CAPÍTULO SIETE 👠

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Quinn Davieka tersenyum memandang kertas pejanjian di tangannya. Kemudian dia menghantar perunding dari Filipina ke ruang VVIP.

"Thanks for your cooperation and I hope we'll have more deal after this." Ujar Quinn Davieka. Pegawai Filipina itu mengangguk dan tersenyum. Setelah perunding Filipina itu pergi, Quinn Davieka mengerutkan dahi memandang seseorang yang santai meminum air coklat di depan syarikatnya.

"Hunter!" Quinn Davieka berjalan ke arah lelaki itu. Hunter menoleh dan menanggalkan kaca mata hitamnya.

"Ouh hi queen."

"Apa yang you buat di sini? Dah tak ada kerja ke?" Soal Quinn Davieka geram sambil berkerut dahinya memandang Hunter. Lelaki itu tersenyum kecil.

"I want to ask you for a date." Kata Hunter. Quinn Davieka tercengang.

"Date?"

"Yes. Kita kan nak kahwin jadi kenalah dating. Kalau tak macamana nak kahwin?" Soal Hunter sambil tersenyum kecil. Kemudian dia memegang tangan Quinn Davieka.

"Please..." Rengek Hunter. Quinn Davieka mengerutkan dahi. Kenapa lelaki ini boleh berubah secara mendadak? Haritu rasanya dia kasar. Kena sampuk hantu ke?

"Tapi I banyak kerja. Dan you pun. I tak rasa you free kan? Kenapa still nak ganggu I? Kita kahwin je lah. Susah susah buat ap.. Argh!" Terjerit kecil gadis Sepanyol itu apabila tubuhnya ditarik rapat dengan Hunter.

"Kalau ikut perangai setan aku, aku takkan pujuk tau. Baik kau ikut sebelum aku dukung kau." Ujar Hunter di telinga Quinn Davieka sambil menggigit sedikit telinga gadis itu. Quinn Davieka menjauhkan wajahnya dan menolak Hunter.

"Cepat."

"Ergh!" Ujar Quinn Davieka dengan jengkel sebelum melangkah masuk ke pejabatnya. Kemudian dia tersenyum sinis. Apa je si Hunter tu boleh buat kalau dia taknak pergi?

Heh.

Quinn Davieka duduk di atas kerusinya dan kembali membuat kerja. Lantaklah.

"Madrina Davieka! Our company financial account being hacked!" Ujar salah seorang pekerja syarikat Quinn Davieka. Gadis itu membulatkan mata.

"What?! Akaun kewangan syarikat kena hack?! Siapa..."

Terus Quinn Davieka berlari ke pengurus kewangan. Data di dalam syarikat itu diteliti. Kemudian dia merengus.

"Tiada duit yang hilang, kos input dan output masih sama. Semua duit syarikat kita selamat... Cuma.. Kenapa dia bagi amaran untuk menggodam sistem kewangan kita?" Soal pengurus kewangan syarikat itu. Quinn Davieka mengetap gigi.

"Kemaskan security data company. Jangan biar benda ni jadi lagi." Ujar Quinn Davieka tegas dan berlalu keluar semua.

"Apa masalah you?!" Soal Quinn Davieka geram. Hunter yang sedang menjilat lolipop menoleh.

"Lamanya bersiap. Nak keluar dating je pun. Come." Hunter menarik tangan Quinn Davieka namun gadis itu mengeraskan badan.

"Queen.." Hunter menjongketkan kening. Ugutan.

"Gilipollas!" Carut Quinn Davieka sebelum dia melangkah ke kereta milik Hunter. Hunter tersenyum sinis.

"That's my queen." Ujar Hunter sambil duduk di tempat pemandu. Dia memandang wajah Quinn Davieka yang cemberut.

Kereta diberhentikan di sebuah kedai aiskrim dan dua aiskrim dibeli.

"Jom." Ajak Hunter sambil membuka pintu kereta. Quinn Davieka hanya menurut. Riak masam masih menjadi hiasan wajah gadis itu. Hunter mengoyakkan plastik aiskrim dan mencoletkan sedikit aiskrim di hidung gadis itu.

"Hei!" Marah Quinn Davieka sambil ingin mengelap hidungnya namun tangannya digenggam oleh Hunter.

"Still sulking?" Soal Hunter sambil merapatkan wajah mereka. Aiskrim di hidung Quinn Davieka dijilat. Kemudian dia kembali mencoletkan aiskrim di bibir gadis itu.

"Still.."

"No! Hunter!" Quinn Davieka menolak Hunter bersama tawa kecil apabila Hunter ingin menjilat aiskrim di bibirnya. Quinn Davieka merampas aiskrim di tangan jejaka itu.

"Come." Arah Quinn Davieka. Tangan Hunter ditarik. Mereka mengelilingi tasik.

"You ingat tak yang you pernah ke kelab I?" Soal Quinn Davieka tiba tiba. Hunter mengerutkan dahi. Kemudian dia memandang Quinn Davieka.

"You mabuk. Dekat club I. You drank a lot. Kalau you ada masalah you boleh cerita dengan I." Kata Quinn Davieka sambil tersenyum nipis. Hunter menggeleng kecil dan tergelak.

"Are you concern about me?" Soal Hunter mengusik. Quinn Davieka merengus dan melangkah pergi bersama aiskrim di tangannya.

Perlahan lahan, tawa Hunter semakin menghilang.

***

Darah yang terpercik di bajunya tidak dihiraukan. Pisau tumpul di tangannya ditekan.

Semakin dalam

Semakin dalam.

Sehingga tiba di nadi lelaki itu dan dia menekan kuat. Darah sekali lagi terpercik bagaikan air paip. Mata kosong lelaki yang menikam itu memandang wajah manusia yang dibunuh.

"Capo." Ujar salah seorang anak buahnya apabila Hunter masih tidak berganjak dengan pisau yang menikam nadi mayat lelaki tadi.

Malangnya tidak dihiraukan. Hunter memejam mata seketika dan dia mencucuk seluruh badan mayat lelaki itu bertalu talu.

"Capo, capo!" Anak anak buahnya terus memegang Hunter yang tidak terkawal itu. Franky masuk ke dalam bilik kecil itu sambil membawa jarum suntik.

Dia menyuntik cecair ke lengan Hunter dan setelah beberapa saat, tubuh Hunter mula melemah dan akhirnya mata lelaki itu terpejam rapat.

"Bawa dia masuk bilik. Tukar pakaian dia dan sediakan makanan." Arah Franky sambil membuang jarum suntik itu ke atas badan mayat lelaki di atas lantai.

"The rest, settle mayat ni." Ujar Franky sambil melangkah keluar. Pintu bilik Hunter dikuak dan kelihatan Hunter yang sedang lena akibat ubat tidur. Bajunya yang penuh darah sudah ditukar.

Selimut ditarik menutupi seluruh badan Hunter. Suhu pendingin hawa dinaikkan.

"Mammina..." Gumam Hunter dalam tidur sambil tangannya tergapai mencari sesuatu. Franky tersenyum kecil dan dia menggenggam jemari Hunter yang terkapai itu.

"Tua madre sta lavorando e tornerà presto a casa. (your mother is working and will be home soon.)" Ujar Franky persis memujuk anak kecil. Kemudian dia melihat bibir pink Hunter menggumam sesuatu. Pastinya bebelan kerana ibunya 'bekerja' terlalu lama.

Kemudian Hunter kembali diam lena.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro