CAPÍTULO DIECIOCHO 👠

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"LUSA I kena balik Malaysia dah. Nak settle company dekat sana." Kata Quinn Davieka sambil menghirup air coklat panas milik Hunter. Lelaki itu memandang Quinn Davieka.

"Cepatnya. Suruh je lah pekerja kau uruskan."

"Tapi I kena tengok tengok juga syarikat tu. Tak boleh la duduk sini lama lama." Ujar Quinn Davieka. Dia meletakkan cawan di atas meja dan melangkah ke arah Hunter. Pantas sahaja tubuhnya ditarik duduk di atas riba Hunter. Tangan memeluk leher Hunter.

"What if I miss you?" Soal Hunter. Quinn Davieka tergelak.

"Kita boleh berhubung alam maya lah. Call, whatsapp, facetime kan semua tu ada." Rahang tajam Hunter diusap.

"Aku nak peluk kau." Ujar Hunter.

"Kan you ada Stella." Sengaja Quinn Davieka berkata begitu untuk melihat reaksi lelaki itu. Hunter merenung mata Quinn Davieka.

"I'm sorry." Jemari Quinn Davieka digenggam. Gadis itu mengerutkan dahi.

"I will fix this. If only I can get out of this and claim you as mine like other people. One day, we will have a grand wedding and have children, we will getting old together, spending our time with love, love and love." Hunter memejam mata di bahu Quinn Davieka dan nafas dihela.

"But now I can't. Aku ni cuma seorang anak yang lemah dan tidak mampu berdiri mempertahankan cinta. Sebab rasa takut aku melebihi rasa cinta. Aku takut, kalau aku ingkar arahan dia, dia akan bunuh kau macam dia bunuh ibu aku. No.. I don't want to be alone again."

"Hunter.. Hei, hei look at me." Quinn Davieka memandang Hunter yang kembali membuka matanya merenung gadis itu. Pipi Hunter dicium lembut.

"Taknaklah cakap pasal ni, okay? Nothing will happen and we will have a marriage. Alright?  No one can stop us because kita akan sama sama pertahankan hubungan ni."

Hunter tersenyum nipis dan bibir Quinn Davieka diragut.

Tok! Tok! Tok!

Mereka berdua menoleh ke arah pintu yang terkunci itu. Quinn Davieka pantas bangun dari riba Hunter.

"Who's that?" Soal Hunter.

"Ni I lah, Stella." Ujar Stella di luar pintu pejabat. Quinn Davieka pergi ke arah pintu dan pintu pejabat dibuka. Hunter membulatkan mata.

"Who are you?" Soal Stella sambil memandang Quinn Davieka.

"Davieka. I ada temu janji dengan dia disini. You're Stella? So pretty. Patutlah Hunter berkenan." Tangan dihulurkan ke arah Stella. Gadis itu menyambut acuh tak acuh dan terus masuk ke dalam pejabat Hunter. Quinn Davieka duduk di atas sofa lalu menyilangkan kakinya.

"You nak apa ni?" Soal Hunter. Stella menyilangkan tangan.

"I nak you ikut I pergi dinner tu."

"Stella, I told you I have a lot of work. I bukan macam you duduk goyang kaki habiskan harta family you." Ujar Hunter sambil merenung Stella tajam.

"Kerja kerja kerja. You kena ikut I pergi dinner tu kalau tak I bagitahu daddy you!"

"Bagitahu je lah." Ujar Hunter sambil memandang komputernya.

"Hunter..."

"You tak malu ke cari gaduh depan client I ni?" Soal Hunter. Stella memandang Quinn Davieka yang sedang membelek kuku di sofa seolah olah tidak mendengar apa apa.

"Selagi you tak setuju nak ikut I, I takkan pergi dari sini." Ujar Stella sambil memeluk tubuh.

"Dinner?" Soal Quinn Davieka. Kemudian dia bangun dan melangkah ke arah dua orang itu. Tangan diletakkan di atas meja dan badan ditundukkan sengaja untuk menampakkan lurah dada gebu miliknya.

Hunter menelan air liur.

"I pun ada terima jemputan tu. Tapi I taknak pergi and my boyfriend keeps asking me to go. You kenal Franky kan? He's my boyfriend. Kalau you nakkan partner untuk ke dinner itu you bolehla pergi dengan Franky. Nanti I bagitahu dia." Kata Quinn Davieka.

Stella menegangkan wajah apabila Hunter asyik memandang gadis yang gedik itu. Sengaja nak tunjuk dada dekat boyfriend dia dah kenapa?

"Sekarang ni boyfriend I Hunter, bukan Franky. Buat apa I nak pergi dengan dia?" Soal Stella jelek. Automatik tidak menyukai gadis gedik. Quinn Davieka tersenyum apabila Stella menunjukkan riak tidak menyukainya. Rambutnya dibawa ke tepi menunjukkan leher jinjangnya pula.

Hunter mengurut dahi lalu memandang kertas kerjanya di atas meja. Beberapa saat kemudian, dia kembali memandang Quinn Davieka. Sangat menggoda. Ingin sahaja ditarik gadis itu ke dalam pelukan.

"Lagipun.." Quinn Davieka berjalan ke arah Hunter dan tangannya mengusap bahu Hunter.

"Kesian boyfriend you ni. Penat dengan kerja dia. Dia kerja untuk you juga kan?" Soal Quinn Davieka sambil tangannya mengurut bahu dan leher lelaki itu. Hunter tersenyum nipis. Padahal di pejabat itu dia tidak buat kerja pun kerana kewujudan Quinn Davieka membuatkan dia tak mampu untuk fokus dalam kerja.

"Hands off my boyfriend!" Kata Stella geram. Quinn Davieka mengangkat tangannya.

"Ops, sorry!" Ujarnya. Stella menghela nafas kasar.

"No. I tetap nak you pergi dinner tu dengan I!" Ujar Stella. Quinn Davieka mengangkat kening. Ingin sahaja ditampar muka Stella namun hatinya menyuruh dia bersabar.

"Its okay. Apa kata kalau you pergi je dinner tu? Kerja ni boleh tinggal kan? Sekejap je." Ujar Quinn Davieka akhirnya. Hunter menyuakan wajah tak puas hati.

"No. I won't go." Ujar Hunter sebelum dia kembali meneruskan kerja.

"Dinner tu tak lama pun." Ujar Quinn Davieka sambil merenung Hunter dengan renungan menggoda. Hunter menahan perasaannya sambil turut memandang Quinn Davieka yang berjarak seinci dari wajahnya. Ingin sahaja digomol wajah itu.

"Okay fine." Keluh Hunter. Quinn Davieka memandang Stella dan tersenyum.

"You keluar kejap." Stella menunjuk ke pintu. Quinn Davieka menjongket bahu dan mengambil beg tangannya serta berlalu keluar.

"Kenapa you suruh client I keluar?"

"I tak suka dia. Gedik. Asyik nak goda you je." Ujar Stella sambil mencebikkan bibirnya. Hunter menghela nafas.

"I dah setuju nak pergi kan so apa masalah lagi ni?"

"Masalahnya bila you setuju nak pergi lepas dia pujuk! You tak nampak ke yang dia cuba nak goda you? You tu bakal suami I tau, yang dia menggedik dengan you macam lapar jantan dah kenapa?"

"Watch your mouth, Stella." Ujar Hunter sambil bangun dari kerusinya. Stella ketawa sinis.

"Yang you nak bela dia kenapa? Suka lah you dengan perempuan gedik tu? Entah entah dah berapa jantan dah dia goda lepastu nak goda you pula sebab tergilakan duit you."

"I said stop!" Tangan diangkat untuk menampar wajah Stella.

"Hai guys! I tertinggal baranglah." Tiba tiba Quinn Davieka muncul kembali di pintu. Hunter menggenggam tangannya dan kembali menurunkan tangan. Mata merenung Quinn Davieka yang berpura pura mencari sesuatu.

Stella memandang Hunter dengan wajah tak percaya.

"You nak tampar I? Sebab perempuan gedik tu? What the fuck is wrong with you?" Soal Stella. Hunter meraup wajah.

"Keluar." Ujar Hunter.

"Kenapa dengan you ni? I cuma.."

"Aku kata keluar!" Bergema jerkahan Hunter membuatkan bahu Stella terangkat kerana terkejut. Perlahan lahan air mata bertakung di tubir mata Stella.

"Unbelievable." Ujar Stella dan berlalu keluar sambil menghempas pintu. Quinn Davieka mengunci pintu pejabat itu dan melangkah ke arah Hunter.

"Hey, calm down." Bisik Quinn Davieka sambil memeluk Hunter dan dia mengusap pipi jejaka itu. Hunter merenung Quinn Davieka kemudian wajahnya perlahan lahan menjadi tenang.

"She'll be dead if you're not here." Ujar Hunter perlahan. Quinn Davieka menarik lelaki itu ke sofa dan mereka duduk di atas sofa. Hidung Hunter dicium.

"Tell me how not to fall in love with you if you're like this." Ujar Hunter. Quinn Davieka tergelak.

"If I'm like what? Perempuan gedik?" Soal Quinn Davieka mengusik apabila teringat Stella menggelarkannya sebagai perempuan gedik.

Hunter tersenyum dan mengangguk.

"Perempuan gedik yang menggoda." Bisik Hunter. Quinn Davieka menepuk dada jejaka itu dan menjeling.

***

"What? You bagitahu Stella yang you tu girlfriend I dan kita akan pergi dinner tu sama sama as a partner?" Soal Franky sambil membulatkan mata. Quinn Davieka tersengih dan mengangguk.

"Davieka, Hunter probably will kill me."

"Ala, please. Lagipun takkanlah I nak biarkan Hunter dengan Stella tu dekat sana. Nanti diorang buat apa apa macamana? You susah, I susah." Kata Quinn Davieka. Franky menggeleng dan tergelak kecil.

"Fine." Ujar Franky. Quinn Davieka mula teruja.

"Betul?"

"Ya. Demi bakal kakak ipar I dan abang I." Ujar Franky dengan riak menyampah. Quinn Davieka tergelak kecil.

"Good boy."

Mereka mula bergerak untuk mencari pakaian bagi majlis dinner itu. Franky mengeluarkan telefon apabila telefonnya berdering. Mata dijulingkan di atas dan dia menjawab panggilan itu.

"Apa?"

"Siapa suruh kau keluar dengan kekasih aku?" soal Hunter direct. Franky mencebik lalu memandang Quinn Davieka yang sedang memilih pakaian yang sesuai untuk mereka.

"Sibuk je. Keluarlah dengan Stella kau tu." talian dimatikan oleh Franky dan dia melangkah ke arah Quinn Davieka.

"Someone's jealous." ujar Franky. Quinn Davieka memandang Franky dan tersenyum.

"Dia call you ke?" soal gadis itu. Franky mengangguk. Quinn Davieka mengambil dress dan melekapkan dress itu di badan.

"Dress ni sesuai tak dengan I?"

"That doesn't suits you."

Tiba tiba satu suara mencelah. Quinn Davieka dan Franky serentak memandang ke arah lelaki itu. Kelihatan Hunter sedang memeluk tubuh. Kemudian dia menolak Franky dan berdiri di sebelah Quinn Davieka.

"Jangan ingat aku akan biarkan kau keluar tanpa aku. Jom." Tangan Quinn Davieka digenggam dan mereka mula berlalu pergi. Franky tercengang.

"Diorang pergi macamtu je?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro