CHAPITRE TRENTE ET UN 🐺

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Apa kau buat disini?"

Vanessa tersenyum lalu memandang Skyler yang berada di hadapannya.

"Saja. Lawat kakak I. Salah ke?" Soal Vanessa. Dia mendekati Skyler sebelum lengan Skyler dipeluk.

"Kesian Victoria. Baru je gembira dapat jadi model, terpaksa hadap kebencian orang ramai nanti bila semua tahu yang dia rampas you dari I."

Skyler merentap tangannya.

"Vanessa, dengar sini. Empat tahun lepas, kau yang pergi dari aku dengan alasan kau mengandung anak Bernard, bukan aku yang tinggalkan kau." Ujar Skyler sambil mengetap rahang.

"Yes. I know. Tapi you tak ada bukti untuk tunjukkan benda tu betul. Nanti bila Victoria dibenci, nama dia takkan boleh dibersihkan tanpa bukti. Lainlah I, I ada semua kenangan kita bercinta dulu. I boleh tunjukkan pada semua dan buat mereka percayakan I." Provok Vanessa. Dapat dilihat muka Skyler merah padam menahan marah.

"Kau nak apa?" Soal Skyler akhirnya.

"I nak you. I nak kita bersama kembali macam dulu. Sebelum terlambat. Sekelip mata je I boleh jatuhkan kerjaya Victoria jadi fikir baik baik, Ace Skyler. Jangan buat keputusan bodoh." Vanessa merapatkan jarak mereka sebelum leher Skyler dipeluk dan hidung mereka hampir berlaga.

"I bagi you masa, dua hari. Fikir baik baik. Bye." Bisik Vanessa sebelum dia mencium pipi Skyler sekilas dan tersenyum.

Kaki mula melangkah keluar dari hotel yang diduduki oleh Skyler memandangkan rumahnya sekarang diduduki oleh Victoria.

***

"What?! You ada disini?" Soal Victoria terkejut. Skyler tersenyum.

"Si. (Ya.) Aku dah ada di rumah dah ni." Ujar Skyler. Victoria tersenyum lebar.

"Okay. I kena habiskan satu sesi lagi lepastu I balik." Victoria bernada teruja. Skyler angguk sebelum mereka mematikan talian.

Victoria tersenyum lebar dan menyimpan telefonnya.

"Wazeer! Can we make it faster? I kena balik awal." Ujar Victoria kepada pengurusnya. Wazeer yang sedang berehat berkerut dahi.

"Dah kenapa nak balik awal?" Soal Wazeer. Victoria tersenyum sumbing.

"Boyfriend I datang sini." Ujar Victoria malu malu.

"Oh." Wazeer buat muka menyampah. Dah naik muak dia dengar Victoria bercerita tentang teman lelakinya.

Akhirnya setelah selesai kerja, Victoria mula berkemas untuk pulang dengan hati berbunga bunga. Sempat singgah di kedai coklat untuk membeli pelbagai coklat.

Nak dating dengan Skyler!

Victoria menggigil teruja.

Keretanya tiba di garaj dan enjin dimatikan. Victoria mengambil beg tangan dan plastik coklat sebelum melangkah masuk.

Pintu dibuka.

"You?" Soal Victoria sambil memandang sekeliling rumah mencari kelibat Skyler. Kemudian dahinya berkerut apabila mendengar suara orang bercakap.

Suara perempuan.

Victoria meletakkan beg dan coklat di atas meja.

"I risaulah, macamana kalau Victoria balik?"

"Dia cakap dia ada satu sesi lagi. Lambat lagi dia nak balik."

Victoria tergamam mendengar suara Skyler. Pantas pintu dibuka sedikit dan dia mengintai ke dalam bilik.

Bulat mata Victoria melihat dua manusia di atas katil dan saling bertindihan.

"Skyler!" Jerit Victoria sambil membuka pintu bilik itu seluasnya.

Pantas Skyler dan gadis itu menoleh sebelum dia bangun dari menindih si gadis. Jejaka itu hanya berboxer dan si gadis tiada seurat benang.

"Vanessa?"

Vanessa terdiam sambil memegang selimut untuk menutup tubuhnya yang terdedah.

"Apa korang buat ni?" Soal Victoria.

"Kau kata ada satu sesi lagi?" Balas Skyler.

"I tanya you both buat apa ni?"

Skyler terdiam sebelum menghela nafas. Mata memandang ke dasar mata biru milik Victoria yang sudah berkaca.

"Aku.." Skyler mati kata.

Victoria mengelipkan mata memaksa air matanya tidak tumpah. Kepala dianggukkan.

"Tak apa, I faham."

"I'm sorry. But I still love Vanessa." Ujar Skyler perlahan. Victoria mengetap gigi. Sakit. Hati dia sakit.

"Oh." Jawab Victoria. Gadis kemudian tersenyum.

"It's okay. Teruskanlah dengan apa yang you buat tadi. Maaf ganggu." Victoria mula menutup pintu bilik dengan kuat dan berlari ke biliknya. 

Skyler mengetap gigi sebelum memandang Vanessa di atas katil.

Vanessa tersenyum.

"See? Tak susah pun untuk buat dia tinggalkan you." Ujar Vanessa sambil membuang selimut. Skyler pantas menoleh ke dinding apabila Vanessa selamba mempamerkan tubuhnya kepada Skyler.

Kemudian Vanessa mendekati Skyler.

"Stay away." Skyler mengundur. Vanessa tersenyum sinis.

"Kenapa? Tergoda?" Bisik Vanessa. Skyler mengetap rahang. Vanessa tergelak kecil dan mencium hidung Skyler.

"Biar dia keluar. Dan you, jangan berani keluar dari bilik ni." Ujar Vanessa sebelum gadis itu berlalu dan mengutip pakaian di atas lantai lalu masuk ke dalam bilik air.

Skyler menghela nafas apabila akhirnya Vanessa menghilang ke bilik air. Pintu bilik dibuka dan dia mencari Victoria.

"Victoria."

"Tepi. Jangan buat sabar I habis." Mendatar sahaja suara Victoria sambil menarik bagasi yang sudah mempunyai segala barangannya.

Skyler mengeluh sebelum memegang tangan gadis itu.

"Listen to me."

"Jangan sentuh aku!" Jerit Victoria sambil menarik tangannya kasar dan terus tangannya naik menampar pipi Skyler.

PANG

Skyler tertoleh ke tepi. Victoria mengetap bibir dan menahan air mata yang hampir tumpah.

"Tolong. Jangan muncul depan I lagi." Suara Victoria mula kendur dan dia menarik bagasinya untuk keluar.

Skyler ingin mengejar langkah Victoria namun bunyi nyanyian Vanessa membuatkan kakinya beku. Skyler kembali melangkah masuk ke dalam bilik membiarkan Victoria pergi.

"She's gone?" Soal Vanessa sambil keluar dari bilik air lengkap berpakaian dan melihat Skyler yang sedang memakai baju.

Pintu dibuka dan Vanessa tersenyum puas hati melihat bilik Victoria sudah kosong dengan pintu terbuka luas.

"You nak pergi mana?" Soal Vanessa. Skyler tanpa kata terus keluar.

"Skyler!" Jerit Vanessa geram sambil mengejar langkah Skyler dan tangan Skyler dipaut.

Skyler menghentikan langkah dan hanya statik.

"You nak pergi mana? Cari Victoria?" Soal Vanessa. Kemudian gadis itu tergelak sinis.

"You jangan lupa tau apa yang I boleh buat kalau you jumpa Victoria. I akan musnahkan dia." Bisik Vanessa.

Skyler hanya diam sebelum kembali berjalan keluar.

"Ergh!!" Jerit Vanessa geram.

***

Victoria memerhati ruangan apartment itu sebelum memuncungkan bibir.

"Luxury. Tapi kecil." Victoria melihat seluruh apartment yang hanya mempunyai satu bilik itu. Bagasinya diletakkan di tepi sofa dan Victoria menilik barangan di atas meja.

"Victoria."

Gadis itu terus menoleh apabila mendengar suara garau memanggil namanya sebelum dia memejam mata apabila terasa bibirnya diragut. Pantas tangannya melingkar di leher jejaka tersebut.

"L'amour." Skyler melepaskan tautan bibir mereka dan memeluk Victoria.

Victoria memandang mata hijau sebelum tersenyum.

"I was about to kill you again." Ujar Victoria. Nasib baik di dalam kereta menuju ke apartment ini dia sempat membaca mesej yang dikirim oleh Skyler semalam. Rupanya Skyler dah bagitahu dia semalam.

Dia lupa nak baca. Hehe.

"I'm livid. Kenapa tak baca mesej aku? I told you everything last night." Ujar Skyler geram. Victoria berdecit.

"I lupa. Kan I busy lepastu balik balik kerja you buat I terkejut macamtu. Memanglah I marah. Lepas I masuk kereta nak datang sini baru terdetik nak baca mesej you." Ujar Victoria.

Skyler menghela nafas.

"Kau boleh buat ni?" Soal Skyler. Victoria angguk.

"Don't worry. You teruskan je dengan rancangan you untuk pura pura bersetuju dengan cadangan Vanessa." Ujar Victoria. Skyler tersenyum.

"I love you." Ucap Skyler.

"You datang sini Vanessa tak tahu ke?" Soal Victoria. Skyler menggeleng.

"Aku kebas spy dia."

Victoria tergelak. Kan dah cakap si Skyler ni tahu merasuah je. Habis spy yang diupah Vanessa turut dirasuah olehnya.

"So we have all day." Skyler tersenyum nakal sebelum menolak Victoria ke sofa dan menindih gadis itu.

"You! Sabar." Victoria menahan tangan Skyler yang mula nakal.

Skyler berkerut dahi. Terus Victoria bangun dan mengambil plastik coklat yang dibeli tadi.

"I beli coklat. And condom." Sengihan ditayang.

Skyler menghela nafas.

"For what?" Skyler mengambil kotak kondom itu dan berkerut dahi. Victoria mengecilkan mata.

"You lah! Kalau I pregnant lagi macamana?" Soal Victoria garang.

"Kan kau nak anak?"

"Kan you taknak?"

Skyler tersenyum kecil sebelum membuang kotak kondom itu ke lantai dan menarik Victoria duduk di atas ribanya.

"I want babies. With you, only you." Bisik Skyler.  Victoria terkelip kelip memandang wajah Skyler. Kemudian pipinya memerah malu.

"Okay." Jawab Victoria malu malu.

Skyler tergelak kecil melihat wajah malu malu milik Victoria lalu meletakkan plastik coklat di atas meja sebelum dia kembali menolak Victoria ke atas sofa.

Bibir mereka bertemu.

***

Skyler membuka pintu rumah dan berjalan masuk. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi dan semestinya Vanessa sudah tidur.

Skyler mengurut leher perlahan. Kaki melangkah ke arah biliknya kerana rasa mengantuk masih tersisa.

Pintu bilik dibuka.

"You pergi mana masa ni baru balik?" Soal Vanessa tiba tiba dari arah belakang. Skyler hanya menonong berjalan masuk ke dalam bilik.

"Skyler can you stop ignoring me?!" Tanya Vanessa geram. Kaki melangkah ke bilik Skyler dan dia meloloskan diri ke dalam bilik itu.

"Ini rumah aku jadi aku boleh keluar dan masuk sesuka hati aku." Balas Skyler mendatar sambil meletakkan telefon dan beg duit di atas meja kecil.

Vanessa mendengus. Kemudian matanya melihat hujung leher Skyler yang berwarna merah.

"That's a lovebite." Ujar Vanessa sambil menyentuh kesan di leher Skyler.

Skyler hanya diam. Lupa nak bagitahu Victoria jangan buat di leher, nanti Vanessa nampak.

"You jangan buat I marah. I thought you went to a bar." Ujar Vanessa kerana mengikut maklumat dari seseorang yang diupah untuk memerhatikan Skyler, jejaka itu pergi ke kelab malam.

"So? There were girls at the bar. Is that have something to do with you if I had a sex with the girl at a bar?" Jawab Skyler tenang.

"Tapi sekarang you tu milik I! You kena bagitahu I kalau you nak buat apa apa."

Skyler tergelak sinis.

"Excuse me?" Soal Skyler dengan nada lucu. Kemudian jejaka itu mendekati Vanessa.

"Apa kau nak buat kalau aku taknak ikut kata kata kau? Aku dan Victoria dah putus. Jadi kalau kau nak dedahkan yang Victoria perampas, silakan. Kau yang akan terkena kembali kerana kami berdua dah tak ada apa apa hubungan." Skyler tersenyum sinis melihat wajah geram Vanessa.

"Jadi, keluar dan jangan ganggu aku. Hidup aku, aku yang tentukan undang undangnya." Tubuh Vanessa ditolak keluar sebelum Skyler menutup pintu biliknya dan dikunci.

"Skyler!" Jerit Vanessa geram.

***

Victoria menarik selimut dan memejam mata sebelum dahinya berkerut apabila hidung terbau makanan yang agak menyelerakan. Terus matanya melihat makanan yang berada di atas meja.

Eat, l'amour. Love you.

Bibir Victoria tersenyum lebar melihat sticky note yang ditinggalkan oleh Skyler. Comel. Memandangkan dia dan Skyler sudah tidak boleh berhubung melalui telefon, jadi Skyler meninggalkan sticky note begini untuknya.

Cutie!

Victoria menggigil teruja lalu mencapai tuala membalut tubuhnya yang tanpa seurat benang dan plastik makanan yang dibeli oleh Skyler diambil.

Kembung mulutnya mengunyah makanan. Kemudian minda mula berangan saat bersama Skyler tadi.

***

"That was awesome." Skyler berbaring lalu menutup tubuh Victoria dengan selimut sebelum gadis itu ditarik ke dalam pelukan. Peluh di dahi Victoria dilap lembut.

"Thank you." Ucap Skyler. Victoria berkerut dahi.

"Why?"

"Sebab tak jadi bodoh. Thanks for reading my messages." Ubun ubun Victoria dicium. Victoria membalas pelukan Skyler dan badan Skyler yang tidak berbaju dicium.

"Sepatutnya I yang cakap terima kasih dekat you. You buat semua ni demi pertahankan kerjaya I. I sayang you." Pelukan dieratkan.

Skyler tersenyum.

"Anything for you." Bibir Victoria diragut kembali.

"Dahlah I penat." Rungut Victoria. Skyler tergelak.

"It just a kiss." Ujar Skyler dalam tawa. Jam dilihat.

"It almost 12. Aku kena balik. Don't worry aku dah belikan makanan, jadi kau tidur okay?" Soal Skyler sambil bangun dari pembaringan.

"Hmphh awalnya." Rengek Victoria sambil menggoyangkan tangan Skyler. Skyler memandang si gadis di atas katil.

"It's 12."

"So? Kita tak duduk France jadi bukannya you kerja pun esok." Victoria memujuk lagi. Skyler tersenyum kecil dan kembali berbaring.

Victoria tergelak suka apabila Skyler termakan pujukannya.

"Jom tidur." Victoria memeluk Skyler dan kepalanya diletakkan di atas dada jejaka itu.

"Taknak satu round lagi?" Soal Skyler tiba tiba. Terus Victoria menepuk bahu Skyler.

Jejaka itu tergelak dan memeluk Victoria. Mata dipejam.

Skyler mula menyarungkan pakaian selepas tersedar jam 2 pagi dan menyelimutkan Victoria hingga ke paras leher.

"Goodnight. Bye, love you."

Victoria yang sedang tidur tersenyum lebar dan menggumam.

"Love you too." Balas si gadis dengan mata terpejam. Skyler menggeleng sebelum bibir Victoria ditindih seketika dan dia berlalu keluar. Sempat memanaskan makanan yang dipesan pukul dua belas tadi yang sudah sejuk.

***

Victoria melipat plastik setelah selesai makan dan rambutnya diikat. Mata memandang pakaiannya yang bertaburan di lantai.

"Buat lah apa pun, dia akan pilih aku sebab dia cintakan aku." Senyum sinis terbit di bibir Victoria. Gadis itu bangun bersama tuala di badan dan menyimpan makanan lebihan di dalam peti.

"Well.." jus di dalam peti diambil dan diminum. Kemudian Victoria mengemaskan ikatan tuala di badannya.

"Let see how a real villain plays, Vanessa."

***

"Because he is mine. Only."
















***

Korang tahu tak malam esok ada giveaway ebook QUEEN'S SPECIAL CHAPTERS?

Go look it up on my instagram (eychaeyheyn) and be prepared. Mungkin korang akan terpilih sebagai pemenang dan mendapat ebook secara percuma
<3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro