CAPÍTULO VEINTISÉIS 👠

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[WARNING : SOME CONTAIN MAY NOT BE SUITABLE FOR SOME READERS]


Hunter menolak pintu bilik besi itu lalu matanya melihat tubuh yang masih pengsan.

Air suam diambil lalu disimbah ke muka lelaki itu. Terus terbuka matanya sambil memandang Hunter.

"Good morning, daddy." Ujar Hunter sambil tersenyum. Kemudian dia merenung Giovanni.

"I've waited this moment for my whole life." Ujar Hunter sambil melakarnya riak sinis kepada Giovanni. Dagu lelaki tua itu dicengkam kasar.

"Pandang aku." Ujar Hunter kasar.

"Won't you be proud? Kau sepatutnya bangga sebab anak yang kau dera, akhirnya jadi seseorang yang tak berhati perut. Itu yang kau nak, kan?" Soal Hunter sambil membuat muka sedih.

"Kalau kau nak bunuh aku, silakan. Kau takkan dapat satu pun harta dari D'Ezekiel." Ujar Giovanni. Hunter tergelak. Kuat.

"What daddy? Come again? Aku, tak dapat harta dari D'Ezekiel? Hei.." Hunter mengambil sehelai kertas dan rambut Giovanni ditarik.

"Ni, bukak mata kau tu, tengok! Semua harta D'Ezekiel, jatuh ke tangan aku. Sekarang ni kau tak ada apa apa, Giovanni. Aku pemilik seluruh empayar D'Ezekiel."

Mata Giovanni membulat tidak percaya melihat dokumen itu.

"How.. How.." Giovanni termati kata. Hunter melempar kertas itu dan dia kembali memandang Giovanni.

"Because I am Hunter." Ujar Hunter sinis. Kemudian dia mengambil pisau kecil. Mata pisau itu dimain mainkan di kulit Giovanni.

"Aku boleh jadi gila.. Kalau itu yang kau nak."

Pisau itu ditekan ke dalam kulit Giovanni sehingga kelihatan darah merah mengalir dengan laju ke lantai. Pisau itu dicungkil keluar bersama cebisan daging yang merah.

"Arggh!" Jerit Giovanni. Hunter merenung Giovanni tajam.

"Sakit?" Soal Hunter. Tangan Giovanni yang berlubang kecil itu dibelek sebelum bibirnya berdecit.

"Apa ni, keciknya lubang." Ujar Hunter tidak puas hati lalu mengambil jarum kecil dan dicucuk di sekitar lengan Giovanni. Dengan kasar, jarum itu semua diputar sehingga membentuk bulatan yang agak besar di lengan Giovanni dan isi dagingnya juga tertanggal.

"BBQ time!" Ujar Hunter teruja. Giovanni menggeleng laju dengan tenaga yang tiada kerana darah dari lengannya mengalir terlalu banyak. Hunter mengambil cairan api seperti lava dan perlahan lahan menuangkannya ke dalam lubang yang dibuat di lengan Giovanni. Dia berundur apabila bunyi percikan api itu bertemu dengan daging dan darah Giovanni.

Bibir tersenyum.

"Argghhhh!!!" Jerit Giovanni apabila terasa isi lengannya bagai disiat dan dikerat kerat. Isinya sudah hangus dan Hunter mengambil ais kering lalu diletakkan di lengan Giovanni.

"Take the flesh." Ujar Hunter sambil memeluk tubuh. Seorang anak buahnya mengambil daging lengan yang telah masak dan memberinya kepada Hunter. Hunter menguis nguis daging masak itu lalu diberi kepada Giovanni.

"Its yours, so eat it. You must be hungry, daddy." Ujar Hunter dengan muka prihatin.

"N.. No.."

"No?" Hunter tergelak dan dia terus menyuapkan daging yang dikepit dengan penyepit panjang itu ke dalam tengkuk Giovanni.

"Arkk.. Rkkk!"

"Kalau aku suruh makan,  makan!" Tengking Hunter sambil menolak penyepit itu sehingga ke rongga Giovanni. Setelah daging itu masuk ke dalam perut Giovanni, penyepit panjang itu dikeluarkan kasar dan dilempar ke muka Giovanni. Tepat mengena bibirnya sehingga membuatkan bibirnya berdarah.

"Sakit tak?" Soal Hunter. Perlahan lahan Giovanni mengangguk.

"Macamtu lah, sakit yang aku rasa bila kau bunuh ibu aku!" Kepala Giovanni disepak kuat sehingga lelaki itu terbaring di lantai. Kemudian ikatan di badan Giovanni dibuka namun kakinya dipijak kuat oleh Hunter.

"Lepas..!" Jerit Giovanni apabila bunyi tulang patah di kakinya kedengaran. Hunter tersenyum. Dia menunduk lalu jari Giovanni dibelek.

"Nah.. Don't be too perfect." Ujar Hunter sambil menggeleng kecil dan mengambil penyepit yang dibaling tadi lalu kuku kaki Giovanni dicabut perlahan satu per satu. Bergema raungan Giovanni di dalam bilik yang diperbuat dari besi itu.

"Is it hurt? Sorry, daddy." Ujar Hunter dengan rasa bersalah. Kemudian dia melepaskan pijakannya lalu asid diambil.

"Biar aku rawat luka ni, okey? Aku minta maaf." Ujar Hunter dengan riak bersalah lalu asid itu dituang ke atas isi kuku Giovanni. Kemudian dia melihat asid itu memamah isi jari Giovanni dengan penuh minat.

"Okey now mata pulak!" Ujar Hunter teruja sambil mencengkam dagu Giovanni kasar. Dua pasang mata amethyst itu bertemu dan mata Hunter menjadi semakin gelap.

Sebelah mata Giovanni dituang asid sehingga mata itu mencair seperti jelly dan jatuh ke lantai. Lohong mata kosong itu dibelek.

"Hodohnya kau ni sial." Ujar Hunter sambil menolak kepala Giovanni menjauh darinya.

"27 tahun aku sabar dengan kau. Hari ni, lihatlah, anak yang kau dera, yang kau seksa akan hapuskan kau, Giovanni D'Ezekiel." Ujar Hunter sambil menekan suis suhu di bilik besi itu.

500°C

Franky yang dari tadi memerhati sambil bersandar di dinding melangkah ke arah Hunter sambil menarik abangnya untuk keluar dari bilik besi itu memandangkan suhu bilik itu semakin panas.

"Lepas!" Ujar Hunter sambil menolak Franky. Matanya memanah Giovanni yang terbaring dengan mata sebelahnya terbeliak.

"Bilik ni dah makin panas. Kau nak mati jugak ke apa?" Soal Franky geram sambil mengeluarkan pil lalu pil itu disuntik ke dalam badan Hunter. Beberapa saat kemudian, tubuh Hunter mula melemah dan mereka membawa Hunter keluar.

Hampir dua jam, Hunter kembali sedar dari lena. Matanya memandang siling sebelum pandangannya jatuh kepada Franky.

"Bro."

Franky melangkah ke arah katil Hunter lalu dia duduk di birai katil. Hunter turut bangun dari baringnya.

"I have a good news and a bad news for you."

"What is it?" soal Hunter.

"Davieka's still alive." Ujar Franky. Hunter terdiam sebelum mengerutkan dahinya seketika.

"Who is she dan apa kena mengena perempuan tu dengan aku?"

"Itu lah berita buruknya. Kau tak ingat dia."

***

"Madrina."

Kepalanya tertoleh memandang seorang anak buahnya yang berjalan ke arahnya dengan beg besi.

"Ada orang tempah tiga orang untuk malam ni." Ujar lelaki itu. Jemari si gadis mengetuk perlahan beg besi itu dan keningnya terjongket.

"Wow.. Alright. Bagi ni dekat accounting leader." Ujar Quinn Davieka. Lelaki itu mengangguk dan melangkah pergi. Kakinya kembali melangkah ke pejabat dan punggung dilabuhkan di atas kerusi dan dia kembali menghadap komputer.

Jarinya lincah menaip namun tiba tiba ada tangan melingkar di pinggangnya. Quinn Davieka tersenyum.

"Hai Leo." ujar Quinn Davieka. Leo tergelak dan meletakkan dagu nya di bahu gadis itu.

"Are you busy?" soal Leo sambil matanya dikelipkan.

"Why?"

"I nak ajak you pergi makan. You tak makan lagi kan? Nanti sakit siapa susah? I juga kan?" soal Leo. Quinn Davieka tergelak lalu membetulkan skirt pendeknya dan bangun. Leo menggenggam tangan kecilnya dan mereka berlalu ke restoran.

***

AIR latte panas dicicip perlahan dan dia memerhati sekeliling. Nafas kasar dihela lalu jam ditilik.

"Bodohlah Franky ni. Kau pergi buang air ke buat tahik dalam tandas yang lama lama sangat ni?" soal Hunter sendirian kegeraman. Rahangnya juga terketap rapat kerana tidak selesa apabila para gadis memandang ke arahnya tanpa henti.

Hampir lima belas minit menunggu, akhirnya Hunter bangun dan meja. Bil dibayar dan dia menghantar pesanan Whatsapp kepada adiknya.

Buat la tahik tu lama lagi. Aku balik dulu. Pandai pandailah kau cari grab balik, takpun jalan kaki je.

Telefon disimpan ke dalam poket dan dia mula melangkah namun langkahnya terhenti apabila tubuhnya terlanggar seseorang.

SPLASH!

Air yang dipegang oleh gadis itu tertumpah ke atas baju Hunter. Hunter menunduk dan melihat baju putihnya yang sudah bertukar pink apabila air strawberi gadis itu jatuh ke bajunya.

Rahangnya terketap rapat. Matanya terus menikam mata amber milik gadis yang berani menumpahkan air ke atas bajunya.

"S..Sorry."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro