ГЛАВА ОДИННАДЦАТАЯ 🗝

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam! Hai anak mama!" Quinn Davieka terus berlari memeluk si anak yang baru tiba di bumi Itali bersama Hazzel.

"Macamana flight? Okey?" Soal Hunter sambil mencium dahi si anak. Healy angguk.

"Mama papa tahu kan Healy ada benda penting nak cakap?" Soal Healy. Quinn Davieka mengangguk.

"What is it? I'm curious. Sampai keluarga baba dengan daddy pun kena datang Itali ni." Hunter berkerut dahi.

Healy menghela nafas.

"Nanti kita berkumpul Healy akan cakap. But for now, Healy nak bonding dulu!" Healy kembali memeluk Hunter dan Quinn Davieka.

Mereka tergelak.

***

"Hazzel!" Viviana memeluk si abang sebaik sahaja pintu rumah terbuka. Hazzel membalas pelukan Viviana.

"Hey. Mummy dan daddy mana?" Soal Hazzel.

"Daddy kerja. Mummy ada dekat dalam. Kenapa tak cakap balik harini?"

"Saja. Ini pun papa Hunter yang sediakan flight untuk aku dan Healy." Hazzel menarik bagasinya masuk ke dalam rumah mewah itu.

"Mummy tengok siapa balik!"

Victoria yang sedang menyediakan makanan menoleh dan matanya membulat.

"Hazzel! Kenapa tak bagitahu nak balik? Siapa ambil Hazzel di airport? Dah makan?" Bertubi tubi soalan dari bibir Victoria sambil mendekati si anak dan memeluk Hazzel.

Hazzel tersenyum dan mencium pipi Victoria.

"Saja nak buat surprise. Hazzel balik dengan Healy tadi. Papa Hunter drop off Hazzel disini. Mummy, Hazzel lapar." Hazzel membuat muka comel.

Victoria mengepit hidung Hazzel.

"Jom makan. Kesiannya anak mummy kenapa tak beli makanan dekat airport tadi?" Tiba tiba Victoria berubah menjadi nenek sihir.

Hazzel tergelak.

"Tak sempat. Excited nak jumpa mummy." Kenyitan diberi.

"Untunglah, jumpa anak teruna terus lupa anak dara." Viviana melaung dari sofa. Hazzel menjelirkan lidah.

"Jom mummy jangan layan dia. Mummy masak apa?" Hazzel berjalan ke dapur bersama Victoria yang tergelak.

"Hei!" Viviana melompat dari sofa dan terus mendekati si ibu dan abang.

***

"Mummy." Hazzel memandang Victoria yang sedang makan dihadapannya.

"Hm?" Soal Victoria.

"H.. Hazzel nak peluk Islam."

Victoria terhenti seketika. Viviana yang berada di sebelah Hazzel turut terdiam dengan mata yang membulat memandang Hazzel.

"Serius?" Soal Viviana. Hazzel angguk.

Victoria membasahkan tekak sebelum tersenyum.

"Up to you. Kalau Hazzel rasa Islam adalah yang terbaik untuk Hazzel, kami akan rasa macamtu juga. Mummy taknak paksa anak anak mummy untuk benda yang mereka tidak mahu." Victoria bersuara tenang.

Tetapi benar. Dia tidak akan sesekali memaksa anak anaknya mengikuti dirinya. Cukuplah kisah Federica dan Franky dahulu menjadi pengajaran.

"You dah jadi seorang Atheist untuk 18 tahun dan sekarang you nak peluk agama Islam. I'm actually proud." Viviana menepuk bahu Hazzel.

Hazzel tersenyum.

"Nanti Hazzel boleh belajar dengan umi Lily sedikit sebanyak sebelum peluk Islam."

Hazzel angguk laju.

***

"Banyak betul makanan nak bagi saka makan ke?" Soal Franky sambil memeluk pinggang si isteri yang sedang berada di dapur.

"Ish malu budak tengok tu." Lily menepuk tangan Franky di pinggangnya sebelum Franky mencebik.

"Eleh nanti dalam bilik kau juga.." Bicara Franky terhenti apabila tangan Lily menekup mulutnya. Crystal yang berada di tepi menolong Lily dari tadi menahan tawa. Dah masak dah dengan perangai Capo tu.

"Dah, pergi duduk luar saya nak masak ni. Nanti Ika dengan Victoria sampai sayang bagitahu saya, okey?" Soal Lily. Franky angguk.

Lily tersenyum dan mencium pipi Franky.

"Bye."

Crystal tersenyum sendiri. Sweet je mereka. Agak agak bila lah dia nak rasa benda sebegitu.

"Nah, cuba tuan puteri rasa." Crystal memberi air yang dibuat kepada Lily.

"Sedap. Pandailah Crystal buat. Boleh buat menantu ni." Lily bergurau. Crystal tergelak.

"Terima kasih tuan puteri. Crystal pergi hidang ya?" Soal Crystal. Lily mengangguk. Matanya memandang gadis yang berniqab itu sebelum bibir tersenyum.

Berkenan.

"Dia dah ada bakal suami ke tak eh?" Lily berfikir sendirian.

Crystal meletakkan dulang berisi gelas dan jag air di atas meja makan yang besar.

"Sini saya tolong."

Kepala Crystal memandang jejaka yang berdiri di hadapannya membantu dia menyiapkan makanan.

"Nash."

Nash. Panggilan 'Tengku' buat Nash sudah gugur dari kamus Crystal kerana keakraban mereka. Nash menolak untuk belajar di Le Rosey, sekolah termahal di dunia dan berjinak dengan sekolah tahfiz yang sama dengannya.

Nash tersenyum.

"Ya saya. Tahu nama saya cantik, jangan panggil selalu." Nash bergurau. Crystal tergelak kecil dan menuju ke dapur kembali.

Noah di sofa memerhati adiknya dan pembantu istana yang agak rapat.

"Tak padan dengan berpurdah, tergedik dengan lelaki." Gumam Noah sambil tersenyum sinis dan memokuskan pandangan di telefon yang memaparkan wajah Viviana sebagai wallpaper.

"Teman wanita aku lagi menarik."

***

"Kami nak kahwin."

"What?!" Serentak satu meja menyoal dengan riak terkejut dari wajah masing masing kecuali Noah dan Viviana kerana mereka berdua sudah dimaklumkan lebih awal.

"Excuse me?" Soal Quinn Davieka sambil memandang anaknya dan Hazzel bersilih ganti.

"Hazzel nak kahwin dengan Healy." Ulang Hazzel.

"Kenapa? Kalian masih bersekolah dan.. Why?" Victoria hilang kata. Terkejut.

"Healy." Hunter memandang anaknya menyampaikan persoalan secara tersirat. Healy seolah memahami terus menggeleng laju.

"Tak, kami tak terlanjur. Sumpah tak." Healy bersuara apabila pandangan papanya seolah olah menyangka bahawa dia dan Hazzel terlanjur.

"Habistu kenapa?" Soal Skyler.

"Hazzel nak jaga Healy." Hanya itu yang keluar dari bibir Hazzel cukup untuk mendiamkan semua mulut.

Termasuk Healy. Gadis itu memandang Hazzel dengan riak terkejut.

"I'm not a D'Ezekiel, berharta jauh sekali. Tapi Hazzel nak minta mama dan papa tolong bagi Hazzel jaga Healy untuk sementara? After that Hazzel janji Hazzel akan lepaskan Healy dan dia boleh berkahwin dengan lelaki yang setaraf dengannya. Hazzel takkan..."

"That's not what we want to hear." Hunter memotong percakapan Hazzel.

"Hazzel, Hazzel dah membesar dengan kami tau. We don't care kalau Hazzel nak kahwin dengan anak kami. Actually we're happy about it. Cuma mama terkejut bila korang nak berkahwin mendadak sebegini."

"Healy dan Hazzel dah bincang dah pasal ni. And we know kahwin ni bukan benda main main. Healy nak perkahwinan ni sampai akhir hayat kami dan Healy tahu kahwin remaja ni bukan senang. But we need to." Healy pula bersuara.

"Healy dan Hazzel ada masalah apa? Cuba bagitahu kami mana tahu kami boleh tolong." Lily memandang anak saudaranya.

Hazzel dan Healy saling berpandangan.

"No. Benda ni rumit sikit tapi umi jangan risau, InsyaAllah kami boleh selesaikan." Healy bersuara.

"Dah kalau macamtu kami tak boleh buat apa. Jadi bila nak kahwinnya? Boleh kami siapkan apa yang patut." Hunter menyuapkan makanan ke dalam mulut.

"Papa, Hazzel sebenarnya nak kahwin biasa je. Sekadar pergi pejabat agama dan kahwin lepastu.."

"Amboi amboi amboi.. Dahla kahwin mendadak lepastu nak kahwin biasa? Healy tu satu satunya anak mama tau, tak kira mama nak buat majlis juga. Satu minggu cukup apa nak siapkan semua. We have money, jadi semua boleh siap." Quinn Davieka menyampuk.

Hazzel meneguk liur. Kahwin bermajlis? Aduh banyaklah kos nanti.

"Hazzel jangan risau lah majlis tu kami tanggung. Hazzel dan Healy kahwin je."

"Tapi daddy.."

"Nak kahwin ke taknak?" Victoria mula menggunakan kata muktamad. Hazzel dan Healy terkelip kelip memandang sesama sendiri sebelum Healy menganggukkan kepalanya perlahan kepada Hazzel.

"Okay." Hazzel akur.

"Macamnilah anak mummy. Sekarang korang pergi siapkan diri, Hazzel boleh uruskan hal masuk Islam tu lepastu buat ujian HIV apa semua, nanti apa apa jadi susah. Biar kami yang settle kan hal majlis." Nasihat Victoria. Hazzel dan Healy serentak angguk.

***

"Nash."

Hazzel melabuhkan duduk di sebelah sepupunya. Nash yang sedang membaca sesuatu menoleh sebelum buku itu ditutup.

"Ya?" Nash meletakkan buku di atas riba lalu bibir tersenyum sedikit.

"Aku perlukan pandangan kau. Kau rasa betul ke keputusan aku untuk kahwin ni?" Soal Hazzel.

"Bergantung pada diri kau sendiri, Hazzel. Lepas kahwin nanti kau kena ingat yang kau akan jadi ketua keluarga. Kau yang bertanggungjawab untuk bawa Healy ke syurga atau neraka. Semua di bahu kau. Jadi fikir, sama ada kau mampu untuk bimbing dia."

"Aku tak tahu. Aku pun baru nak peluk Islam, Healy pula macamtu.. Dia terlalu bersosial."

Nash tersenyum.

"Tapi kau dah fasih tentang Islam sejak kecil lagi kan? Dulu kau selalu duduk tepi aku bila aku baca Quran walaupun kau bukan muslim."

Hazzel tergelak. Benar, dulu pantang dengar orang mengaji terus dia menempel sebab dia suka dengar bacaan alunan ayat AlQuran.

"Cabar diri kau, Hazzel. Dalam kau cuba memahami Islam kau boleh didik Healy sekali. Tak ada istilah terlambat untuk belajar Islam selagi iman masih utuh."

Hazzel mendiamkan diri sebelum dia memeluk lutut dan dahinya bersentuh dengan lutut.

"Lah you dekat sini. Puas I cari hampir satu istana tadi." Healy melabuhkan duduk di birai tangga seramik yang diukir.

Hazzel kembali mengangkat muka dan memandang Healy.

"Ehem.. Aku masuk dulu. Jangan buat macam macam." Nash tersenyum simpul sebelum berjalan masuk bersama buku yang dibaca tadi.

"Bye!" Healy melambai lalu dibalas oleh Nash.

"You okey? Nampak macam kusut je muka." Healy kembali menumpukan perhatian pada wajah Hazzel.

"Healy."

"Hm?" Healy memandang Hazzel.

"Boleh tak.. Kalau aku nak minta kau tutup aurat? I mean, aku bukan nak paksa kau tapi nanti kan kita nak kahwin. Bila kahwin nanti ada orang tangkap gambar and then gambar tu akan ada aurat kau. Setiap kali orang tengok gambar kahwin kau akan dapat dosa kering. Lepastu bila dah lepas kahwin nanti semua tu kan dah jadi tanggungjawab suami untuk didik isteri. Aku nak kita masuk syurga sama sama." Hazzel bersuara.

Healy diam. Matanya masih memandang Hazzel.

Hazzel turut memandang Healy sebelum dia membetulkan duduk.

"Maaf, mungkin kata kata aku memaksa kau. Tak apalah, kalau kau masih tak bersedia..."

"I nak cium you."

Mata Hazzel membulat besar.

"Hah?"

Healy mendengus dan memekup wajah.

"Lambatnya nak kahwin! I nak cium you lah!" Healy bersuara dengan nada tidak puas hati. Hazzel masih terkedu.

"Healy, kita bercakap tentang.." Hazzel mati kata.

Sah, perempuan ini tidak waras.

"You look so cute. Lagi lagi bila you cakap banyak. Suara you tu buat I rasa tak sabar nak kahwin dengan you. Jom kahwin sekarang." Bersemangat Healy sambil bangun dan bersedia untuk berlari ke pejabat agama.

"Kepala otak kau lah kahwin sekarang ingat ni kes tangkap basah ke?" Soal Hazzel. Hampir menghantukkan kepala ke dinding dengan sikap Healy.

Healy mendengus dan kembali duduk.

"I suka bila you tegur I. I pun sebenarnya dah lama nak pakai tudung tapi I masih ragu ragu. I tak bersedia lagi."

"Izrail pun takkan tunggu kau bersedia untuk cabut nyawa kau."

Healy memandang Hazzel dengan riak tidak percaya. Tadi baru tegur lembut lembut sekarang dah macam nak ajak gaduh ni kenapa?

"Eh.."

Hazzel tergelak.

"Okay gurau. Tapi betul, nak tak nak kau kena terima hakikat yang menutup aurat itu wajib. Cuba kau bayangkan betapa gembiranya mama dan papa kau bila tengok anak dia tutup aurat. Kalau kau tutup aurat, kau akan dapat semua. Pahala, dapat bahagiakan ibu bapa. Ambil peluang itu Healy, jangan jadi macam aku. Aku dah tiada sesiapa untuk dibahagiakan." Hazzel kembali serius.

Healy mula sebak.

"Okay. Nanti I pakai tudung." Healy bersuara perlahan. Hazzel tersenyum.

"Kenapa nanti?"

Healy mengerutkan dahi.

"Huh?"

Hazzel menanggalkan hoodie dibadannya meninggalkan baju T-shirt hitam sebelum hoodie itu diberi pada Healy.

"Pakai ni." Kata Hazzel. Healy mengambil hoodie itu sebelum dipakai dan dia masih memandang Hazzel dengan riak bingung.

"Kenapa you suruh I pakai hoodie?" Soal Healy. Hazzel hanya diam sebelum kepala hoodie diangkat agar menutup kepala Healy sebelum tali hoodie itu diikat dibawah dagu Healy.

"Dah tutup aurat." Hazzel tersenyum.

Healy diam bersama pipi yang berona merah sebelum menggigil teruja apabila haruman Hazzel yang berada di hoodie menyerap masuk ke hidungnya.

"Thank you." Healy bersuara malu malu ayam.

"Nanti esok aku minta tudung dengan umi." Kata Hazzel. Healy yang masih angau dengan bau hoodie Hazzel hanya angguk akur.

"I nak pergi tidur dulu. Bye!" Healy pantas bangun dan berlari apabila mukanya semakin merah seperti tomato.

"Nanti pulangkan balik hoodie tu!" Sayup sayup laungan Hazzel kedengaran.

Healy tidak menghiraukan malah terus ingin berlari ke bilik yang disediakan didalam rumah Franky buat mereka.

"Tengku jangan sentuh saya atau saya akan jerit."

Langkah Healy terhenti. Terus kepala gadis itu memandang ke arah dapur yang terdengar bisikan gadis.

"Why? Kau bukannya suci sangat pun. Setakat satu malam.. Itu pun nak berkira ke?" Soal satu suara garau sambil tergelak kecil.

Healy menjenguk sedikit.

"Tengku!" Crystal menolak Noah yang cuba menanggalkan purdah di wajahnya. Mata gadis itu mula berair.

"Jeritlah. Jerit kuat kuat. Ini, istana aku. Jadi kau ingat ada sesiapa akan percayakan kau ke?" Soal Noah sambil tangannya mula mencapai pin tudung Crystal.

"Allah percayakan saya." Crystal menepis tangan Noah di kepalanya sambil hati tidak putus berdoa agar sesiapa menolongnya.

Noah tergelak. Hanya seketika sebelum wajahnya serius kembali.

"Kurang ajar kan kau ni?" Noah mencengkam tangan Crystal sebelum sebelah lagi tangannya menekup mulut Crystal.

"Mmph!"

"Noah!" Jerit Healy.

Pantas Noah meleraikan cengkaman pada Crystal dan berpaling memandang Healy.

"Apa kau buat disini?" Soal Noah.

"I? Apa yang I buat disini? Eh, you sedar tak apa yang you buat tadi?" Healy menarik Crystal dan gadis itu dipeluk. Dapat dirasa badan Crystal menggigil takut.

"Usik sikit pun tak boleh." Noah berlalu ke peti sebelum peti itu dibuka dan dia mengambil segelas air.

"Crystal, you okay? Jom." Healy membawa Crystal ke ruang tamu sebelum gadis itu didudukkan di sofa. Healy melihat purdah Crystal yang basah di bawah mata tanda gadis itu menangis.

"Kenapa kau jerit tadi?" Soal Hazzel yang muncul di ruang tamu setelah mencari Healy didapur.

"You tahu tak, Noah.." Healy terhenti apabila terasa Crystal menggenggam lengan hoodie yang dipakai olehnya sekarang. Kemudian Healy melihat Crystal menggelengkan kepala.

"Kenapa dengan Noah?" Soal Hazzel sambil mengerutkan dahi memandang Crystal yang menangis itu.

"Tak ada apa apalah. You pergilah tidur, jangan risau I ada benda nak cakap dengan Crystal kejap." Kata Healy.

Hazzel memandang curiga dua gadis itu sebelum kepalanya diangguk.

"Okay. Apa apa jadi bagitahu." Pesan Hazzel sebelum melangkah ke tingkat atas. Pintu bilik Noah dibuka tanpa izin dan dia melihat Noah yang sedang menonton televisyen.

"Kau buat apa pada Crystal sampai menangis budak tu?" Soal Hazzel terus.

Noah memandang Hazzel.

"Dia cakap aku buat dia ke? Wah liciknya. Kau tahu, tadi aku pergi ke dapur nak ambil air lepastu dia tiba tiba dekat dengan aku, cuba goda aku tadi." Noah bersuara.

Hazzel mengerutkan dahi.

"Tapi kalau dia goda kau kenapa dia yang menangis?"

Noah menjeling.

"Aku dah agak dah, tak ada seorang pun nak percaya aku. Iya lah dia tu kan bertutup litup, nampak alim of course lah semua percaya dekat dia. Yang salah asyik aku je." Noah bersuara mendatar.

"Aku tak cakap pun yang aku tak percayakan kau. Aku cuma tanya kenapa dia menangis kalau dia yang goda kau?"

"Manalah aku tahu! Perempuan tu pandai play victim. Tak percaya nanti tengoklah, perempuan tu pasti akan hasut Healy dan Healy akan fikir bukan bukan pasal aku."

Hazzel hanya diam.

***

"Maaf bilik ni bersepah sikit. Tak sempat kemas tadi." Crystal mengutip buku diatas katil sebelum buku itu diletakkan di atas meja.

Healy melabuhkan duduk di atas katil. Mata melihat Crystal yang sedang menanggalkan purdah.

"Cantiknya you." Healy kagum seketika kerana ini adalah kali pertama dia melihat wajah Crystal walaupun dalam keadaan mata Crystal yang agak sembap akibat menangis tadi.

Crystal hanya senyum.

"So.. Apa yang berlaku tadi?" Soal Healy sambil memandang Crystal.

"Saya pun tak tahu, Tengku tiba tiba ganggu saya di dapur. Masa tu saya sedang bancuh air untuk saya sendiri, dan tengku datang dari belakang cuba peluk saya. Bila saya tolak, dia semakin marah." Mata Crystal mula berair kembali.

"Ish Noah ni kan. Dia memang macamtu, dekat luar negara pun bukannya dia jaga batas. Crystal jauhkanlah diri dengan Noah ya, dia tak sama macam Nash. Mereka berdua kontra sangat jadi Crystal kena berhati hati dengan Noah tu." Pesan Healy. Meskipun dalam hati agak pelik.

Noah bukan sejenis yang playboy. Dia sangat setia, hubungan dengan Viviana sudah hampir empat tahun. Walaupun hubungan itu berdasarkan nafsu, tetapi mereka tidak pernah putus dan mereka tidak pernah digosipkan dengan sesiapa.

Jadi dia pelik apabila Noah cuba mendekati Crystal.

Crystal hanya angguk dan melabuhkan duduk di sebelah Healy.

"Ermm maaf, boleh saya tahu Tengku ada teman wanita kan?" Soal Crystal. Healy angguk.

"Si Viviana tu lah. Alah diorang tu bercinta sebab nafsu je. Lepastu sebab dua dua berharta. Hubungan macamtu takkan kemana lah. Viviana tu pula bukannya muslim." Healy bersuara. Dalam hatinya turut tidak bersetuju dengan hubungan Noah bersama Viviana kerana mereka langsung tidak mencintai satu sama lain.

Crystal angguk lagi.

"Dah, you jangan takut ya? Kunci pintu ni dan jangan keluar sendirian lagi. Kalau you nak apa apa you panggil je I. Goodnight." Healy menepuk lembut tangan Crystal sebelum bibir tersenyum. Crystal turut senyum.

"Terima kasih miss."

"Panggil I Healy je. Tak perlu miss bagai." Healy bersuara sebelum melangkah keluar tanpa sempat Crystal menjawab. Gadis itu terus berlari tingkat atas.

"Noah! Noah!" Laung Healy.

Noah di dalam bilik menjulingkan mata ke atas.

"Noah!"

"Apa? Orang nak tidurlah." Noah membuka pintu bilik sebelum berkerut dahinya memandang Healy.

"Eh, you dengar sini. Sekali lagi you kacau Crystal, siap you." Healy menghalakan jari telunjuk ke wajah Noah. Noah tergelak.

Jejaka itu memandang Hazzel yang turut berada bersama mereka.

"See? Aku dah cakap perempuan tu akan hasut Healy. Healy, ini aku. Noah. Kau pun tahu taste aku macamana kan? Kenapa aku nak apa apakan perempuan tu pula? Aku tak berminatlah dengan perempuan low class macam dia. Come on lah aku ni bakal jadi pemerintah disini kut." Noah menyilangkan tangan didada.

"Tapi I nampak sendiri tadi yang you cuba nak buat benda tak senonoh dekat dia."

"Okay cuba kau fikir, kenapa aku buat semua tu? Sebab dia yang mulakan dulu. Dia yang goda aku. Bodohlah kalau aku tolak. Lepas dia goda aku, dia nampak kau lalu di dapur jadi dia tiba tiba play victim konon aku yang salah. Dia cuba nak perangkap aku, Healy. Tolonglah percaya." Noah mencapai tangan Healy.

"Ehem." Hazzel meleraikan tautan itu sebelum menjeling Noah. Sesuka hati pegang tangan bakal bini dia.

"Tapi.." Healy mula keliru.

"Tak apalah kalau kau taknak percaya, anggap je lah aku ni salah. Asal bertutup litup semua jadi maksum kan? Aku je yang jahat." Noah mula berjauh hati.

"Dahla, jom. Kita selesaikan macamni. Kau, jauhkan diri kau dari Crystal dan anggap lah dia tak wujud dalam istana ni." Hazzel bersuara sebelum menarik tangan Healy pergi bagi mengelakkan pergaduhan yang lebih besar terjadi antara dua manusia itu.

"You!" Healy masih tidak berpuas hati.

"Dah, Healy. Pergi tidur. Semakin kau dengar alasan mereka semakin kau keliru. Satu dari mereka pasti berbohong jadi kita ambil jalan mudah dengan tidak mempercayai dua dua pihak atau keadaan akan semakin buruk." Hazzel merenung mata Healy.

"Okay." Jawab gadis itu perlahan. Hazzel mengusap kepala Healy yang berlapik hoodienya dengan lembut.

"Good. Dah, pergi tidur. Esok kita pergi uruskan hal kita." Kata Hazzel. Healy angguk dan tersenyum manis.

"Goodnight. I tak sabar nak kahwin dengan you." Kata Healy bersemangat.

Hazzel hanya ketawa kecil.




Lepasni sila sediakan ridsect untuk adengan suwit menyuwit.. sebab ada orang nak kawen~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro