ГЛАВА ДЕВЯТАЯ 🗝

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Miss D'Ezekiel, seperti yang kami cakap tadi, kami bukan lucutkan jawatan Hazzel, kami cuma bagi dia rehat dari perlawanan seketika."

Healy mendengus kasar.

"Kami harap sangat kamu dapat faham."

Healy menjeling sebelum gadis itu bangun dan melangkah keluar dari pejabat pentadbir Le Rosey. Kakinya melangkah ke loker sebelum melihat satu poster di dinding.

"Kau jangan risaulah, tengok. Dah nak habis tahun dah pun." Noah memaut bahu Healy sebelum menyerabaikan rambut sepupunya itu.

"Ish kau ni!" Healy menolak Noah dan membetulkan rambutnya. Tangan mengambil poster lebihan di tepi loker.

Prom 2021. Upacara jamuan dan tari menari yang dianjurkan oleh pihak sekolah kepada pelajar.

Bibir Healy tersenyum.

"Prom! Aku nak ajak Hazzel." Healy tersenyum teruja. Noah mengerutkan dahi.

"Kau nak ajak Hazzel pergi prom sebagai partner kau?" Soal Noah. Healy angguk bersemangat.

"Aku nak menari dengan dia, pakai baju matching, kiss.."

"Selamat bermimpi." Noah bersuara mendatar sebelum meninggalkan Healy. Bukan dia tidak tahu, selama dia bersekolah tidak pernah Hazzel menjejakkan kaki ke majlis prom. Jejaka itu lebih selesa duduk di apartment sendirian.

Healy mencebik. Tengoklah, dia akan pujuk Hazzel walau apa cara sekalipun!

***

Hazzel meneliti cincin perak ditangannya. Kepala masih berfikir tentang ada sesuatu yang dirasakan tidak kena mengenai cincin ini.

"Hey." Healy menyapa sebelum duduk di sebelah Hazzel.

"Sini tangan kau sekejap." Hazzel menadah tangan. Healy bersinar mata. Adakah Hazzel ingin menjemputnya ke majlis prom?

Terus tangan dihulur dengan senyum malu.

Hazzel mengambil tangan Healy dan meneliti jari gadis itu. Cincin perak dijari Healy ditanggalkan dari jari si gadis.

"Hei! Kenapa tanggalkan?" Soal Healy tidak puas hati. Cincin tu matching kut dengan Hazzel punya!

"Tiada apa apa yang berlaku. Cincin ni, permata dia warna biru kan? Tapi.." Hazzel menyarungkan kembali cincin di jari Healy. Gadis itu beriak bingung.

Kemudian Hazzel turut memakai cincin permata biru itu di jarinya.

"Look." Hazzel melihat permata yang bertukar menjadi hitam.

Mata Healy membulat.

"Eh, dia tukar warna lagi!" Healy menjadi teruja.

"Permata biru di cincin ni akan bertukar jadi hitam kalau kau dan aku pakai cincin ni dalam waktu yang sama. Lepastu.."

DUMMMM

"Arghhhh!!!"

Kepala Healy dan Hazzel menoleh apabila terdengar jeritan dari arah bilik pentadbir Le Rosey.

Hazzel melangkah pergi untuk melihat apa yang terjadi. Healy turut melangkah mengekori Hazzel.

Para murid sudah perkumpul di depan bilik pentadbir untuk melihat apa yang terjadi.

"Move!" Pihak penyelamat mengarahkan semua pelajar terundur sebelum membuka pintu bilik itu.

"Arghhh!!!"

Hazzel menarik Healy ke dalam pelukan apabila ribuan ekor kala jengking keluar dari bilik itu.

Mata jejaka itu memandang mayat pentadbir Le Rosey yang tergantung di siling bilik seolah olah membunuh diri. Mata pentadbir itu terbeliak dan mulut yang ternganga mengeluarkan darah.

"You, I nampak." Healy berbisik perlahan. Hazzel melepaskan pelukan sebelum Healy menoleh dan melihat mayat pentadbir itu.

"Dia baru je jumpa I tadi!" Healy mula mengecam wajah pentadbir yang mati itu. Pentadbir yang sama, yang berbual dengannya mengenai perlucutan jawatan Hazzel.

***

Keriuhan di luar tidak dihiraukan. Noah terus meletakkan jari di bawah air paip di dalam tandas itu.

"Ergh.. Panaslah sial!" Jerit Noah sebelum menghentak tangannya di cermin tandas sekolah sehingga cermin itu pecah.

Jejaka itu terduduk sambil menggenggam jari manisnya. Rahang diketap.

"Yo. Kau kenapa ni? Okey tak?" Qayyum yang dalam perjalanan ingin ke pejabat pentadbir terhenti apabila terdengar bunyi pecah di dalam tandas. Terus Qayyum mendekati Noah.

"Noah.." Tangan Qayyum naik menyentuh bahu Noah.

BUK

Qayyum terjatuh ke lantai.

***

"Tanggalkan." Hazzel menarik cincin di jari Healy sebelum cincinnya sendiri juga ditanggalkan. Jejaka itu terus berlari keluar dari sekolah Le Rosey.

"Hazzel!" Healy mengikut Hazzel sehingga mereka berhenti di sebuah tasik.

Hazzel terus mencampak cincin mereka berdua ke dalam tasik itu sejauh yang mungkin.

Mata Healy membulat.

"Cincin tu kena sumpah!" Hazzel meraup muka.

***

"Qayyum!" Hampir luruh jantung Noah apabila melihat Qayyum yang ditumbuk olehnya sehingga berdarah di hidung. Terus jejaka itu mengangkat Qayyum.

"Auch.." Qayyum menekup hidungnya.

"Aku minta maaf, Qayyum." Noah mengelap wajah darah di hidung Qayyum dengan uniform sekolahnya.

"Eh, baju kau." Qayyum menghalang Noah apabila uniform lelaki bangsawan itu sudah kotor dengan darahnya.

Noah.. Minta maaf?

Semua sudah sedia maklum bahawa Noah adalah lelaki yang paling angkuh disekolah itu. Tapi Noah meminta maaf darinya?

"Tak apa. Aku okey." Qayyum menekup hidungnya kembali. Noah melihat jarinya.

Rasa panas itu sudah hilang.

***

"Kena sumpah?" Healy beriak bingung.

"Cincin tu bukan cincin biasa, jika kau dan aku pakai, nanti akan ada sesuatu yang buruk terjadi pada orang yang terakhir berjumpa dengan kau." Hazzel menunjuk kepada Healy.

Healy terdiam.

"Ingat perempuan yang kena gilis lori tu? Perempuan tu bercakap dengan kau sebelum dia mati. Pentadbir pun sama. Pagi ni aku nampak kau di bilik pentadbir sebelum dia mati." Hazzel bersuara.

"Woah.. I.." Healy hilang kata.

Hazzel menghela nafas.

"Ada sesiapa yang bermusuh dengan kau ke Healy?" Soal Hazzel. Healy pantas menggeleng.

"Tak ada. Kut." Healy mula was was.

"Ada orang yang cuba untuk hancurkan hidup kita dengan cincin bodoh tu."

"Tapi kalau ada orang bermusuh dengan I sekalipun, kenapa cincin tu ada kaitan dengan you juga? Lepas you pakai dengan I cincin tu warna hitam." Kata Healy. Gadis itu berpeluk tubuh.

"Mungkin ada orang bermusuh dengan kita berdua." Healy menghabiskan ayat. Hazzel terdiam memikirkan siapa yang bermusuhan dengannya.

"Aku tak tahu." Suara Hazzel mengendur. Healy tersenyum nipis dan memeluk leher Hazzel.

Hazzel merenung mata amber yang sedang memandangnya.

"Kenapa you peluk I tadi? Masa mula mula pintu bilik pentadbir dibuka? You pun tahu yang I tak takut kala jengking, kan?" Soal Healy.

Hazzel terkedu. Dia pun tak tahu kenapa tangannya secara refleks memeluk Healy tadi.

"A.. Aku.." Hazzel tergagap apabila wajah mereka kian rapat. Jantung yang tadinya tenang berubah laju.

Healy tersenyum.

"You love me. You cuma taknak mengaku." Healy tergelak dan melepaskan pautan di leher Hazzel.

Hazzel terdiam seketika sebelum berlalu pergi.

"Hazzel! Sabarlah!" Suka betul tinggal orang. Healy menyaingi langkah Hazzel sebelum memaut lengan jejaka itu.

"Nanti prom kita pergi sama sama nak?" Soal Healy memandangkan majlis prom hanya dua minggu dari sekarang.

"Taknak." Hazzel menjawab mendatar.

"Tapi I nak."

"Dahtu pergi je lah."

"I nak pergi dengan siapa? Nicholas pun masih ditahan dihospital sebab you jadi you kena bertanggungjawab untuk ganti dia." Healy berpeluk tubuh.

Hazzel terdiam.

***

"Seriuslah kau nak pergi prom tahun ni? Wah hebat betul penangan si Healy tu sampai kau bersetuju untuk pergi prom." Kata Noah sambil meneguk air didalam gelas dan melabuhkan duduk di atas sofa.

Hazzel mengeluh.

"Aku dah buat kekasih dia masuk hospital jadi aku perlu tebus salah aku." Hazzel meletakkan raga baju kotor di depan mesin basuh sebelum satu persatu baju dimasukkan ke dalam mesin itu.

"Lain macam kau punya tebus kesalahan." Noah mengangkat bahu sebelum memokuskan pandangan ke siaran tv.

Hazzel hanya diam dan terus memasukkan baju ke dalam mesin. Tiba di satu pakaian, tangannya terhenti.

Uniform Noah.

"Noah."

"Hm." Noah masih memandang skrin televisyen.

"Darah siapa ni?" Hazzel melihat kesan tompokan darah di baju sekolah Noah. Noah terus berlari dan merampas bajunya.

"Oh, tak ada sesiapa." Noah berpaling dari Hazzel namun dia terjatuh apabila Hazzel menyadung kakinya.

"Jangan tipu aku." Hazzel mengambil kembali uniform Noah dan kesan darah itu ditilik.

"Tadi aku pergi bilik pentadbir untuk tengok pentadbir yang meninggal tu. Faham fahamlah bilik dia banyak darah kan tadi so terkena lah dekat baju aku." Noah bersuara tenang.

Hazzel diam seketika sebelum meletakkan baju itu ke tepi. Tidak boleh basuh dengan mesin nanti kesan darah itu luntur mengotorkan pakaian lain pula.

***

Healy melabuhkan duduk di katil sambil otaknya ligat berfikir tentang cincin itu.

"Macam tak logik tapi logik." Healy memekup muka dan menghela nafas. Kemudian gadis itu kembali bangun sebelum matanya terpandang sebuah kotak diatas almari.

Bibir tersenyum kecil. Kotak itu diambil.

нαzzєℓ

Salah satu kenangan bersama Hazzel selain dari album yang terbakar dulu. Healy mengeluarkan gambar gambar mereka dari kecil. Ada juga gambar Hazzel yang dicuri secara diam dari rumah mummy Victoria.

Hehe.

Healy merenung gambar kanak kanak yang sedang tersenyum itu.

"You're so cute." Gambar itu dicium. Healy meletakkan gambar ditepi sebelum cuba mengambil kaca mata berwarna pink yang diberi oleh Hazzel sempena hari lahirnya yang ke 9 dulu.

Healy mencapai sebuah mainan tikus pula. Mainan yang turut diberi oleh Hazzel. Hazzel waktu kecil baiklah juga, sudi berkawan dengan dia. Bila besar ni entahlah kenapa Hazzel berubah extra dingin dengannya.

Healy menarik tali di ekor tikus itu sebelum tikus diletakkan di lantai dan tali itu dilepas. Terus si tikus mainan bergerak ke bawah katilnya.

Healy tergelak dan menuju ke bawah katil untuk mengambil tikus mainannya kembali.

"Wait." Dahi Healy berkerut apabila tangannya menyentuh sesuatu berkulit keras. Terus Healy mengeluarkan benda dibawah katilnya sebelum mata membulat besar.

"Album!" Healy terjerit apabila album tulisan Hazzel berada ditangannya sekarang.

Jadi selama ini album itu berada di bawah katil? Bukan di dalam tong sampah?

Healy terus membelek album itu dan gadis itu melopong melihat album yang mengandungi sticky note dari Hazzel.

Tiba di satu mukasurat, tangannya terhenti.

***

DING DONG

Hazzel yang sedang menyidai baju menoleh apabila mendengar loceng. Terus dia berjalan keluar kerana Noah sudah tidur.

Pintu dibuka.

"Healy?"

"I ada benda nak tunjuk."

Hazzel bingung seketika sebelum membenarkan gadis itu masuk ke dalam apartmentnya.

Healy meletakkan album di atas meja.

"Apa tu?" Hazzel melabuhkan duduk di depan Healy sambil melihat album berkulit hitam itu.

"Ni, album." Healy membuka album tersebut.

Hampir jatuh rahang Hazzel melihat tulisannya yang berada di dalam album itu. Healy menyimpan sticky note yang dia beri selama ini?

"Kau gila ke?" Soal Hazzel dengan nada tidak percaya.

"Lepasni kita cakap pasal album ni. Sekarang I nak you tengok ni." Helaian akhir album itu diselak dan ditunjuk pada Hazzel.

Aku telah selamatkan album ini, jadi simpan cincin itu sebagai balasan.

Hazzel melihat dua bentuk cincin yang baru tadi dibuang ke tasik berada disini kembali.

"No way."

"I takut." Healy memekup muka. Hazzel mengeluh sebelum mengambil cincin tersebut.

"Kalau begitu, buang album ini. Aku tak mahu jaga cincin ni." Hazzel melempar cincin tersebut.

Healy melopong. Album itu dipeluk.

"No!"

"Kalau kau simpan album itu, kita kena jaga cincin itu dan cincin itu boleh bahayakan nyawa orang, Healy." Hazzel cuba memujuk.

"I said no! I takkan buang album ni."

"Why? Album tu cuma album yang ada tulisan aku sahaja. It doesn't worth untuk kau simpan."

"Sebab I sayang album ni. Dalam ni, ada tulisan lelaki yang I cinta. Satu satunya lelaki yang buat I gila bayang."

Hazzel terkedu.

"Healy.."

"What? Bunuh I dulu lah kalau you nak I buang benda ni." Healy memeluk erat albumnya. Kemudian gadis itu berpaling membelakangkan Hazzel.

Hazzel mengeluh apabila terdengar tangisan Healy.

"Healy, aku cuma nak kita selamat."

"Kenapa you tak cuba faham yang I cintakan you? You tak pernah cintakan sesiapa jadi you tak tahu macamana rasanya! I tak boleh buang album ni. I dah buat macam macam untuk you sedar yang I cintakan you tapi you langsung tak ambil peduli pasal perasaan I? You nak tengok I bunuh diri sebab kecewa dulu ke baru you nak sedar tentang hati I?" Soal Healy sebelum gadis itu teresak.

Hazzel memandang Healy sebelum gadis itu ditarik ke dalam pelukan.

"Aku minta maaf."

"I taknak maaf you! I nak you sedar je yang I cintakan you!" Healy menolak Hazzel.

"Ya aku tahu. Aku nampak kau cintakan aku. Tapi Healy.."

"Itu je lah alasan you. Harta, kan? I ada minta duit you ke? I cuma minta you cintakan I. Kalau I perlu jadi gelandangan untuk bersama you then fine! I rela!" Healy menanggalkan subang Gucci di telinganya sebelum subang itu dilempar ke dinding.

Beg tangannya juga dihempas kuat ke lantai sebelum kaki memijak beg tangan berjenama miliknya.

"Healy!" Hazzel menahan gadis itu.

"Lepaslah! Kalau you tak boleh terima I sebab harta jadi biarkan I tak ada harta!"

"No." Hazzel menggenggam tangan Healy.

"I cintakan you.. Please lah faham." Healy terduduk dan terus menangis. Hazzel melutut dan menarik Healy ke dalam pelukan.

Hazzel hanya diam membiarkan Healy melepaskan tangis sehingga gadis itu tenang.

"Healy." Hazzel mendongakkan wajah Healy setelah Healy tangisan Healy semakin surut.

"I mengantuk." Healy memeluk leher Hazzel dan memejam mata. Hazzel terus mengangkat si gadis dan diletakkan di dalam biliknya.

"Tidurlah sini dulu. Aku tidur di sofa." Rambut Healy diusap sebelum Hazzel menarik selimut menyelimuti Healy.

Kemudian jejaka itu menuju ke sofa di ruang tamu dan melabuhkan duduk.

Album tulisannya diambil dan dibelek. Seteruk ini obsesi Healy terhadapnya. Dia pun tak tahu apa yang ada padanya sehingga gadis itu cintakannya.

Album itu ditutup dan diletakkan di atas meja sebelum Hazzel membaringkan tubuh di atas sofa lalu memejam mata.

Sewaktu lena hampir menjemput, Hazzel terasa seseorang naik tidur di atas sofa bersamanya.

Hazzel terus mengiring namun tidak membuka mata kerana rasa mengantuk yang kuat. Tubuh itu dipeluk untuk mengelakkan si empunya badan jatuh dari sofa.

Hazzel kembali lena sambil memeluk manusia ditepinya itu.

***

Healy membuka mata dan menguap. Gadis itu memandang sekeliling.

Bilik Hazzel.

"Lah aku tidur disini ke?" Soal Healy sendirian. Kakinya mula turun dari katil dan berlalu ke bilik air. Setelah mencuci muka, Healy melangkah keluar dari bilik.

Kakinya terpaku melihat dua manusia yang berpelukan di atas sofa.

"Hazzel..?" Healy mengerutkan dahi.

Hazzel yang mendengar suara Healy terus membuka mata. Automatik mata memandang manusia di dalam pelukannya.

"What the fucking hell!" Hazzel menolak manusia di dalam pelukannya.

"Auchh!" Jerit Noah sambil mengurut belakangnya yang ditolak secara kejam.

Healy menggaru dahi sebelum menuju ke dapur. Suara jejaka bertekak di ruang tamu tidak dihiraukan.

"Kau dah kenapa tidur di sofa?!"

"Semalam ada lipas dalam bilik aku! Aku keluarlah lepastu nampak kau tidur di sofa."

"Jijiklah bodoh!"

"Ala bukan tak biasa."

Risau betul lelaki zaman sekarang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro