ГЛАВА ДВЕНАДЦАТАЯ 🗝

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Calm down. You look nervous." Victoria merapikan rambut Hazzel sebelum dia memakaikan songkok buat si anak.

"Mummy Hazzel takut." Hazzel menggenggam tangan Victoria. Victoria tergelak.

"Takut apa? Tak boleh la takut takut, anak mummy dah nak jadi suami orang dah. Jaga Healy baik baik tau." Pesan Victoria. Hazzel angguk dan dia memeluk Victoria dengan erat.

"I love you."

"I love you too. Dah, jom. Orang dekat masjid dah tunggu." Pipi Hazzel dicium. Hazzel meleraikan pelukan sebelum mereka mula berjalan ke arah kereta jenis Mansory Vivere Bugatti Veyron yang bakal menjadi pengangkutan ke masjid.

Setibanya dimasjid, Hazzel masuk ke dalam masjid itu sambil matanya melihat manusia yang berada di dalam masjid.

Healy.

Mata Hazzel mencari Healy sebelum dia perasan ada gadis yang berpakaian pengantin duduk di tengah tengah kaum wanita.

"She's so pretty." Victoria terpukau melihat Healy yang bersolek nipis namun menyerlahkan seri pengantin bersama tangan yang berinai hitam.

"Pergi duduk." Ujar Skyler sambil menggosok bahu Hazzel dan membawa anaknya ke hadapan Hunter yang berbaju melayu sedang tersenyum.

"Assalamualaikum papa." Hazzel bersuara perlahan.

"Waalaikumussalam. Pucat je muka ni okay tak?" Soal Hunter. Hazzel angguk. Setelah keadaan tenang, khutbah nikah mula diberi oleh imam masjid.

Selesai sahaja khutbah nikah diberi, Hunter mula memandang Hazzel.

"Hazzel cuba ucap syahadah."

"Asyhaduanlailahaillallah, waasyhaduannamuhammadanrasullullah. Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruhNya."

"Rukun Islam?"

"Mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan."

Hunter mengangguk puas hati.

"Okay last, sebut tanggungjawab suami dan isteri."

"Tanggungjawab suami adalah sebagai ketua keluarga, mencari dan memenuhi keperluan anak dan isteri, mendidik anak dan isteri dengan hukum agama. Bagi isteri pula, bergaul dengan suami secara baik, taat kepada suami, menjaga kehormatan diri dan nama suami." Jawab Hazzel dengan lancar.

Hunter tersenyum.

"Okay. Kita mulakan akad nikah ya?" Hunter menghulurkan tangan kepada Hazzel.

"Hazzel Brayden bin Abdullah, aku nikahkan kau dengan anak perempuanku Quinn Healy De Ezekiel Binti Hunter De Ezekiel dengan mas kahwinnya seutas rantai emas bersama wang RM15703 tunai."

Hazzel memandang tangannya yang sedang bertaut dengan tangan Hunter sebelum nafas dalam ditarik.

"Aku terima nikahnya Quinn Healy De Ezekiel Binti Hunter De Ezekiel dengan mas kahwinnya seutas rantai emas dan wang RM15703 tunai." Lafaz Hazzel.

Setelah lafaz sah dibicara beserta doa, maka bunyi riuh di dalam masjid seketika tanda sebuah masjid sudah terbina.

"Tahniah." Hunter tersenyum kepada menantunya. Hazzel turut senyum dan menghela nafas lega.

"Mama!" Healy memeluk erat tubuh Quinn Davieka apabila dia dan Hazzel akhirnya sudah sah berkahwin.

"Mas kahwin tu.." Healy terjeda seketika. Mata melihat Hazzel yang sedang melutut di hadapannya untuk upacara pembatalan air sembahyang.

"Your birthday. 15/7/2003." Hazzel tersenyum sedikit. Healy mula sebak.

"Duit tu banyak sangat, you don't need to do that kesian you." Mata Healy mula berkaca. Hazzel tergelak kecil dan mengambil tangan Healy dan tangan itu diusap lembut.

"It's okay. Duit aku ada banyak lagi. Jangan nangis." Air mata Healy dilap lembut. Sebentuk cincin dipakaikan dijari Healy sebelum Healy turut memakaikan cincin buat Hazzel.

Hazzel meletakkan tangan diatas kepala Healy sebelum bibirnya bersuara perlahan.

"Ya Allah, Aku memohon kepadaMu kebaikan isteriku ini yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung denganMu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya."

Healy tersenyum.

"Alhamdulillah selesai." Lily bersinar mata melihat anak saudaranya yang selamat berkahwin di usia remaja.

"Hazzel dan Healy balik siapkan diri. Pukul tiga nanti kita jamu makan lepastu boleh rehat, kumpul tenaga untuk esok. Esok sanding." Lily menyuarakan plan perkahwinan yang dia sudah atur.

Kedua remaja itu mengangguk.

"Jom." Hazzel menggenggam tangan Healy bersama rombongan yang melangkah keluar dari masjid.

Healy melabuhkan duduk di dalam kereta sambil melihat Hazzel yang sedang berbual dengan Noah seketika. Kemudian Hazzel turut masuk ke dalam kereta.

"Kita balik solat sunat dulu ya, lepastu.."

Bulat mata Hazzel apabila Healy tiba tiba memeluk lehernya dan mencium bibirnya. Terkelip kelip dia memandang Healy.

"I can kiss you now!" Healy menjadi teruja. Hazzel masih diam sebelum dia berdehem. Kemudian jejaka itu mula menghidupkan kereta dan kereta dipandu ke rumah Hunter yang menjadi tempat penginapan mereka.

"Uwiii pengantin baru!" Jerit suara di depan pintu sebaik sahaja kereta Hazzel tiba di depan rumah. Healy tersenyum dan melangkah keluar dari kereta.

"Fiona!" Jerit Healy sambil memeluk rakan sekolahnya itu.

Hazzel turut keluar sebelum berlaga buku lima dengan Nash.

"Tahniah." Ucap Nash. Hazzel hanya senyum. Mata melihat si isteri yang jakun bersama makanan.

"Pergilah naik dulu. Makanan pun tak siap lagi ni, pergi rehat nanti pukul tiga turun." Nash melihat jam ditangan.

"Ya, tahu." Hazzel menjulingkan mata keatas. Kemudian jejaka itu mendekati Healy.

"Boleh solat tak?" Soal Hazzel. Healy menoleh dan angguk.

"Boleh."

"Jom solat sunat nikah." Ajak Hazzel. Healy angguk dan mereka mula masuk ke dalam rumah.

"Hazzel jangan lupa cuci bibir!" Laung Franky seraya membuatkan seluruh kawasan rumah riuh dengan tawa. Lily menepuk bahu suaminya yang mengusik Hazzel.

Hazzel mengerutkan dahi mendengar usikan Franky.

"Basuh bibir?" Soal Hazzel sebelum pintu bilik dibuka dan dia melihat ruangan bilik yang dihias dengan kain satin putih dan kelopak bunga mawar di atas katil.

"Wah cantiknya." Healy melihat seluruh bilik mewah itu.

Hazzel berjalan ke cermin dan matanya membulat melihat kesan lipstick Healy yang melekat di bibirnya.

Patutlah kena usik tadi. Haih.

"Dah, pergi ambil wudhuk dulu lepastu kita solat." Hazzel mendekati Healy dan tangannya mencabut pin di selendang Healy. Rambut Healy diurai lembut.

"Okay!" Healy menjawab sambil mata tidak lepas memandang Hazzel.

"Kenapa tengok aku macamtu?" Soal Hazzel.

"Saja. You handsome." Healy semakin teruja. Hazzel menggeleng kepada si isteri yang obses dengan dirinya.

"Dah, pergi ambil wudhuk." Hazzel mencium dahi Healy lembut.

"Panggil I sayang."

"Hah?" Hazzel blur seketika.

"Panggil I sayang. Kan manis tu, you panggil I sayang and I panggil you abang." Healy menjengket dan memeluk leher Hazzel.

"Sayang?"

"Ya, sayang. I sayang, you abang." Healy mengajar.

"Okay." Hazzel bersuara. Healy melompat teruja.

"Sebutlah I nak dengar."

"Sayang."

"Lagi."

"Pergi ambil wudhuk, sayang. Kita kumpul pahala sama sama okey?" Hazzel bersuara. Healy hampir cair dan gadis itu memeluk erat tubuh Hazzel.

"Okay abang!" Bibir Hazzel dicium sekilas dan Healy terus berlari masuk ke dalam bilik air dengan riang.

Hazzel tergelak kecil. Alahai bini.

***

"Sayang.. Hey, bangun. Jamuan dah nak start tu bangun bersiap."

Healy membuka mata mendengar suara garau yang sedang mengejutkannya.

"Abang." Gumam Healy sambil memeluk Hazzel sehingga Hazzel turut terbaring di katil.

"Ya, bangunlah. Pergi siap. Kesian orang tunggu kita pula nanti." Hazzel memandang Healy yang terlena selepas solat tadi dan liat bangun.

"Dukung." Healy membuka mata kembali.

"Abang dukung nanti abang lempar dalam tub mandi. Baik sayang bangun sekarang." Ugut Hazzel sambil mencium lembut pipi Healy.

"Malaslah.. Healy mengantuk." Healy menggumam lagi. Hazzel mengeluh dan mula mencempung si isteri. Pintu bilik air dibuka dan..

DEBUSH

"Abang!!!"

***

"Suka la tu dah kahwin." Fiona melabuhkan duduk di tepi Healy bersama pinggan kek sebelum kek itu disuap ke mulut.

Healy tersenyum simpul. Mata melihat Hazzel yang sedang sibuk mengipas lemang yang sedang dibakar.

Walaupun tadi dia dilempar secara kejam oleh Hazzel ke dalam tub mandi.

"Suka. Dia panggil aku sayang tau. Auch!" Healy semakin angau. Fiona menggeleng.

"Eloklah kau kahwin dengan dia harap mental kau ni pulih sikit. Teruk benar obsesnya." Fiona menunjal kepala Healy lembut. Healy menjelirkan lidah dan mengunyah ayam madu sambil mata masih melihat Hazzel.

Suami.

Ya, suami!

Healy menggigil teruja.

"Obses sangat dah ni. Dahla kau, aku nak pergi usya saudara mara kau yang goodlooking dari Hazzel tu." Fiona bangun dan berlalu pergi. Healy terus mengambil tuala kecil di dalam beg tangannya sebelum dia berlalu ke arah Hazzel.

"Abang, peluh." Healy menjingkit dan mengelap peluh di dahi dan leher Hazzel.

Hazzel tersenyum sedikit. Tangan memegang pinggang Healy agar gadis itu tidak jatuh.

"Haih jealousnya lah aku." Noah mengeluh sambil mencangkung dan kembali mengibas lemang. Healy tergelak dan melempar sehelai lagi tuala kecil buat Noah.

"Nah tuala, lap peluh tu." Kata Healy sebelum kembali mengelap peluh Hazzel.

"Thank you sayang."

"Abang nak makan apa apa tak? Healy ambilkan."

Hazzel menggeleng. Tadi dah dua pinggan di makan.

"Abang nak tunggu lemang tu siap." Hazzel menunjuk ke arah lemang. Seronok pula kibas bendalah tu.

"Okay." Healy mencium bibir Hazzel sebelum berlari anak ke arah makanan lain.

Hazzel menggeleng. Budak ni memang tak tahu malu.

"Korang ni memang bercinta ke sebelum kahwin? Mesra sangat dah nampak." Noah bertanya apabila Healy dan Hazzel kelihatan seperti sudah bercinta sebelum berkahwin.

"Tak adalah. Kami bercinta lepas kahwin. Well, tak salah bahagiakan isteri. Dulu sebelum kahwin aku tak layan dia sangat. Sekarang dah kahwin, dia je yang aku perlu bahagiakan sekarang." Hazzel turut mencangkung apabila kakinya terasa lenguh berdiri.

Noah angguk.

***

"Tadi mummy ada cakap dengan Hazzel."

"Cakap apa?" Healy memandang Victoria yang sedang makan bersamanya.

"Pasal Healy. Mummy tanya dia betul ke dia boleh jaga Healy."

"Lepastu dia kata apa?" Soal Healy mula berminat.

"Dia kata dia nak jaga Healy sementara je. Lepas masalah korang tu selesai, dia cakap dia nak lepaskan Healy balik."

"What?!" Terjerit Healy sebelum mulutnya dipekup oleh Victoria.

"Shhh! Nanti dia dengar." Bisik si ibu mentua.

"Tapi mummy.."

"Dengar dulu. Dia cakap dia akan lepaskan Healy dalam keadaan suci. You know what I mean?"

Healy angguk.

"Tapi harini dah lebih lima kali kami bercium. Tadi pun mandi sekali." Tanpa malu Healy berkata jujur.

"As long as you're virgin, Hazzel masih boleh lepaskan Healy tau." Victoria berkata.

"Habistu kalau Healy dah tak virgin dia tak ceraikan Healy?"

"That's it."

Mata Healy mula bersinar.

"Jadi goda dia. Biar iman dia runtuh. So bila dia dan Healy bersama, dia tak boleh ceraikan Healy." Hasut Victoria. Healy memandang wanita itu sebelum senyuman terbit di bibir.

"Mummy jangan risau, bab bab goda suami ni Healy memang pakar." Healy menjawab dengan bersemangat.

Victoria tersenyum.

"Dah buka hadiah pengantin?" Soal Victoria. Healy menggeleng.

"Tadi penat sangat terus tidur lepas akad nikah. Bangun ni pun sebab Hazzel kejut untuk makan." Kata Healy sambil menilik inai ditangan.

"Mummy ada bagi sesuatu yang berguna untuk goda suami. Nanti Healy guna ya?" Soal Victoria. Healy angguk.

"Okay mummy."

"Tapi jangan guna malam ni, simpan tenaga tu esok nak sanding." Kata Victoria. Healy tergelak.

"Mummy ni pro lah bab bab macamni."

Victoria tersenyum riak.

"Tengoklah siapa. Disebabkan mummy pro la mummy dapat pikat daddy tau?" Kata Victoria.

"Woah.."

***

"Abang.." Healy naik ke atas katil sebaik sahaja mengikat rambutnya. Gadis itu berbaring ditepi Hazzel yang sedang ralit meneliti laptop diriba.

Hazzel mengusap kepala Healy seketika sebelum kembali memandang laptop.

"Abang tengok apa?" Soal Healy sambil memasukkan kepalanya diantara laptop dan lengan Hazzel sebelum matanya turut melihat skrin.

"Pasal pentadbir haritu."

Healy memandang Hazzel pula.

"Kenapa?"

"Kes tu ditutup macamtu je sebab mereka tiada bukti bahawa itu adalah pembunuhan. Jadi mereka simpulkan bahawa kes kematian pentadbir adalah kes bunuh diri." Kata Hazzel.

"Tapi dia tak bunuh diri." Healy masih memandang Hazzel.

"I know. Sebabtu.." Hazzel terdiam apabila bibir Healy singgah mencium bibirnya. Mata dipejam.

Healy kembali tidur di riba Hazzel.

"Sayang kena berhenti cium abang secara tiba tiba." Hazzel bersuara.

"Why? Abang tak suka?" Soal Healy.

"I like it. Cuma bagilah abang cerita dulu. Sayang cium tadi dah hilang semua benda dalam kepala abang sampai abang dah tak ingat dah abang nak cerita apa tadi." Kata Hazzel sambil tunduk dan mencium dahi Healy.

Healy tersenyum. Gadis itu mengalihkan laptop dari Hazzel dan masuk ke dalam pelukan Hazzel.

"I love you." Healy mencium leher Hazzel.

"Ni bukan cinta dah ni, ni obses namanya." Hazzel membalas pelukan Healy. Healy mencebik.

"Nanti sekolah buka kan ada majlis prom. Kita pergi dua ya?" Soal Healy.

"Taknaklah. Abang cadang nak ambil kerja overtime nanti malam tu dekat kafe. Dapat gaji lebih." Kata Hazzel.

Healy mengerutkan dahi.

"Abang, abang kerja kafe je kan?"

Hazzel angguk.

"Habistu dari mana abang dapat duit mas kahwin yang abang bagi pada Healy tu? Duit tu dah dekat enam belas ribu, rantai emas ni Healy rasa lebih dari sepuluh ribu." Healy melihat rantai emas di lehernya.

Hazzel tersenyum.

"Sebabtu pentingnya sedekah. Abang dapat duit, separuh abang simpan separuh abang guna dan sedekah. Sedekah ni walaupun kita bagi sikit je, ganjaran dia besar tau. Tapi sayang jangan pula niat sedekah sebab nak ganjaran. Sedekah kena ikhlas kerana Allah. Okay sayang?" Soal Hazzel. Healy angguk.

"Healy kagum sangat dengan abang. Dulu kan abang bukan Islam, tapi abang dah percaya pada Allah."

"Betul. Cuma dulu abang ragu ragu untuk peluk Islam. Abang fikir apa perasaan mummy dan daddy jika abang peluk Islam. Tapi abang lupa yang mereka adalah keluarga terbaik. Mereka takkan halang abang untuk buat apa yang abang nak buat." Kata Hazzel.

Healy mencium bibir Hazzel sekali lagi.

"Dah, tidur. Esok nak sanding." Hazzel mengusap bahu Healy yang berada di dalam pelukannya.

"Okay abang. Selamat malam." Healy tersenyum. Hazzel turut senyum dan mula membisikkan selawat di telinga Healy sambil mata melihat si isteri yang tidur.

"Selamat malam sayang."

***

Healy membuka mata sebaik sahaja terasa ruang sebelah katilnya kosong. Terus gadis itu bangun dan melihat si suami yang sedang membaca sesuatu diatas sejadah.

"Abang?"

Hazzel menoleh dan bangun.

"Ya? Kenapa terjaga ni?" Soal Hazzel sambil melipat sejadahnya dan dia berjalan ke katil. Buku tadi diletakkan diatas meja.

Healy melihat buku yang dibaca dan bibir tersenyum.

1001 sunnah Rasulullah.

"Dari mana abang dapat buku tu?" Soal Healy sambil mendepa tangan dan Hazzel masuk ke dalam pangkuannya sebelum Hazzel memeluk pinggang Healy.

"Nash bagi masa makan tadi. So abang baca la sekejap lepas solat. Dalam tu ada banyak sunnah Rasulullah. Boleh buat pahala." Kenyitan diberi pada Healy.

Healy tergelak.

"Sekarang Healy tahu kenapa papa senang sangat lepaskan Healy untuk abang. Papa tu, dari dulu bagitahu Healy jangan rapat dengan mana mana lelaki tapi bila Healy cakap Healy dengan abang je terus papa izinkan."

"Abang kan dah rapat dengan sayang dari kecil of course la papa izinkan. Kita dah membesar bersama dah pun." Hazzel mencuit hidung Healy.

"Betul betul. Bukan papa je, dengan mama pun sama. Dulu masa mula mula Healy masuk Le Rosey, kalau boleh mama nak call setiap saat tau untuk tanya keadaan Healy. Bila Healy cakap abang dah mula masuk ke sekolah tu dan apartment abang dekat je dengan Healy punya terus mama dah jarang call. They put too much trust in you."

Hazzel senyum. Healy terus melingkarkan tangan dileher Hazzel dan naik ke atas badan Hazzel. Kepalanya diletakkan di dada Hazzel mendengar degupan jantung si suami.

"I love you." Ucap Healy. Hazzel mengusap rambut gadis itu.

"Love you too."

Healy terus memandang Hazzel.

"Betul?!"

"Shhh, jangan jerit nanti orang dengar. Ya betul. Kalau tak cinta buat apa abang kahwin dengan sayang." Hazzel menekup mulut si isteri.

"Tapi abang tak pernah cakap pun abang cinta Healy."

Hazzel merenung mata amber yang bercahaya setelah mendengar kata cinta darinya. Senangnya nak buat isteri gembira.

"Because I don't speak, I act."

Healy menggigil teruja.

"Healy nak cium abang!"

"Yes you may. Kita kan dah halal jadi sayang boleh ci..." Hazzel memejam mata apabila Healy mencium bibirnya dan pinggang gadis itu dipeluk.

Dan sekarang dia dapat kesan perangai pelik Healy yang satu ni. Suka cium dia waktu dia sedang bercakap.


Nak campurkan majlis sanding dalam bab ni jgk sbnrnya tpi mcm panjang sgt la plk 😂 ni pun dah 2500 words jdi sanding2 kita buat dlm chap seterusnya 😉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro