CHAPITRE DIX-SEPT 🐺

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Skyler menutup tubuh Victoria yang kesejukan tidur di atas sofa menggunakan selimut lebih di dalam hospital itu. Kemudian dia bergerak ke katil dan wajah Simon direnung.

Nafas lega terhela apabila pembedahan Simon akhirnya berjaya. Meskipun berbaki 40% peluang untuk berjaya, tetapi Simon tetap berjaya untuk hidup.

Bibir Skyler tersenyum dan dia memandang pula Victoria yang tertidur di atas sofa di dalam wad itu.

"Skyler.."

Automatik kepala Skyler tertoleh memandang Simon yang sudah sedar. Mata lelaki itu separa terbuka.

"Papa." Tangan Simon dipegang.

"I'm alive." Jelas kedengaran nada gembira dari bibir Simon. Skyler turut tersenyum dan mengangguk sedikit.

"You did it." Rambut Simon diusap. Selepas ini bolehla dia membawa Simon melakukan pembedahan mata di luar negara.

"Mana Victoria?"

Soalan Simon mengundang kerutan di dahi Skyler. Dah kenapa papa dia ni tiba tiba bertanya tentang gadis itu? Papa macam dah suka Victoria walaupun mereka baru berjumpa. Masa dia bercinta dengan Vanessa dulu mana papa dia rapat dengan Vanessa.

"She's here. Sleeping." Mata Skyler kembali melekat pada si gadis yang berada di sofa. Tadi dia dah suruh Victoria tunggu dirumah sahaja jika gadis itu tidak mahu ke hospital tapi Victoria tetap ingin menemaninya. Alih alih, tertidur pula.

"I heard sparks from your voice when you're talking about Victoria." Simon tergelak kecil apabila suara Skyler seakan akan teruja apabila perkara berkaitan Victoria dibahaskan.

Skyler mengerutkan wajah.

"Mana adalah, papa." Nafi Skyler sambil menggeleng. Kenapa dia perlu teruja bercakap tentang gadis yang dirasakan agak menakutkan itu?

Victoria berperangai tidak ubah seperti  watak antagonis di dalam mana mana cerita klise. Menjadi perampas dan penghancur rumah tangga orang. Jadi itu cukup menakutkan dia untuk berhubungan dengan si gadis bernama Victoria ini.

"Papa rehat dulu." Ujar Skyler sambil menyelimutkan Simon pula. Lelaki itu hanya angguk dan memejam mata.

Skyler melihat si papa yang tidur itu terus berjalan ke arah Victoria. Gadis itu sudah bangun dari tidur dan hanya diam memandang dia dan Simon yang berbual seketika tadi.

"Penat ke?" Soal Skyler. Victoria agak kerap tidur hari ini, jadi dia beranggapan bahawa gadis itu kepenatan kerana perlu mengikutinya ulang alik dari rumah ke hospital.

"Taklah. I cuma bosan. Kalau I tak tidur, nanti I nak buat apa?" Soal Victoria sambil tersenyum nipis dan mengikat rambutnya. Skyler memerhati leher putih jinjang milik gadis itu sebelum dia melarikan pandangan ke lantai.

"Papa okey?" Soal Victoria lagi. Skyler angguk. Simon hanya perlukan beberapa rawatan susulan sahaja lagi sebelum lelaki itu boleh pulang ke rumah.

"Lepasni boleh lah aku bawa papa pergi bedah mata." Bersinar mata Skyler kerana teruja ingin Simon dapat melihat kembali.

Biar lelaki itu lihat perangai isterinya yang bertopengkan syaitan.

"Okay." Victoria tersenyum nipis dan dia hanya diam. Tiba tiba dia terasa dirinya telah banyak menyusahkan Skyler sedangkan lelaki itu juga mempunyai masalah keluarganya sendiri.

Lagi buatkan dia rasa serba salah kerana kisah dulu. Dia bersikap kurang ajar dengan menolak Skyler mentah mentah meskipun lelaki itu terlalu baik dengan mereka.

"You banyak sangat tolong I." Victoria memandang Skyler. Senyuman diukir.

"Terima kasih." Ucap Victoria. Skyler hanya diam dan angguk sedikit. Dia pun tak tahu kenapa dia peduli sangat tentang gadis ini kerana kebiasaannya mana pernah dia ambil peduli tentang homo sapiens di muka bumi ini selain ahli keluarga D'Ezekiel.

Skyler nengerutkan dahi apabila telefonnya yang dari tadi berbunyi sehingga dia naik muak. Terus telefon dikeluarkan dari poket dan skrin dilihat.

"Franky, why?" Soal Skyler sebaik talian bersambung. Kemudian dia memandang Victoria seketika dan jejaka itu bangun. Kaki melangkah keluar dari wad.

Victoria hanya memandang. Mungkin Skyler perlukan privasi. Gadis itu turut bangun dan melangkah ke katil Simon.

Bibir tersenyum nipis.

"You had a great son, papa. Congrats." Bibir digigit seketika memikirkan dirinya yang tidak mampu menjadi anak terbaik buat Olivia. Tidak seperti Skyler yang masih berbakti pada ayahnya.

***

"Serius kau okey? Kalau kau nak back up apa apa aku boleh pergi sana tolong urus company." Ujar Hunter melalui FaceTime. Franky elok duduk di tepi abangnya.

Skyler angguk.

"I'm fine. Aku monitor company tu. Lagipun sekarang ni papa baru lepas operation aku kena settle hal dia. Lepasni nak bawa dia operate mata pula. Aku..."

"We understand that. Cumanya sekarang ni berita pasal kau dah tersebar luas. Ramai complain kau lagi teruk dari Elijah. Bila kami cuba bagitahu keadaan, diorang kata kitorang reka cerita." Franky cuba menjelaskan keadaan. Skyler mengurut kepala.

Dia tidak ambil tahu tentang berita semasa jadi dia tak tahu bahawa berita tentang dirinya yang mengabaikan syarikat telah tersebar luas.

Dia bukannya tak ambil peduli, setiap hari dia pantau syarikat itu. Dia cuma tidak berada di pejabat sahaja kerana perlu menguruskan Simon.

"Bro, nanti aku settle semua." Skyler bersuara.

"No, aku call ni bukan untuk suruh kau settle. Aku cuma nak tanya kau perlu apa apa bantuan ke tak? Kalau kau rasa kau tak ada masa free lagi then I'll help you." Ujar Hunter.

"Tak. Aku boleh handle. Jangan risau."

"Betul?"

Skyler angguk.

"Okay fine. Take your time. Jangan pedulikan berita tu semua sebab aku tahu kau orang yang bertanggungjawab."

Skyler tersenyum nipis. Itulah majikannya, meletakkan kepercayaan yang tinggi buat dirinya, dianggap seperti adik beradik. Kadangkala dia rasa bersalah kerana mereka melayannya dengan terlalu baik.

Skyler kembali masuk ke dalam wad apabila FaceTime ditamatkan. Keluhan dilepaskan sambil dia duduk di atas sofa dan jemari menyentuh skrin telefon membaca berita tentang dirinya.

.
.
"Lebih bagus kalau Elijah je yang ambil balik jawatan tu. Bos apa jenis tak nampak batang hidung langsung dekat pejabat."

"Such an irresponsible. Masa nak masuk haritu bukan main buat majlis. Sekarang where's him?"

"Eleh nanti adalah tu buat alasan masalah peribadi. Macam lah masalah dia tu besar sangat sampai tak reti nak urus pejabat."

"I can't believe Ezekiel yang cemerlang ni tiba tiba pilih orang macam Ace Skyler yang tidak bertanggungjawab ini."
.
.

Skyler menutup telefonnya dan telefon itu dimatikan. Malas mahu membaca lagi. Buat pening kepala je.

Sekarang ini Ezekiel Invest France tak ada apa apa masalah pun dan orang yang mengecamnya itu bukanlah salah seorang yang pernah berurusan dengan syarikatnya jadi mengapa perlu bising?

Skyler memandang Simon yang tidur sambil dijaga oleh Victoria. Takkan dia nak tangguhkan pembedahan Simon pula? Sampai bila?

"You good?" Soal Victoria apabila Skyler merenung Simon dengan tunak. Riak wajah Skyler seperti mempunyai masalah.

Dan semestinya jejaka itu tidak akan memberitahu masalahnya

"Yes. Good." Skyler memandang Victoria yang melangkah ke arahnya itu. Gadis itu melabuhkan duduk di tepinya dan mengerutkan dahi.

"Sini." Wajah Skyler dihadapkan ke arahnya dan jemari halusnya naik mengusap dahi Skyler. Dapat dirasa jejaka itu sedikit terkejut dengan tindakannya dan wajah mereka sangat rapat sekarang.

"Dahi you berkerut sangat ni. Relax." Victoria mengusap dahi Skyler cuba untuk mengurangkan stress jejaka itu. Skyler hanya diam dan membiarkan jemari Victoria mengurut dahinya.

Victoria tersenyum memandang wajah Skyler yang terkebil kebil memandangnya. Comel pula mamat ni. Geram nak cium.

"Okey sekarang dah tak stress sangat dah muka you. Kalau buat muka tadi, silap silap lari habis semua manusia sebab takut." Jemarinya diturunkan kembali apabila wajah Skyler sudah beriak tenang dan tidak kelihatan tertekan seperti tadi.

Skyler tersenyum nipis.

***

"Here, I want to ask you. Siapa yang buat cerita pasal aku? Sekarang ni syarikat ni ada apa apa masalah ke? Aku tak perhatikan syarikat ni ke selama ini?" Soal Skyler sambil memandang semua manusia yang berada di dalam bilik mesyuarat itu.

"I did my job. Urusan syarikat berjalan lancar, ekonomi pun dah hampir baik kembali dan masih ada yang tak puas hati dengan aku?"

Semua manusia di dalam bilik mesyuarat itu hanya diam menikus.

"Tolonglah faham sikit. Aku kadang kadang sampai tak tidur malam sebab nak siapkan semua hal syarikat, nak pastikan nasib korang ni terbela! Masa aku datang, syarikat ni hampir jatuh di tangan Elijah and now aku baiki balik keadaan syarikat ni. Dulu masa Elijah ambil alih berapa orang yang dibuang kerja? Ramai, kan? I tried to save you all! So you aren't jobless. And this is what you pay me? Burukkan aku, sebarkan berita pasal aku? What's wrong with you guys?" Merah padam wajah Skyler menahan marah dari meletus meskipun suaranya hanya mendatar biasa.

Kemudian wajah diraup dengan nafas kasar cuba untuk menenangkan diri sendiri. Panas baran bukan sikapnya jadi dia tidak boleh sesuka hati memarahi pekerjanya yang juga banyak menolong mereka membangunkan syarikat ini.

Sementara itu, di satu sudut bilik mesyuarat itu, mata berona coklat dari tadi memerhati bos yang sedang naik angin.

Gadis itu tersenyum sedikit kerana dia merupakan pekerja baru jadi ini pertama kali dia melihat wajah Ace Skyler yang menjadi bualan hangat kerana jejaka itu dikatakan mempunyai wajah yang mampu memikat hati para gadis.

Dan benar. Wajah majikannya itu sangat menambat hatinya.

Handsome.

"Okay. Right now tell me apa masalah korang tentang aku? What I need to do to improve myself?"

"Berada di syarikat ini. Pantau semua pekerja dan itu adalah tugas majikan yang sebenar benarnya."

Hampir satu ruangan itu menarik nafas terkejut apabila suara gadis baru itu kedengaran. Berani betul gadis itu bersuara.

Skyler memandang si gadis yang memberi kritikan padanya.

"Accepted. I will give more attention to our company. What else?"

Si gadis yang baru sahaja bersuara tadi bersorak di dalam hati apabila Skyler membalas kata katanya. Lelaki itu sangat soft spoken dan tidak panas baran.

Sebenarnya, dia bukan ingin mengutarakan isu majikan yang tidak memantau pekerja, dia cuma ingin Skyler berada di pejabat.

Agar dia mampu melihat wajah kacak itu setiap hari.

Mesyuarat itu berlangsung hampir dua jam sebelum masing masing mula diberi arahan untuk bersurai. Semua pekerja mula keluar dan Skyler menyandarkan kepala di kerusi lalu mata dipejam.

"Monsieur Skyler." Sapa gadis yang berwajah manis itu. Skyler membuka sedikit matanya yang memandang si gadis.

"Nama saya Geisha." Gadis bernama Geisha itu memperkenalkan dirinya dan membuatkan Skyler terdiam seketika.

"Okay cool, now get out." Skyler membalas setelah hampir tiga puluh saat berdiam diri memikirkan mengapa gadis itu memperkenalkan diri kepadanya secara tiba tiba.

"Monsieur nampak penat. Nak saya buatkan air?" Tawar Geisha.

Skyler menggeleng dan mula membetulkan duduknya di atas kerusi.

"No thanks. Kau boleh keluar dan sambung kerja kau." Jejaka itu mula berasa rimas apabila gadis bernama Geisha itu merapatkan jarak mereka.

"Monsieur macam tak suka saya je? Atau monsieur takut girlfriend?" Soal Geisha. Dalam hati berdebar menanti jawapan Skyler kerana dia tidak sanggup mendengar sekiranya Skyler sudah mempunyai teman wanita.

Berkahwin? Tidak kerana ditangan Skyler tiada apa apa cincin.

"Aku..."

"Hey."

Terus Skyler dan Geisha menoleh apabila kelibat seseorang bersama segelas air masuk ke dalam bilik mesyuarat itu.

"Oh, err.. I ganggu ke? Sorry. I ingatkan semua dah keluar." Ujar Victoria apabila melihat gadis yang berada dekat dengan Skyler itu.

Kakinya berjalan ke arah Skyler dan gelas air itu diletakkan di atas meja hadapan Skyler.

"Kenapa ni?" Soal Victoria apabila dua manusia itu hanya diam setelah dia masuk ke dalam ruangan itu. Skyler tersenyum nipis dan menggeleng.

"Saya keluar dulu." Geisha terus pamit apabila melihat si gadis yang cantik jelita berada di sisi Skyler. Kaki melangkah keluar dari bilik mesyuarat namun dia tidak pergi, kakinya berada di luar dan dia mengintai sedikit untuk mencari tahu siapa gadis cantik itu.

"Who's she?" Soal Victoria sambil mengheret kerusi dan duduk di tepi Skyler.

"Pekerja baru. Thanks." Skyler mengambil gelas air itu lalu dihirup perlahan.

"See? You buat muka macam singa ni lagi." Victoria tergelak kecil dan menaikkan jemari mengurut dahi Skyler. Kemudian satu ciuman dihadiahkan di pipi jejaka itu.

Geisha membulatkan mata. Terus hatinya berasa panas melihat si gadis cantik mencium Skyler. Mungkin gadis itu ialah teman wanita Skyler.

Geisha menghela nafas geram dan berlalu pergi.

Victoria mengerling Geisha yang berlalu pergi sebelum bibirnya tersenyum sinis. Bukan dia tidak nampak gadis itu mengintai mereka dari tadi.

"Aku dah kata banyak kali, jangan cium aku." Berkerut kembali dahi Skyler memandang si gadis yang sesuka hati menciumnya.

"I don't care." Victoria menjelirkan lidah sebelum tersenyum nakal. Skyler menggeleng melihat Victoria yang menggedik dengannya itu.

Tapi pelik, tak pula dia rasa rimas jika Victoria menggedik dengannya. Kalau gadis lain, automatik dia rasa rimas dan menyampah.

Victoria tersipu seketika apabila Skyler merenungnya. Terus dia tersenyum dengan pipi merah dan menunduk.

"Dah, jangan berangan." Dahi Victoria dijentik seketika sebelum jejaka itu turut bangun dari kerusi. Victoria mendengus geram kerana asyik dijentik.

"Kau nak balik atau nak tunggu aku siap kerja? Aku boleh hantar kau sekejap kalau kau nak balik."

"Taknak. I nak tunggu you." Jawab Victoria. Nanti si Elis tu menggedik dengan Skyler macamana?

Skyler angguk dan mereka berlalu keluar dari bilik pejabat itu menuju ke pejabat Skyler.

Dari jauh, mata Geisha setia memerhati pasangan itu bersama perasaan cemburu yang kian menebal.

***

"Hard or happy times, I will always be by your side even if at that time one world hates you."

***

130+ votes kita update lagi satu esok.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro