CAPÍTULO VEINTICUATRO 👠

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SUASANA sibuk di dalam ruangan besar itu diperhati dan Hunter memandang setiap orang yang sedang membuat tugas masing masing.

"Macamana kalau benda ni tak sempat siap dalam masa seminggu?"

"Bro, this shit isn't that much. Kita akan berjaya. Trust me." Ujar Franky. Perlahan lahan bibir Hunter mengukir senyum lebar.

"I can't wait." ujar Hunter teruja sambil melihat semua data yang diuruskan oleh anak anak buahnya itu. Sehelai kertas bercetak diambil dan diperhati. Rahangnya terketap rapat dan matanya mula menggelap.

"No. Kawal baran kau." Franky merampas kertas di tangan Hunter. Lelaki itu menghela nafas berat dan dia meraup  mukanya.

"I'll kill him." ujar Hunter sambil dia memandang skrin komputernya. Tangan mula lincah  menyemak dan membaiki data data yang diperlukan semasa hari perkahwinannya dengan Stella. Franky juga turut fokus kembali membuat tugasnya.

Sedang jarinya menari di papan kekunci komputer itu, tiba tiba jarinya terhenti. Hunter terdiam.

"What's wrong?" soal Franky. Hunter menongkatkan dahi dengan tangannya.

"No matter how much I tried to keep myself busy, I can't stop thinking about her. Every time, my mind keep reminding me about her." ujar Hunter perlahan. Franky tersenyum nipis.

"You truly in love with her." Ujar Franky. Hunter mengangguk.

"Firasat aku kuat mengatakan bahawa dia masih hidup." ujar Hunter.

"I hope so." ujar Franky.

***

STELLA meraup wajah. Kakinya mundar mandir sendirian di ruang tamu rumahnya. Jari juga digigit perlahan.

"I know he plans something. What is it? Is he want to ruined this wedding? And leave me? No no no. I can't let him go." ujar Stella sendirian. Kemudian dia terdiam.

"Or.. perempuan itu masih hidup lagi? No way, the plan crash that I did would totally kill her. Aku dah bunuh dia pun dia masih cintakan perempuan murahan tu lagi?" soal Stella sendirian pula. Kemudian dia tergelak apabila terbayangkan tragedi kapal terbang terhempas yang dirancang olehnya dengan pertolongan Giovanni untuk menghapuskan Quinn Davieka.

"We fucking did, Giovanni. She's dead." ujarnya sambil tergelak. Stella duduk di atas sofa kembali sambil menyilangkan tangannya.

"Padan muka. Siapa suruh menyundal dengan hak aku." ujar Stella lagi. Tangannya mencapai gelas wain di atas meja kecil dan diteguk rakus.

***

GARFU yang tercucuk kek red velvet itu disumbat ke dalam mulut. Mulutnya mengunyah perlahan kek itu sambil memandang dunia luar.

It feels like a dream. She came in my life, cheering me up for a while and then she's gone.

Bibir Hunter ternaik sedikit memikirkan betapa mimpi yang dialaminya mampu membuatkannya menjadi gila kerana hatinya benar benar tertambat pada gadis yang sudah pergi dari hidupnya itu.

Tapi semuanya kembali seperti dahulu. Hidupnya yang membosankan sudah kembali dan dia perlu menjalani hidup yang kosong ini. Sudah tiada hari hari dimana dia akan rasa bersemangat untuk hidup.

Telefon Quinn Davieka diambil dan dia duduk di atas katil. Selimut ditarik lalu telefon itu dihidupkan.

Atas bantuan Skyler, telefon Quinn Davieka mampu dibaiki dan boleh berfungsi seperti biasa.

Tangannya mula menyelongkar telefon itu. Gallery gadis itu dibuka dan dia meneliti gambar Quinn Davieka. Bibirnya tersenyum lebar melihat melihat gambar gambar gadis itu.

"She's so adorable." Bisik Hunter sambil merenung gambar itu dengan angaunya.

Tiba tiba elektrik di dalam suites miliknya mati dan menjadi gelap. Hunter mengerutkan dahi sambil cuba menyalakan lampu. Namun langsung tiada elektrik.

Jarinya menekan torchlight pada telefon Quinn Davieka dan menyuluh suites miliknya untuk mencari punca elektrik mati namun baru beberapa langkah, tubuhnya terasa ditolak kasar ke katil. Telefon Quinn Davieka di tangannya terhempas kembali. Keadaan kembali gelap dan Hunter menolak tubuh yang menindihnya.

"Who the fuck..."

Dia terdiam apabila bibirnya dicium secara tiba tiba. Tangannya automatik memeluk pinggang gadis yang menciumnya.

"Queen?" Soal Hunter sambil cuba melihat wajah si gadis di dalam kegelapan itu. Matanya dikecilkan namun sedikitpun wajah gadis itu tidak kelihatan.

"You memang bijak, tapi I lebih bijak."

Hunter mengerutkan dahi mendengar bisikan gadis itu.

"What do you mean.. Argh!" Tiba tiba terasa ada benda tajam tercucuk di lehernya. Darah mula mengalir deras ke atas tilam.

Hunter cuba menolak namun dirinya terasa tidak mampu kerana sakit di lehernya seakan akan ingin membunuhnya. Kemudian terasa bibir gadis itu kembali mencium bibirnya.

"Sleep well." Bisik gadis itu. Hunter memandang kelibat gadis yang berlalu pergi sebelum matanya perlahan lahan tertutup.

***

"Bro, wake up."

Satu suara terngiang ngiang di telinga Hunter. Dan suara itu suara Franky. Tetapi dia tidak mampu membuka mata mahupun menggerakkan badan.

"Bekalan elektrik di kediaman Hunter sengaja dimatikan dan waktu itulah manusia tu cuba membunuh Hunter. Leher Hunter ditikam dengan pisau, nasib baik tidak terkena bahagian nadi. Kemungkinan besar orang yang cuba nak bunuh Hunter tu Stella sebab Stella tahu Hunter ada rancang sesuatu untuk perkahwinan mereka."

"Tapi kalau Hunter mati, the wedding wouldn't exist." Ujar Franky. Skyler mengangguk perlahan.

"Sebab itu luka yang ditikam tidak teruk, perempuan itu taknak Hunter mati. Dia pasti ada rancangan lain. Kita kena tunggu Hunter sedar dari koma dan dapatkan maklumat dari dia."

Hunter terkedu. Koma? He is? Tapi dia pun tak tahu macamana gadis itu kelihatan, sewaktu kejadian itu memang seluruh kediamannya gelap gelita.

Hunter cuba menggerakkan tubuhnya namun semuanya sia sia. Bunyi mesin pernafasan yang dekat dengannya agak merimaskan namun tiada apa yang mampu dia buat.

Franky merenung Hunter yang terbaring tidak sedar. Jari lelaki itu digenggam dan dia meneliti kesan balutan luka di leher Hunter.

"Bro, wake up please." Ujar Franky.

I am wake up already! Jerit Hunter dalam hati.

Franky menghela nafas apabila Hunter tidak menunjukkan sebarang respon. Skyler bangun dari kerusi.

"So how about our plan for his wedding with Stella? Giovanni cakap kalau dia tak sedar dalam masa seminggu ni, perkahwinan dia dengan Stella akan dibatalkan atau tertangguh." Ujar Skyler. Franky meraup wajah.

"No. He will wake up. I trust him."

Tiba tiba pintu bilik hospital terkuak dan Stella bersama Giovanni melangkah masuk.

"Hunter!" Stella pantas mendapatkan Hunter dan rambut lelaki itu diusap. Giovanni merenung tajam ke arah Hunter.

"Maybe he just trying to kill himself so the wedding could be cancelled. Tapi dia tak mati." Ujar Giovanni sinis.

"Daddy, please." Ujar Franky geram. Ayahnya tidak habis habis ingin menyalahkan Hunter dalam setiap apa yang terjadi.

"Perkahwinan ini tetap akan berlangsung sama ada dia hidup atau mati. Jika dia mati, you will replace him, Franzelx D'Ezekiel."

"No!" Bantah Franky.

"And that's my order." Ujar Giovanni sinis. Kemudian dia memandang Hunter.

"Poor this little kid trying to suicide. But don't worry, I will make it true. Kalau dia tak sedar di hari perkahwinannya dan Stella dan dia tak kahwin dengan Stella, aku akan bunuh dia."

"He's not trying to kill himself! Someone else did." Ujar Franky sambil matanya membalas renungan Giovanni.

Hunter turut menahan rasa. Jika tubuhnya boleh digerakkan, mahu sahaja dia mengelar leher Giovanni.

"Darling.." Terdengar suara Stella berserta esakan dan gadis itu merapatkan bibirnya di telinga Hunter.

"Don't wake up please." Sinis suara itu berbisik di telinganya. Sangat perlahan.

Kemudian Stella kembali menangis.

"Can you let me all alone with him? I nak luangkan masa dengan dia." Soal Stella sambil mata berkacanya memandang Giovanni, Franky dan Skyler.

"Sure, dear. Let's get out."

"No!"

"Franky, let's go." Giovanni merenung Franky dengan riak membunuh sebelum Franky menghela nafas kasar.

Apa apa pun, ayahnya tetap lebih berkuasa.

Stella tersenyum melihat semua yang sudah keluar. Air matanya dilap dan dia duduk di atas kerusi.

"Tak sangka rancangan I menjadi. You ingat I bodoh sangat ke sampai tak perasan yang you cuba nak rosakkan wedding kita? So.. I ada bawakan hadiah untuk you." Sebiji pil diambil dari dalam beg nya.

"This pill, akan buat you lupakan semuanya, Hunter. Termasuk perempuan tak guna tu. So let's start a new life." Bisik Stella sambil mencairkan pil itu di dalam air kemudian pil yang cair itu disuntik ke dalam IV drip di sebelah lelaki itu.

"After this, there is no more Davieka in your life."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro