CAPÍTULO VEINTIDÓS 👠

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"RUKUN Islam?" Soal Hunter pelik sambil melihat buku di tangannya.

"Rukun ni apa?"

"Rukun ni adalah ibadah yang wajib dilaksana kan oleh semua orang Islam mengikut syaratnya untuk menggambarkan imej muslim sejati." Terang atuk.

Terangguk angguk dua anak muda itu.

"Mengucap dua kalimah syahadah.. Solat lima waktu.. Banyaknya." Ujar Franky. Hunter meneliti buku itu sehingga ke muka surat seterusnya tanpa mempertikaikan sebarang fakta.

"Zakat?"

"Zakat ni ibadat dengan cara mengeluarkan harta dengan kadar dan syarat tertentu. Zakat ni ada dua, zakat fitrah dan zakat harta." Ujar atuk.

"Atuk." Hunter memandang lelaki tua dihadapannya.

"Macamana atuk boleh yakin Allah tu wujud sedangkan kita tak nampak dia?" Soal Hunter.  Atuk tersenyum nipis.

"Sebab turunnya Al Quran menceritakan semua tentang Allah dan para nabinya. Allah juga dah cerita tentang masa depan bumi di dalam AlQuran dimana suatu hari nanti akan berlaku hari yang paling digeruni iaitu Hari Kiamat. Kamu berdua tahu baca AlQuran?" Soal atuk. Serentak Hunter dan Franky menggeleng. Atuk tersenyum nipis dan mengambil AlQuran di atas almarinya kemudian dia kembali bersila di hadapan mereka.

"Ini, AlQuran. Istimewanya Al Quran ini ialah dia hanya boleh dipegang jika seseorang itu berwudhu'."

"Wuduk?"

"Wudhu'. Cuba tengok dalam buku panduan yang atuk bagi tu. Ada maksud wudhu dan cara cara melaksanakannya."

"Oh.."

***

HUNTER menghirup air teh suamnya sambil duduk di atas buaian kayu yang dibuat sendiri oleh atuk. Matanya memandang sekeliling namun apa yang dia nampak hanya satu.

Quinn Davieka.

Kepala ditundukkan dan nafas kecil terhela. Air matanya bertakung dan mula menitis perlahan.

"How can I go through this without you?" Bisik Hunter. Sakit. Kenapa Quinn Davieka perlu pergi seperti ibunya? Lama kelamaan, tangisannya mula bertukar esakan.

Tiba tiba bahunya digosok perlahan. Hunter mengangkat kepala.

"Bro.. Janganlah macamni." Ujar Franky. Hunter mengelap air matanya dan memandang ke arah lain.

"Setiap benda atas dunia ni takkan kekal. Kau kena belajar untuk melepaskan."

"I can let go everything, but not her." Bisik Hunter sebelum air matanya kembali turun. Franky tersenyum nipis. Siapa sangka, seorang Hunter boleh jatuh cinta sehingga begini? Jika dahulu, air matanya tidak pernah menitis walau setitik pun di hadapan sesiapa, tetapi sekarang Hunter hanya menangis.

Kerana seorang gadis yang dicintai.

"I'm tired." Ujar Hunter sambil bangun dan melangkah longlai ke dalam rumah. Franky mengeluh. Dia tidak suka abangnya menjadi murung sebegitu. Tetapi untuk menceriakan Hunter kembali itu tidak mungkin kerana penyebab Hunter ceria sudah tiada.

Hunter melihat suasana rumah pula.

"Hunter.." suara lembut itu kedengaran. Hunter tersenyum nipis. Tidak dinafikan bayangan Quinn Davieka selalu hadir seolah olah hologram. Tapi dia tahu itu hanya imaginasinya sahaja.

"Queen."

"You rindu I kan? I rindu you juga." Suara itu berbunyi lagi. Hunter melihat Quinn Davieka yang semakin mendekat dengannya.

"I miss you." Hunter cuba mencapai tangan Quinn Davieka namun tiba tiba tubuh gadis itu hilang. Dan itu mengembalikan dia ke dunia realiti.

Quinn Davieka sudah mati.

Hunter mengacip gigi. Sampai bila dia perlu hidup begini? Dimana mana sahaja dia pergi pastu bayangan Quinn Davieka ada.

Mata Hunter jatuh pada sabit yang diguna oleh atuk. Sabit itu diambil dan mata sabit yang tajam dilihat.

Mati! Mati!

Suara itu bergema dalam minda Hunter. Dan itu secara automatik menggerakkan naluri dalam jiwa Hunter. Tangan yang memegang sabit pantas dihala ke perutnya dan mata sabit yang tajam itu terasa mencucuk ke perutnya.

Franky turut naik ke atas rumah dan membulatkan mata melihat darah berlumuran diatas lantai kayu itu.

"Hunter!" Sabit itu dicabut dan dia menahan darah keluar dari badan Hunter yang semakin deras. Tubuh Hunter yang rebah disambut.

"Hunter, apa jadi ni?! No.. Hunter. Wake up. Hunter, jangan tutup mata kau." Ujar Franky sambil matanya berkaca memandang Hunter.

Hunter memandang Franky dengan pandangan kabur dan perlahan lahan dunianya menjadi kelam.

***

"Dia masih dalam fasa kehilangan. Mindanya keliru dengan realiti dan fantasi. It's normal bila seseorang yang baru kehilangan sesuatu berharga untuk rasa ingin mati. Sebab itu dalam fasa sebegini kita tak boleh biarkan sendirian. Dia boleh bertindak mengikut emosi." Ujar doktor itu sambil memandang Franky. Lelaki itu meraup wajah.

"Will he be okay?"

"Masa pasti menyembuhkan. Lambat laun pasti dia akan terima kenyataan yang orang itu sudah meninggal. Cuma buat masa ni dia tak boleh bersendirian lagi sebab tak mustahil dia akan cuba bunuh diri lagi. Awasi dia sentiasa, teman dia kemana mana dan kalau boleh, cuba yakinkan dia bahawa dia perlu teruskan hidup. Keadaan mental dia agak teruk jadi jika dia cuba buat apa apa lagi, kami terpaksa tahan dia di pusat rawatan mental." Ujar doktor itu. Franky angguk. Kemudian nafasnya terhela.

Kaki melangkah pergi ke wad yang menempatkan Hunter. Wajah pucat itu direnungnya lama.

"Doktor cakap apa?" Soal atuk sambil memandang Franky. Franky tersenyum tawar.

"Dia dalam fasa tertekan dan putus asa untuk hidup. Sebab tu dia cuba bunuh diri." Ujar Franky perlahan. Kemudian dia duduk di sebelah atuk. Kepalanya tertunduk.

"Teruk kan cinta? Boleh bawa maut." Ujar Franky sambil menggeleng kecil. Dia menongkatkan dahinya menggunakan tangan.

Nasib baiklah kecederaan Hunter tidak teruk sangat. Tetapi dia hilang darah dengan banyak.

"Atuk baliklah dulu. Kesian atuk dah semalaman jaga Hunter. Saya boleh jaga dia." Ujar Franky sambil senyum nipis. Atuk angguk. Dia ingin menjaga anak muda ini, tetapi dia juga perlu menjalankan tugasnya mendidik kanak kanak disitu.

Akhirnya atuk berlalu pulang.

Selang beberapa jam, perlahan lahan mata Hunter terbuka dan pandangannya memandang siling berwarna putih itu.

"You're awake." Ujar Franky sambil melangkah ke arah Hunter. Kerusi ditarik dan dia duduk di sebelah katil lelaki itu.

"Seronok buat aku macamni?" Soal Franky sambil merenung Hunter. Lelaki itu turut merenung adiknya.

"Seronok ke? Buat aku takut? Kau anggap aku ni adik kau tak?" Soal Franky lagi. Hunter mengangguk perlahan.

"Kalau kau anggap aku adik kau, kau takkan buat aku macamni, Hunter. Kau tahu apa yang jadi? Aku lihat kau dengan mata kepala aku sendiri, nyawa nyawa ikan. Darah banyak sangat, kau pun pucat sangat. Kau mungkin dah mati kalau aku tak masuk ke rumah masatu. Kau nak tinggalkan aku? Kau tahu macamana rasa sakit bila orang yang kita sayang pergi, kan? Macamtu lah aku! Kau tahu tak aku hampir gila, tengok kau dengan darah banyak macamtu? Kau nak tinggalkan aku ke?" Soal Franky sambil mengetap rahang.

"Franky..."

"No, jawab soalan aku. Kau nak tinggalkan aku ke? Kau nak biarkan aku sendirian ke atas dunia ni? Jawab, Hunter."

Hunter memejam mata dan air menitis di tepi matanya.

"Aku sayang kau, Hunter. Kau satu satunya abang aku. Jadi jangan tinggalkan aku sebab aku perlukan kau. Jangan buat aku takut begini lagi. Aku tak dapat bayangkan apa akan jadi kalau aku terlambat masa tu dan kau..." Franky menggantung ayat. Dia menghela nafas kecewa dan bangun. Kaki melangkah pergi.

"Maaf.." Bisik Hunter perlahan sambil matanya melihat Franky yang berjalan keluar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro