CAPITOLO QUARANTA 🎯

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Lens ni bonda beri pada Lily sebab bonda yakin, puteri bonda akan gunakan lens ni dengan cara terbaik." Ujar Permaisuri sambil tersenyum dan menggenggam tangan Lily.

Kemudian dia memandang Franky yang hanya diam mendengar perbualan di antara anak dengan ibu itu.

"Kuat betul jodoh kamu berdua kan? Dari kecil lagi berjumpa dan dah besar ni terus jadi suami isteri." Ujar Permaisuri dengan nada sebak. Lily turut mengalirkan air mata.

Dia pun rasa seperti mimpi dirinya kembali berjumpa dengan lelaki yang pernah menyelamatkan dia dan memarahinya.

Kemudian bibirnya tersenyum nipis apabila teringatkan tindakan bodohnya lari dari istana kerana menyangka kedua orang tuanya mendera dia.

"Lily minta maaf, bonda. Dulu Lily bodoh sebab buat keputusan melulu. Sekarang pun Lily masih buat keputusan melulu je. Dan, Lily bersyukur sangat bonda dan ayahanda sudi terima Lily balik sebagai anak." Lily mencium tangan Permaisuri Anabella.

Permaisuri mencium kepala anak gadisnya.

"Bonda nak tanya satu soalan, boleh?" Soal Permaisuri. Lily mengangguk.

"Macamana lens satu lagi boleh ada dengan Franzelx?" Soal Permaisuri pelik. Lily memandang Franky yang duduk di tepinya sebelum tersenyum nipis.

My knight.

Lelaki yang memberinya gula gula hack dan juga menarik rambutnya dengan kuat dulu dan menengkingnya.

"Panjang ceritanya, bonda."

"Pendekkan."

Franky tergelak.

Lily memberi isyarat kepada Franky untuk menceritakan bagaimana jejaka itu mendapat lens.

Franky mengangguk kemudian dia mula bercerita semuanya tentang Lily yang lari dari istana dulu dan dia selamatkan Lily dari dirempuh oleh kereta. Serta bagaimana dia mendapat lens juga hasil pertukaran bersama gula gula buat Lily.

Part jenama gula gula 'Hack' serta kekejaman dia menengking dan menarik rambut Lily dulu tidak diceritakan. Biarlah jadi kenangan manis pada mereka berdua sahaja.

"Oh." Permaisuri mengangguk faham. Kemudian dia tersenyum.

"Lens yang kamu dan Lily pakai ni lens yang berbeza. Kanta Lily boleh mengawal seseorang. Tapi kanta mata yang ada dalam badan kamu, boleh membuatkan mata mereka yang bertentangan dengan kamu sewaktu lens berfungsi menjadi buta. Jadi gunakan lens ini untuk kebaikan dan jangan salah guna." Ujar Permaisuri. Kedua pasangan suami isteri itu serentak mengangguk.

Patutlah haritu Luke menjadi buta seketika apabila memandang mata Franky.

"Tapi kenapa bila kami bertentang mata masa lens tu berfungsi, mata kami pun akan sakit?" Soal Lily pelik. Teringat pula yang sewaktu dia dan Franky bertentang mata jika lens diguna, mata mereka berdua akan sakit.

"Sebab kamu berdua tak boleh menggunakan lens ke atas sesama sendiri. Lily tak boleh kawal Franzelx dan Franzelx pula tak boleh buat mata Lily menjadi buta. Sebab tu mata kamu berdua akan sakit jika bertentangan." Jelas Permaisuri.

"Ohh." Lily menganggukkan kepalanya seperti burung belatuk.

"Lily.."

"Ya bonda?"

"Lily sudi naik takhta Lily kembali? Jadi Puteri di sini?" Soal Permaisuri penuh berharap.

Lily terkedu. Automatik dia memandang Franky yang turut terkejut dengan permintaan Permaisuri.

"Bonda, Lily.."

"Lily jangan risau, kami takkan kongkong Lily dan Franzelx. Dan seperti juga dalam perjanjian, Franzelx akan mendapat separuh wilayah naungan dari kami." Ujar Permaisuri sambil tersenyum memandang si menantu.

"Saya taknak." Franky memotong sambil beriak tidak setuju. Ini bukan tujuan utamanya berkahwin dengan Lily. Dia berkahwin dengan Lily untuk memastikan gadis itu selamat di dalam lindungannya dan juga kerana rasa cinta buat Lily.

Bukan untuk menakluki harta Lily.

"Saya izinkan Lily naik takhta jika dia mahu. Itu hak dia. Tapi dengan syarat, saya takkan terima wilayah naungan yang ingin diberi." Ujar Franky. Lily menunduk dan tersenyum nipis.

Dan dia tahu Franky merupakan seorang jejaka yang tidak akan menerima walau satu sen hartanya mahupun harta keluarganya.

"Aulia lebih layak, bonda. Dia dah hidup dan ganti tempat Lily selama berpuluh tahun jadi Lily tak kisah jika dia terus mengganti tempat Lily sebagai Puteri." Senyum diberi pada Permaisuri.

"Tapi lain, Lily. Lily anak kandung kami jadi Lily yang paling layak dapat tempat ni. Aulia.. dia akan masih jadi Puteri disini tetapi jika dia berkahwin, suami dia tidak boleh menjadi pemimpin. Tapi jika Lily menaiki takhta Lily, Franzelx akan menjadi pemimpin."

"Saya taknak." Ulang Franky dengan riak berkerut.

Dia adalah pewaris D'Ezekiel nanti jadi bagaimana dia ingin mengambil tugas memimpin wilayah naungan tersebut.

Permaisuri memandang menantunya.

"Itu peraturan disini, Franzelx. Jika kamu taknak.. jadi kamu kena berpisah dengan Lily dan biarkan Lily berkahwin dengan orang yang sanggup mentadbir wilayah naungan kami."

Lily membulatkan mata.

"Lily, ayahanda dah siapkan tarikh bulan depan untuk mengumumkan hal sebenar kepada semua orang. Jika kamu menarik diri, mungkin kamu akan diburu dan dibunuh kerana semua bukti kamu anak kandung kami sudah ada." Ujar Permaisuri.

Lily hampir pitam mendengar kenyataan itu. Bulan depan?

"Bonda.. why?" Suara Lily sudah serak menahan tangis.

"Sebab kami semakin tua, Lily. Kami perlukan pewaris untuk memimpin kerajaan ini. Dan kamu adalah anak kami, satu satunya anak kami."

Air mata Lily mengalir.

***

"Awak.."

"No, little girl. Aku taknak. Aku bukan kahwin dengan kau untuk semua ni. Aku taknak satu sen pun harta dan pangkat tu. Aku sendiri akan ganti Hunter nanti dan kau pun tahu D'Ezekiel akan jadi keutamaan aku." Ujar Franky.

"Habistu awak nak berpisah dengan saya..?" Air mata Lily mula bergenang dengan hati yang terluka.

"No.. aku.." Franky mula berbelah bagi.

"Bonda pun cakap tadi awak cuma jaga wilayah naungan tu. Semuanya masih dibawah ayahanda. Jadi awak boleh bagi tumpuan awak pada D'Ezekiel. D'Ezekiel pun boleh jadi backup kalau apa apa jadi dekat sana."

"Masalahnya sekarang ini, aku taknak. Faham tak? Aku. Taknak."

"Habistu kalau awak taknak, awak kena berpisah dengan saya!" Bentak Lily sambil menahan esakannya. Air matanya mengalir laju.

"Awak kata saya selfish, tapi awak tak sedar yang diri awak, hati awak tu penuh dengan ego. Awak sanjungkan sangat ego awak tu sampai awak remehkan hal ni. Awak tak sedar yang keputusan awak ni akan musnahkan saya. Awak tahu saya cintakan awak, saya akan pilih awak. Dan awak juga tahu saya akan mati jika saya nafi diri saya untuk takhta tu demi awak. Tak apalah, junjunglah ego awak tu tinggi tinggi. Jangan risau, kalau awak taknak. Kita takkan berpisah dan saya akan biarkan diri saya dibunuh. Demi awak." Lily membuka pintu bilik dan berlalu keluar meninggalkan Franky bersendirian.

Franky mengetap gigi dan menarik nafas dalam cuba menyabarkan dirinya sendiri.

Lily pula terus berjalan ke taman di istana itu dan melabuhkan duduk di atas kerusi. Matanya memandang air pancur yang terdapat di laman istana itu.

Serta merta air matanya mengalir laju. Dia tak sanggup ingin berpisah dengan Franky dan dia juga tahu dia tak boleh lari dari takhta ini.

Takhta, atau suami.

Jika dia pilih takhta, dia akan kehilangan Franky. Jadi dia rela memilih mati. Biarlah dia mati jika itu mampu menurunkan ego seorang Franzelx D'Ezekiel.

Kemudian mata Lily melihat Franky yang melangkah keluar dengan tergesa gesa. Di raut wajah lelaki itu kelihatan seperti dia berada di dalam masalah.

Terus Lily berlari ke arah Franky.

"Awak! Awak nak ke mana?" Soal Lily sambil memaut tangan Franky. Jejaka itu menoleh.

"Aku kena balik.. mama, she's not okay. Kau boleh duduk sini? Nanti aku datang balik." Ujar Franky sambil mencium pipi dan dahi Lily. Terus Lily menggenggam tangan suaminya.

"Saya nak ikut." Ujar Lily. Franky hanya mengangguk dan mereka mula berlalu pergi.

Setibanya di rumah mama, Lily terkedu melihat keadaan rumah yang tunggang langgang.

"Mamma!" Franky menarik tubuh Federica yang cuba menikam Skyler. Franky turut memandang Skyler yang sudah teruk dikerjakan oleh Federica.

"Apa ni?!" Soal Franky kuat kepada Skyler yang sudah lebam di seluruh wajah. Pastinya diserang oleh Federica dan Skyler tidak melawan atau membalas serangan Federica.

"Your mum.. mama kau tahu siapa dalang semua ni." Skyler melepaskan nafas kasar sambil meludah darah di dalam mulutnya sambil memandang Federica yang naik hantu tadi menyerangnya tanpa dia balas.

"Diam!" Jerit Federica.

Lily dan Franky sama sama terpanar mendengar Federica bertutur dalam bahasa Melayu.

"Mamma?"

"Dia tahu siapa punca yang jadi kepala untuk hantar ular, huru harakan majlis kahwin korang dan lain lain, tapi dia taknak bagitahu. Dan dia mengamuk bila aku tanya dia." Ujar Skyler lagi.

"Dia tipu! Aku tak kenal pun siapa yang buat semua tu!" Jerit Federica.

"Mamma, sabar." Lily melangkah ke arah Federica namun dia terjerit kecil apabila lehernya dicengkam kuat dan ditolak ke dinding.

"Kau! Kau punca semua ni! Kalau kau tak hasut anak aku dan semua untuk tukar agama, lepastu kahwin dengan anak aku, aku takkan buat kau sengsara!" Federica mencekik kuat leher Lily.

Hari ini juga, dia ingin melihat gadis ini mati.

"Mamma, stop it!" Franky menarik tubuh Federica menjauhi Lily dan tubuh Federica ditolak kasar. Lily terbatuk sambil kembali menarik oksigen ke dalam peparunya.

"Y.. you pushed me?" Soal Federica dengan nada tidak percaya.

Franky sanggup mencederakan dia hanya kerana isterinya itu? Melampau! Lily memang parasit yang merampas kebahagiaannya. Dulu Franky tidak pernah berkasar dengannya.

"Mamma, why are you so mad? Kenapa mama nak marah saya tukar agama? Eventho I'm a muslim but I'm still your son." Ujar Franky.

Tidak percaya bahawa selama ini wanita yang dia sayang menjadi batu api di dalam rumah tangganya sendiri.

"I.. don't want Islam! I gave birth to you not for being a muslim!" Jerit Federica hilang sabar.

Federica merupakan seorang anti Islam jadi semestinya dia sangat membenci jika keluarganya sanggup menukar agama nenek moyang mereka.

"Mamma.." Franky melangkah ke arah Federica dan memeluk ibunya itu dengan kemas.

"I will love you. Forever even who I am. My love for you wouldn't die." Ujar Franky jujur. Federica mengangkat muka memandang Franky.

"Jadi jika kamu betul betul maksudkan sayang kamu pada mama, kembali ke agama asal kamu." Ujar Federica. Kemudian dia memandang Lily dengan penuh kebencian.

"Dan tinggalkan perempuan parasit itu."

Lily mengalirkan air matanya sebelum dia mengesat air mata yang turun dengan bajunya. Kepala tertunduk ke bawah dan bibir dikertap menahan tangis.

"I love her." Ujar Franky akhirnya. Mata merenung Lily yang jelas menahan diri dari menangis.

My fragile little girl.

"And you don't love me?" Soal Federica mencabar. Franky kembali memandang Federica.

"I love you, but.."

Lily memandang wajah Franky. Jelas lelaki itu kelihatan serba salah diantara dia dan juga ibunya.

Kemudian kaki Lily mula melangkah pergi dari bilik itu. Biarlah Franky buat keputusan sendiri. Dia juga sudah tidak sanggup berdepan dengan semua ni.

Mengapa terlalu susah untuknya mencapai bahagia? Dia juga inginkan kehidupan bahagia seperti pasangan suami isteri yang lain.

"Little girl!" Jerit Franky sambil berlalu untuk mengejar Lily namun dia terkedu apabila tiba tiba sahaja Federica jatuh ke dalam pelukannya.

"Mamma? Mamma!" Franky merenung wajah Federica yang pengsan itu.

"Aku kejar Lily." Ujar Skyler sambil berlalu pergi.

"Lily!"

Terus Lily menoleh mendengar suara garau yang memanggil namanya. Kelihatan susuk tubuh Skyler mendapatkannya.

Mana Franky?

Mungkin betul andaiannya bahawa Franky sudah membuat keputusan untuk memilih Federica darinya.

Terus Lily berlari pergi dan dia terjerit kecil apabila tubuhnya ditarik.

"Shh.." ujar lelaki itu sambil meletakkan tangan ke bibir. Lily membulatkan mata melihat gerangan yang menariknya untuk bersembunyi dari Skyler itu.

***

"Mamma, she's my wife! Tolonglah bagitahu siapa punca sekarang ni! Dan sekarang, Lily tak balik sejak dari semalam and anything could happened to her!" Meninggi suara Franky sambil meraup wajah.

Sejak Lily pergi semalam, sehingga kini isterinya itu tidak memunculkan diri di hadapannya. Lokasi Lily juga tidak dapat ditemui.

"Never until you divorced her."

"Mamma!" Franky mula tertekan. Hunter yang baru tiba dari urusan di luar negara memeluk tubuh memandang ibu tirinya.

Selama ini Federica terkenal dengan sikap penyayang dan baik hati. Sekarang mengapa wanita ini berubah sehingga sebegini?

"Ma, mama pun tahukan Franky sayang sangat pada Lily. Sama macam mamma sayangkan Giovanni dulu. Cuba mama bayangkan kalau kami sorok Giovanni dari mama dan apa mamma akan rasa?" Soal Hunter.

"You killed him already." Federica menjulingkan matanya ke atas. Tiba tiba telefonnya berbunyi.

Terpapar nama seseorang di skrin telefon.

Federica terus bangun dan berlalu pergi untuk menjawab panggilan. Franky meraup wajah.

"Kita pergi pecah masuk rumah Luke." Celah Skyler tiba tiba sambil memegang telefonnya yang terpapar alamat lokasi rumah Luke.

Franky dan Hunter memandang jejaka itu meminta penjelasan lanjut dari Skyler.

"Aku rasa semua maklumat ada dalam buku yang Luke sebut sebelum dia mati. Kalau nak tunggu hari untuk bida rumah tu, lama. Apa apa boleh jadi pada Lily jika kita tangguhkan semua ni." Ujar Skyler sambil memasukkan telefonnya ke dalam poket.

Franky terus melangkah keluar dan diikuti Hunter dan Skyler.

Sekarang ini dia cuma mahu Lily selamat.


***

Thanks for the votes in previous chapter, i be like.. omg siyes la ramai jugak rupanya yg baca cerita merapu kelaut aku ni 😂 hahahah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro