CHAPITRE VINGT-CINQ 🐺

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Skyler menutup pintu rumah dan kemejanya ditanggalkan. Hanya berbaju singlet sahaja dia menuju ke dapur sebelum tangan mencapai gelas kaca yang terdapat di atas rak.

"Kenapa perlu lari dari aku? Heck, aku akan suntik ubat tidur Ace dan bawa dia ke Malaysia secara paksa jika aku tahu yang dia akan lari." Skyler membebel setelah mendapat maklumat dari Elijah bahawa Victoria tiada di bumi Perancis.

Duduk dilabuhkan di atas sofa dan Skyler mula membuka botol beer yang dibeli seketika tadi.

Gadis itu bukan sahaja menyekatnya malah terus memadam semua akaun media sosial kerana dia tahu Skyler bakal menjejaknya juga menggunakan akaun palsu.

Skyler meneguk minuman keras itu sebelum terdiam seketika. Kenapa dia beria ria ingin Victoria ada disisinya? Padahal Victoria bukan sesiapa baginya.

Mungkin kerana anak? Victoria sedang mengandungkan anaknya. Skyler mengeluh.

Hampir dua botol beer sudah licin diminum untuk merehatkan diri. Skyler mengerutkan dahi melihat botol botol beer yang sudah licin.

"Where's the drink goes?" Bicaranya sendirian dengan riak keliru. Kemudian bibirnya taersenyum sebelum botol itu dicium.

"Mesti anak kita akan jadi kacak seperti aku. Kan?" Ujar Skyler sambil mencium botol itu seolah olah mencium Victoria.

Setelah sepuluh minit mencium botol, Skyler meletakkan kembali botol di atas meja apabila mendengar bunyi ketukan di pintu. Siapa pula yang mengganggu momen sweetnya bersama Victoria ini?

Skyler melangkah dan pintu dibuka kasar.

"Euw, bau apa ni?" Lyfea menekup hidungnya apabila bau seperti benda tajam dan keras masuk ke dalam hidungnya. Kemudian gadis itu melihat wajah Skyler yang kemerahan serta mata lelaki itu yang kuyu seperti ingin tidur.

"Saya ganggu awak tidur ke?" Soal Lyfea.  Skyler mengangguk tanpa riak.

"Sorry. Saya cuma tengok rumah awak gelap. Ingatkan awak masih belum balik ke rumah." Lyfea beralasan. Skyler hanya diam dan melangkah masuk. Dia tiada mood ingin berborak atau melayan sesiapa. Kecuali jika orang itu adalah Victoria.

"Apa ni?" Lyfea mengambil botol kaca di atas meja Skyler dan tulisan di botol itu diperhati.

"Awak non muslim?" Soal Lyfea terkejut. Setahunya, majikan Skyler merupakan seorang muslim jadi dia ingatkan Skyler juga merupakan seorang muslim.

Skyler berjalan masuk ke dalam bilik tanpa mempedulikan Lyfea sebelum bantalnya diambil dan diletakkan di atas katil. Badan direbahkan di atas katil lalu mata dipejam.

Alya melihat pintu bilik Skyler yang tidak bertutup sebelum keluhan keluar.

"Sia sia je lah aku pakai macamni. Ingatkan dia akan terpesona melihat aku yang bertudung ayu rupanya bukan muslim. Haih." Lyfea menyentuh tudung selendang yang tersarung di kepalanya sebelum tangan naik mencabut pin pin di selendangnya.

Gadis itu tersenyum sambil mengurai rambut panjang berwarna coklatnya dan tersenyum. Kaki melangkah ke dalam bilik Skyler dan tubuh yang lena itu diperhati.

Terus Lyfea naik ke atas katil dan tidur di tepi Skyler. Tubuh bersinglet itu dipeluk dan wajah lena Skyler ditenung. Meskipun bau arak melekat di badan Skyler, tetapi itu tidak menjijikkan Alya walau sedikit.

"Perfect." Bisik Lyfea sambil jemarinya bermain di wajah Skyler. Sekejap di kening, sekejap di hidung dan sekejap di bibir.

Skyler berkerut dahi apabila terasa ada jari mengusik wajahnya. Terus mata dibuka dan dia melihat wajah Lyfea yang sangat rapat dengan wajahnya.

"Get out.." Skyler berkata dalam sisa kantuk yang amat. Lyfea tersenyum nakal dan bibir Skyler diusap dengan jarinya.

"Tidurlah. Awak mesti penat kan asyik kerja je dua tiga hari ni. Saya temankan awak." Lyfea berkata sambil hidungnya dirapatkan dengan hidung Skyler.

Skyler berkerut halus melihat wajah Lyfea yang samar samar di dalam gelap itu.

"You're not Victoria." Kata Skyler sambil melepaskan tangan Alya dipinggangnya. Lyfea kembali memeluk Skyler.

"Siapa Victoria?" Hati Lyfea mula melahirkan perasaan cemburu.

"Dia.." Suara Skyler semakin perlahan sebelum sepi sahaja kedengaran. Lyfea mengerutkan dahi lalu wajah Skyler ditilik. Dengkuran halus kedengaran dari Skyler.

"Victoria." Lyfea menggumam perlahan sambil mengacip gigi.

***

Lyfea menarik langsir dan serentak itu cahaya matahari mula menerobos ke dalam bilik Skyler.

"The heck.. close it." Skyler berkata perlahan sebelum mengambil bantal dan memekup mukanya apabila wajahnya disimbahi sinar matahari.

"Bangunlah. Dah pagi ni." Lyfea kembali merapati katil dan bantal yang memekup wajah Skyler dialihkan.

"Good morning." Sapa Lyfea apabila mata hijau itu memandangnya. Skyler menghela nafas dan duduk di atas katil. Mata melihat gadis yang berpakaian sendat dan berambut paras pinggang itu.

"Cantik tak?" Soal Lyfea sambil tersenyum.

"Get out." Hanya itu yang keluar dari bibir Skyler sebelum dia bangun dan menutup langsir kembali. Bala apa lah yang hadir ini mengganggu hari untuk dia berehat.

"Skyler.. argh!" Jerit Lyfea apabila tubuhnya ditolak kasar ke dinding dan tangan Skyler mencengkam kedua tangan gadis itu ke atas.

"Kali terakhir aku cakap, keluar dari rumah aku." Suara garau itu keluar serentak dengan panahan mata yang mampu membunuh sesiapa sahaja.

Lyfea menelan air liur.

Skyler melepaskan pegangan Lyfea dan menolak gadis itu keluar dari biliknya. Kemudian Skyler kembali merebahkan badan di atas katil. Bantal peluk diambil dan didakap erat.

Lyfea menjerit kegeraman sebelum gadis itu menghentakkan kaki keluar. Pintu rumah dihempas kuat.

***

"Take 5!"

Victoria melangkah ke arah sebuah meja sebelum air di dalam botol diambil dan diteguk.

"You did good, Victoria Abells." Ujar salah seorang pengurus model itu. Victoria tersenyum lebar.

"Thank you. I pun sebenarnya masih janggal because I have never been in modeling before." Jujur Victoria berkata.

"You dah berapa bulan pregnant?" Soal pengurus itu.

"3 months."

"Oh, great. Mana bapa dia?"

Victoria terdiam seketika.

"Ops, sorry. That's probably a private matter." Pengurus itu mula tersedar ketelanjurannya dalam bertanya. Victoria tersenyum lega apabila pengurusnya merupakan seorang yang memahami.

"I percaya suatu hari nanti you akan jadi model profesional macam Gigi Hadid dan Kendall Jenner."

Victoria tergelak kuat.

"Kalau ya pun nak ambil hati I tak perlu sampai begini." Tawa Victoria terlepas sambil gadis itu menggeleng. Ada ke patut samakan dia dengan Gigi dan Kendall? Mereka berdua tu model tahap antarabangsa, dia? Hanya ingin mencari duit sahaja. Asal cukup untuk makan dan sara dirinya bersama anak ini maka cukuplah kerjanya setakat itu sahaja.

"Okey sambung!"

Victoria kembali dirapikan sebelum dia bergerak ke layar berwarna hijau itu dan mula menjalankan kerjanya sebagai model sambilan.

Victoria mengelap peluh sebelum menukar pakaian setelah selesai photoshoot untuk hari itu. Rambutnya diikat tinggi sebelum dia melangkah keluar.

Kaki bergerak ke kereta dan gadis itu mula memandu ke klinik untuk membuat pemeriksaan bayinya.

"Hello Victoria." Sapa doktor yang sudah menjadi petugas sewaktu gadis itu ingin check up.

Victoria turut tersenyum dan berlaga pipi dengan doktor tersebut.

"Baby macamana?" Soal doktor itu sambil menyediakan alatan untuk memeriksa ultrasound.

"Diam je dia harini. Tak meragam." Victoria tergelak apabila anaknya tidak bergerak aktif seperti selalu. Mungkin faham bahawa Victoria perlu bergerak banyak sewaktu kerja.

Setelah selesai membuat imbasan ultrasound, Victoria melabuhkan duduk di atas kerusi.

"How? Gender dia dah nampak ke?" Soal Victoria. Doktor itu meneliti imbasan seketika sebelum menggeleng. Victoria sedikit hampa kerana dia tidak boleh membeli barang baby selagi tidak tahu jantina anaknya.

"You pregnant 3 bulan kan?" Soal doktor itu. Victoria angguk.

"Why?"

"Victoria.." doktor itu menggenggam tangan Victoria. Gadis itu mengerutkan dahi.

"Doc, you scared me. Kenapa ni?" Soal Victoria dengan suara terketar. Doktor perempuan itu menghela nafas seketika sebelum mengemaskan genggaman di tangan Victoria.

"I minta maaf tapi.. janin you dah tak ada. Dia dah meninggal." Doktor itu berkata. Victoria terdiam seketika.

"What?" Victoria dapat merasakan tangannya sejuk.

"I'm so sorry. Mungkin ini bukan masa yang tepat untuk you mempunyai anak. Your baby.. isn't there anymore. Dia dah tak ada." Doktor itu bangun dan memeluk Victoria yang kelihatan seperti susah untuk menerima kenyataan.

"No way.." Victoria tergelak kecil dengan air mata yang turun ke pipi. Tergeleng geleng kepalanya menafikan.

"Anak I masih ada. I tengah mengandungkan dia sekarang ni." Ujar Victoria sebelum esakannya keluar. Doktor itu tersenyum nipis.

"Anak I..." Victoria mula menangis kuat dan teresak esak. Doktor itu membalas pelukan Victoria dan belakang gadis itu diusap.

"Victoria trust me, nanti you akan ada anak lagi bila you betul betul dah sedia untuk menjadi ibu. Okay?" Pujuk doktor itu. Victoria hanya diam dan membiarkan air matanya mengalir.

"Nanti kita buang janin ya? You're strong woman. I believe in you." Doktor itu menepuk belakang Victoria sebelum pelukan dilepaskan. Victoria menunduk seketika.

"Bagi I masa?" Pinta Victoria. Dia tidak mahu membuang janinnya sekarang kerana semua ini terasa masih baru untuknya.

Doktor itu mengangguk.

"Tapi tak boleh lama. Takut bahayakan kesihatan you. Lusa?" Soal doktor itu. Victoria mengangguk.

"I balik dulu." Perlahan nada Victoria sambil gadis itu bangun.

"Victoria." Panggil doktor itu. Victoria berhenti dan menoleh ke arah doktor yang memanggilnya.

"If you need anyone to talk to, I'm always here." ujar doktor itu. Victoria hanya diam dan terus keluar. Doktor tersebut menghela nafas. Faham bahawa emosi Victoria terumbang ambing lagi.

Victoria berlari masuk ke dalam kereta dan pintu kereta dikunci.

"Arghhh!!!" Jerit gadis itu kuat sambil menghentak stereng. Kemudian dia memukul stereng berkali kali sehingga tangannya bertukar kemerahan.

Terus Victoria menangis dengan kuat dan menyandarkan kepala di kerusi kereta. Perutnya yang sudah tidak bergerak diusap.

"Sampai hati you buat mummy macamni. Mummy cuma ada you je sekarang and you left me. It's hurt." Luah Victoria berselang seli dengan esakan. Matanya dipejam dan air mata terus mengalir.

Telefon diambil dan nombor Skyler ditenung. Bibir diketap rapat. Kemudian Victoria mendail nombor telefon Elijah.

"Hello, wasup." Sapa Elijah. Victoria menggigit bibir menahan esakan keluar.

"Victoria? You good?" Soal Elijah.

"I nak minta tolong you, boleh?" Soal Victoria.

"Hey, you kenapa ni? Kenapa suara you macam tengah menangis?" Soal Elijah. Victoria terus menangis apabila soalan itu keluar dari bibir Elijah.

"I nak cakap dengan Skyler. You boleh tolong?" Soal Victoria.

"Oh.. boleh. You nak I send nombor dia dekat you?"

"No, I dah ada."

"Then?" Berkerut dahi Elijah.

"I tak boleh call dia guna nombor I nanti dia boleh kesan lokasi I. I.. I tak sedia nak jumpa dia lagi." Esakan Victoria akhirnya keluar. Elijah bagaikan memahami terus mengangguk.

"You tunggu kejap I sambungkan panggilan ni pada Skyler." Elijah mencapai telefonnya yang satu lagi sebelum nombor Skyler pula didail.

***

Skyler mengemas barangannya untuk pulang ke Perancis dan mencari Victoria. Entah ke mana gadis itu pergi tanpa pengetahuannya.

Sedang dia berkemas, satu panggilan masuk.

Skyler melihat skrin telefonnya. Elijah.

Ikon hijau diseret ke tepi.

"Hello." Skyler membuat loud speaker sebelum kembali mengemas.

"Skyler, ada orang nak cakap dengan.."

"Skyler!"

Skyler terus menoleh apabila mendengar suara Lyfea di muka pintu. Perempuan ini memanglah tak tahu cara untuk mengetuk pintu atau meminta izin.

Elijah dan Victoria sama sama terdiam.

"Kau buat apa? Keluarlah aku nak mengemas ni." Skyler menghalau Lyfea sebelum kembali mengemas barangannya.

Lyfea mencebik.

"Cepatnya awak nak balik. Rasa macam baru semalam kita tidur sama sama." Teruja Lyfea berkata. Skyler memutarkan bebola mata ke atas.

Victoria tergamam.

"Err.. Skyler aku.." Elijah baru ingin mematikan talian tergendala apabila mesej dari Victoria masuk ke telefonnya.

-jangan. I nak dengar.-


Elijah hanya akur.

Skyler pula terus menoleh memandang Lyfea yang bersinar mata memandangnya.

"So what?" Soal Skyler.

"Bila awak balik sini lagi?" Soal Lyfea sambil memintalkan rambutnya dan tersenyum manja.

"Never." Skyler menarik begnya dan mula keluar. Telefon di atas meja diambil.

"Sekejap Elijah, aku kena uruskan perempuan ni. Nanti sampai France aku jumpa kau." Ujar Skyler sebelum mematikan talian.

"Kau nak sangat menyemak dekat sini kan? Silakan. Aku akan jual rumah ni." Skyler berkata dengan riak sinis sebelum mengangkat sangkar Ace ke dalam kereta dan barang barangnya juga dimasukkan ke dalam kereta.

Lyfea membulatkan mata.

"What?" Soal Lyfea tidak percaya.

Skyler tersenyum sinis dan berlalu pergi.

"Skyler!"

***

Victoria merenung skrin telefon dengan renungan kosong.

Kosong. Dia pun tak tahu apa yang patut dia rasa sekarang. Nak menangis rasanya kehilangan anak dia lagi menyedihkan.

"Victoria, I rasa baik you bincang dulu dengan Skyler and.."

"No need. It's okay I understand. Lagipun dia tak tahu yang I pregnant dan kami pun bukannya bercinta." Meskipun suaranya tenang, mata Victoria sudah merah berkaca menanti air mata untuk mengalir lagi.

"Can I meet you in Dubai? I'm worried about you." Soal Elijah. Victoria memejam mata dan membiarkan air matanya mengalir laju.

"I'm fine." Tawa kecil keluar beserta air mata menemani.

"Mungkin betul, this is not the right time for me to have a child. I okey." Victoria bernada tenang. Elijah menghela nafas.

"Stay strong. I tahu you wanita yang kuat." Kata Elijah. Victoria tersenyum dan mengelap air matanya.

"That's make me better. Thanks." Ujar Victoria. Kemudian talian diputuskan dan Victoria mengelap air mata yang dari tadi mengalir.

Patutlah Skyler tidak berusaha mencarinya, lelaki itu sudah mempunyai wanita lain disisi.

"Forget him, Victoria. You deserves better." Bisik Victoria sendirian dan dia mula memandu keretanya pergi.

***

"That's why, it's important to hear something from himself."





***

170+ votes kita update 1 chap lagi esok

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro