CAPÍTULO DIEZ 👠

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Pengsan ke mati perempuan ni?"

Satu suara menyedarkan Quinn Davieka dari lenanya. Terus mata dibuka dan dia melihat sekelilingnya mempunyai tiga orang. Seorang wanita dan dua lelaki. Wanita itu..

Lily.

Siapa dia?

Quinn Davieka menggerakkan tangannya namun tidak boleh kerana kedua dua tangannya diikat. Kaki juga digerakkan tetapi tidak berhasil.

"Hello Davieka." Sapa seorang lelaki sambil tersenyum.

"Who the fuck are you?" Soal Quinn Davieka.

"Woah chill, girl. Aku nak cerita lah ni." Lelaki itu membetulkan kotak suaranya dan kembali memandang Quinn Davieka.

"Apa hubungan kau dengan Hunter?" Soal lelaki itu. Quinn Davieka tersentak.

"Jika kau mengintip kami siang malam dan kau masih tak tahu hubungan kami, maknanya kau memang bodoh." Ujar Quinn Davieka sambil memandang tajam wajah lelaki yang tiba tiba tergelak itu.

"Wow! Lancang juga mulut kau ini. Kau ingat orang macam kau ni layak ke nak masuk ke dalam keluarga D'Ezekiel? Did you know how powerful we are? Dan, kau.. Gadis entah mana mana nak kahwin dengan Hunter? Haha." Ejek lelaki itu. Dagu Quinn Davieka dicengkam.

"Aku boleh buat apa sahaja dekat kau kalau kau berkeras nak masuk dalam keluarga kami. Especially Hunter! Dia tu pewaris utama D'Ezekiel! Dan kau langsung tak layak untuk dia!" Ujar lelaki itu sinis.

"Kalau macamtu, buat dia batalkan perkahwinan ni. That's not my problem. Dia yang nak kahwin dengan aku, bukan aku terhegeh hegeh nakkan dia." Jawab Quinn Davieka berani. Wajah lelaki itu sedikit berubah. Kemudian tangan diangkat dan serentak tamparan kuat diberikan ke pipi gadis itu. Quinn Davieka terteleng ke tepi dan bibirnya luka.

"Sial." Carut lelaki itu. Quinn Davieka tergelak sinis dengan cairan darah yang sedikit meleleh.

"Kau cederakan aku. Apa kau fikir Hunter akan buat bila dia nampak bakal isteri dia dipukul? I think you should hide now, boy." Provok Quinn Davieka.

"Hunter takkan peduli. Let's see, kau dah hilang hampir dua jam. But where's him? He doesn't give a fuck about you, Davieka!" Jawab lelaki itu yakin.

Quinn Davieka terdiam. Hampir dua jam? Hunter ialah seorang yang agak licik. Lihatlah bagaimana dia masuk ke dalam pejabat Quinn Davieka dulu. Jadi kenapa dia masih belum muncul? Mustahil Hunter masih belum tahu lokasinya sekarang.

"Heh." Lelaki itu tergelak sinis dan menarik rambut Quinn Davieka membuatkan gadis itu terjerit kecil.

"Jauhkan diri kau dari Hunter dan jangan pernah bermimpi untuk masuk dalam keluarga kami." Ujar lelaki itu serius.

"Kalau aku taknak?" Soal Quinn Davieka dengan nada mencabar.

"Taknak? Tak apa. I will give a present for you. There's a bomb under your chair. So.. do I need to push this button?" Soal lelaki itu sambil menekan butang merah di tangannya. Serentak bunyi detik bom kedengaran di bawah kerusi yang diikat padanya.

"You now have 30 seconds to live. Keep breathing." Mata dikenyitkan. Quinn Davieka cuba melepaskan diri apabila melihat tiga orang tadi mula menjauhkan diri dari kerusi itu.

"I can't wait!" Ujar lelaki itu teruja. Bom sudah hampir tamat detik.

5...

4...

3...

2...

1...

Quinn Davieka memejam mata.

BOOMMM

***

"Queen.. Wake up."

Perlahan lahan mata dibuka dan Quinn Davieka memandang siling. Otaknya mula mencerna sama ada dia masih hidup di bumi atau sudah ke langit.

"Queen, are you okay? Speak to me."

Kepala dipalingkan ke kiri. Kelihatan mata amethyst itu merenungnya.

"Hunter..?"

"Yes." Hunter menggenggam tangan Quinn Davieka. Quinn Davieka terus duduk sambil mengerutkan dahi.

"Macamana..." Quinn Davieka menggantung ayat dan memandang sekeliling. Luka di bibirnya sudah disapu ubat dan dirawat. Kemudian dia kembali memandang Hunter.

"Kau pengsan sebab terkejut bunyi bom. Apa ni? Kata badass, takkan bunyi bom yang jauh tu pun sampai pengsan?" Soal Hunter mengejek. Dia terus naik ke katil hospital dan duduk di sebelah Quinn Davieka.

"No! The bomb was under my chair! I dengar bom tu berdetik!" Ujar Quinn Davieka mempertahankan dirinya. Hunter tergelak kecil. Tubuh gadis itu dipeluk dan dagu Quinn Davieka didongakkan.

"Does it hurt?" Soal Hunter sambil memandang bibir Quinn Davieka yang luka. Gadis itu menggeleng. Pedih juga lah tapi dia tidaklah terlalu manja.

"Stay away from you. Because you're D'Ezekiel and I am no one." Ujar Quinn Davieka apabila teringatkan kata kata lelaki yang menamparnya.

"Dia ugut I. Dan I yakin kalau kita kahwin, macam macam lagi akan jadi lepasni."

"They won't. Aku akan jaga kau." Hunter membelai rambut Quinn Davieka.

"I tak percayakan you."

"What do you mean?"

"I takut you akan buat I berada dalam bahaya sebegini dan tinggalkan I."

Hunter mengeluh.

"Aku takkan tinggalkan kau. Queen, kita dah nak berkahwin. Takkan kau meragui aku?" Soal Hunter.

"Yes I ragu pada you. Lagipun, We never have anything. I tak pernah cintakan you dan you pun tak pernah cintakan I. Jadi kalau kita tak kahwin pun I rasa tak ada masalah."

"And you will marry Leo? Pilihan bapak kau tu? Are sure he will protect you as I do?" Soal Hunter serius. Mata Quinn Davieka mula berair.

Dia tahu, Hunter melindunginya dengan sangat baik. Dan kejadian ini, dia tahu Hunter yang selamatkan dia.

"But we can't. Your family will.."

"Fuck all of them! This is our story so why you need to think about others?" Suara Hunter mulai tegang dan wajahnya turut memerah.

"Kenapa you nak sangat kahwin dengan I?" Soal Quinn Davieka. Hunter melepaskan pelukan Quinn Davieka dan turun dari katil.

"Lari sejauh mana yang kau nak kalau kau nak lari. Tapi jangan sampai aku jumpa kau. Once I caught you, I will never let you go again." Ujar Hunter sambil merenung tajam wajah Quinn Davieka. Gadis itu terkedu. Kemudian dia bersandar di kepala katil.

Untuk lari dari seorang Hunter D'Ezekiel,  sangat mustahil baginya kerana lelaki itu sangat licik.

***

5...

4...

3...

2...

1...

Quinn Davieka memejam mata.

BOOMMM

Lelaki itu tersentak apabila melihat tubuh Quinn Davieka terlentok tanpa sebarang letupan. Kakinya berjalan ingin mendekat.

"Bom itu rosak kah?" Soal lelaki itu.

"She needs a rest."

Terus mereka bertiga berpaling ke belakang. Hunter tersenyum sinis. Kemudian dia melangkah ke arah lelaki tadi.

"Hunt.. Ergh!!" Darah tersembur dari mulutnya apabila bahagian dada ditendang kuat dengan kasut kulit milik Hunter.

Kemudian kolar bajunya dicengkam oleh Hunter dan pisau berkilat diletakkan di leher lelaki itu.

"Who gives you permission to slap her?" Soal Hunter mendatar. Mata amethystnya berubah gelap.

"Hunter, calm down. Aku.. Arghh!" Jeritnya apabila sedikit mata pisau itu mencucuk ke kulit lehernya. Darah mula menitis.

"Aku tanya kau. Siapa beri kebenaran pada kau untuk tampar bakal isteri aku?" Soal Hunter lagi.

"Mi dispiace! Veramente dispiaciuto! (I'm sorry! Really sorry!)" Pinta lelaki itu akhirnya. Dia cuba menolak tangan Hunter di kolar bajunya namun tidak berhasil.

"Maaf kau tu tak ada nilai. Tangan ini..." Tangan kanan lelaki itu diangkat.

"Dah tampar dia. My queen."

PRAKK

"Arghh!!!" Jerit lelaki itu apabila tangannya dilipat ke belakang sehingga terdengar bunyi patah. Hunter tersenyum kecil lalu menolak kasar lelaki itu ke lantai.

"Tangan tu akan sembuh. You should be lucky sebab aku patahkan, bukan aku kudungkan. Sekali lagi, kau berani sentuh dia... I will do the worst."

Hunter memandang dua orang yang dari tadi dipegang oleh orang suruhannya.

"Campak mereka dalam bilik besi. Aku akan uruskan mereka lepas aku bawa Queen ke hospital." Arah Hunter sebelum dia mendukung Quinn Davieka dan keluar. Lily dan seorang lagi lelaki dibawa ke bilik besi yang dimaksudkan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro