CHAPITRE DIX-NEUF 🐺

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kaki melangkah keluar dari kedai jam tangan sebelum bibirnya tersenyum melihat beg plastik ditangan.

"He must be loving this." Gumam Geisha dan tangannya membuka pintu kereta. Jam di dashboard dilihat.

9.17am

"Oh my god dah lewat." Kereta mula dipandu ke tempat kerja sebelum dirinya dikenakan tindakan akibat lambat.

Setibanya di pejabat, terus kakinya melangkah ke pejabat Skyler. Geisha memerhati pintu pejabat Skyler yang tertutup dengan tirai di sebalik kaca. Biasanya tak tutup.

"Apa apa je lah." Tangannya mula naik untuk membuka tombol.

"Eh eh! Kau buat apa ni?" Soal seorang pekerja pembantu sambil laju menahan tangan Geisha.

"Nak jumpa monsieur la. Kenapa?" Soal Geisha kembali.

"Heish kau ni, tak nampak ke girlfriend monsieur masuk tadi? Tengok, pejabat dia pun tertutup je. Nanti kalau kau masuk, tengok diorang tengah ehem ehem macamana?" Soal pekerja itu.

Geisha berkerut wajah.

"Girlfriend? Siapa girlfriend dia?" Soal Geisha ingin tahu.

"Entah, tak ingat nama tapi lawa." Pekerja itu bersinar mata apabila teringatkan si gadis yang berwajah jelita dan selalu berdampingan dengan Skyler.

Geisha terdiam. Mungkin gadis yang sama yang dia mula mula jumpa di pejabat haritu.

"Whatever. Tak ada kerja ke apa asyik nak berkepit dengan monsieur je." Geisha memutarkan bebola mata ke atas dan mula ingin membuka pintu lagi.

"Heish, janganlah!"

"Apa masalah kau? Suka hati aku lah nak jumpa dia atau tidak, dia tu suami kau ke? Tak kan?" Marah Geisha geram.

Pembantu itu tergelak sinis.

"Eh eh kau tak padan dengan baru masuk dah berlagak. Dahla datang lewat lepastu ada hati nak berlagak bos. Okay fine, masuklah. Nak juga aku tengok bagaimana kau kena marah nanti." Pembantu itu memeluk tubuh bersama senyum sinis.

Geisha memutarkan bebola mata ke atas dan membuka pintu.

"Auch!"

***

"Aku dah cakap, tak perlu ikut aku ke pejabat. Lepastu dah mulalah dia mengantuk. Baik kau duduk rumah jaga Ace." Skyler memandang Victoria yang sedang membaringkan diri di atas sofa seperti manusia dilanda kebosanan.

"Kan I dah janji nak balik nanti lunch, sekarang belum lunch lagi so I nak teman you." Victoria memandang wajah kacak itu sebelum bibirnya tersenyum lebar. Tengok muka pun dah cair.

Skyler menggeleng dan meneruskan kerjanya. Tahu bahawa sikap degil Victoria memang tidak boleh dikikis dari gadis itu.

Tiba tiba kedengaran bunyi keriuhan di luar pejabat. Seperti ada pertengkaran yang berlaku.

"What is that?" Victoria mula ingin tahu dan gadis itu pantas bangun menuju ke pintu bagi melihat apa yang telah berlaku. Belum sempat dia membuka pintu, pintu itu telah dibuka dari luar sehingga Victoria terjatuh ke belakang akibat tolakan pintu itu.

"Auch!"

"Victoria." Skyler bangun dan mendapatkan si gadis yang terjatuh ke lantai apabila pintu dibuka dari luar. Bahu Victoria dipaut dan gadis itu diangkat agar berdiri.

"Sorry, Monsieur. Saya dah halang dia masuk tapi dia masih berdegil." Ujar pembantu pejabat itu sambil takut takut memandang Skyler.

"Get out." Arah Skyler kepada pembantu itu. Gadis itu tanpa kata terus berlalu keluar.

"What are you doing here? Kalau tak ada apa apa yang penting sila keluar." Skyler merenung tajam Geisha yang menceroboh pejabatnya.

"Saya minta maaf sebab ganggu monsieur tapi saya datang ni untuk ucap terima kasih pada monsieur sebab selamatkan saya minggu lepas tu." Ucap Geisha bersama senyum manis.

Skyler berkerut wajah.

"Aku selamatkan kau? Bila?" Soal Skyler pelik.

"Monsieur tak ingat, saya? Girl yang monsieur tolong masa saya hampir kena ragut minggu lepas." Geisha bersuara dengan senyum manis.

"Oh." Skyler mula teringat kembali kejadian dia ditembak di lengan akibat cuba menyelamatkan gadis dari diragut.

"You rupanya. Ada apa you nak jumpa dia? Tak puas lagi tengok dia sakit sebab nak selamatkan you?" Soal Victoria dengan nada jelek. Lebih kepada cemburu sebenarnya. Cemburu kerana Skyler rela sakit demi gadis itu.

Geisha memandang Victoria yang kelihatan sombong dan gedik itu.

"Saya cuma nak berterima kasih pada dia. And I bought him a gift." Gadis itu menghulurkan beg kertas kepada Skyler dengan senyuman. Namun senyumannya mati apabila Victoria mengambil beg kertas itu.

Isi beg diperhati.

"Nice watch. Thanks." Victoria tersenyum palsu dan membawa beg kertas itu keluar. Kemudian beg kertas berisi jam tangan mahal itu diletakkan di atas meja pembantu yang menghalang Geisha masuk tadi.

"Ada orang bagi. Kalau you nak, you boleh ambil. Kalau taknak.. buang." Victoria mengerling sekilas wajah Geisha yang terkedu apabila hadiahnya diberi pada orang lain.

Victoria kembali melangkah ke dalam pejabat Skyler dan tubuh Skyler dipeluk.

"I appreciate that, thanks. But I don't accept any gift from stranger." Skyler tersenyum nipis apabila terasa pelukan Victoria di badannya sangat kuat. Cemburu.

Geisha terpanar melihat senyum nipis dari Skyler. Lelaki yang sememangnya sempurna dan menjadi kegilaan semua orang.

"Tapi tak salah kan kalau saya nak berterima kasih sebab monsieur hampir selamatkan nyawa saya?" Soal gadis itu lagi.

"Berterima kasih je la tak payah nak bagi hadiah bagai. Jangan jangan kes ragut tu pun you rancang kan sebab nak tarik perhatian Skyler." Celah Victoria.

"Victoria." Skyler menegur mulut lancang milik si gadis yang memeluknya sekarang. Pelukan Victoria dibalas dan kepala Victoria dicium bagi meredakan api kemarahan dalam badan Victoria.

Panas baran betul.

Geisha mengetap bibir menahan rasa apabila melihat perempuan gedik yang memeluk Skyler itu.

"Saya minta maaf kalau saya buat miss marah. Tapi miss kena ingat, jangan sebab miss itu kekasih monsieur, miss boleh kurang ajar dan tuduh saya bukan bukan. Saya ikhlas nak bagi dia hadiah sebab saya nak berterima kasih."

"Eh you tak dengar ke dia tak terima hadiah dari sesiapa? You bernasib baik tau I bagi pada orang lain. Ikut hati I, I buang je!" Victoria turut bertentang mata dengan Geisha.

"Stop it girls. Geisha, keluar." Arah Skyler.

"Tak, sekarang ni salah ke apa yang saya buat? Salah ke saya nak bagi hadiah? Bukan saya bagi racun! It just a simple gift! Kenapa miss nak paranoid sangat?" Geisha bersuara dengan tidak puas hati.

"I don't want to hear a fight here. Ini pejabat, bukan gelanggang gusti."

Geisha memeluk tubuh.

"I don't get it why monsieur choose you." Terus kaki Geisha melangkah keluar dengan laju. Setibanya di luar pejabat, kakinya melangkah ke meja pembantu tadi dan jam tangan yang diberi oleh Victoria dirampas kembali.

"Hei! Buruk siku!" Pembantu itu menjerit tidak puas hati.

Geisha memerhati jam tangan ditangannya.

"Fine. Kau ingat Skyler suka kau, kau boleh buat apa sahaja? Eii geramnya aku!" Beg kertas itu digumpal kasar sebelum dihempas ke atas meja kerjanya.

Telefonnya diambil dan nombor seseorang didail.

"Hello ada apa? Nak aku belakon rompak kau lagi ke?" Soal suara garau itu. Geisha mendengus.

"No, rancangan tu tak menjadi. Ada seorang perempuan gedik tadi hampir kantoikan aku."

"Dahtu call aku kenapa?"

"Aku perlukan sesuatu dari kau."

Lelaki itu ketawa kecil.

"Alright then. See you later."

***

"Thank you." Skyler melepaskan pelukan Victoria apabila Geisha berlalu pergi. Semestinya Victoria kenal dengan sikap dia yang tidak menerima sebarang pemberian sesiapa dengan sesuka hati.

Victoria melepaskan pelukan dan tersenyum. Pintu pejabat ditutup lalu dia memeluk tubuh.

"Thank you je?" Soal Victoria. Skyler berkerut dahi.

"Habistu?"

Victoria berjalan perlahan lahan mendekati Skyler dan tali leher jejaka itu ditarik rapat ke arahnya. Skyler memandang Victoria yang berada rapat dengannya.

"I pun nak hadiah." Hampir berbisik suara Victoria dan bibirnya dirapatkan ke bibir pink basah milik Skyler.

Skyler menahan rasa apabila Victoria semakin mendekatkan diri dengannya. Hampir tidak bernafas dia dibuatnya apabila haruman gadis itu turut masuk ke dalam deria baunya.

Victoria tersenyum sinis melihat halkum Skyler yang bergerak menelan air liur. Skyler memang takut untuk jatuh cinta, tetapi Skyler masih seorang lelaki yang mempunyai nafsu.

"So.. apa hadiah I?" Lengannya memeluk leher Skyler dan mata hijau itu direnung menggoda.

Skyler mula tersenyum. Nak main dengan dia?

"Hadiah?" Skyler menolak Victoria ke meja pejabatnya dan tangan gadis itu ditekan ke meja. Bibirnya tersenyum sinis melihat wajah cuak Victoria.

"Hadiah kau.. ada." Skyler memegang tali pinggang di seluarnya dan mengacah untuk mencabut.

"Apa you ni?!" Jerit Victoria sambil memejam matanya rapat. Skyler menahan tawa. Tangan Victoria dilepas dan jejaka itu kembali menegakkan tubuh. Tangan disilang ke dada.

"Pergi duduk sana. Aku nak buat kerja." Skyler menolak lembut tubuh Victoria agar gadis itu menjauhinya. Kemudian jejaka itu kembali melabuhkan duduk di atas kerusi dan menyambung kerja.

Tangan Skyler terhenti di satu fail berkulit biru keras yang berada di atas mejanya. Tulisan di fail itu diperhati dan riaknya berubah.

Terus tangan mencapai telefon di atas meja.

"Bro." Sapa Skyler terus sebaik sahaja talian bersambung. Fail itu masih diperhati.

"Yo. Nak apa?" Soal Franky di hujung talian. Skyler meraup wajahnya seketika.

"Seriuslah?"

Kedengaran nada tawa dari Franky. Skyler turut menahan senyumnya. Fail ditangan diperhati dengan seribu satu rasa.

"I leave the rest for you." Arah Franky. Skyler pantas angguk.

"Thank you, Franky."

Victoria hanya memerhati wajah Skyler yang sedang bercakap dengan Franky. Wajah lelaki itu kelihatan gembira. Dan satu benda yang menarik tentang Skyler adalah, lelaki itu nampak sangat kacak apabila dia ketawa atau senyum.

Melting.

"Apa tu?" Victoria mendekati Skyler dan dia melabuhkan duduk di atas riba Skyler seketika. Tangan mencapai fail yang dibaca oleh Skyler tadi.

"Victoria." Skyler cuba menolak Victoria yang sesuka hati duduk di atas ribanya. Namun biasalah, si Victoria ni bukan dengar kata dia.

"Ezekiel Personal Specialist Hospital?" Membulat mata Victoria membaca fail itu. Kemudian dia membetulkan duduk memandang Skyler.

"Jadi maknanya hospital Ezekiel akan ada di Perancis ini? Oh my god!" Victoria menjadi teruja kerana apabila hospital pakar ini ditubuhkan, maka Simon tidak perlu lagi buat pembedahan di luar negara.

Bukan tiada hospital pakar lain di Perancis, tetapi servisnya tidak sebaik Ezekiel. Dan tempat di segenap ruangan hospital juga sangat mewah.

Oleh itu, hospital Ezekiel sangat mahal kosnya sehingga mampu mencecah ratusan ribu semalaman. Jika operasi besar seperti pembedahan, mungkin akan mencecah jutaan euro bil yang perlu dibayar. Oleh itu bukan calang calang manusia yang boleh mendapatkan rawatan di Ezekiel specialist ini.

Skyler mengangguk. Franky telah memberi kebenaran untuk menubuhkan hospital pakar peribadi di Perancis ini. Pastinya mereka sudah tahu masalah yang dihadapi oleh Skyler iaitu tidak boleh meninggalkan kerja bagi membawa Simon ke luar negara bagi pembedahan.

Inilah yang membuatkan Skyler akan serba salah untuk memberitahu masalahnya kepada Hunter atau Franky kerana dua beradik itu akan sentiasa mencari ikhtiar untuk masalahnya walau apapun masalah yang dihadapi olehnya. Dia tidak mahu menyusahkan majikannya tetapi majikannya terlalu bijak mencari punca masalah yang dihadapi olehnya.

"Sekarang, turun." Skyler memandang Victoria yang masih duduk di atas ribanya. Berada berdekatan sebegini dengan Victoria benar benar menguji dirinya sebagai lelaki.

"Sabarlah kejap. I nak tengok." Fail itu dibelek belek dan Victoria membulatkan mata melihat dekorasi hospital yang dirasa sangat mewah itu. Tidak hairanlah D'Ezekiel menjadi salah satu nama yang tersenarai dalam kelompok terkaya global.

Skyler mengeluh dan tangannya naik memeluk pinggang Victoria sebelum dagunya dilabuhkan di atas bahu gadis itu. Mata dipejam rapat. Cuba untuk merehatkan diri.

Victoria terkedu apabila tubuhnya dipeluk dan Skyler. Bibirnya ditersenyum lebar dan dia memalingkan muka tepi. Bibir mencium pipi Skyler.

"Jangan cium aku lah." Berkerut wajah Skyler sambil matanya masih terpejam. Victoria tergelak kecil.

"You mesti stress kan banyak kerja macamni?"

"Aku stress dengan kau. Sekarang turun dari duduk atas kaki aku. Dah kebas kaki aku ni." Skyler menolak Victoria sehingga gadis itu akhirnya bangun. Nafas lega dihela apabila gadis itu akhirnya menjauhi dia.

Victoria benar benar tidak tahu apa yang seorang lelaki boleh buat jika dia terlalu mendekati lelaki itu.

Kerana lelaki juga mempunyai nafsu.

Hampir beberapa jam memokuskan perhatian pada kerja, keadaan kembali sunyi sepi.

Victoria yang sudah dilanda kebosanan kembali bangun dan melangkah ke arah Skyler.

"You.. lambat lagi ke nak lunch?"

Skyler memandang jam sekilas.

"Lima belas minit lagi. Kau nak balik ke? Aku hantarkan sekejap." Skyler berhenti dari membuat kerja dan merenung Victoria.

Gadis itu berkerut wajah.

"Mana ada I nak balik. I nak dating dengan you nanti lunch." Victoria menggigil teruja dan menarik kerusi sebelum duduk di hadapan Skyler. Wajah Skyler direnung penuh minat.

Skyler mengeluh dan kembali membuat kerja. Melayan Victoria sampai bila tak siap kerjanya.

"You ignore I?" Soal Victoria tidak puas hati.

"Victoria.."

"No, how dare you ignore I yang cantik ni?" Soal Victoria sambil bangun dan mendekati Skyler. Pen ditangan Skyler diambil dan diletakkan di atas meja jejaka itu sebelum dia memerangkap Skyler di kerusi jejaka itu.

Skyler memandang Victoria sebelum pandangannya jatuh pada lurah dada si gadis yang kelihatan apabila gadis itu menunduk sedikit.

Skyler, focus!

"Pergi duduk diam diam sanalah. Kau ni kacau je." Berkerut dahi Skyler memandang Victoria.

"You tergoda?" Soal Victoria berani. Bukan dia tidak nampak tadi Skyler sedang berperang dengan perasaan sendiri.

Victoria melangkah ke arah Skyler dan leher jejaka itu dipeluk dari belakang.

"Kalau tergoda..." Bibirnya didekatkan dengan leher Skyler.

"Kenapa perlu sorok?" Sambung Victoria nakal sambil hidungnya mencium leher Skyler. Dapat dilihat bulu roma di leher Skyler meremang dan bibir Victoria tersenyum.

Tok tok tok!

Skyler pantas tersedar dan meraup wajah apabila bunyi ketukan kedengaran. Hampir hampir sahaja dia termakan dengan godaan Victoria. Victoria turut menjauhi Skyler apabila bunyi pintu pejabat kedengaran.

"Masuk." Arah Skyler sambil mengisyaratkan agar Victoria tidak membuat hal.

Kelibat Geisha yang baru masuk kembali Hampir sahaja membuatkan Victoria menjulingkan mata tanda menyampah apabila melihat gadis yang acah sopan itu.

"Speak." Skyler memandang Geisha.

"Saya nak minta maaf pada miss sebab kurang ajar tadi." Pinta Geisha. Skyler memandang Victoria yang berada di tepinya.

Victoria menghela nafas.

"Okay." Jawab gadis itu ringkas. Geisha tersenyum manis.

"Oh ya, sekarang dah lunch, monsieur tak nak pergi makan ke? Kalau taknak pergi makan saya boleh tolong belikan makanan buat monsieur." Beritahu Geisha bersama senyum manis.

"No thanks. I can get the food by myself." Jawab Skyler kepada pekerjanya itu. Geisha tersenyum dan mengangguk. Kemudian pandangannya jatuh pada Victoria yang berada di tepi Skyler dan sedang memandangnya dengan riak tidak puas hati.

"Kenapa eh, you.."

Skyler pantas bangun dan memekup mulut Victoria apabila mulut lancang gadis itu ingin melancarkan serangan kepada Geisha. Geisha memandang dua manusia itu dengan pelik.

"Keluar." Skyler memandang Geisha. Pantas sahaja gadis itu akur dan melangkah keluar.

"Apa masalah you?" Victoria menolak tangan Skyler yang memekup mulutnya. Wajahnya berkerut marah.

"Kau tu kenapa nak marah dia? Dia dah minta maaf kan tadi?" Soal Skyler.

"Oh you suka lah dia gedik gedik dengan you? Dalam banyak banyak manusia dalam pejabat ni kenapa you yang dia tanya? Konon ambil berat padahal nak menggedik dengan you! I ni tak ada pula nak tanya dah makan ke belum, dasar perempuan gedik!" Marah Victoria meskipun Geisha sudah tiada di dalam pejabat itu.

Skyler tersenyum senget.

"Kau pun gedik, cakap orang pula." Kutuk Skyler tanpa rasa bersalah.

Mencerlung mata Victoria memandang Skyler.

"Okay fine! Pergi la makan dengan pekerja kesayangan you tu! I nak balik, rimas!" Victoria menghentakkan kakinya dan pantas mengambil beg tangan dan berlalu keluar.

"Victoria!" Skyler pantas mengejar langkah gadis itu yang laju menuju untuk keluar dari pejabat. Pandangan pelik beberapa pekerja yang masih belum pergi makan tidak dihiraukan.

"Hey hey." Tangan Victoria dicapai apabila dia berjaya mengejar langkah gadis itu.

"Lepaslah!" Bentak Victoria garang sambil meronta namun rontaannya terhenti apabila Skyler memeluk pinggang Victoria di hadapan ruangan berhampiran lif pejabat itu.

"Jom makan." Skyler berkata apabila melihat Victoria sudah tidak mengamuk.

"Taknak. I nak balik. You pergilah makan dengan perempuan tu buat apa terhegeh hegeh dekat I yang gedik ni." Victoria melepaskan tangan Skyler di pinggangnya dan mula masuk ke dalam lif.

Skyler menghela nafas.

***

Victoria melangkah ke dalam restoran Nia's Kitchen yang sudah setahun menapak di bumi Perancis dengan perasaan geram. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh jadi sangat cemburu jika ada yang ingin rapat dengan Skyler

Dia melabuhkan duduk di atas kerusi dan cuba menenangkan diri sendiri. Menu dibelek seketika.

"Welcome miss. May I take your order?" Soal seorang pelayan sambil tersenyum manis. Victoria menutup menu.

"Can I have a beer?" Soal Victoria. Rasanya sudah lama juga dia tidak minum sejak dia berada di Malaysia dulu.

Pelayan itu menggeleng kepala.

"Sorry miss, we are only served muslim's menu here." Jelas pelayan itu. Rasanya logo halal sudah besar kelihatan di hadapan restoran ini. Takkan gadis ini tidak nampak?

"Give us two glass of soda and two set of burger cheese and a plate of nasi goreng kampung. Plus, four pieces of toast." Tiba tiba ada suara mencelah dan automatik kepala Victoria mendongak melihat jejaka yang selamba melabuhkan duduk di hadapannya.

"Alright monsieur Skyler." Pelayan itu menunduk sedikit kepada Skyler dan Victoria sebelum berlalu pergi menyediakan pesanan.

"Who the fuck drink beer in a muslim restaurant?" Skyler menggeleng kepala kerana mendengar Victoria memesan arak di restoran muslim ini.

Victoria hanya diam.

"Look, I'm sorry." Skyler memandang Victoria yang berubah dingin dengannya itu. Walaupun dia sendiri tidak tahu dimana salahnya. Salah ke dia cakap Victoria gedik? Kerana gadis itu memang gedik.

Victoria menjeling dan lebih memilih untuk diam sehingga hidangan tiba.

Skyler tersenyum nipis dan menolak pinggan nasi goreng dan dua biji burger serta dua keping roti bakar bersama satu gelas air soda ke arah Victoria.

Barulah bibir Victoria melakarkan senyum.

"I hate you." Gadis itu mula makan dengan sangat berselera.

"Perempuan memang menakutkan bila lapar." Tergeleng kepala Skyler sambil menyuap roti bakar ke dalam mulut.

***

"I love the way you still choose me even she's better."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro