Bab 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Abang dah kat bawah ni. Qasy dah siap ke?"

"Dah. Tengah tunggu lif ni haa."

"Cool. Tahu kereta Abang kan?"

"Hehe tahu..."

Dalam perjalanan turun lif itu, hatiku berbunga. First unofficial official first date dengan Abang Wira. The guy I've been looking up for years.

Hampir ke keretanya, aku nampak dia sedang hisap pod di dalam keretanya. Nampak manly semacam pula dia masa tu.

Masuk ke dalam kereta, dia menghadiahkan aku senyuman sebelum menarik tanganku untuk memegang tangannya.

"Your hand is so cold."

"Nervous kut."

"Nak nervous apanya?"

"Yalah. Dah lama kut tak rasa keluar macam ni." Dengan Clarence jelah kut kalau ada.

"Oh ya ke?"

Aku menarik tanganku semula.

"Kenapa tarik?"

"Abang dah ada yang punya kan? Tak naklah kesayangan abang tu nanti marah Qasy."

"Kalau tak ada siapa bagitau, okey je." Dia ambil semula tanganku dan aku tak pula menolaknya. "Nobody should know, Uqasyah."

"Ya ke?"

"Yalah."

"Kenapa Abang nak keluar lagi dengan Qasy kalau Abang dah ada dia?"

"Sebab Abang rasa Qasy better than him."

"So it's a him?"

Abang Wira ketawa sahaja sebelum tangannya meraih tanganku semula.

"Qasy ni kelakarlah."

"Betul apa?!"

Aku menyandarkan kepalaku ke bahunya. Dia juga seperti merelakannya.

"Kita nak tengok cerita apa?"

"Qasy nak tengok wayang ke?"

"To be honest, tak sangat. Kalau tak movie nak pergi mana?"

"Hmm I don't know. Hati Qasy?"

"Banyaklah. Dia dah ada boyfriend lagi nak..."

"Qasy ni, suka nak cakap pasal budak tu je. Macam kenal je perangai budak tu."

How do I tell him Nicholas Santiago tu housemate aku? Ada mahu world war nanti.

"Memanglah tak kenal tapi..."

"Hmm nevermind. Jom we go makan first then we decide."

"Nak makan apa?"

"Kita pergi Subanglah."

"Ada apa je situ?"

"I don't know. SS15 banyak jugak makanan kan?"

"Qasy ikut je."

Dan ya, dia bawa aku makan kat area SS15 yang nama kedai dia sama nama dengan nama malaikat tu. Nama je malaikat harga macam iblis eh.

Semasa makan, tak banyak yang kami borakkan. Sesekali adalah dia tanya tentang kerja aku tapi ianya terhenti di situ sajalah isunya.

"Qasy dah lama ke kerja kat outlet tu?"

"Baru lagi, actually. Baru officially habis training."

"Zii Jia kerja situ lagi ke?"

"Zii Jia?"

"Clarence."

"Abang kenal dia ke?"

"Lebih dari kenal. And Abang tahu Qasy rapat dengan dia."

"Mana tahu?"

Dia senyum sahaja. Tak menjawab soalanku itu.

"Ada je kat outlet tu."

Dia mengangguk mengiyakan sahaja aku.

"Qasy suka dia ke?"

Aku tersentak mendengar soalannya itu. I mean, I am but perlu ke nak attack?

"Qasy suka dia kan?"

"Kenapa Abang tiba-tiba tanya macam tu?"

"Abang faham je kalau Qasy cakap ya sekalipun. I mean, he's handsome what."

"Yeah, he is."

"So Qasy suka dia kan?"

"Apa Abang ni...?"

Dia tersenyum mengejek. Sukalah tu dapat sakat aku.

"Well, usik sikit je."

"Abang tanya lebih-lebih ni, Abang ada apa-apa ke dengan dia dulu?"

"If I say yes?"

Mataku membeliak besar. "Seriuslah?"

"Not entirely. I dated his sister to say the least. For almost ten years. He told you that?"

Aku mengangguk perlahan.

"I must be a very bad guy in his narrative then."

Aku mengangguk lagi.

"Tapi I hope you know that one side of the story won't justify anything. In fact, tak valid pun. Of course Abang ada side Abang sendiri. I have my own reason to leave Catherine."

"And what is it?" Aku tak tahulah pula sama ada curang ini satu dosa yang justifiable. Never heard of it been applied that way.

"Pasal Zii Jia tulah."

"Apa dia buat?"

"You know he liked me back then? Even confessed to me semuanya. I was with his sister so of courselah Abang kena reject dia. Lepas tu nak buat cerita sedih bagai."

"Laa ya ke?"

"Betullah. Takkanlah Abang nak tipu Qasy pulak. Sebab tu Abang lari kat boyfriend Abang yang sekarang. Itupun bukan Abang nak sangat pun asalnya. Abang couple dengan dia sebab nak lari dari Zii Jia tu je."

Mendengarkan itu, hati aku datang rasa kasihan kepada Nicholas. Dia nampak sangat sayang kepada Abang Wira tapi Abang Wira boleh cakap macam ni pulak. Apa jenis lelaki Abang Wira ni?

"Habis yang Abang keluar dengan Qasy ni, nak lari daripada boyfriend Abang ke?"

"Kalau Abang nak lari, baik Abang cari orang lain. Buat apa Abang tunggu Qasy sampai bertahun?"

Kenapa aku satu macam cair dengar dia cakap macam tu? As if memang dia pun tunggu aku untuk sesuatu terjadi kepada kami.

"Cumanya sekarang, maybe timing tak kena. Good or bad, Nicholas is a nice kid. Cumanya Abang tak rasa things can still be worked out between us."

"And why?"

"Sebab benda tu macam rushed. He wanted everything so much so fast Abang rasa Abang tak boleh adapt."

"Tak try talk to him."

"Entahlah. In a way Abang rasa dia macam childish pun ada. Jadi Abang rasa better kalau Abang..." Dia jeda seketika. "Let him go."

Menggigil sekejap aku mendengarkan ayatnya itu. Terus terbayang bagaimana Nicholas akan react kalau dia dengar tu.

Di dalam kereta, aku diam sahaja. Masih takut dengan apa yang Abang Wira katakan tadi.

"Qasy masih fikirkan apa yang Abang cakap tadi tu ke?"

"Hmm taklah." I'm a bad liar. He should've know that. "Tak fikir apa pun."

Dia memegang tanganku dan mengucupnya lembut.

"Kalau andai kata we were to be together pun, jangan risau. Abang takkan buat Qasy macam tu."

"Boleh percaya ke?"

"Of course you can. Buat apa Abang nak tipu Qasy? Kalau betul Abang tak ikhlas, baik Abang cari je FA lain. Ramai lagi yang berkenan kat Abang tu semua."

Aku senyum simpul sahaja. "Abang nak kat Qasy ke?"

"Kalau tak, takkan Qasy dalam kereta Abang sekarang kan? Mestilah Abang pun ada minat kat Qasy jugak."

Aku melentokkan kepalaku ke bahunya. And for a moment, selepas dengan Clarence, aku rasa dunia aku punya. Walaupun mungkin untuk sementara...
-----------

Sorry lama hiatus. Was taking my own time n pace. Was not in a good mental state even. Enjoy okay!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro