Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

2021 - Apartment D'Impian Bandar, Kuala Lumpur

"Semua barang dah ada dah tu? Kau aku tak nak hantar eh barang kau semua. Malas aku nak pergi balik Bandar Enstek tu nanti."

"Ada dah. Pape nanti aku balik jelah sini ambik sendiri."

"Kau sure? Tapi if anything just call jelah. Aku suruh Abang Hisyam hantarkan."

"Yelah."

"Ni siapa ada nanti ni?"

"James cakap dia tolong nanti kat sana. I mean, kitorang share bilik kut so yeah."

"Haa eloklah. Elok-elok bawak motor tu. If anything call aku."

"Ya!"

Aku pun kemudiannya terus memecut motorsikalku membelah lebuhraya menuju ke sebuah kawasan perumahan berhampiran KLIA. Aku berjaya mencari (baca:menempel) sebuah bilik sewa yang sama dengan sahabat sedunia setaksama akhirat aku which is James.

Sampai saja di apartment itu, aku terus mencari kereta James and thank God, tak susah untuk cari dia yang tengah borak dengan landlord Cina perempuan itu.

Beberapa sesi rundingan until...

"So, confirm Uqasyah Idraki akan duduk sekali dengan Muhammad James..." By all means, jangan tanya kenapa nama James macam tu. Apa yang aku boleh katakan adalah sebab bapak dia Melayu dan mak dia orang putih so itu je logical conclusion yang aku boleh beri.

Selepas selesai signing semua, aku dan James mula mengemas barang-barang yang aku bawa dan juga yang dia telah bawa semalam. Dalam bilik tu ada satu je katil Queen so by right memang kami akan share katillah.

James ni straight tiang kayu so tak payah risaulah.

"Esok kau jumpa Clarence dulu tau. Dia tu outlet manager. Hari tu yang interview kau tu Jerlyn. Jerlyn tu supervisor je."

"Clarence ni okey tak?"

"Okey je. Cuma he can be a little bit strictlah. Tak salah dia tua kita setahun dua macam tu je pun. Handsome tau so aku rasa mesti kau suka dia."

"Just because dia handaome tak bermakna aku boleh suka eh?"

"Kau yakin?"

Fast forward ke keesokkan harinya, aku dibawa oleh James ke tempat kerja baruku di dalam KLIA. Aku berkerja di sebuah butik retail high fashion sebagai sales associate. Some of yalls might say, salespersonlah. Okeylah gaji boleh tahan siap ada komisen lagi.

Uniform aku adalah kemeja hitam dan seluar slack. Dengan cermin mata yang tak pernah lekang di mata aku, sememangnya rupa aku lebih kepada pekerja kedai cermin mata berbanding pekerja kedai butik high fashion.

Semasa melangkah ke dalam butik itu, kami disapa oleh seorang lelaki. Dia memakai sut lengkap, rambut paras bahu rebonding ala Jerry Yan dalam Meteor Garden tahun 2001 dulu dan dia memberikan kami berdua senyuman tawar.

"So, James. This is your friend? What his name again?"

"Uqasyah. Panggil Qasy je." James menjawabkan.

"Who interviewed you before ah? Jerlyn eh?"

Aku mengangguk.

"And James introduced you to this job?"

Aku angguk lagi. James senyum sahaja. 

"Great. Anyway, Jerlyn evening shift today so I'll be doing the induction for you..." Kemudian dia memandang pada James. "Go buy me Gloria Jean kejap."

"Same drink?"

Dia mengangguk. "Come, kita pergi office kejap."

Aku kemudian membuntuti lelaki Cina itu ke pejabat kecil di dalam outlet itu. Dia menyuruh aku duduk di hadapannya sebelum dia mengambil tempat di hadapan aku.

"So, my name is Clarence Chen Zii Jia. Don't worry, I don't play badminton but people say I'm more handsome than him. I am the outlet manager for this outlet specifically. Before this I handle Pavillion punya outlet but after naik manager, terus kat sini sampai sekarang..."

Mendengarkan dia bercakap, aku rasa macam been brought back in time. Korang yang baca ni tahu aku tengah cakap pasal siapa kan?

Ya, Abang Wira. One of the reason kenapa aku nak kerja sini sebab I want to work at the airport. Who knows ada rezeki jumpa dia lagi?

"Qasy, are you listening?"

"Yeah, sorry."

"I hope you pay attention because I don't like to explain myself few timeslah. Okay mou?"

"Sorry."

Dia tersenyum kelat lagi seraya menjongket kening. "One thing you should know I rarely get mad and I won't raise my voice to any of my staffs. However, I do expect you to reciprocate good energy to me. Okay?"

Aku angguk lagi.

"How old are you ah Qasy? I didn't see your resume yet lor."

"This year I'm 23."

"Oh, one year younger than me onlylah. Okeylah, nevermind. As for today, you will be with me most of the time for induction. Again, I hope you will be the great addition to the teamlah ho?"

"I will, don't worry."

"Nice!" Handphonenya berbunyi. "Hang on, my sis." Dia menjawabnya. "Ni hao, Catherine Chen Ai Liling..."

Aku tak mendengar perbualan Mandarin/Kantonis/Hokkien/Hakka mereka itu. Tapi somehow aku ralit memandang dia.

He has the charisma, aura and charming in a way. Reminds me of Abang Wira dulu.

7 years is a long time for someone to move on. Maybe I did and it takes a new form in Clarence. But aku rasa dia straight. Aku tak rasa dia macam aku.

Tapi tak apalah, boleh juga terbuka hati ni pada orang lain kan?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro