CHAPITRE UN 🐺

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Victoria melangkah masuk ke dalam ruangan yang berwarna warni itu. Bunyi musik yang kuat menambahkan lagi kerancakan suasana malam itu dengan kelihatan ramai orang sedang menari dan tidak kurang juga dengan manusia yang mabuk.

Terus kaki Victoria melangkah ke tengah kawasan pub itu dan dia turut menari sambil menenangkan diri. Tergeleng geleng kepalanya dan dia menari tanpa mempedulikan dunia sekeliling.

"Damn georgeus." Tiba tiba ada satu tangan melingkar di pinggang gadis yang berbaju sendat itu. Terus kepala Victoria tertoleh dan dia menolak tangan di pinggangnya.

"Apa sentuh sentuh ni!" Victoria menampar tangan berbulu yang melekat di pinggangnya. Dah berbulu ada hati nak peluk dia!

"You are damn hot." Bisik jejaka itu sebelum dia mengemaskan pelukan di pinggang Victoria. Gadis itu menolak apabila terasa rimas namun tenaga lelaki mabuk seperti jejaka itu tidak mampu ditandinginya.

"What the hell! Kau jangan sampai aku jerit tau." Victoria berasa geram apabila niatnya datang sini hanya untuk menghiburkan diri sendiri rosak gara gara lelaki yang memeluknya ini.

"Just a night, lady."

"I'm still virgin! Lepaslah! Dasar lelaki tua gatal!" Bentak Victoria namun suaranya tenggelam di dalam bunyi musik yang kuat.

Sekelip mata sahaja terasa tangan lelaki di pinggangnya itu longgar dan lelaki itu terdorong ke belakang. Dirinya pula ditarik kasar agar sehingga dia hampir terjatuh dan tangannya sempat memaut baju si lelaki yang menariknya itu.

"Fuck off." Dingin nada Skyler bersama riak wajah kosong memandang si lelaki yang terdorong ke belakang akibat tolakannya. Tangan Victoria digenggam erat sambil matanya langsung tidak memandang si gadis yang terkebil kebil memandangnya.

"Just a night, 100K." Lelaki tua mabuk itu cuba berunding dan tergelak kemabukan.

"I said, fuck off. She's mine."

Victoria terus membulatkan matanya memandang Skyler yang berada di tepi. Tangan Skyler yang bertaut dengannya terasa lebih kemas dan wajah Skyler juga agak menggerunkan dirinya buat masa ini.

Lelaki tua mabuk itu mencarut kepada Skyler sebelum berlalu pergi.

Skyler memandang Victoria yang dari tadi merenung wajahnya dengan riak tidak percaya. Kemudian tautan mereka dilepaskan.

"Kau dah kenapa datang sini? Suka lah jantan tu ambil kesempatan?" Soal Skyler sinis dan memeluk tubuh.

"I cuma nak hilangkan stress." Victoria merengus apabila lelaki itu kembali kepada perangai menjengkelkan.

"Balik." Arah Skyler.

"Kalau I taknak?"

"Then fine. Kau kena rogol nanti padan muka." Skyler berlalu keluar dari pub itu meninggalkan si gadis yang tercengang.

Buat penat sahaja dirinya masuk ke dalam pub apabila melihat si gadis yang jelas tidak selesa diganggu oleh lelaki tua yang miang namun gadis itu pula tidak mahu pulang dan ingin berada di pub haram itu.

Lantaklah.

Skyler terus masuk ke dalam keretanya dan meneruskan perjalanan untuk membeli berus mandi baharu buat Ace kerana serigala kesayangannya itu menggigit berus mandi sehingga berus itu rosak tanda protes kerana tidak mahu mandi.

Victoria melangkah keluar dari pub apabila terasa dirinya bakal diganggu oleh sekumpulan lelaki miang yang dari tadi memandang lekuk tubuhnya.

Lelaki miang.

Terus dia pulang ke rumah menggunakan teksi kerana dia tidak mempunyai cukup wang untuk membeli kereta sejak dibuang kerja dulu.

Dahi Victoria berkerut melihat barang barangnya dan bagasi berada di luar pagar rumah sewanya. Terus dia berlari dan memandang pagar yang terkunci dengan mangga besar dan kertas yang tertampal di salah satu bagasinya diambil dan dibaca.

Victoria merengus geram apabila dia dihalau dari rumah sewa itu akibat tidak membayar duit sewa yang tertunggak selama dua bulan.

Kaki menendang pagar itu sehingga bunyi gegaran kedengaran.

"Tak guna! Nak halau pun agak agak la. Sekarang dah malam! Halau la esok pagi, kau halau aku waktu macamni, mana aku nak tidur malam ni? Bodoh!" Maki gadis itu geram sambil dia menarik bagasinya dengan kasar.

Sekarang ini menjadi satu masalah pula dia perlu mencari tempat untuk dijadikan tempat tidur buat malam ini.

Kaki Victoria melangkah pergi dari rumah itu sambil menarik beg pakaiannya. Dalam minda sudah mempunyai pelbagai tempat untuk dia menginap seperti di kaki lima, bawah jambatan dan kawasan lorong.

Tapi takkanlah dia mahu tidur betul betul di situ. Sudahla disini ada ramai jantan miang!

Akhirnya Victoria berhenti di sebuah stesen bas yang sunyi sepi. Punggungnya dilabuhkan di atas tempat menunggu dan dia menyandarkan tubuh di tiang.

Telefonnya yang masih berbaki 40% itu dibuka dan dia melihat nama seseorang di dalam telefonnya itu. Lama nombor itu direnung sebelum nafas lemah dihela dan telefon itu diletakkan di  dalam beg kembali.

Tidak guna dia terhegeh hegeh lagi sedangkan dirinya sudah cukup menderita di dalam kehidupan yang kucar kacir meskipun mewah pada suatu ketika dahulu.

Dan sekarang, meskipun tiada duit dan harta, hidupnya agak selesa tanpa emosinya menderita lagi.

Victoria memejamkan matanya dan beg dipeluk erat. Takut juga jika ada yang mencuri begnya kerana dia masih ada duit RM500 lagi untuk meneruskan kelangsungan hidup sementara dia mencari kerja baru.

***

Skyler mengerutkan dahi melihat figura seorang gadis yang tertidur di perhentian bas di laluan untuk ke rumahnya sambil memeluk sebuah beg. Terus keretanya diberhentikan dan dia mula keluar dari kereta.

Mata melihat si gadis yang dikenali sedang lena sambil tubuh gadis itu bersandar di tiang.

Skyler mengambil sehelai kertas yang terselit di celah beg gadis itu sebelum dia membaca bait bait tulisan di atas kertas itu.

Gadis itu diusir dari rumah sewa kerana tidak membayar tunggakan sewa. Baru dia tahu rupanya Victoria menginap di rumah sewa sahaja selama ini.

Tangan Skyler mula naik untuk mengejutkan Victoria namun apabila melihat wajah lena gadis itu membuatkan dia tidak sampai hati pula ingin mengganggu lena Victoria. Pastinya gadis itu sangat penat sehingga tertidur dalam keadaan duduk sebegini.

Tangan diturunkan kembali dan Skyler mengambil beg serta bagasi gadis itu dengan perlahan agar tidak mengganggu si gadis yang lena lalu semua beg itu dimasukkan ke dalam keretanya.

Kemudian dia mengangkat tubuh Victoria dengan lembut dan dibawa ke keretanya. Lagak seperti seorang penculik yang ingin menculik gadis di perhentian bas sunyi itu.

Selesai sahaja dia membaringkan Victoria di kerusi belakang, Skyler terdiam memikir seketika di tempat pemandu. Dia nak bawa Victoria ke mana? Hotel? Nanti mestilah orang hotel pelik kenapa dia membawa gadis yang tertidur ke situ.

Nanti tak pasal pasal pula dia dituduh menculik!

"Takkan nak bawa balik rumah?"

***

Victoria mengerutkan dahi apabila terasa kesejukan mula menyapa tubuh. Terus mata dibuka dan dia memandang kawasan tidur yang membuatkan dirinya tidak mahu bangun dari tidur. Selesa.

Berkerut dahi Victoria melihat bilik mewah yang menjadi tempat tidurnya. Bau cologne lelaki dan juga keadaan bilik yang teratur.

Dia diculik?

Tapi diculik apa jika dia berada di bilik yang mewah sebegini? Tambahan tangan dan kakinya juga tidak digari dan dia disediakan katil yang empuk.

Victoria menyelak selimut dan memejam mata menikmati haruman bilik yang seperti dia kenal. Bau ni macam pernah dia kenal tapi dimana eh?

Jangan jangan ini bau lelaki berbulu yang mengambil kesempatan ke atas dirinya semalam! Oh tidak!!!

Terus Victoria berlari ke pintu bilik yang tidak berkunci dan pintu itu dibuka kasar kerana ingin melarikan diri.

Apabila kakinya menjejak ke luar bilik, dia mengerutkan dahi. Ruang tamu yang tidak asing baginya.

"Ini kan rumah.."

"Pergi mandi."

Terus kepala gadis itu tertoleh memandang Skyler yang sedang menyediakan sarapan buat mereka berdua.

Patutlah dia macam kenal ke bau cologne itu, rupanya milik Skyler.

Wangi.

Victoria melangkah ke arah meja yang terdapat roti gulung sardin yang dibuat sendiri oleh Skyler.

Mahu meleleh air liurnya kerana makanan itu.

"Macamana you bawa I ke sini?" Soal Victoria pelik apabila melihat Skyler di depan mata. Dalam hati berasa gembira kerana bukan lelaki berbulu semalam yang menculiknya.

"Aku suruh mandi kan?" Soal Skyler mendatar. Mata langsung tidak memandang Victoria dan dia terus menyediakan makanan buat binatang peliharaannya juga.

Victoria mencebik dan berlalu pergi. Sedar dia menumpang di rumah itu jadi dia perlu mengikut arahan tuan rumah.

Suasana hanya sepi sahaja apabila bersama dengan jejaka yang terkenal dengan sifat dingin itu. Victoria memandang Skyler yang hanya makan tanpa banyak bunyi.

Dan suasana itu sangat janggal baginya.

"You..."

"Kenapa tak bayar sewa?" Soal Skyler tanpa sempat gadis itu menyambung bicara bagi memecahkan sunyi. Matanya memandang si gadis bermata biru cerah itu.

Dan sekarang Victoria tahu bahawa Skyler telah membaca nota yang penyewa bagi kepadanya semalam.

"Berhibur ke kelab boleh, dan bayar sewa tak boleh?"

"Sewa tu mahal sangat. Lagipun macamana I nak bayar sewa kalau I tak kerja? Duit tu bukan turun dari langit." Victoria menyuapkan sardine rolls ke dalam mulut.

Sedap.

"Dah orang bagi kerja kau pergi menggatal dengan majikan sendiri. Dah tahu majikan tu ada anak bini dah kan." Bidas lelaki itu.

Victoria menjeling lelaki itu secara sembunyi.

"Aku boleh bagi kau kerja kalau nak." Skyler akhirnya meluahkan apa yang dia fikir selama semalaman kepada si gadis. Victoria terus mengangkat kepala dengan teruja memandang Skyler.

"Kerja apa?" Soal gadis itu dengan bibir yang tersenyum lebar.

"Jaga Ace."

"Ace?" Soal Victoria pelik. Siapa Ace? Bukankah lelaki itu namanya Ace?

Ace Skyler D'Ezekiel

Dia tahu kerana dia pernah crush kan Skyler dulu sehingga dia berminat untuk mengetahui semua hal lelaki itu. Siapa je yang tak terpikat jika ada lelaki bermata hijau berdekatan dengannya kan?

Tapi selepas mengetahui jejaka itu mempunyai hubungan dengan salah seorang keluarganya dulu,  terus hilang minatnya pada Skyler.

Skyler memandang ke arah pintu sebuah ruang yang tertutup sebelum dia bangun dan melangkah ke pintu itu.

"You jangan cakap yang I kena jaga benda tu." Mana mungkin dia lupa kejadian dimana dia melihat serigala peliharaan Skyler haritu walaupun secara tidak sengaja.

Skyler membuka pintu ruang tu dan bersiul perlahan. Terus si serigala bangun dari tidurnya apabila mendengar siulan di pemiliknya. Kaki laju berlari ke arah Skyler dan tubuh itu diterkam sehingga Skyler terjatuh ke lantai.

"Arghh!" Jerit Victoria takut apabila melihat serigala itu menerkam Skyler.

Skyler mengerutkan dahi mendengar jeritan si gadis. Dah kenapa menjerit? Yang kena terkam, dia. Bukan gadis itu.

Terus tangan memeluk Ace yang menggeselkan kepala di badannya. Dia bangun dari baring dan mendukung serigala sebesar tiga guni beras yang digabungkan dan melangkah ke arah Victoria.

"No." Victoria terus bangun dari kerusi dan melangkah menjauhi Skyler.

"I taknak jaga dia. Nanti dia gigit I dan I akan mati." Victoria tidak dapat membayangkan jika dia perlu menjaga serigala itu dan riwayatnya bakal tamat jika serigala itu menyerangnya.

Skyler memandang Ace yang hanya diam di dalam dukungannya sebelum haiwan itu diletakkan di atas lantai. Terus Ace naik ke atas kerusi dan menghidu sardine rolls yang berbaki sedikit di dalam pinggan milik Skyler dan dia memakan makanan itu meskipun dia baru sahaja makan tidak sampai sejam lepas.

"Sekarang ni kau nampak dia gigit aku ke?" Soal Skyler.

"Memanglah dia tak gigit you sebab you tuan dia!" Bentak si gadis.

Skyler mengangkat keningnya lalu memandang Ace yang sedang melahap sardine rolls miliknya. Tangannya diletakkan di mulut serigala sebelum Ace terus menggigit tangannya.

"You gila ke?!" Jerit Victoria apabila melihat gigi tajam itu menggigit lengan Skyler. Jejaka itu tergelak kecil dan mengeluarkan tangannya dari gigitan Ace dan menunjuk tangan yang tiada walau sedikit luka pun kepada Victoria. Yang ada cuma air liur binatang itu.

"See? He wouldn't harm us." Skyler melangkah ke arah Victoria dan tangan gadis itu ditarik.

"No no! I taknak!!" Jerit Victoria sambil mula menangis apabila Skyler menarik tubuhnya ke arah serigala itu.

Terasa sekarang ini maut boleh menjemputnya.

Skyler menghalakan tangan Victoria ke arah Ace dan Ace terus menggigit tangan Victoria.

"Arghhh!!!!" Jerit Victoria sambil menangis dengan teresak esak apabila terasa gigi Ace mendarat di kulit tangannya. Kemudian tangisannya perlahan lahan terhenti apabila tiada rasa sakit di tangan itu.

"Cengeng." Kutuk Skyler.

Victoria memandang tangannya yang berada di dalam mulut Ace sebelum dia duduk dia merenung mata Ace. Comel juga serigala ini.

"Dia jinaklah." Tangan Victoria mula naik mengusap kepala Ace dengan lembut. Ace pula terus menggeselkan kepalanya di tangan si gadis jelita itu.

Skyler tersenyum nipis.

Memang Ace jinak kerana dia menjaga Ace sejak serigala itu keluar dari perut ibunya lagi.

"10,000 per month."

Victoria mengangkat kepala merenung Skyler. Biar betul mamat ni. Jaga serigala jinak ini untuk gaji 10 ribu sebulan? Gila ke?

"Mahalnya."

"Nak ke tak?" Skyler menggunakan cara halus untuk memaksa gadis itu bersetuju. Victoria memandang Ace dan Skyler bersilih ganti.

Bodohla jika dia menolak kerja senang sebegini untuk duit 10 ribu sebulan itu. Mana nak dapat kerja dengan tawaran gaji lumayan ini?

"Nak."

Skyler tersenyum nipis.

***

"I only expected a help can changed me to be better, but no. A help changed me to be the best."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro