjin.

Dia cuba untuk membuka pintu pagar tersebut namun tidak berjaya kerana ianya berkunci.

"Aku rasa lebih baik kita tak payah naik atas." kata Jisung lalu mendapat anggukan daripada yang lain.

Lampu suluh yang dipegang oleh Hyunjin tiba-tiba saja semakin malap lalu berkelip-kelip dengan sendirian. Hyunjin mula gelabah.

"Lampu suluh kau ni pun kena rasuk juga ke?" sindir Minho.

"Tak lawaklah hyung." balas Seungmin.

"Aku tak ada pun cakap yang aku tengah buat lawak." balas Minho semula.

"Aduh benda kecil pun nak gaduh juga ke korang berdua ni?" celah Jisung.

"Diamlah." kata mereka berdua serentak.

Hyunjin mengetuk-ngetuk lampu suluh itu berkali-kali. Dia berharap sangat lampu itu memberi kerjasama tetapi nasib tidak menyebelahinya. Lampu itu malah terus terpadam.

"Haih.. Kalau korang berdua tak bergaduh tadi, mesti lampu ni hidup. Tengok sekarang dia dah merajuk." rungut Hyunjin.

"Gedik punya lampu." kata Minho.

Bunyi guruh kedengaran tiba-tiba membuatkan mereka berempat laju merapati antara satu sama lain. Mereka berlima duduk bersandar di depan pintu pagar itu.

Masing-masing melepaskan rasa penat mereka. Bayangkan dari awal masuk bangunan sekolah ini, mereka tidak berhenti menjerit ketakutan dan juga berlari.

"Aduh, aku memang menyesal gila ikut cakap Changbin tadi." rungut Minho.

"Changbin hyung, dia tengah kutuk kau tu." kata Seungmin.

"Aku dengarlah beruk. Kau fikir aku ni pekak ke. Aku kan dekat depan dia je.." balas Changbin.

Hyunjin menggelengkan kepala. Dia pula yang stres asyik mendengar kawan-kawannya bertengkar mulut dari tadi.

"Kita tunggu je dekat sini dulu." kata Hyunjin.

Jisung berpaut pada lengan Hyunjin namun pantas Hyunjin menepis kerana rimas.

"Nak takutkan apa lagi Han? Kau tengok Changbin hyung rilek je duduk situ seorang-seorang." kata Hyunjin.

Changbin yang baru sedar akan hal itu terus menyelit di antara mereka berempat. Kalini Seungmin pula yang berasa rimas.

"Hyung ni dah kenapa menyelit kat sini?" katanya.

"Hyung sejuk. Duduk rapat-rapat dengan korang, baru rasa hangat sikit." balas Changbin.

"Macam kitorang tak tahu je yang hyung tengah takut." kata Jisung.

"Janganlah dedahkan aku HANAT."

Mereka berempat tergelak kecil sebelum terdiam semula apabila bunyi guruh kedengaran lagi.

"Kenapa diorang berdua lama sangat bawa Chan hyung ke sini?" soal Seungmin.

"Jangan-jangan diorang dah balik dorm dulu." jawab Changbin.

Serentak mereka berlima mengeluh. Jisung yang berasa tidak selesa dengan kedudukan mereka itu cuba untuk membetulkan posisi duduknya namun...

"Korang! Tolong aku!" jerit Jisung.

Jisung terasa seperti dirinya ditarik naik ke atas sehinggakan kakinya tidak lagi menjejak lantai.

"Eh kenapa ni? Apa telah kejadian?" Seungmin mula cemas.

"Jangan banyak tanya! Tarik dia ke bawah cepat!" arah Hyunjin.

Mereka berempat saling bekerjasama untuk menarik Jisung ke bawah namun tidak berjaya.

Minho terpinga-pinga dibuatnya. Dia cuma terfikir untuk berdoa pada tuhan saja sekarang ini. Tanpa berfikir panjang lagi, kedua-dua tangannya dirapatkan lalu dia berdoa.

Doa yang dibaca oleh Minho menarik perhatian mereka sekawan dan akhirnya mereka turut berbuat sedemikian.

Jisung masih lagi meminta pertolongan daripada mereka. Dia berharap sangat semua ini hanya mimpi buruk baginya.

Berkat doa daripada rakan-rakannya, Jisung akhirnya berjaya turun dengan sendiri. Dia juga turut membaca doa bersama rakan-rakannya yang lain sambil menundukkan kepala ke bawah.

Selesai saja membaca doa, mereka membuka mata masing-masing lalu mendongak ke depan. Kelihatan susuk tubuh si dia berdiri betul-betul di hadapan mereka.

"ARGHHH!!"

Wajah mereka mula memucat lalu aktiviti jerit dan berlari kembali lagi. Masing-masing cuba untuk melepasi pintu pagar tersebut.

Changbin memanjat pagar itu. Dengan tanpa rasa bersalahnya, Changbin turut memijak bahu Hyunjin dan Seungmin.

Seungmin menjerit kesakitan namun dia masih juga membantu Changbin untuk melepasi pintu pagar ini. Jisung dan Minho pula sudah pun melepasi pintu pagar itu dengan bantuan Hyunjin.

"Tolong aku pula." arah Seungmin kepada Hyunjin.

Hyunjin hanya menurut saja permintaan rakannya ini lalu dia pun memanjat pagar itu tanpa bantuan sesiapa disebabkan dia orang yang terakhir.

Baru saja mereka ingin lari bersama, bahu Hyunjin ditarik ke belakang membuatkan empat sekawan ini berlari meninggalkannya bersendirian.

"Tolonglah aku! Changbin hyung! Minho hyung!" laung Hyunjin.

Satu persatu daripada mereka mula menjengahkan kepala disebalik dinding dan memandang Hyunjin dengan riak wajah simpati.

Hyunjin menoleh ke arah hantu yang berada di sebalik pagar itu. Liurnya ditelan kesat. Kelihatan seram sekali jika dilihat dengan lebih dekat.

"Kenapa kau tarik aku?" soal Hyunjin kepadanya.

"Bukan ke kau nak sangat berjumpa dengan aku?" soal Mark semula.

"Bukan aku je. Kawan-kawan aku pun nak jumpa dengan kau juga." jawab Hyunjin.

"Eh bila masa kitorang nak jumpa dia? Kau yang beria-ria eh." sampuk Minho.

Yang lain turut mengangguk kepala setuju. Tidak pernah pun mereka setuju akan hal ini tapi Hyunjin yang memaksa mereka.

Hyunjin mencebik bibirnya. Dia kembali memandang ke arah hantu itu.

"Jadi, kau lah pelajar yang bunuh diri tu?" tanya Hyunjin.

"Ya, aku lah orangnya."

"Kenapa kau bunuh diri?" Hyunjin menyoal lagi untuk kepastian.

Takut pula kalau apa yang diceritakan kepada kawan-kawannya itu hanyalah palsu semata-mata.

"Macam yang kau ceritakan, itulah kisah aku. Namun bukan sebab tu je."

"Sebab apa lagi?" celah Jisung ingin tahu.

Mark memandang ke arahnya dengan pandangan yang tajam.

"Surat permohonan universiti aku pun tak lepas juga. Aku kecewa jadi aku buat keputusan untuk bunuh diri." cerita Mark.

"Universiti mana yang kau mohon?" tanya Seungmin pula.

"Ada tiga universiti. Kau nak tahu yang mana?"

"Universiti pertama yang kau mohon." balas Seungmin.

Kening milik Hyunjin bertaut. Bukan main berani pula mereka bersoal jawab dengan hantu ini.

"Universiti Perubatan Daegupan Jantung." jawab Mark.

"Berapa tinggi GPA sekolah kau?" soal Hyunjin.

"1.2" jawab Mark.

"Wow, so stupid! Aku punya lagi teruk daripada kau tapi tak ada niat pun nak bunuh diri." kata Hyunjin bangga.

"Berapa GPA sekolah kau?" soal Mark pula.

"Aku punya, 0.58." jawab Hyunjin.

"Baguslah tu. Kita berdua tak ada beza pun, jadi tak salahkan kalau kau ikut mati sama macam aku juga. Wahahahaha!"

Tangan Mark laju ingin mencekik leher Hyunjin namun Hyunjin pantas menepisnya lalu melarikan diri. Mereka berempat yang melihat situasi itu juga turut berlari daripada situ.

"Bersiap sedia lah untuk ikut aku!" laung Mark dengan kuat.

+TBC

a/n : happy birthday choi soobin

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro