CHAPITRE TROIS 🐺

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Keluhan dilepaskan apabila si gadis masih berdegil tidak mahu tidur kerana ingin menunggu dia menyudahkan kerja yang tertangguh.

"Pergi tidur, Victoria. Dah pukul 1 pagi." Skyler berkerut wajah memandang Victoria yang masih santai menonton televisyen waktu ini.

Gadis itu berbaring di sofa sambil menggoyangkan kakinya yang berbalutkan stoking milik Skyler yang dicuri sewaktu jejaka itu mandi tadi.

"Cerita tak habis lagi kan? Sabarlah. You pun tak tidur lagi." Jawab Victoria sambil memaling mukanya memandang Skyler yang sedang menghadap komputer.

"Apa kaitan dengan aku? Suka hati aku lah nak tidur bila bila masa pun, bukannya kita tidur sebilik." Hairan Skyler dengan gadis yang menunggunya itu.

Jika ingin dikatakan Victoria ingin menonton siaran di kaca tv sehingga habis, cerita dah lama habis. Yang ada di skrin itu adalah acara sukan.

Gadis sepertinya menonton acara sukan?

Skyler menggeleng dan kembali fokus pada laptop. Tiada guna bercakap dengan seorang gadis yang keras kepala seperti Victoria.

"Kalau tidur sebilik pun apa salahnya." Victoria tersenyum nakal.

Mengundang renungan pelik dari Skyler. Gadis itu turut menoleh apabila terasa pandangan seseorang melekat di wajahnya.

"What? I bercakap dengan diri I sendiri, tak ada kena mengena dengan you." Rambutnya diikat sebelum Victoria bangun dari sofa memandang Skyler yang memandangnya seolah olah dia mempunyai masalah mental.

Selepas ini dia perlu mengawal mulutnya agar tidak terlepas cakap seperti tadi. Tidak hairanlah jika Skyler menganggapnya tidak waras.

"I nak buat air. You nak tak?" Soal Victoria sambil berdehem. Skyler menggeleng.

Terus kaki gadis itu melangkah ke dapur dan dua mug diambil. Meskipun Skyler tidak mahu, tapi dia tetap ingin buat air untuk jejaka itu.

Balang yang mengandungi serbuh air dibelek. Banyak betul. Nescafe, milo, horlick, coffee. Kemudian dia memilih Nescafe sebagai minuman tengah malam buat mereka.

Selesai sahaja membancuh air, terus dua gelas itu dibawa keluar dan dia meletakkan gelas di atas meja.

"Malam malam tak elok minum air manis banyak." Skyler memandang dua gelas air yang dibuat oleh gadis itu. Biar betul dia ni minum air dua mug malam malam begini?

Ya, dia juga tidaklah menjaga makan sangat tetapi benda basic sebegini semua orang tahu. Minum air manis dengan banyak waktu malam amatlah tidak menyihatkan.

"Mana ada banyak."

"Yeah, two mugs of nescafe isn't much." Perli Skyler.

"Bukan I minum dua dua. I buatkan satu untuk you." Sengihan ditayang pada Skyler.

Skyler berhenti menaip dan memandang mug diatas meja. Rasanya tadi dia cakap dia tidak mahu meminum sebarang minuman. Atau gadis ini yang tidak dengar?

"You need coffee for a late night work. Kopi kan boleh buat you berjaga dan buat kerja." Jelas si gadis apabila lelaki itu memandang mug di atas meja seolah olah dia meletakkan racun di dalam air itu.

"Kalau you taknak minum tak apa, I boleh habiskan." Victoria mula menghirup airnya sambil kembali menonton televisyen.

Skyler tersenyum nipis sebelum tangannya mengambil mug itu dan air dicicip perlahan.

Victoria menjerit kegembiraan di dalam hati apabila Skyler minum air yang dibuat olehnya buat jejaka itu tadi. Mesti Skyler akan terpegun dengan rasa air nescafe yang dibuatnya selepas itu, melamar dia untuk menjadi isteri jejaka itu.

Oh indahnya hidup ini!

"Tolonglah jangan berangan." Skyler terasa seperti ingin menghantukkan kepala di meja kerana gadis itu kerap berangan sewaktu dia bercakap dan kesannya, si gadis tidak mendengar apa yang dia sedang katakan.

Kadang kala dia teringin menjelajah ke dalam minda Victoria untuk mencari punca gadis itu selalu berangan dan mengelamun.

"Hah? You cakap apa?" Victoria memandang Skyler setelah suara frust milik Skyler masuk ke dalam telinganya dan membunuh segala lamunan indahnya tadi.

"Air kau buat ni manis. Tertumpah gula ke apa dalam ni?" Skyler berkerut dahi memandang Victoria sambil menunjukkan mug kepada gadis itu.

Victoria mengambil mug Skyler dan air itu dicicip.

"Biasa je. Air I pun rasa macamni." Ujar Victoria sebelum mengambil mug airnya pula lalu air itu diminum silih ganti.

Habis segala angan angan indahnya bersama Skyler mati akibat jejaka itu mengutuk air nescafenya manis.

"Stop it, jangan minum air manis banyak sangatlah." Skyler mengambil mug yang mengandungi air nescafe miliknya ditangan Victoria dan air itu diminum sehingga habis.

Victoria membulatkan mata apabila Skyler minum air di bekas bibirnya. Hati yang tadi layu kembali berbunga.

Skyler yang selesai meneguk air meletakkan gelas di atas meja dan memandang Victoria yang memandangnya dengan mata yang bersinar.

Sah, gadis ini sewel.

Kemudian keadaan kembali sepi sehingga jam hampir menginjak ke angka 3 pagi. Skyler masih setia dengan kerjanya manakala Victoria sudah tersengguk sengguk mengantuk.

"Pergi tidur." Buat kesekian kalinya, Skyler menyuruh gadis itu tidur tapi gelengan gadis itu diberi sebagai jawapan.

Degil.

Tidak lama kemudian, terdengar dengkuran halus dari gadis di tepinya. Skyler menggeleng melihat Victoria yang tidur sambil tubuhnya menggerekot sejuk.

Skyler bangun dan menutup komputer ribanya lalu dua mug tadi dibawa ke dapur dan dicuci. Gadis ini hanya tahu buat air tetapi tidak tahu mencuci mug.

Kemudian dia kembali ke ruang tamu dan tubuh Victoria digoyangkan.

"Hei, bangun. Tidur dalam bilik."

Victoria menggeliat kecil sebelum kembali tidur. Tidak larat mahu membuka mata.

Skyler menggaru kening apabila gadis itu kembali lena. Nafas dihela dan dia mula mencempung Victoria masuk ke dalam bilik. Tubuh gadis itu direbahkan di atas katil dan dia melihat badan Victoria akibat baju gadis itu yang terselak.

Menggoda.

Terus Skyler mengalihkan pandangannya dan selimut ditarik menyelimuti gadis itu.

***

Skyler memandang Ace yang sedang tidur itu dan kakinya melangkah keluar apabila hidung terhidu aroma masakan yang agak menyelerakan.

Terus mata Skyler tertancap pada Victoria yang sedang kehulu kehilir menyediakan sarapan buat mereka berdua itu.

"You cook all of this by yourself?" Soal Skyler sambil melihat hidangan yang agak banyak di atas meja. Siapa nak makan ni?

Victoria terus menoleh mendengar suara jejaka itu. Kelihatan Skyler sudah segak bersama baju kemejanya dan tie yang longgar.

"Morning." Pipi Skyler dicium sekilas sebelum dia menghidang nasi buat jejaka itu.

Skyler terkedu menerima ciuman dari gadis bermata biru itu.

Victoria tersenyum kecil melihat wajah terkedu milik Skyler. Comel.

Dia pun tak tahu apa yang dah jadi padanya tapi sekarang ini segalanya tentang Skyler, akan membuat dirinya teruja dan hatinya terasa berbunga bunga.

Cinta? Mungkin.

"No one kissed me before." Skyler mengelap pipinya menggunakan tali lehernya. Berani gadis itu mencium pipinya?

"Even Vanessa?" Soal Victoria.

Kemudian dia rasa menyepsal membangkitkan semula nama Vanessa selepas melihat wajah Skyler yang berubah.

"Jom lah makan." Victoria meletakkan makanan di atas meja dan cuba untuk menukar topik.

Semestinya dia yakin bahawa Vanessa menjadi punca Skyler berubah daripada seorang lelaki yang romantik dan riang kepada lelaki dingin dan tidak bergaul dengan perempuan seperti ini.

Selain isteri keluarga majikan dan juga dirinya, mana ada Skyler rapat dengan mana mana perempuan lain. Hanya mereka.

Victoria pun dilayan sebegitu sahaja. Jauh beza dengan Skyler yang dulu. Dulu jejaka itu melayannya dengan baik kerana dia adalah bakal kakak ipar lelaki itu.

Kakak ipar tak jadi.

Skyler hanya makan tanpa sebarang bicara.

Vanessa.

Gadis yang dulu menjadi wanita yang berjaya mengambil seluruh hatinya. Gadis yang ingin dijadikan isteri olehnya. Sangkanya, percintaan selama 3 tahun sudah cukup untuk mereka membina mahligai perkahwinan tapi dia silap. Dia masih belum sempurna untuk Vanessa sehingga gadis itu lari meninggalkan dirinya dan berkahwin dengan jejaka lain.

Mungkin juga dia tidak sempurna untuk sesiapapun. Sebab itu dia sudah serik. Tidak mahu membiarkan hatinya dimasuki oleh sesiapa lagi.

Tapi

Skyler memandang Victoria yang sedang makan di hadapannya itu. Bibir gadis itu memuncung dengan pipi kembung akibat makanan yang penuh di dalam mulut.

"You memang suka carrot eh?" Soal Victoria apabila mengesan Skyler asyik memandangnya. Lobak merah yang tinggal separuh diletakkan kembali di dalam pinggan kerana seram dengan renungan Skyler.

Mungkin lelaki itu marah kerana dia makan lobak merah milik jejaka itu dengan banyak.

Skyler menggeleng.

"Makanlah. Aku boleh beli lain kalau nak." Ujar Skyler sambil menolak pinggan itu ke arah Victoria dan kembali fokus pada makanannya.

Victoria hanya akur dan mengambil lobak merah di dalam pinggan lalu disuap ke mulut.

"Lepasni mandikan Ace. Kau dah tahu cara untuk mandikan dia, kan?" Soal Skyler. Victoria mengangguk laju dan membuat isyarat tabik.

"Aye aye, captain!"

***

Victoria menggosok badan Ace menggunakan berus mandi yang dibeli oleh Skyler.

Memang stok berus mandi perlu disediakan dengan banyak memandangkan sebelum mandi Ace akan merosakkan sekurang kurang lima berus barulah dia boleh mandi.

"Duduk diam diamlah Ace." Victoria memeluk Ace apabila binatang itu hampir keluar dari tub mandi. Habis bajunya juga basah dan dia turut berendam di dalam tub bersama Ace.

Victoria tergelak apabila Ace menggeselkan bulunya yang basah. Geli.

Selesai sahaja mandi, terus dia menyediakan makanan daging buat Ace. Ralit matanya memerhati Ace yang sedang makan dengan lahap itu.

"Macamana you boleh jumpa dengan Skyler eh?" Soal Victoria kepada serigala itu kerana pelik bagaimana Skyler boleh membela Ace sedangkan banyak lagi binatang lain yang boleh dibela seperti anjing atau kucing tetapi jejaka itu memelihara serigala.

"Dah kenyang? Argh!" Victoria terjatuh apabila tubuhnya diterkam oleh Ace dan binatang itu menggigit telinganya.

"Ace! Gelilah!" Victoria tergelak kuat dan tangan memeluk erat Ace yang berada di atasnya.

Kemudian dia bangun apabila Ace turun dari menerkamnya. Pasir di badan ditepuk dan dia menjentik telinga serigala itu.

"Grrr.. wof!"

"Apa? Ingat I takut? Mehla lawan." Victoria membuat gaya ingin bersilat. Kemudian dia menggosok badan Ace.

No wonder Skyler sayang sangat pada Ace. Binatang ini tidak membahayakan seperti serigala lain.

Selesai menguruskan Ace, dia keluar untuk membersihkan diri sendiri pula. Pakaian disalin dan dia berkemban menuju ke bilik air.

Selesai mandi, Victoria terhenti di hadapan pintu bilik Skyler. Bibir digigit apabila perasaan ingin tahu tentang apa yang terdapat di dalam bilik itu membuak buak. Tangannya gatal untuk membuka pintu bilik itu.

He wouldn't know

Victoria terus membuka pintu bilik dan kpala dijenguk ke dalam bilik lalu mulutnya melopong.

"Cantiknya." Bisik gadis itu sebelum masuk ke dalam bilik Skyler dan bilik mewah dan kemas itu diperhati.

Kagum. Cantik betul bilik. Amboi, bilik dia lawa. Bilik orang lain biasa biasa je.

Tak aci.

Victoria melangkah ke arah katil dan melabuhkan duduk di situ. Empuk.

"Bestnya." Victoria terbaring di atas katil dan mendepakan tangannya. Mata memerhati sekeliling. Bilik berwarna putih krim itu dihiasi dengan pelbagai hiasan elegan.

Terdapat juga gambar Skyler dan Ace sewaktu Ace masih kecil.

Comel.

"Tidurlah kejap. Dia mesti balik lambat lagi." Victoria mengambil bantal milik Skyler dan dipeluk. Jam loceng milik Skyler diambil dan alarm diaktifkan pada pukul 5 kerana Skyler pulang ke rumah pada jam 6 petang. Jadi sempatlah dia bangun sebelum Skyler tahu dia menceroboh bilik jejaka ini.

Bantal yang bercorak serigala itu diperhati dan dihidu.

Bau Skyler.

Terus gadis itu memejam mata sambil memeluk bantal dan lena mula menjemput.

***

"Victoria?" Skyler mencari kelibat gadis yang tiada di mana mana ruang dalam rumah itu. Di bilik Ace juga tiada.

Mana budak ni?

"Victoria?" Panggil Skyler lagi sambil membuka pintu bilik gadis itu. Tiada.

Tapi pakaian semua masih ada. Takkan dia lari pula.

Skyler menghela nafas apabila kelibat gadis itu tiada. Bertambah lagi satu masalahnya kena cari Victoria. Tak boleh ke gadis itu bagitahu dia dulu sebelum pergi ke mana mana?

Kringggg

Kepala Skyler tertoleh apabila mendengar bunyi jam loceng miliknya. Dahi berkerut pelik memikirkan sejak bila pula dia kunci jam petang petang sebegini?

Kaki melangkah ke biliknya untuk mematikan jam dan sebaik sahaja pintu bilik terbuka, dia terdiam.

Tubuh si gadis yang lena di atas katilnya dipandang. Skyler menahan carutan dari keluar apabila gadis itu sesuka hati masuk ke dalam biliknya tanpa izin dari dia.

Skyler melangkah ke arah Victoria yang lena. Bathrobe gadis itu terselak sehingga menampakkan lurah dada yang gebu. Ditangan gadis itu pula terdapat bantal peluknya yang dipeluk erat oleh Victoria.

"Bilik kau tak ada katil ke apa sampai nak tidur sini?" Bebel Skyler sambil melihat si gadis yang lena tanpa menghiraukan bunyi jam yang berdering sehingga mampu memekakkan telinga seseorang.

Jam itu diambil.

Bibir Skyler menyenget sinis apabila melihat jam itu dikunci sejak jam 5 petang tadi lagi tapi gadis itu masih tak bangun walaupun jam itu berbunyi setiap 5 minit sehingga pukul 6 ini.

Tidur mati.

Akhirnya nafas dihela. Lega apabila gadis itu tidak hilang dan terlelap di dalam biliknya.

Lelap apa sampai dua jam?

Skyler menggeleng dan membiarkan si gadis. Bukan Victoria bangun pun kalau dia kejut. Makin lena adalah. Lagipun hatinya tiba tiba menjadi lembut melihat wajah Victoria yang lena.

Tak sampai hati pula ingin mengejutkan gadis itu.

Bajunya ditanggalkan dan tuala dicapai. Kaki melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri setelah seharian berada di pejabat.

***

"I want. I want her. But my heart says no, so I change the feeling of wanting me to pity."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro