ГЛАВА ОДИН 🗝

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hazzel melangkah masuk ke dalam pagar sekolah dan melihat pelajar samseng yang memukulnya semalam sudah siap menunggunya.

"Hei.. Budak bisu dah datang. Duit?" Lelaki itu menadah tangan dengan riak sinis.

Hazzel tanpa kata meletakkan wang not 500 euro di atas tapak tangan samseng itu sebelum berlalu pergi.

"Wow banyak!" Samseng itu mencium duit yang diberi kepadanya.

"Sekejap."

Langkah Hazzel terhenti apabila mendengar suara gadis di belakangnya. Terus jejaka itu menoleh dan melihat si gadis yang sedang berdiri di hadapan tiga pelajar samseng itu.

"Sini duit tu." Healy menadah tangan.

"For what?" Lelaki itu menyimpan duit di dalam poketnya.

"I cakap bagi tu bagi je lah!" Suara Healy meninggi.

Pembuli itu tergelak.

"Kau jangan berlagak disini ya. Kau ingat aku takut ke dengan kau? Hello miss D'Ezekiel, jangan ingat disebabkan bapak kau kaya, aku takut dengan kau. Aku sikit pun tak takut."

Healy memeluk tubuh.

"Oh baguslah kalau you tahu bapak I kaya. Sekurang kurangnya I datang sini guna duit sendiri kalau nak dibandingkan dengan korang yang datang sini dengan biasiswa. Dahla miskin lepastu berlagak pula!" Healy tersenyum sinis. Muka pembuli itu mula kemerahan akibat marah.

"Jangan sampai aku pukul kau." Pembuli itu mula menghampiri Healy.

Hazzel pantas berpatah balik dan menarik tangan Healy namun gadis itu merentap tangannya kembali.

"You diam. Jangan masuk campur." Healy menunjuk ke arah Hazzel. Hazzel mengerutkan dahi. Aik? Dia pun kena marah?

Betullah, perempuan ini tidak siuman.

Healy kembali memandang pembuli yang berada di hadapannya.

"Pukullah I. Sekali jari miskin you melekat di kulit I, I akan pastikan you berambus dari sekolah ini. You tahu siapa I kan?" Healy memeluk tubuh.

Lelaki pembuli itu mengacip gigi.

"Kau.."

"Bagi balik duit tu."

Dengusan dilepaskan sebelum duit Hazzel tadi dikeluarkan dari poket dan dilempar ke tanah. Kemudian lelaki itu meninggalkan Healy bersama perasaan membara di dalam hati.

Healy mengutip duit di tanah dan dia berjalan ke arah Hazzel. Duit itu dihulur kepada Hazzel kembali.

Hazzel hanya memandang kepingan duit ditangan Healy sebelum jejaka itu turut berpaling pergi tanpa menghiraukan Healy.

"Hazzel!"

"Aku tahu kau cuba nak tolong aku tapi bukan itu caranya. Macamtu ke kau pandang orang miskin? Hina? Yes dia memang jahat tapi kalau kau hina dia, apa beza kau dengan dia?" Hazzel mula bersuara apabila tiada orang di sekeliling mereka.

Healy terkedu.

"I.. I tak bermaksud macamtu."

"Kekayaan kau bukan diguna untuk menghina orang miskin. Setiap orang ada takdir yang berbeza." Hazzel merenung mata Healy.

Gadis itu menunduk.

"Gaji aku dapat semalam €4000. Tak jejas apa apa pun bagi 500 dekat dia. Aku takkan mati dengan 3500 ditangan." Hazzel melangkah pergi meninggalkan Healy.

Healy memandang duit ditangannya.

Terus gadis itu berlari ke arah Hazzel dan tangan jejaka itu dipaut. Duit 500 diletakkan di dalam genggaman tangan Hazzel.

"Kalau dia miskin sekalipun, itu bukan alasan untuk dia ugut dan cederakan you demi duit. Kalau dia miskin, dia sepatutnya sedar diri dan berusaha untuk ubah hidup dia. Bukan habiskan duit biasiswa untuk berfoya lepastu minta duit dari you. Kalau you boleh cari duit untuk sara hidup you, jadi apa alasan dia untuk sesuka hati pukul orang demi dapatkan duit?" Healy berkata dan terus pergi apabila loceng kelas sudah berbunyi.

Berbara hatinya apabila melihat Hazzel selalu menjadi mangsa pembuli itu. Mungkin kerana Hazzel 'bisu' jadi mereka sesuka hati membuli crushnya?

Healy mendengus.

Hazzel melangkah masuk ke kelas dan menarik kerusi di sebelah Healy. Awal persekolahan dulu, Healy lah yang memaksa semua pelajar dalam kelas itu agar duduk di tempat lain memandang tempat di tepinya khas untuk Hazzel.

Dan Hazzel, yang malas bergaduh hanya akur dan duduk di tepi Healy.

Healy menoleh memandang Hazzel yang mula tidur disebelahnya.

"Jangan tidurlah." Healy menepuk bahu Hazzel namun tidak dihiraukan.

"Hazzel, hei. Bangun kejap. Kejap je." Healy cuba mengangkat kepala Hazzel dari meja. Hazzel mengerutkan dahi dan memandang gadis itu.

'Kau nak apa?'

"Minggu ni je you jangan tidur or ponteng. Please? Minggu ni je. Sebab hujung minggu ni kita ada test so please jangan tidur." Healy memujuk.

Hazzel hanya diam.

"Healy."

Dua kepala itu menoleh dan melihat seorang jejaka beruniform sekolah sedang tersenyum ke arahnya.

"Eh Niko!" Healy tersenyum lebar melihat jejaka yang berada di mejanya.

"It's Nicho." Jejaka bernama Nicholas itu menjulingkan mata ke atas.

"Niko?"

"Nicho!"

"Nico?"

"Nicho, Healy." Nicholas mengeluh. Healy mengerutkan dahi.

"Betullah tu Niko."

"Nicho!"

"Apa apa je lah." Healy mengangkat bahu. Nicholas memandang Hazzel yang berada di sebelah Healy.

"Nicho. Nicholas Xindrast." Tangan dihulur kepada pelajar yang dikenali sebagai seorang yang tidak bergaul itu.

Hazzel hanya memandang tangan yang dihulur.

"Oh, dia Hazzel. Hazzel Brayden." Healy menolong Hazzel menjawab. Nicholas menarik tangannya kembali.

"Okay."

"Sorry, dia memang susah nak bergaul sikit tapi dia baik." Healy tersenyum ke arah Hazzel.

"Tak apa I faham. By the way, lepas kelas ni you free tak? I nak ajak you keluar." Nicholas bertanya kepada Healy.

Nicholas dikenali sebagai jejaka yang friendly kerana dia hampir berkawan dengan seluruh manusia di Le Rosey itu. Status bangsawan yang turut ada padanya membuatkan jejaka itu kelihatan sempurna.

"I.."

Perbualan mereka terhenti apabila guru sudah melangkah masuk ke dalam kelas.

"See you." Nicholas tersenyum kepada Healy dan berlalu ke mejanya. Healy terkelip kelip memandang Nicholas yang semakin menjauh sebelum matanya kembali pada Hazzel.

Jejaka itu sudah tidur dengan mukanya dipekup dengan tangan.

Healy melepaskan keluhan.

***

"Patutlah dah berani sekarang. Dah ada penjaga rupanya."

Hazzel hanya diam apabila suara garau itu berbunyi dari belakang. Tangannya meletakkan barang di dalam loker.

Lelaki pembuli itu menarik bahu Hazzel dan dihadapkan ke arahnya. Beberapa mata di ruangan loker pelajar itu mula menjeling untuk melihat perkara yang berlaku

"Kau jangan ingat Healy sebelahkan kau, kau boleh berlagak ya bisu. Aku tak takut dengan dia." Lelaki itu berkata bersama senyum sinis.

Hazzel memandang lelaki yang sedang memegang bahunya sebelum dia menolak tangan di bahunya dan menyapu bahu seolah olah tangan pembuli itu adalah virus.

"Kurang ajar!" Satu tumbukan hinggap di pipi Hazzel sehingga Hazzel tersandar di loker. Para pelajar mula mengelilingi mereka untuk melihat pergaduhan itu.

Hazzel meludah darah dari mulutnya dan ingin pergi namun bahunya ditarik kembali.

"Kecut dah kau, bisu?" Sinis suara pembuli itu.

Hazzel hanya beriak kosong. Dan itu semakin memanaskan hati si pembuli apabila Hazzel kelihatan tidak takut walaupun sedikit padanya.

Tangan digenggam dan sekali lagi penumbuk dihadiahkan pada Hazzel. Kemudian lelaki itu menyepak perut Hazzel.

"Lemah." Pembuli itu tersenyum lebar melihat Hazzel yang terjatuh ke lantai akibat sepakannya.

Para pembuli mula berpaling untuk pergi.

"Arghh!" Jerit lelaki itu apabila kakinya tiba tiba disadung.

"Jadi kau lah yang belasah Hazzel." Noah memandang lelaki gempal yang sedang berada di bawah tapak kasutnya.

"T.. Tengku.."

"Datang kesini guna duit mak bapak aku, ada hati nak tunjuk samseng?" Soal Noah dengan nada mengejek. Tetapi benar, umi dan babanya telah menaja biasiswa untuk beberapa pelajar terpilih untuk belajar di Le Rosey.

Pembuli ini adalah salah seorang dari penerima biasiswa tersebut.

Noah mengalihkan tapak kasutnya.

"Apa yang korang buat?! Tengok? Tak reti nak tolong?!" Tengking Healy yang baru tiba di ruangan loker pelajar itu kepada semua pelajar yang sedang berkerumun namun tiada yang menolong Hazzel.

Terus gadis itu mengeluarkan tisu dan darah di bibir Hazzel dilap.

"Jom pergi bilik sakit."

'Aku okay.' Hazzel memberi isyarat sambil bangun dan memegang perutnya yang terasa senak.

"Ini you kata okay? Jangan mengarut, ikut I sekarang!" Healy memapah Hazzel ke bilik sakit.

Noah memandang si pembuli yang sedang menunduk di hadapannya.

"Any words?"

"Saya minta maaf, tengku."

"Kau tak buli aku jadi kenapa perlu minta maaf dengan aku?" Soal Noah mendatar.

"S.. Saya.."

Noah memandang para pelajar yang masih menjadi penonton.

"Tengok apa?!"

Terus pelajar disitu mula berpecah dan melakukan hal sendiri apabila terasa gerun dengan anak kerabat diraja itu.

"Kemas barang barang kau dan berambus dari sekolah ini. Biasiswa kau akan ditarik balik." Noah melangkah pergi sebaik sahaja selesai menuturkan kata.

***

"Teruknya. Mustahil tumbuk boleh lebam sampai macamni. Ni macam.. Kena tendang." Healy menuam ais di bahagian rusuk Hazzel yang kelihatan lebam besar.

"Kenapa you tak lawan? Kenapa biarkan dia buat you macamni? Tengok, apa jadi pada you ni. You tahu kan lepas exam ni kita cuti? Maknanya you kena balik Perancis! You nak balik dengan lebam lebam ni semua?" Soal Healy geram.

"Lebam boleh sembuh." Hazzel menjawab mendatar. Kemudian dia menoleh apabila telefon miliknya berdering.

Panggilan video itu dijawab.

"Hazzel, kenapa tak datang kafe lagi? Tak sihat ke?" Soal pengurus kafe apabila wajah Hazzel kelihatan di skrin telefon.

'Tak. Aku okey. Nanti aku datang.' Hazzel membuat bahasa isyarat.

"You gila ke?" Healy merampas telefon Hazzel sebelum gadis itu melihat wajah lelaki berusia di sebalik skrin.

"Eh, miss D'Ezekiel?"

"Hazzel tak boleh masuk kerja harini. Dia sakit sebab kena pukul. Boleh bagi dia cuti tak?" Soal Healy. Pengurus itu agak bingung namun tetap diangguk juga kepalanya.

"Boleh, tak ada masalah."

"Thank you." Healy tersenyum dan mematikan talian.

"Apa kau buat ni? Aku kena masuk ker.."

PUFFF

Hazzel mengundur apabila tiba tiba sahaja satu semburan mengenai mukanya. Anehnya, semburan itu membuatkan dia mengantuk secara tiba tiba.

"..ja." Hazzel jatuh ke lantai.

Healy menyimpan penyembur ubat tidur yang diberi oleh mamanya untuk persediaan jika ada penjahat cuba mengganggu dirinya.

"Huh, dia tak sedar ke dia sakit? Masih nak masuk kerja? Duit daddy bagi bukan main banyak, masih nak menyusahkan diri dengan kerja bagai." Healy membebel sendirian lalu dia memapah tubuh Hazzel ke katil yang ada di dalam bilik sakit sekolah itu.

Healy merenung wajah Hazzel yang sedang lena.

Botol ubat tidurnya diambil.

"Lepasni kalau you degil lagi, I sembur lagi." Healy tersenyum puas hati lalu dia menarik selimut menutup badan Hazzel dan suhu pendingin hawa dinaikkan.

Rambut Hazzel diusap.

"Kacaklah you ni." Healy memandang Hazzel tanpa berkelip.

Dari kecil lagi dia membesar bersama Hazzel  dan mengenali Hazzel adalah benda paling susah dalam hidupnya kerana Hazzel adalah seorang yang misteri. Bercakap pun benda penting je. Itupun dengan mereka sahaja. Dengan orang luar, Hazzel lebih selesa dianggap sebagai orang 'bisu'.

Tapi suara dia garau.

Healy tersenyum lebar mengenangkan suara garau dan agak serak milik Hazzel. Kalau sekali dengar pun boleh cair, berkali kali dengar pula?

Dan untuk itu, Healy gembira apabila Hazzel menjadi bisu di hadapan manusia lain kerana dia tidak perlu 'berkongsi' suara Hazzel dengan perempuan lain selain Viviana, adik Hazzel.

Senyuman Healy semakin melebar. Betullah orang kata, kita pasti akan tertarik kepada manusia yang tidak sukakan kita.

"Hazzel?"

Kedengaran suara Noah dari luar.

"Sini!" Healy melaung. Terus pintu bilik sakit itu dibuka dan menampakkan susuk tubuh Noah.

"Aik? Tidur ke pengsan?" Noah mendekati katil dan melihat Hazzel.

"Tidur. I sembur ni." Spray itu ditunjuk.

"Kau tahu kan spray tu patut diguna waktu kecemasan je?" Soal Noah.

"Alah, spray ni bukan ada side effect pun." Healy mengangkat bahu.

"Apa apa je lah. Kalau dia okey aku keluar dulu." Noah melangkah keluar kembali untuk bermanja dengan kekasihnya memandangkan abang kekasihnya sedang tidur.

Healy memandang pintu yang tertutup itu.

Kemudian pandang Hazzel.

Kemudian pandang pintu balik.

Hazzel.

Pintu.

Hazzel.

Pintu.

Hazzel.

Pintu.

Hazzel.

"You, dengan pintu tu tak ada beza. Dua dua tak ada perasaan!" Healy akhirnya bersuara. Tangannya kembali mengambil pek ais dan bibir Hazzel yang lebam dituam lembut.

Dan akhirnya, dia turut terlena di situ.

***

Hazzel meletakkan Healy di atas katil sebelum selimut ditarik.

"Berani kau sembur aku dengan ubat tidur tu? Tak pasal pasal aku tak masuk kerja harini." Bebel Hazzel sambil memandang Healy yang masih lena dengan riak tidak puas hati.

Bunyi kereta dari luar membuatkan Hazzel menoleh. Mungkin rakan serumah Healy sudah pulang.

Kunci apartment Healy diletakkan di laci ditepi katil gadis itu sebelum Hazzel berlalu keluar dari bilik gadis itu.

Tangan membuka pintu dan langkahnya terhenti melihat figura gadis yang berdiri di luar apartment.

"Oh, kasut you rupanya." Fiona melihat Hazzel dengan riak curiga.

"You buat apa dalam apartment kitorang ni?" Soal Fiona pelik. Hazzel hanya diam dan memakai kasut sebelum berlalu pergi ke arah motornya.

Fiona turut masuk ke dalam apartment mencari rakan serumahnya itu. Pintu bilik Healy dibuka.

"Spoil lah kau ni, yang kau balik awal awal tu kenapa? Aku baru nak duduk lama lama dengan dia." Healy terus mencemik geram apabila kehadiran Fiona membuatkan Hazzel pulang.

Penat penat sahaja dirinya berlakon tidur agar mendapat dukungan dari Hazzel dan nak duduk lama lama dengan Hazzel.

"Amboi gediknya kau. By the way, apa dia buat disini? Korang buat apa?" Jari telunjuk dihala pada Healy.

"Tak ada buat apa apa. Tak sempat. Kau lah ni, balik awal!" Healy memeluk tubuh.

"Eleh, kalau aku balik lewat pun bukannya korang boleh buat apa apa pun. Kau ingat senang ke nak goda Hazzel tu? Dia tu jangankan bergaul, pandang manusia pun taknak. Dia cuma buat urusan sendiri je." Fiona mengambil sticky note di atas meja Healy.

"Apa tu?" Healy melihat kertas ditangan Fiona.

'Kunci apartment ada dalam laci.'

Healy pantas merampas sticky note itu dan tulisan Hazzel diperhati. Kemudian tangannya mencapai sebuah album dibawah katil dan buku album itu dibuka.

Mata Fiona membulat besar.

"Kau buat album ni untuk simpan semua sticky note dari dia?!" Soal Fiona terkejut apabila melihat ratusan kertas warna warni dengan tulisan Hazzel di dalam buku itu.

"Shh. Cantik kan?" Healy meletakkan kertas tadi di dalam album lalu tersenyum puas hati. Tulisan tulisan Hazzel di kertas lain dipandang sekilas.

"Cantik, tapi kalau Hazzel tahu kau simpan kertas yang dia bagi, mesti dia akan anggap kau psiko dan obses."

"Memang aku obses dengan dia pun." Healy mencium kertas di dalam album itu.

Memandangkan dia dan Hazzel membesar bersama, sudah pasti banyak kertas yang diberi oleh Hazzel kerana jejaka itu lebih suka menulis di kertas berbanding bercakap.

Jadi, Healy menyimpan kesemua kertas dari Hazzel di dalam sebuah album.

"Aku tak faham apa yang kau obseskan sangat tentang Hazzel. Yes, dia handsome tapi dia tak kaya. Sedangkan kau, kasut pun cecah ribuan euro." Fiona mengangkat bahu.

"Biarlah, at least dia rajin cari duit. Dia kerja part time tau. Pagi pergi sekolah, petang kerja sampai malam." Healy tersenyum lebar. Tidak sabar ingin menjenguk kafe tempat Hazzel bekerja esok.

"Angau teruk dah kau ni. Dahla, aku nak masuk bilik." Fiona menepuk bahu Healy seketika lalu bangun dan berlalu keluar.

Healy kembali menatap album itu. Bibirnya tersenyum.

Obses.

***

Hazzel membuka pintu dan melihat ruangan dapur yang terdapat dua orang manusia yang sedang berpelukan.

"Balik." Hazzel menarik Viviana yang sedang berada di dalam pelukan Noah.

"Hazzel!"

"Aku cakap balik." Hazzel merenung Viviana. Viviana mendengus dan mengetap gigi.

"Why? Biarlah I nak duduk dengan kekasih I apa masalah you?"

"Balik."

Noah memegang bahu Viviana.

"It's okay, you balik dulu. Esok kita jumpa." Pujuk Noah. Viviana menjeling Hazzel sebelum melangkah pergi dan melanggar kasar bahu abangnya.

Keadaan menjadi sepi setelah Viviana pergi.

"Bro.."

BUK

Noah terteleng apabila pipinya ditumbuk kasar. Tangan menyentuh bibir yang terluka sedikit.

"Aku dah cakap jangan sentuh adik aku."

"Garang betul kau ni." Noah bergerak ke meja dan air jus oren dituang ke dalam gelas sebelum lengan Hazzel ditarik ke meja.

"Duduk, cool down dulu."

Hazzel hanya akur dan meneguk perlahan air jus itu.

"Kenapa kau tak suka aku dengan adik kau bercinta? Hazzel, we need love! Viviana tu cantik, sepadan lah dengan aku yang kacak ni." Noah turut meneguk jus oren.

"But she's not a muslim. Aku taknak kau terlalu cintakan dia sampai kau lupa dunia ni bukan selamanya. Bahagia ke hidup dengan dosa?"

Ssap.

Noah terdiam.

"Suka sentapkan orang. Pergilah sentapkan Healy sana, dia tak pakai tudung kan? Apahal asyik aku je yang kena?" Noah menggumam.

"Apa?"

"Tak, cantik cuaca harini." Noah menukar topik. Hazzel mengerut dahi dan melihat ke pemandangan luar yang gelap gelita pada jam 10 malam itu.

"Aku dengar kau batalkan biasiswa budak tu." Hazzel bersuara.

Noah angguk santai.

"Aku dah bagitahu umi dan baba aku. Mereka pun dah setuju untuk bincang dengan keluarga budak tu.

"He did nothing wrong."

"Nothing?" Noah tergelak kecil. Tangannya mencengkam dagu Hazzel dan diangkat wajah itu memandangnya.

"Ini nothing? Sekali dua aku tak heran tau, masalahnya hampir setiap hari kau kena pukul. Dasar tak sedar diri. Kau pun satu! Nama je ketua tinju tapi tak lawan. Cubalah smack down dia sekali baru dia tahu langit tu tinggi atau rendah!" Bebel Noah. Dagu Hazzel dilepaskan.

Hazzel memandang gelas dihadapannya.

"Dia cuma nak duit."

Noah merenung Hazzel.

"Huh?"

"Duit, boleh takluk dunia ni. Tak semua orang dilahirkan dalam kehidupan mewah. Tetapi semua orang dilahirkan dalam dunia yang memerlukan wang. Tanpa duit, nak beli makanan pun susah. Jadi aku tak salahkan dia kalau dia terdesak inginkan duit."

"Tapi bukan itu caranya. Aniaya orang lain demi duit?"

"Why not, bapa kandung aku sendiri hampir bunuh aku disebabkan duit." Hazzel berkata santai membuatkan mulut Noah terdiam.

Mata memandang kesan parut kekal dileher Hazzel.

Noah tanpa kata terus bangun dan melangkah pergi dari dapur itu. Hazzel menghela nafas perlahan.

Telefon yang berada di atas meja menarik perhatian Hazzel apabila ianya berdering.

Healy.

"Hello."

"Hello, you buat apa tu?"

Sepi.

"Okay sorry ganggu I cuma nak tanya, cincin perak ni you punya ke?"

Hazzel mengerutkan dahi.

"Apa?"

"Cincin perak. I jumpa dalam poket sweater I tadi. Maybe you tumpang letak and then you lupa nak ambil balik." Healy melihat cincin perak dengan butiran permata kecil di sekeliling cincin itu.

"Oh, ya itu aku punya. Letak dalam sweater tu dan jangan usik. Esok pulangkan pada aku disekolah." Hazzel berkata.

Healy angguk.

"Oh, I pun ada tertinggal sesuatu dekat you."

"What?" Hazzel mula menyeluk ke dalam poket seluarnya mencari barang yang Healy tertinggal.

"Hati I."

Hazzel terdiam. Kemudian kedengaran tawa dari hujung talian.

"Tak payah pulangkan. You jaga je hati I elok elok. Goodnight." Healy mematikan talian dengan senyuman lebar.

Hazzel terkelip kelip seketika sebelum memandang skrin telefonnya yang sudah gelap.

Senyuman kecil terukir di bibir.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro