CAPÍTULO TREINTA Y DOS 👠

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Are we safe here?" Soal Quinn Davieka sambil memandang sekeliling rumah Hunter itu. Luas dan mewah. Lelaki tersebut mengukir senyum lalu dia mendekati Quinn Davieka.

"For sure not. Ini cuma salah satu rumah aku dan bukannya bunker." Ujar Hunter santai sambil menarik Quinn Davieka ke sofa. Wajah itu dibelek dengan penuh minat.

"Why?" Berkerut dahi Quinn Davieka memandang Hunter namun lelaki itu melakarkan senyum lebar kepada Quinn Davieka.

"Why are you choosing me? Instead of Leo?" soal Hunter. Quinn Davieka menyentuh lembut rahang tajam milik Hunter.

"Sebab I cintakan you?" jawab Quinn Davieka dalam bentuk soalan juga. Hunter terasa seperti ada rama rama berterbangan didalam perutnya.

"Help me to remember us, can you?" soal Hunter penuh berharap. Dia pun tak ingat macamana dia boleh lupakan Quinn Davieka. Kemalangan? Quinn Davieka mengangguk.

"Sure."

Hunter melakar senyum.

"Bro, kau kata.. Argh!" Jerit Franky apabila melihat ada gadis didalam rumah Hunter. Pintu rumah Hunter dihempas tutup kembali. Dadanya turut berdegup laju. Disebabkan terlalu terkejut, dia tidak ingat bagaimana rupa si gadis yang dilihat sekilas bersama abangnya tadi.

"Bro,  are you cheating on Davieka?!" Soal Franky di luar rumah sambil matanya membulat memandang pintu yang tertutup kerana dihempas tadi.

Quinn Davieka terus bangun membetulkan dirinya. Mata memandang Hunter.

"Such a cock block." Gumam Hunter sambil bangun dan pintu ditarik kasar. Terpampang wajah Skyler yang turut ingin membuka pintu. Mata Skyler memandang Quinn Davieka dan Hunter sebelum nafas dihela.

"Masuklah sial." Ujar Skyler dingin sambil memandang Franky dan dia terus masuk ke dalam rumah. Franky terpinga pinga sebelum turut masuk ke dalam rumah.

"Bro, what the hell? Davieka?" Soal Franky pelik. Quinn Davieka tersenyum lebar.

"Hi." Sapanya.

"Kau masuk dalam bilik atas dulu." Ujar Hunter. Gadis itu mengangguk dan terus naik kerana dia tahu mereka bertiga perlukan privasi meskipun darinya.

"What?" Soal Hunter sambil duduk di atas sofa. Matanya memandang Skyler. Agak pelik apabila Skyler datang ke rumahnya. Franky memang setiap hari akan membuat semak di rumahnya tetapi Skyler hanya akan datang jika ada urusan.

"Patutlah." Ujar Skyler sambil mula membuka komputer ribanya.

"The car, yang cuba nak langgar Davieka is Leo's. Sekarang Leo sedang rancang untuk hapuskan korang dan Leo sebenarnya ialah..."

"Bro, macamana kau boleh bersama dengan Davieka weh? Macamana kau pujuk dia? Kau bomohkan dia eh?" Soal Franky sambil duduk di tepi Hunter. Hunter mengurut pelipis.

"Franky kau diam jap boleh tak?" Soal Hunter geram. Franky mencebik. Skyler hanya merenung dua beradik itu sebelum kembali membuka mulut.

"Leo ni sebenarnya adalah seorang ahli..."

"Seriuslah weh? Aku curious ni, jawablah! Macamana dia boleh terpujuk?" Soal Franky lagi. Skyler menghela nafas dan terus bangun serta kakinya dibawa ke dapur.

Peti dibuka dan matanya mencari sesuatu di dalam peti. Matanya terpandangkan lobak merah di dalam peti. Lobak itu diambil dan dibasuh. Kemudian giginya menggigit lobak merah tersebut sebelum dia berlalu ke ruang tamu kembali.

"Be ready to die, bro. Leo is going to kill you." Ujar Skyler mendatar sambil membuka pintu rumah Hunter dan keluar bersama lobak merah di tangan. Laptopnya dibiarkan di dalam rumah Hunter.

Hunter memerhati skrin laptop itu. Rakaman cctv kejadian kereta yang hampir melanggar Quinn Davieka.

"Where's Stella?" Soal Hunter tiba tiba. Pelik apabila gadis itu tidak lagi menganggunya serta menghilangkan diri selepas perkahwinan yang tidak jadi itu.

Franky tersenyum lalu mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu. Hunter kembali merenung laptopnya.

"He's really wanna play with me." Ujar Hunter sambil mengetap rahang. Nasib baik dia sempat menarik Quinn Davieka yang hampir dilanggar.

Ketegangan wajahnya perlahan lahan hilang apabila lehernya dipeluk oleh satu tangan lembut. Hunter tersenyum nipis dan memalingkan mukanya memandang Quinn Davieka.

"Calm down." Ujar Quinn Davieka lembut. Franky menjeling menyampah melihat kemesraan dua ketul manusia itu yang langsung tidak mengambil tahu keadaan dirinya yang masih solo.

"Blah." Halau Hunter sambil memandang Franky. Lelaki itu bangun dan menghentak kaki ke pintu. Dasar abang pilih kasih! Tunggulah bila dia dah dapat teman wanitanya sendiri nanti.

Hunter menarik Quinn Davieka ke sofa apabila Franky sudah keluar.

"Now, tell me." Ujar Hunter serius. Quinn Davieka menghela nafas.

"I takut. Leo cakap dia akan bunuh semua orang yang cuba nak halang perkahwinan kami. I taknak dia bunuh you. I sayang you." Jelas Quinn Davieka. Hunter tersenyum nipis.

"Jadi Leo tahu lah yang kau sebenarnya tak hilang ingatan."

Quinn Davieka menggeleng.

"Tak. Semua tak tahu kecuali you dan Franky. I buat macamtu sebab kalau mereka tahu I tak lupa, mesti mereka akan pisahkan kita berdua habis habisan. I taknak berpisah dengan you, tapi I pun taknak you dalam bahaya." Gumam Quinn Davieka sambil menunduk.

"Davieka, I'm Hunter. Kenapa kau nak risau?" Soal Hunter. Quinn Davieka meramas jarinya sendiri.

"Sebab Leo tu rapat dengan papa I. You pun tahu kan papa I tu pengaruh dia besar. I taknak Leo mengadu pada papa I dan kita semua akan terima tempias."

"Kalau diorang serang, we'll fight, okey?" Soal Hunter. Quinn Davieka angguk sambil merenung Hunter. Hunter tergelak kecil.

"No wonder la aku suka kau dulu. Comel." Ujar Hunter. Quinn Davieka memukul dada Hunter. Terjerit lelaki itu dibuatnya. Dia pukul kuat tahu tak?

"Davieka..."

Hunter terkedu apabila tiba tiba jari Quinn Davieka melekat di bibirnya.

"Call me Quinn. As you did before." Ujar Quinn Davieka. Hunter merenung gadis itu.

"Quinn?"

"Yes, you panggil I Quinn. I love it when it comes out from your mouth." Ujar Quinn Davieka.

"Quinn?" Soal Hunter. Quinn Davieka tersenyum. Kepalanya dianggukkan.

.
.

"Alright, Queen."

"Stop calling me Quinn! We're in Spain."

"I guess I can but I can't, Queen."

.
.

"Queen." Ujar Hunter sambil merenung gadis itu. Quinn Davieka melebarkan senyuman. Suka apabila Hunter memanggilnya dengan nama 'Quinn'.

"Yes, I am your Quinn." Ujar Quinn Davieka. Hunter terdiam. Patutlah dia kekok untuk menyebut nama Davieka kerana gadis itu bukan Davieka, gadis itu Queen.

"Alright. Berhenti tenung I macam you tak pernah nampak manusia di dunia ni. I nak pergi mandi." Ujar Quinn Davieka sambil melepaskan pelukan dan bangun. Hunter turut bangun.

"Nak ikut!" Ujar Hunter teruja. Quinn Davieka tergelak dan menampar perlahan pipi Hunter. Lidahnya dijelirkan dan dia berlalu pergi. Hunter tersenyum.

"Aku nak keluar beli makanan! Kau nak apa apa tak?" Laung Hunter.

"Burger! Dua tau!" Jerit Quinn Davieka dari tingkat atas. Hunter terus melangkah keluar dari rumah itu. Telefon dikeluarkan.

"Jaga rumah ni. Kalau apa apa jadi dekat dia, aku bunuh semua."

***

"Kenapa kita tak pergi serang je? Come on lah Leo tu habuk je. Pijak guna ibu jari kaki jiran sebelah pun mati lah!" Ujar Franky. Hunter menghela nafas.

"Kau diam Franky." Ujar Hunter mendatar.

"Apahal aku kena diam? Korang tu lembab, nak plan itu ini, sempat mati lah si Davieka tu kalau korang lembab macamni!"

Skyler bangun lalu membuka almari. Tangannya mencapai rantai besi dan dia berlalu ke arah Franky.

"Pegang dia." Arah Skyler. Dua orang anak buah yang turut di situ memegang Franky dan Skyler mengikat badan Franky pada sofa itu.

"Apa kau buat ni?!" Jerit Franky. Hunter mengambil saletip di atas meja dan dia mula menampal saletip di mulut Franky.

"Mmmphh!" Franky cuba melepaskan diri namun tidak berjaya.  Skyler kembali duduk.

"Leo tu anak buah Stefan, ayah Davieka. Orang kanan dia. Stefan tu ketua St.Mafia. Kita pun tahu kan St.Mafia tu mafia yang paling bahaya di Spain. Mereka pun ada senjata bahaya sama macam D'Ezekiel. Jadi untuk lawan St.Mafia, kita perlu buat rancangan rapi." Ujar Hunter serius sambil memandang Skyler dan Franky.

"Sekarang ni aku dah hantar arahan dekat leader bahagian senjata untuk tambah bekalan senjata D'Ezekiel. Aktiviti jual beli senjata pun dihentikan sekejap sebab nak prepare. Tapi jangan risau, ekonomi D'Ezekiel still ada backup." Ujar Skyler.

"Pihak kita yang dah spy sana ada cakap yang mereka tengah rancang untuk serang hendap. So, bila bila masa je mereka boleh serang kita."

"Mmphhhh!"

Hunter dan Skyler memandang Franky yang menghentakkan kakinya itu. Hunter mencabut saletip di mulut adiknya.

"Kenapa diorang nak serang kita? As we know, Davieka tu bukan anak kandung Stefan pun."

"Bukan anak kandung?" Soal Hunter pelik. Skyler angguk perlahan.

"Davieka tu anak tiri Stefan. Tapi mereka nak serang kita sebab Davieka tu walau macamana pun tetap ada talian darah dengan St.Mafia. Sejak dulu lagi D'Ezekiel dan St.Mafia musuh jadi Stefan taknak Davieka ada hubungan dengan kau. Lagi lagi kau ketua D'Ezekiel. So now kita kena bersiap sedia untuk diserang." Ujar Skyler.

"Haih." Keluh Hunter. Dia menyandarkan kepala di sofa.

"Kan senang kalau kita serang mereka dulu?" Soal Franky.

"Tak boleh. Kita tak akan serang sesiapa kalau mereka tak buat apa apa. Itu dah dikira melanggar undang undang dan D'Ezekiel mungkin akan disenarai hitam di seluruh dunia."

"Habistu St.Mafia tu nak serang kita boleh pulak?" Soal Franky tak puas hati. Hunter menghela nafas.

"Sebab tu kita kena menang. Kalau kita menang, kita boleh jatuhkan hukuman dan St.Mafia akan disenarai hitam di seluruh dunia jika mereka meneruskan rancangan untuk serang hendap kita. Tapi kalau kita kalah, St.Mafia akan lebih berkuasa untuk menjatuhkan hukuman dan mereka mungkin akan menuduh kita cuba memulakan peperangan. Kalau mereka menang dan hukuman dijatuhkan, D'Ezekiel akan disenarai hitam. Jadi kita tak boleh bertindak selagi St.Mafia tak serang kita." Ujar Hunter. Skyler mengangguk setuju manakala Franky hanya menjeling.

Rumit! Bunuh je la Leo tu. Apa masalahnya?

"Kau diam je lah Franky lagi bagus aku rasa." Ujar Skyler mendatar sambil kembali memandang laptopnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro