EPILOGUE

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Are you sure?"

"Why not?"

"L'amour, kau mengandung sekarang ni sedar diri sikit."

"So? You jangan buat buat lupa ya, you yang dah janji nak ajar I berenang masa kita pergi bulan haritu." Victoria menundingkan jari ke arah Skyler.

"Tahu. Tapi lepas bersalin la. Sekarang ni.."

"You nak ajar I ke taknak? Nampak sangat you tak kisah kan. Kalau I mati sebab lemas nanti macamana? I akan hantui hidup you!" Dengus Victoria geram. Skyler tersenyum kecil.

Alahai bini.

"Lagipun I mengidam nak berenang." Muka comel disua pada Skyler. Jejaka itu mengeluh dan mengangguk sedikit.

"Alright fine. Tapi berenang di kolam.."

"Yeay! Thank you! I love you!" Jerit Victoria sambil mencium pipi Skyler dan berlari ke arah tasik dengan gaun hitamnya dan terjun ke dalam tasik itu.

"Fuck fuck fuck! L'amour kau tak reti berenanglah!" Jerit Skyler sambil turut terjun ke dalam tasik yang dalam itu.

"Hold your breath, l'amour!"

Skyler mengangkat Victoria yang berada di dalam air itu. Budak ni elok dibiarkan lemas je. Memandai je masuk dalam tasik ni.

"Auch!" Victoria terjerit apabila jari Skyler hinggap di dahinya.

"Memang tak sia sia kau dapat gelaran bodoh tu." Skyler menggeleng kerana masih terkejut dengan aksi si isteri.

Victoria memuncung dan memeluk leher Skyler.

"Sorry. I cuma excited nak main air." Victoria menggigil teruja.

Skyler mengeluh. Inilah yang dia benci. Selalu tak boleh marah Victoria sebab kecomelan gadis ini. Serta merta lenyap segala amarahnya.

Bibir Skyler mencium pipi Victoria.

"Jom." Skyler mula bergerak ke tengah tasik bersama si isteri yang melekat di badannya.

Victoria tersenyum lebar.

"Lepasni kita makan ya? I lapar."

Skyler mengerutkan dahi.

"L'amour kita makan baru je 30 minit lepas." Kata Skyler bersama riak pelik. Ni anak dalam perut ke saka yang makan ni?

"Ish! Manalah I tahu I nak lapar balik." Cemberut wajah Victoria. Skyler tergelak.

"Damn it, you're so cute." Skyler mencium sekilas bibir Victoria yang memuncung.

"So kita makan ya lepasni?" Soal Victoria sambil mengelipkan matanya beberapa kali.

"No."

"You!!"

***

Skyler mengerutkan dahi apabila tiba tiba sahaja ada seorang gadis duduk di hadapannya.

"Excuse me that's my w..."

"Hey. You're Ace Skyler right? I heard about you. Tahniah sebab dah berkahwin." Ucap gadis itu sambil tersenyum. Skyler masih memandang gadis itu dengan riak bingung.

"Oh, sorry. Gelojoh. I wartawan yang interview you depan pejabat you haritu. Don't worry I won't interview you again sebab semuanya dah clear kan?" Soal gadis itu sambil membetulkan rambutnya.

"Oh ya, mana wife you?"

"Wife dia dekat sini."

Suara gadis itu dari belakang membuatkan si wartawan menoleh. Kelihatan Victoria beriak tegang memandang si wartawan sambil tangan memegang makanan dan minuman.

"Kenapa ya nak jumpa husband I ni?" Soal Victoria mendatar. Skyler hanya memerhati sambil tersenyum kecil.

Comel je dia cemburu.

"Oh, Victoria Abells." Wartawan itu bangun namun ditahan oleh Victoria. Tiba tiba gadis itu menahan wartawan tersebut.

"It's okay. Duduklah. I.. boleh duduk disini." Senyuman menggoda diberi pada Skyler sebelum dia duduk di atas riba Skyler. Makanannya diletakkan di atas meja. Automatik tangan Skyler naik memeluk pinggang Victoria.

"Sorry I cuma nak.."

"Menggatal?"

Skyler tersenyum nipis dan mengemaskan pelukan.

"Be nice, l'amour." Ujar Skyler. Victoria menjeling.

"Sorry, she's pregnant. Sebab tu sensitif sikit." Kata Skyler. Wartawan itu angguk.

"Tak apalah, I nak pergi beli makanan dulu. See you again." Ujar wartawan itu sebelum bangun dan melangkah pergi. Victoria mendengus sebelum dia bangun namun Skyler memeluk erat pinggang Victoria menahan gadis itu dari bangun.

"Sabarlah. I want to hug you." Ujar Skyler sambil pipi Victoria dicium sekilas.

"Mengada." Victoria mengambil gelas air Skyler dan dihirup perlahan sambil makanan Skyler juga turut dimakan.

Jejaka itu hanya mampu redha.

"Dah, jom." Victoria mula bangun dari riba Skyler apabila selesai makan. Skyler turut bangun.

"Auch!"

"Why?" Pantas Victoria menyoal bersama riak cemas. Tubuh Skyler ditilik atas bawah.

"Kaki aku kebas." Ujar Skyler sambil menepuk pahanya yang diduduki Victoria tadi. Victoria tergelak kecil.

Ingatkan apa tadi.

"Skyler, are you okay?"

Pantas dua manusia itu menoleg apabila mendengar teguran gadis itu. Lah, wartawan ni tak balik lagi.

"Okay." Jawab Skyler. Victoria menahan rasa sakit hati.

"Let's go. Kebas dah hilang." Skyler menarik Victoria keluar dari restoran.

"Eh Ace Skyler! Tunggu!" Ujar wartawan itu sambil mengejar langkah suami isteri itu. Victoria mendengus.

"Apa?" Soal Victoria garang.

"Excuse me, I panggil Skyler bukan you. Monsieur, may us talk a while? Just two of us." Ujar wartawan tadi.

Skyler memandang Victoria seolah olah meminta izin.

Victoria menjeling sebelum berlalu pergi ke arah kereta Skyler.

"Speak." Ujar Skyler sambil memeluk tubuh. Wartawan itu mula membuka beg tangannya dan sekeping kad dikeluarkan lalu dihulur pada Skyler.

"Your wife is so fierce. By the way, ni kad I. Mana tahu one day you perlukan bantuan I ke? I'll always available untuk tolong you." Ujar wartawan tadi. Skyler memandang kad yang terhulur kepadanya.

"I don't think so. Aku ada isteri dan keluarga. Mereka boleh bantu aku jika aku ada masalah." Jawab Skyler dan kad itu ditolak.

"Okay." Ujar wartawan itu sebelum menyimpan kadnya.

"Malam ni you free?" Soal wartawan itu lagi. Skyler berkerut dahi.

"I have a wife. For sure not." Senyum nakal terukir di bibir Skyler memikirkan aktiviti malamnya bersama si isteri.

"Sampai bila je boleh bertahan dengan isteri you yang garang macamtu? Mesti masa korang bercinta dia je yang jadi queen control, kan? Kesian betul you. Macamnilah, kalau you dah tak tahan sangat dengan isteri you, you call je I." Ujar wartawan itu sambil menghulurkan lagi kadnya.

"Oh, thank you."

Skyler tersenyum melihat kad yang dirampas oleh Victoria. Kemudian kad itu dipatahkan oleh si gadis sebelum dibuang ke tanah dan dipijak.

"Eh, kau dengar sini." Victoria menolak wartawan tersebut sehingga gadis itu tersandar di kereta entah siapa.

"Aku bukan gadis yang baik. Bukan seperti watak heroin mana mana novel cinta klise yang suci dan naif. Jadi dengar sini. Sekali lagi, kau cuba nak ambil Skyler dari aku.. aku akan pastikan kau berasa sangat hina untuk terus hidup di muka bumi ini."

"You're sounding like a villain." Komen Skyler tiba tiba memecahkan suasana tegang antara Victoria dan gadis yang diugut oleh Victoria.

"Because I am. And you.." jemari Victoria naik dan dilekapkan di dada Skyler yang dari tadi tunak merenungnya.

"Are villain's."

***

"Villain. Someone who is considered evil. But, give her a second chance. She will be the best for you."



[TAMAT]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro