SPECIAL CHAPTER 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Awak, cantiknya!" Lily menggigil teruja melihat dewan mewah yang sudah siap dihias bagi majlis meraikan puteranya.

Cepat betul berita tersebar sehingga hampir semua media menghubunginya bagi bertanya tentang majlis anaknya itu.

"Membazir betul." Gumam Lily kemudiannya. Kan senang kalau buat majlis kesyukuran sahaja? Untuk majlis ini semestinya mereka habis kira kira RM500K. Majlis yang sangat mewah.

"Ikutkan aku pun nak buat biasa biasa je. Ayahanda tu lah, excited sangat dapat cucu." Franky berkata. Lily tergelak kecil. Memang Sultan Nizzar dan Permaisuri Anabella teruja apabila menerima berita Lily bersalin. Terus mereka sanggup datang ke sini demi baby. Sekarang ni pun, anaknya yang bernama Noah itu berada dengan ayahanda dan bondanya. Langsung taknak lepas.

Terus nak buat majlis umum kelahiran Noah pada semua orang. Nasib baik dia baru habis berpantang.

Deringan telefon Franky mengalihkan perhatian kedua dua mereka. Franky mengambil telefon dari poket dan mengerutkan dahi melihat nama Skyler di skrin telefon itu.

"Hello bro, aku tak boleh datang lah malam ni. Kena jaga Ace." Skyler bersuara sebaik sahaja talian bersambung.

"Aik, biasanya kau tinggal dia malam malam tu okey je." Sahut Franky sambil berkerut dahi. Tidak pernah pula Ace buat hal sewaktu Skyler keluar.

Ace merupakan binatang peliharaan Skyler. Tapi biasanya Ace tidak banyak buat hal jika Skyler ada urusan seolah olah memahami tuannya sibuk.

"Tak apalah. Tak jadi. Nanti aku datang." putus Skyler tiba tiba. Franky di hujung talian mengerutkan dahi. Apa masalah budak ni?

"O.. kay.." jawab Franky teragak agak. Talian diputuskan oleh Skyler.

"Kenapa?" Soal Lily sambil melihat Franky. Jejaka itu menggeleng dan memeluk pinggang Lily.

"Bila lah kau nak tinggi." Franky mencuit hidung Lily yang berada di paras dadanya. Lily sangat pendek, ketinggiannya hanya 165cm dan itu membuatkan mereka sangat berbeza kerana ketinggian Franky adalah 190cm.

"Saya memang dah normal, awak tu yang macam galah!" Bentak Lily sambil memautkan tangan di leher Franky dan dia mendongak mencium pipi Franky. Sesuka hati je kata dia pendek. Mentang mentang dia memang paling pendek di dalam keluarga mereka. Quinn Davieka juga mempunyai ketinggian 172cm menjadikan wanita itu nampak normal berada di samping Hunter.

Dia ni? Dahi sama betul je dengan dada Franky. Jejaka itu tersenyum.

"Saya kan little girl awak, so tak apalah kalau saya pendek." Lily tersenyum manis membalas renungan Franky.

"Nanti anak kita jadi pendek macam kau."

"Hei!" Bahu Franky ditepuk kuat oleh Lily. Mulut memang nak kena cili lah mamat ni! Nanti kalau Noah tu betul betul pendek macamana?

Lily mula berfikir untuk mencari susu yang bagus bagi tumbesaran bayi agar anaknya tidak menjadi pendek sepertinya. Kalau anak perempuan tak apalah juga, ni anak lelaki mana boleh pendek!

Franky tergelak melihat muka Lily yang mula bimbang.

"Don't worry. Anak kita akan jadi tinggi macam aku." Franky berkata penuh bangga. Tapi benar, Noah lebih banyak mewarisi genetik dirinya berbanding Lily. Rambut, mata, hidung. Semua mirip dia.

Tapi ada satu perangai Noah yang mengikut Lily, manja. Anaknya sangat manja dan mudah menangis. Cengeng. Manakan tidak, budak tu kalau tidur tidak dipeluk, mesti dia menangis. Lepas Franky atau Lily peluk barulah Noah boleh tidur.

Bunyi tangisan bayi meleraikan tautan mata pasangan itu dan Franky memandang Sultan Nizzar yang sedang memujuk Noah di dalam dukungan.

Lily melangkah ke arah Sultan Nizzar dan pipi Noah yang merah akibat menangis itu dicuit.

"Putera umi, kenapa menangis ni?" Noah diambil dari dukungan Sultan dan dicium pipi gebu kemerahan anaknya itu. Namun, Noah masih belum berhenti menangis.

"Dia nak baba dia la tu." Permaisuri berkata sambil menoleh ke arah Franky. Menantunya itu tersenyum bangga apabila Noah tidak menangis apabila didukung olehnya.

"Nak baba?" Soal Lily. Noah terus menangis dan tangan kecilnya tergapai ke atas. Franky akhirnya melangkah dan menggenggam tangan kecil itu lalu wajah Noah direnung.

"Here, baba." Hidung itu dicium. Noah terus berhenti menangis dan memandang mata Franky yang sama dengannya.

Terus tawa Franky keluar apabila Lily mencebik.

"Awak tu keluar dari rahim umi tau? Pilih baba pula. Kesian umi." Bebel Lily sebelum menggigit sedikit pipi gebu si anak. Terus bibir Noah melebar sehingga menampakkan lesung pipit kanannya.

"Tak payah dengki sangat, dia pun sama je. Dulu masa Lily kecil bukan nak pun dengan ayahanda. Asyik berkepit dengan bonda je." Sultan Nizzar pula mencebik. Terus keluar tawa Permaisuri apabila teringatkan perangai Lily yang hanya ingin berkepit dengannya sehingga Sultan cemburu.

Franky hanya senyum mendengar cerita anak beranak itu. Jikalau lah Federica masih hidup, mesti mamanya akan turut berada disini menyambut kehadiran cucunya ini.

Lily yang perasan Franky hanya diam itu menggenggam tangan suaminya dan dicium seolah olah mengetahui perasaan yang melanda si suami.

"Dah nak malam ni, nanti majlis tu start malam kan? Jomlah bersiap siap dulu." Ujar Permaisuri Anabella.

***

"Sayang, awak okey?" Lily melangkah ke arah Franky setelah menidurkan Noah di dalam baby coat.

"Okay." Franky tersenyum nipis dan menarik Lily agar duduk di atas ribanya. Pinggang kecil gadis itu dipeluk dan dagunya diletakkan di atas bahu Lily.

"Untung kau, ada ibu ayah yang baik. Mesti best kan?" Soal Franky tiba tiba.

"Sayang.." Lily sudah dapat mengesan masalah Franky. Terus dia membetulkan duduknya di atas riba jejaka itu dan pipi Franky dipekup agar memandangnya.

"Ibu ayah saya, ibu ayah awak juga. Tak kisah walau seburuk mana pun Giovanni dan Federica, saya tetap terhutang budi pada mereka sebab tanpa mereka, Franzelx takkan wujud. Suami saya takkan ada didunia ni tanpa Giovanni dan Federica. It's not your fault to be born in your family. Sekurang kurang awak ada Hunter." Lily mencium bibir Franky sekilas apabila wajah Franky bertukar mendung.

Franky tersenyum tawar dan mengangguk. Ya, dia ada Hunter. Hanya Hunter sahaja keluarganya sekarang yang dia ada. Walaupun mereka bukan adik beradik kandung.

"Aku takut sangat nanti kalau Noah rasa apa yang aku rasa. Aku takut tak dapat jadi ayah terbaik untuk dia. Aku takut aku akan jadi macam Giovanni, seksa perasaan anak sendiri. No, aku taknak semua tu berlaku pada Noah."

Mata Lily mula berkaca mendengar bicara Franky. Dia memandang si kecil yang lena sekilas sebelum kembali merenung Franky.

"InsyaAllah, tak. Kita akan berusaha untuk jadi ibu dan ayah yang terbaik untuk Noah. Saya pun sama. Saya tak tahu apa yang jadi di masa depan, saya tak tahu sama ada saya masih boleh jadi ibu terbaik untuk anak kita. Tapi sekarang ni, yang penting adalah untuk mencuba. Kita sama sama cuba dan usaha untuk jadi yang terbaik buat Noah." Lily merapatkan wajah mereka dan hidung mereka bertemu.

"That tiny human is too cute." Tawa Franky terkeluar seketika apabila bayangan anaknya terbit di minda. Lily turut tergelak.

"Mestilah, anak saya." Lily mencium sekilas bibir Franky dan wajah mereka dijauhkan.

"Eh, buat sama sama lepastu nak claim kau sorang pula. Buat sama sama, milik pun sama sama lah." Berkerut dahi Franky tidak puas hati. Pinggang Lily dipeluk kemas untuk mengelakkan gadis kecil itu meloloskan diri dari pelukannya.

Lily terus tergelak mendengar bicara Franky yang tidak ditapis.

"Ye ye kita dua. Dah, saya nak bersiap ni. Bercakap dengan awak memang tak siaplah kita untuk majlis malam ni." Lily meloloskan diri dari pelukan Franky namun jejaka itu menolaknya ke katil.

"Argh!" Jerit Lilt terkejut.

"Jom buat lagi." Franky naik ke atas katil dan menindih tubuh Lily

"No no no, saya baru lepas berpantang ni. Dahla lepasni ada majlis. Kita dah lewat tau." Lily memandang Franky yang berada di atas tubuhnya.

"Tipu. Kau habis pantang minggu lepas lagi."

"Tapi malam ni kita ada majlis."

"Majlis tu dua jam lagi lah."

"Saya bersiap tiga jam."

"Sempat." Terus Franky meragut bibir Lily. Noah yang lena di dalam baby coat tidak dipedulikan.

Tak senonoh betul.

***

"Alolo sayang umi." Lily mendukung Noah yang sudah lengkap berbaju warna kuning dan sedang menangis itu. Pipi gebu anaknya dicium dan dia mendodoikan Noah. Noah pula masih tercebik cebik menangis dengan mata berair dan wajah merah.

"Kejap ya sayang. Baba ambik susu kejap." Lily terus menggoyangkan badan ke kanan dan kekiri agar Noah berhenti menangis.

"Nah." Franky masuk ke bilik bersama botol susu hasil breast pump Lily. Dia mengambil Noah dari dukungan Lily dan susu itu diberi pada Noah.

"Tadi baru minum susu." Lily mencuit anaknya yang kembali diam sambil meminum susu. Terkelip kelip mata si kecil itu memandang babanya.

"Comel." Lily tergelak melihat pipi kembung Noah yang sedang merenung Franky seolah olah Franky merupakan seorang alien.

"Pergilah siap dulu." Franky memandang Lily. Terus si isteri mengangguk dan menyambung persiapan diri yang terhenti akibat Noah meragam tadi.

Shawl dililit dan dirapikan sebelum dia tersenyum puas memandang cermin. Dari biasan cermin, kelihatan mata Noah mula layu ingin tertutup. Kuat betul Noah meragam. Mungkin perangai mudah menangis darinya diwarisi Noah.

Kalau dia pujuk diam tak apa juga, ini kena Franky pujuk baru dia diam. Haih.

"Sayang, saya dah siap. Jom." Suara Lily hampir berbisik risau Noah kembali terjaga. Franky perlahan lahan memberikan Noah kepada pembantu istana dan mereka mula bergerak ke dewan majlis.

***

Lily tersenyum lebar melihat nama anaknya yang tertera di dalam dewan itu.

"Noah mana?" Franky mendapatkan Lily lalu pinggang gadis itu dipeluk. Kepala tertoleh toleh mencari kelibat si anak.

"Dengan bonda. Macam taknak lepas dah Noah tu." Kata Lily sambil menunjuk ke satu sudut dimana Noah sedang diam di dalam dukungan neneknya. Perut kenyang, pandai pula diam budak ni.

"Jom, majlis dah nak mula." Franky menarik tangan Lily dan mereka duduk di meja hadapan bersama Sultan dan Permaisuri.

"Anak umi." Lily mengambil Noah dari dukungan Permaisuri Anabella lalu bayi gemuk itu dicium geram. Noah tersenyum menampakkan gusinya dan lesung pipit belah kanan miliknya.

Kemudian Noah memandang babanya. Franky turut merenung anaknya itu. Tahu bahawa Noah suka kan matanya.

"He really likes you." Lily tergelak. Franky turut senyum dan mencium pipi Noah. Noah ketawa tanpa bunyi dan badannya yang dipegang oleh Lily mula melompat aktif apabila Franky memandangnya.

"Eh eh." Lily tergelak apabila anaknya sudah ingin melompat di usia empat bulan. Franky tergelak melihat si anak yang teruja lalu mengepit hidung Noah seketika.

Bagai tidak percaya bayi comel ini adalah anaknya. Dan dia sudah menjadi seorang ayah. Franky tersenyum lebar.

"Ni umi." Lily menghadapkan wajah Noah ke mukanya dan jemari kecil Noah menyentuh muka Lily. Noah menyentuh dan menggenggam dagu Lily sehingga penuh genggaman tangan kecilnya.

"He likes you too."

Selama empat bulan tinggal bersama, Noah sudah dapat membiasakan diri dengan Lily juga.

Lily memandang mata bulat besar berwarna amethyst milik Noah. Sebijik macam Franky. Franky pula menyapu air liur Noah yang menitis dari bibir anaknya itu.

"This is so perfect." Franky berbisik di telinga Lily meluahkan betapa lengkap hidupnya dengan kehadiran Lily dan Noah. Terasa seperti dia sudah tidak memerlukan benda lain. Hanya Lily dan Noah sahaja hidupnya.

Lily menoleh dan tersenyum lebar. Hidung Franky dicium seketika sebelum wajahnya merah apabila menangkap renungan nakal Permaisuri ke arahnya.

"Bonda tengok tu." Wajah Franky dijauhkan dari mukanya dan Lily tersipu malu.

"Eleh, malu malu kucing. Biasalah tu, suami isteri kan." Kenyitan diberi pada Lily oleh Permaisuri dan Franky tergelak bersetuju.

Terus acara sambutan kelahiran Noah dimulakan dengan pelbagai persembahan tanda anak kecil itu diterima baik di dalam golongan Bangsawan Elit Itali D'Ezekiel dan juga Kerabat Diraja Danielle.

Tuan Putera Tengku Noah D'Ezekiel

***

Lily tersenyum melihat Skyler yang berada di satu sudut bersama seorang gadis. Dan dia kenal gadis itu. Terus Lily melangkah ke arah pasangan itu.

"Hey." Sapa Lily teruja apabila melihat Skyler dan Victoria sedang duduk menikmati hidangan dan membiarkan suaminya mengurus Noah sendirian.

Skyler mengangkat kepala dan tersenyum ke arah Lily. Victoria pula hanya diam menunduk.

"Tak ada hadiah tak boleh balik." Gurau Lily. Dia perasan Victoria agak kekok dengan semua orang selepas apa yang terjadi.

Lily tersenyum nipis. Mungkin gadis itu tidak berani bertentangan mata dengannya kerana rasa bersalah.

"I bought it." Skyler mencebik apabila ibu si kecil nampak lebih teruja untuk menerima hadiah berbanding anaknya.

Lily tergelak kecil apabila Skyler memaparkan riak menyampah. Kemudian jejaka itu memandang si gadis yang dari tadi memeluk lengannya.

"Aku nak pergi ambil hadiah. Kau tunggu sini." Ujar Skyler kepada Victoria. Sambil itu, Skyler memberi isyarat mata pada Lily dan gadis pendek itu mengangguk.

"I nak ikut." Victoria mendongak memandang Skyler.

"Hadiah tu dalam kereta je. Dekat. Tak payahlah, kau tunggu sini. Boleh berbual dengan Lily." Skyler terus melepaskan pelukan Victoria pada lengannya dan berlalu pergi tanpa sempat gadis itu berkata kata lagi.

Victoria terkulat kulat apabila ditinggal begitu sahaja oleh Skyler. Kemudian gadis itu membetulkan dress miliknya yang sudah terletak elok.

"Hai Victoria." Sapa Lily sambil tersenyum. Victoria menggigit bibir.

"H.. Hai." Suara gadis itu hanya perlahan.

"Saya maafkan awak." Lily mengucapkan kata itu. Tak guna dia berdendam dengan Victoria kerana gadis itu sebenarnya tidaklah jahat sangat. Victoria cuma tak tahu apa yang dia sendiri perlukan dalam hatinya.

Victoria mengangkat kepala memandang Lily dan riak gadis itu kelihatan seperti tidak puas hati terhadap Lily. Lily hanya senyum. Dia mahu berbaik dengan Victoria.

"I tak minta maaf." Tutur gadis itu. Lily mengangguk.

"Tahu. Tapi tak salah untuk saya bagitahu yang saya maafkan awak. Supaya awak tak perlu rasa bersalah lagi." Lily memandang gadis yang jelas kelihatan kekok itu.

"I taknak maaf you. I tak perlukan maaf tu." Victoria memalingkan wajah dan berlalu pergi dari situ.

Lily memandang kelibat si gadis yang melarikan diri darinya. Nafas perlahan dihela. Nampaknya Victoria masih takut untuk berdepan dengan dirinya.

Lily kembali melangkah ke arah Franky yang sedang berbual dengan Skyler sambil tangan mendukung Noah.

"Where's she wanna go?" Soal Skyler kepada Lily apabila melihat Victoria tergesa gesa keluar tadi.

"Saya tak tahu. Dia terus pergi lepas saya cakap saya maafkan dia." Ujar Lily. Skyler meraup wajah dan mencium pipi Noah yang berada di dalam dukungan Franky dan pipi bulat kecil itu dicubit geram.

"Aku pergi dulu bro, Lily. Nanti aku jenguk baby dekat rumah bila free." Ujar Skyler. Franky mengangguk dan mereka berlaga buku lima sebelum Skyler pamit.

"Sejak bila Skyler peduli pasal Victoria ni?" Lily dengan lagak FBI cuba untuk menyiasat hubungan Skyler dan Victoria.

Kerana dia sangat jarang melihat Skyler mengambil peduli tentang seseorang.

Franky menyengetkan kepala.

"Sejak bila pula kau sibuk hal orang ni?" Soal Franky pula dengan riak keliru. Terus hilang aksi FBI Lily dan gadis itu menepuk bahu Franky perlahan.

"Awak ni.. manalah tahu diorang tu ada apa apa ke." Lily mencebik geram.

"Kalau ada apa apa pun, tak ada kaitan dengan kita. Penyibuk." Kutuk Franky. Lily menahan sabar. Ingin sahaja ditarik rambut Franky tika itu.

"Siap awak nanti dekat rumah." Ugut Lily sambil jari halusnya menghala ke wajah Franky. Franky menjelirkan lidah.

***

"Hey." Franky melabuhkan duduk di atas katil dan memandang Noah yang sedang bergelut dengan sarung tangan bayinya sendiri. Kelihatan riak Noah seperti rimas apabila perlu memakai sarung tangan dan kaki itu.

"Tak boleh buang nanti umi marah." Franky berbisik perlahan sambil mencium pucuk hidung Noah. Pipi tembam anaknya dicuit seketika.

Lily sangat tidak suka apabila Noah tidak memakai sarung tangan dan kaki kerana risau anaknya kesejukan di dalam suhu bilik yang agak sejuk itu.

"Aabaaa!"

Franky terkedu. Kemudian dia melopong.

"Little girl! Little girl!" Laung Franky kepada Lily yang sedang memasak di dapur. Lily yang mendengar laungan si suami pantas mematikan api dapur dan masuk ke dalam bilik.

"Kenapa?" Soal Lily.

"Noah sebut baba tadi!" Beritahu Franky teruja. Lily mengerutkan dahi seketika.

"Awak biar betul." Selama ini Noah tidak pernah mengeluarkan suara kecuali ketika menangis dan ketawa. Lily memandang anaknya yang sedang berkuak lentang di atas katil.

"Buasnya anak umi." Lily mencuit pipi gebu Noah sebelum dia membetulkan kedudukan Noah. Noah memang agak tembam kerana dia lahir pun berat hampir mencecah 4 kilo.

Mana tak gemuk, si umi asyik makan je sewaktu mengandungkan dia dulu. Nasib baik kurus balik lepas bersalin.

"Noah sebut baba ya tadi?" Soal Lily sambil mengacah acah Noah sehingga bayi itu tergelak dan Noah mula ingin melompat aktif meskipun sedang berbaring. Bersinar mata amethyst miliknya memandang Lily.

"Ba... Ba." Franky pula mencium Noah. Jari telunjuknya elok digenggam penuh oleh tangan kecil Noah.

Noah terus melompat sambil berbaring dan kakinya terkapai kapai ke atas lalu tersengih menampakkan gusinya.

Lily turut tergelak melihat si anak yang hyperactive. Memang Noah ni dia punya aktif tu luar biasa. Kadang kadang sampai mereka berdua terpaksa duduk di lantai untuk menjaga Noah agar bayi itu tidak jatuh katil pada jam 3 pagi.

"Ba.. ba." Kata Franky sambil tersenyum melihat si anak yang teruja memandangnya. Noah terus tergelak dan jari Franky dibawa ke mulutnya dan digigit dengan gusi.

"Aaabaaa."

Lily membulatkan mata. Meskipun kedengaran sangat pelat, tetapi Noah telah menyebut nama Franky.

"You said baba?" Lily turut teruja. Franky tersenyum lebar. Mana tak boleh sebut, kalau boleh 24 jam nak berkepit dengan Franky. Tidak dinafikan Noah lebih manja dengan Franky berbanding dirinya.

Anak bapak!

Lily menyusukan Noah apabila jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.

"Okay now time to sleep." Setelah selesai tummy time, Franky mula mendukung Noah dan mendodoikan bayi itu agar tidur.

Lily hanya memerhati dan tersenyum lebar. Bahagia. Terlalu bahagia. Memiliki lelaki seperti Franky, tidak pernah terlintas di dalam angan angannya dulu. Lelaki yang bagi dia terlalu sempurna buat dirinya.

Lily kembali menuju ke dapur seketika untuk menyimpan makanan dan dia melangkah ke dalam bilik kembali. Kelihatan Noah sudah tidur terlentok di bahu Franky dan tangan Franky erat mendukung bayi kecil itu.

"He's sleeping." Bisik Franky sambil meletakkan Noah di atas katil bersama mereka dan tubuh kecil itu dipeluk kerana tahu kebiasaan Noah yang tidak boleh tidur tanpa dipeluk. Nanti budak ni berjaga pula tak pasal pasal mereka berdua tak boleh tidur.

"Lily ada masak tadi. Sayang nak makan tak? Kalau sayang nak Lily boleh hidangkan kejap." Kata Lily sambil melepaskan ikatan rambutnya. Franky menggeleng.

"Esoklah makan. Mana boleh tinggal si tembam ni nanti menangislah dia."

"Hei, apa panggil dia tembam!" Lily mengepit hidung Franky yang sesuka hati memanggil Noah tembam walaupun hakikat, anaknya memang gemuk. Jejaka itu tergelak perlahan.

"Kau bahagia?" Soal Franky tiba tiba setelah Lily turut tidur sambil memeluk Noah juga.

"Sangat." Bibir dikemam apabila matanya mula berkaca. Lily kemudian tersenyum dan merenung wajah Franky.

"Terima kasih. Terima kasih sebab sudi terima saya yang tak sempurna ni, terima kasih sebab tak pernah mengalah dengan saya walaupun perangai saya teruk. Saya cintakan awak." Luah Lily.

"I love you too. More." Franky merapatkan jarak mereka dan bibir Lily diragut lembut. Kemudian tautan bibir itu terlepas apabila Noah mula meronta dan tangisannya mula kedengaran kerana rimas tersepit di tengah tengah umi dan babanya.

Serentak Franky dan Lily tergelak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro