CAPÍTULO CATORCE 👠

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

5 BULAN KEMUDIAN

Bibirnya mengorak senyum nipis apabila sampul berisi wang 10 ribu euro itu dibuka. Kemudian matanya memandang lelaki yang memberi duit tersebut.

"Let me lead you to the room." Ujar Quinn Davieka sambil berjalan ke arah salah satu bilik dan dibuka. Di dalam bilik itu kelihatan seorang lelaki sedang nyenyak selepas 'permainan' tadi.

"Have fun." Bahu jejaka itu ditepuk perlahan dan dia berlalu pergi. Kemudian dia memandang sekeliling. Bibir tersenyum nipis apabila melihat meja di hujung bar.

Hunter D'Ezekiel

Di situ lah lelaki itu berada sewaktu pertama kali mereka bertemu di dalam kelab malam miliknya. Menurut Franky, Hunter pulang ke Italy sewaktu hari pernikahan mereka.

Stupid Hunter.

Sehingga hari ini, dia tidak berhubung dengan Hunter lagi. Apabila dia telefon, nombor itu sudah tidak aktif.

Dia pun tak tahu apa salahnya sehingga Hunter tiba tiba menghilangkan diri darinya tanpa sebarang berita.

"Davieka." Satu suara menegurnya. Quinn Davieka terus menoleh dan tersenyum.

"Hai, Leo. You buat apa dekat sini?"

Bibir Leo tersenyum manis.

***

"Hey."

Kepala ditolehkan ke arah suara itu. Bibir merah milik jejaka itu menguntum senyum.

"Hi babe. Awal datang?" Soal Hunter sambil menarik gadis itu duduk di atas ribanya. Bibir mula mencium leher gadis itu dan mata memandang komputer riba di atas mejanya meneruskan kerja yang tergendala tadi.

"I bosan sangat. Tadi I pergi spa and then I pergi shopping but still, I bosan. Sebab you tak teman I." Ujar gadis itu manja sambil memeluk leher Hunter. Lelaki itu tersenyum nipis dan menutup komputernya. Tangan mulus gadis itu digenggam dan dicium.

"Let's go for a shopping." Ujar Hunter sambil menarik tangan gadis itu keluar.

"Really?!" Soal gadis itu teruja. Hunter mengangguk dan mereka terus berlalu pergi dari bangunan Ezekiel Invest Holdings.

Mereka meluangkan hampir empat jam membeli belah sebelum hari hampir menginjak ke malam di bumi Italy itu.

Kereta diberhentikan di hadapan rumah si gadis.

"Thanks. I'm so happy." Ujar gadis itu sambil merenung Hunter yang turut memandangnya. Hunter menyelak rambut perang gadis itu dan diselitkan di belakang telinga.

"Anything for you, Stella."

Gadis bernama Stella itu tergelak dan dia memeluk leher Hunter. Bibirnya dirapatkan ke bibir Hunter namun baru beberapa inci ingin bersentuh, Hunter melarikan wajahnya. Riak wajah Stella turut berubah.

"You selalu tolak I. Ada benda yang tak kena ke?" Soal Stella. Hunter menggeleng dan tersenyum lalu dahi Stellah dicium.

"Pergi masuk. Dah malam ni nanti parents you marah." Ujar Hunter sambil keluar dan membuka kan pintu untuk Stella. Gadis itu tersenyum dan berlalu masuk. Hunter menghantar pemergian Stella dengan pandangan mata dan dia kembali masuk ke dalam keretanya.

Kepala disandarkan ke stereng dan mindanya mula memikirkan satu nama.

Quinn Davieka.

Bibirnya tersenyum sinis dan dia kembali meneruskan pemanduan. Kenapa wajah gadis itu yang selalu bermain di dalam mindanya? Kereta dipandu ke sebuah kelab malam dan kereta diberhentikan di hadapan pusat hiburan itu. Kepala disandarkan ke kerusi kereta dan mata dipejam.

"Penat?" Soal satu suara lembut dari arah belakang serentak ada tangan mengurut bahunya. Hunter tersenyum nipis. Tangan lembut itu dipegang.

"Just sleep. I'm here." Bisik gadis itu lagi.

Perlahan lahan, lena mula mengulit jejaka Itali itu.

***

"WOI! Woi bangun. Tak lawak lah bodoh kau tidur macam pengsan ni. Woi."

Hunter mengerutkan dahi apabila terasa ada renjisan air di mukanya. Perlahan lahan mata dibuka dan dia melihat beberapa orang berkumpul di sekelilingnya bersama topeng oksigen di mukanya.

"Apa... Jadi?" Soal Hunter perlahan. Franky menampar kuat pipi Hunter.

"Bodoh ke?! Siapa suruh tidur dalam kereta dan tak matikan enjin?! Kau tahu tak kau dah nak mampus?" Marah Franky sambil terselit getaran dalam suaranya. Takut. Takut jika dia benar benar hilang Hunter selamanya.

Hunter memejam mata kembali apabila melihat beberapa orang datang ke arahnya.

"Continua a respirare. (Keep breathing)." Tangan doktor itu diletakkan di dada Hunter yang bergerak perlahan.

Kemudian mereka membawa Hunter ke hospital untuk direhatkan kerana gas karbon monoksida akibat dia terlelap di dalam kereta yang tidak dimatikan enjin hampir menyekat oksigen ke dalam tubuhnya.

Franky memandang abangnya yang sedang lena di dalam wad itu. Dahinya berkerut. Macamana Hunter boleh tertidur di dalam kereta? Tak matikan enjin pula tu! Nasib baik dia sempat jumpa.

"Hmm.. Mam.." Tiba tiba Hunter menggelisah dan tangannya menggapai seperti mencari sesuatu. Bibir Franky mengukir senyum nipis dan tangan Hunter digenggam.

"Mammina." Hunter kembali lena. Franky mengambil telefon dari poketnya dan nombor Quinn Davieka direnung. Lama.

"Perlu ke aku bagitahu dia? Tapi dia mesti tak akan peduli sebab dia dah bencikan Hunter." Bebel Franky sendirian. Bahu dijongket dan nombor itu tetap didail.

***

QUINN Davieka memandang telefon yang berkelip kelip memaparkan nama Franky itu. Dahi dikerutkan. Dah mimpi apa pula ni sampai nak telefon dia tiba tiba?

"Siapa tu?" Soal Leo sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut. Quinn Davieka menterbalikkan telefon dan tersenyum nipis.

"No one."

Setelah beberapa saat telefonnya kembali berdering.

"Angkatlah. Mana tahu penting." Ujar Leo. Quinn Davieka menelan liur dan telefon itu diambil. Nama Franky yang terpapar di skrin  direnung.

"Hello, Franky." Jawab Quinn Davieka.

"You sibuk ke?" Soal Franky.

"Yes."

"Tak apalah. Sorry ganggu."

"Franky wait!"

Franky yang baru sahaja ingin mematikan talian kembali menekapkan telefon ke telinga.

"Ada apa apa ke?" Soal Quinn Davieka lagi. Franky tersenyum. She still loves him. Tangannya yang bertaut dengan tangan Hunter dipandang.

"Hunter masuk hospital."

"What?! But why?" Soal Quinn Davieka. Franky tersenyum. Peluangnya untuk satukan Hunter kembali dengan Quinn Davieka agak cerah.

"I don't know. He doesn't want to tell me. Maybe dia akan bagitahu you kalau you datang sini."

"You nak I ke Itali?" Soal Quinn Davieka. Franky mengangguk walaupun gadis itu tidak nampak.

"Tak apalah. We're over. I harap dia sembuh walau apapun sebab dia sakit."

"Davieka, can't you just come here?"

"He hates me! Dia tinggalkan I dan you nak I pergi jumpa dia?" Soal Quinn Davieka. Leo di hadapan sudah tidak dipedulikan. Air matanya serta merta bertakung apabila mengenangkan kembali peristiwa Hunter pergi sewaktu perkahwinan mereka.

"He didn't hate you. Trust me Davieka. Please. You love him right?"

"No."

"Okay then. Just want to inform you there is a girl named Stella trying to get too close with Hunter. Maybe Hunter akan jatuh hati dengan Stella dan mereka akan berkahwin."

Quinn Davieka memandang telefon yang telah dimatikan talian itu.

"About Hunter, huh? Davieka.. Look, dia tinggalkan you so kenapa you nak berjuang untuk dia?" Soal Leo sambil memandang Quinn Davieka.

"Kita mulakan hidup baru dan lupakan Hunter. Okay?" Soal Leo sambil cuba menyentuh tangan Quinn Davieka namun gadis itu terlebih dahulu melarikan tangannya.

"I'm sorry but I love him." Ujar Quinn Davieka sambil mengambil beg tangannya dan berlalu keluar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro