EPILOGUE

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mata coklat jernih yang selama ini menjadi penerang segala isi hati itu tunak memokuskan pandangan biasan diri di cermin.

"Tuan Puteri nampak cantik sangat harini." Ujar si dayang sambil tersenyum dan membetulkan lilitan selendang pada si Puteri.

Lily tersenyum nipis.

"Terima kasih." Jawab gadis itu. Dayang dayang terus memasangkan sepatu kaca di kaki Lily. Nasib baik sahaja sepatu itu muat. Sepatu kaca yang sangat cantik dan mewah.

Bunyi paluan gendang dan kompang di luar membuatkan mereka tertoleh.

"Sultan dah tiba." Ujar salah seorang pengawal dan serentak itu Lily bangun dengan gaun putihnya yang dipegang oleh pembantu istana.

Kaki Lily perlahan lahan melangkah keluar dan dia melihat para rakyat dan pembesar serta pengawal istana sedang beratur dengan kemas. Saat dia memunculkan diri di hadapan khalayak ramai, semua menunduk hormat kepadanya sebagai tanda dirinya diberi penghormatan yang sangat tinggi.

Mata Lily mencari kelibat seseorang. Seseorang yang dia ingin berada di situ. Namun tiada kelibat jejaka itu.

Tiba tiba suasana gamat apabila kelibat seorang lelaki berada di belakang Lily mengeluarkan pedang lalu dihala pada leher gadis itu.

Hampir terhenti nafas Lily apabila haruman Franky masuk ke dalam hidungnya.

"Kau bergerak, kau mati." Bisik Franky sambil tersenyum sinis di tepi telinga Lily. Mata pedang tajamnya sikit lagi ingin mengena di leher gadis itu.

"Saya tak kisah kalau saya mati. Dengan syarat, awak pun kena mati.. sayang."

Terus jemari Lily menggenggam tangan Franky dan dilipat ke belakang lalu dia turut mengeluarkan pedang yang tersisip di tepi gaunnya.

Mata pedang mereka berdua bertemu.

Franky tersenyum sinis dan terus menghentak pedang Lily menggunakan pedangnya dan melangkah mendekati gadis itu dengan mata pedang teracu ke wajah gadis itu.

"Berani kamu menderhaka kepada beta?" Soal Lily sebelum dia menyadung kaki Franky menyebabkan jejaka itu hampir terdorong jatuh ke belakang.

"Because I'm D'Ezekiel. We're not born to be scared to anyone." Franky memanah mata Lily dengan tajam. Gadis itu hanya menjeling dengan riak sinis. Pedangnya diambil dan mereka kembali berbalas serangan. Bunyi pedang berlaga menggamatkan suasana dengan suara para rakyat dan Sultan serta Permaisuri yang bimbang salah seorang dari mereka akan terkorban.

Franky mengelak apabila mata pedang Lily hampir menembus ke lehernya. Terus dia berpusing 360° dan menendang sehingga jauh pedang itu terpelanting.

Tangan Lily digenggam dan ditarik ke arahnya lalu mata gadis itu direnung.

"Menderhaka kepada pemerintah, hukumnya pancung." Terpacul ayat itu dari bibir Lily. Franky tersenyum sinis dan pedangnya diletakkan di tepi kepala gadis itu.

"Sekarang kita lihat siapa yang akan pancung siapa."

Pedang diangkat tinggi lalu dihayun kepada sasarannya iaitu leher Lily. Bergema jeritan para manusia apabila mata pedang milik Franky itu laju menuju ke arah leher Lily.

Lily memejam matanya dengan rapat.

"Saya mengandung!"

***

"Aku izinkan kau ambil takhta tu. You deserves it dan itu hak kau."

Lily terkedu. Bermakna Franky bersetuju jika mereka berpisah.

"Taknak. Saya taknak. Saya nak awak." Mata Lily mula berkaca. Tangan Franky digenggam dan dicium.

"Saya rela mati dari lepaskan awak dalam hidup saya. Saya tak boleh bayang hidup saya tanpa awak, saya takut. Saya cintakan awak sangat. Jadi saya tak kisah tentang takhta tu asalkan awak ada dengan saya." Ujar Lily sambil menangis.

Franky memandang Lily yang menangis lalu dahinya berkerut.

"Gelabah betul kau ni. Hei, dengar sini." Dagu Lily diangkat agar memandangnya dan mata basah gadis direnung lembut.

"Kenapa perlu pilih antara aku dan takhta jika kau boleh ambil kedua duanya?" Soal Franky. Lily terdiam dengan esakan yang tersisa dan wajahnya memaparkan riak blur.

"Maksud awak?" Air matanya dilap lalu Lily memokuskan pandangan ke arah Franky.

"Bengap." Franky mengeluh apabila sifat lembab si isteri masih tidak hilang malah bertambah teruk.

Mata memandang Lily yang terkebil kebil memandangnya sebelum pipi Lily dipekup dan bibir isterinya diragut.

"Mmpph!" Lily menolak Franky dan memandang lelaki itu dengan riak geram.

"Bagitahu dulu apa maksud awak baru boleh cium saya!" Kata Lily sambil memeluk tubuh dan memandang Franky dengan riak garang.

"Aku izinkan kau naik takhta. Dan aku setuju untuk ambil wilayah tu." Putus Franky. Selepas dia berbincang dengan Hunter, akhirnya dia bersetuju untuk membuat keputusan ini dalam hidupnya.

Dimana dia terikat dengan dua benda terpenting. Kerabat Diraja Danielle dan Bangsawan Itali D'Ezekiel

"Awak.." Lily terkedu dan air matanya kembali bertakung.

Franky tersenyum nipis dan menyelitkan rambut Lily ke belakang telinga gadis itu.

"Don't cry. Cengeng betul kau ni." Franky tergelak kecil lalu jemarinya mengesat air mata Lily yang mula menitis.

"Why'd you do this to me.. suka buat saya menangis!" Lily kembali teresak kerana tidak mempercayai Franky akan bersetuju untuk memegang peranan pemerintah itu.

"Love. Love make me do this. Kau tahu kan, aku ni ego. But when I break my ego for you, that's it. That's love." Franky berkata jujur. Tangan Lily diambil dan dicium lama.

"Saya nak peluk awak." Lily berkata sambil suaranya berselang seli dengan esakan.

"Come." Tubuh kecil itu ditarik rapat ke dalam pelukannya dan dapat dirasakan Lily mengemaskan pelukan pada tubuh Franky. Air matanya kembali mengalir laju.

"Ana uhibukka fillah. Lillahita'ala." Bisik Lily perlahan di dalam pelukan Franky.

Jejaka itu tersenyum.

***

"W.. what?"

Pedang milik Franky terjatuh ke lantai dan suasana tiba tiba menjadi sepi. Lily membuka kembali matanya dan tersenyum nipis. Kaki melangkah ke arah Franky dan leher jejaka itu dipeluk.

"I'm pregnant." Ujar Lily perlahan sambil mengusap wajah Franky yang tegang.

"And you let me done what I did?" Soal Franky serius. Jika dia tahu Lily mengandung, sudah tentu dia tidak akan membiarkan isterinya bertarung dengannya seketika tadi.

Semalam, Lily menangis lagi kerana ingin bertarung dengannya di hari pertabalan gadis itu sebagai Tuan Puteri. Jadi dia hanya ikutkan sahaja kerana memang kadang kadang perangai gila Lily akan datang.

"Little girl, this is not funny." Franky menjauhkan tangan Lily dari memeluknya.

"I know. Saya minta maaf." Lily menunduk apabila gerun melihat wajah Franky yang sudah kelihatan merah padam.

"Fuck, why did you love to make me scared to death?" Franky terus memeluk Lily bersama keluhan. Jika apa apa terjadi pada kandungan Lily kali kedua, lebih lebih lagi disebabkan dia, semestinya dia akan rasa bersalah seumur hidup.

Para manusia yang memandang aksi bahaya pasangan suami isteri itu sedang berkerut bingung.

"You both scared us to death too." Sultan Tengku Nizzar Shah tiba tiba bangun dari kerusi berwarna emas itu. Terus Franky melepaskan pelukannya dan memandang ke arah bapa mentuanya.

"Sorry Tuanku." Tangan diletakkan di dada sebelum Franky tersenyum nipis. Kakinya melangkah ke arah para masyarakat yang turut merasa lega.

"I am, Franzelx D'Ezekiel. Heir of the D'Ezekiel Empire and also the second highest holder of the Royal Family Danielle after Sultan Tengku Nizzar Shah. With this, I swear to preserve the good name of the Royal Family of Danielle and the Empire of D'Ezekiel together with the Princess of the Royal Family of Danielle, Tengku Nialily Danielle."

Bersama itu, bendera yang berada di palang mula berkibar dan bunyi terompet mula memenuhi alam itu. Kesemua ahli Kerabat Diraja Danielle dan juga Empayar D'Ezekiel turut berdiri dengan tangan kiri masing masing melekap di dada kanan.

Franky berundur beberapa tapak ke belakang sebelum dia dan Lily turut meletakkan tangan di dada dan menunduk sedikit.

Kemudian Sultan Tengku Nizzar memandang Hunter yang berdiri memandang Franky.

"Silakan." Sultan memberi laluan pada Hunter. Hunter menunduk sedikit dan mereka beririgan naik ke tempat dimana Franky dan Lily berada.

Hunter memandang Franky dari tadi turut memandangnya.

"Would you promised me, you will take care of D'Ezekiel Empire with your soul as I did?" Soal Hunter serius. Suasana kembali sepi dan masing masing hanya memokuskan pandangan pada dua beradik itu.

"I promised." Yakin nada yang diguna oleh Franky. Hunter mengangguk. Tangannya naik ke dada Franky dan dilekapkan disitu.

"From today, I leave the responsibility with task of holding the whole of the D'Ezekiel Empire to you. Take care of this Empire, just as you take care of yourself."

Bersama itu, terdapat air di tubir mata Franky. Bibir diketap dan dia masih memanah pandangan Hunter.

"Do you dare to take the oath to take care of this Empire, Franzlex D'Ezekiel?"

Franky menarik nafas dan mengangguk.

"I swear, Major Capo Hunter." Franky menunduk hormat kepada Hunter dan dengan itu maka jatuhlah segala tanggungjawab sebagai ketua di atas bahu Franky.

Hunter tersenyum bangga.

"Good, Capo Franzelx."

Tepukan mula bergema Franky kembali menegakkan badan. Kemudian dia berpusing menghadap Sultan pula.

"Terima kasih, kerana sudi menjaga puteri kami sebelum ini dan selamanya." Ucap Sultan Tengku Nizzar. Franky tersenyum dan mengangguk sedikit.

"Saat ini, beta serahkan segala urusan Kerabat Diraja Danielle kepada kamu. Peliharalah nama baik kita sebaik baiknya." Sultan Tengku Nizzar mengambil mahkota dari atas dulang yang dipegang oleh pembantu istana.

Makhota yang terdapat taburan berlian di sekelilingnya. Mahkota yang hanya akan dipakai ketika mempunyai upacara besar seperti hari ini.

Sultan mengambil mahkota itu lalu diletakkan di atas kepala Franky.

Kemudian kelihatan belon belon jatuh dari jet peribadi milik D'Ezekiel dan bersama serbuk glitter. Terus para rakyat bersorak meraikan.

Skyler yang berada di dalam jet menekan butang lalu satu banner gergasi jatuh dan melebar menjadi tatapan umum.

.
.
let the little girl put on her crown, and let the knight remain a protector
.
.

Lily mengerutkan dahi melihat tulisan di banner itu sebelum terasa seperti sesuatu diletakkan di atas kepalanya. Terus gadis itu menoleh dan memandang si suami yang tersenyum.

"Let the little girl put on her crown." Franky bernada seperti berbisik dan meletakkan mahkota yang dipakai tadi di atas kepala Lily. Dapat dilihat wajah Lily mula ingin mengeluarkan tangis.

"And let the knight remain a protector." Pinggang Lily dipeluk dan bibir mereka bersatu. Air mata Lily mengalir lalu dia memeluk leher Franky dan membalas ciuman itu.

Kedengaran bunyi percikan bunga api di langit tanda meraikan namun tidak dipedulikan oleh dua manusia yang berada di dalam dunia mereka berdua itu.

"Sambung dalam bilik la woi!" Jerit seseorang dari bawah. Terus ciuman mereka terlerai dan dua menusia itu memandang ke arah si penjerit.

"Ika!" Merah padam wajah Lily kerana malu. Quinn Davieka tergelak kecil dan menjelir lidah. Hunter menggeleng. Selain Lily, Quinn Davieka juga kadang kadang ada perangai gila dia.

Jet jet yang berada di udara terus melepaskan asap berwarna warni dan bergerak membentuk hati di langit sebelum jet milik Skyler menembusi hati itu dengan asap berwarna putih.

Lily tergamam dan melompat teruja melihat persembahan udara itu.

"Hei hei." Hunter memegang bahu Lily membuatkan gadis itu berhenti melompat. Tak sedar diri betul si pendek ni, dia tak ingat ke yang dia mengandung? Main lompat lompat pula.

Lily tersengih sumbing dan hanya memandang jet di langit dengan penuh minat. Dalam hati mengangumi pasukan tentera udara mafia D'Ezekiel yang diketuai oleh Skyler.

Rahsia tentang kumpulan mafia D'Ezekiel masih tersimpan kemas. Biarlah dunia luar tidak tahu kewujudan sisi gelap D'Ezekiel dan hanya nama bangsawan Elit D'Ezekiel sahaja disebarkan kepada semua manusia.

Hunter melangkah ke arah si isteri yang turut ralit memerhati persembahan udara lalu pinggang isterinya dipeluk.

"Lily dah mengandung, kita? Kesian Healy tu sunyi je tak ada adik." Bisik Hunter. Quinn Davieka menoleh dan tersenyum. Tangan Hunter dipinggangnya dipegang dan pipi Hunter dicium.

"Lepasni kita buat." Kenyitan diberi pada Hunter dan Quinn Davieka ketawa kuat apabila pipi Hunter mula merah.

"Kau ni kan, siap kau nanti. Aku tuntut tau." Hunter mengemaskan pelukan. Quinn Davieka tergelak dan mengangguk.

Franky memandang Lily yang sedang melihat jet di langit dengan sangat teruja. Benda macamni pun boleh buat dia teruja.

My little girl.

Bibirnya tersenyum sebelum dia mendekati Lily. Tangan diletakkan di atas bahu gadis itu.

"Hey, what's wrong?" Franky terkedu melihat air mata Lily yang mengalir dalam diam itu. Tubuh Lily dihadapkan ke arahnya dan dia merenung wajah comel itu.

"Kenapa?" Soal Franky lagi.

"I can't believe all of this. Terima kasih. Terima kasih sangat sangat. Tanpa awak, saya tak rasa saya akan disini. Jangan tinggalkan saya, ya? Janji jangan tinggalkan saya. Kalau awak nak saya lepaskan takhta ni demi awak pun saya sanggup." Suara Lily seolah olah merayu. Franky tergelak kecil.

"Kau memang kuat merapu kan time pregnant." Pipi gadis itu dicium dan digigit lembut.

"I won't. I won't leave you, little girl. Because you are belongs to me. Only me.." riak wajah Franky bertukar serius tanda lelaki itu benar benar maksudkan apa yang keluar dari bibirnya.

"Your knight."

[TAMAT]







***

Nak special chapters FULL di wattpad tak? Tak kena bayar, i'll update it here.

Nak?

But you guys need to do me a favor. Deal?

Tolong apa tu?

Hehe..

Stay tuned!

Btw, check out my ig story @eychaeyheyn utk tgk teaser introvideo crita pasal..

(hehe)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro